terima kasih kerana sudi ikut kusss

kelip2 ku sangka api

RESEPI SUMBANGAN JY

terbaru sebelum en hb operate telinganya

terbaru sebelum en hb operate telinganya
keluarga ilahjy... 14 feb 2011

sedikit peringatan buat yg alpa

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN TANPA IZIN PEMILIKNYA.
HARAP MAKLUM.***

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

12 January, 2009

40..KEK KARAMEL 2 LAPISAN....belajar di MAKTAB TURUS A.T

KALAU NAK WARNA MCM PELANGI TUANGKAN BERSELANG SELI.. WARNAKAN SELEPAS BAHAGIAN B DAN C DICAMPURKAN SEHINGGA SEBATI. WARNAKAN IKUT SELERA KITA. ILAHJY BUAT HANYA WARNA HIJAU.. YG BAWAH TU WARNA ASAL YA PUAN2...
aku masak pada 27 mac 09
terliur tak kalian tengok
INILAH HASILNYA SETELAH AKU SEJUKAN SELAMA 2 JAM
masukan air ke dalam loyang hitam, bakar lah selama 1 jam. biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr loyang. kalu tak, nanti karamel atas dia akan pecah.. hikhik nasib kau org lah kalau tak jadikkk..aku dah berpuluh kali buat ada juga sesekali x jadi.

lihatlah keajaiban depa tak bercampur....yg bahan kuning tu masih di bawah tak bercampur dgn yg putih tu.. bila bakar hasilnya seperti di atas lah

campurkan bahan BC ke dalam bahan A

bahan campuran B dan C dalam bekas putih. kanan bahan A dalam loyang

campurkan bahan C ke dalam bahan B gaul sebati

bahan C iaitu tepung dan susu cair juga minyak masak dan air ais
bahan B putih telur putar sampai berkrim


bahan A di tuang ke atas gula hangus

bahan A

lapisan gula karamel bersama marjerin sapu loyang


SILA BACA BERULANG KALI SUPAYA FAHAM PERHATIKAN LANGKAH2 DI ATAS DENGAN TELITI. HARAP MAKLUMLink

Bahan: klik sini utk gambar dan kali ke 2 kek dibuat

lapisan gula hangus:

sapu loyang dgn marjerin-supaya mudah tanggal.
masukkan 6 sudu besar gula pasir. panaskan sehingga kekuningan dan cair, renjiskan sedikit air ke dalam loyang tadi biarkan sebentar sementara menyediakan bahan2 lain.


A. lapisan atas karamel

5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla

Kacau semua bahan sehingga sebati

B.

5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus

Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun

C.

3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais

Campurkan kuning telur dan minyak masak kacau sebati. Campurkan tepung berselang seli dgn air. Kacau sebati.

Cara:

1. campurkan bahan C ke dalam B kacau sebati. bolehlah diwarnakan 3 warna atau kosong mcm ilahjy buat.
2. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
3. tuangkan bahan A, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg berbekas kan air. Sehingga masak.

ketika membakar guna loyang hitam seperti dlm oven masukkan air kemudian masukkan loyang yg berisi adunan tadi. teruskan membakar sehingga masak. 170 darjah selama 1 jam. paras air hendaklah separuh loyang adunan..

5 comments:

Suzi said...

salam kak...sedapnya nampak kek ni. tapi takut nak mencuba, takut tak menjadi. sy ni fail dlm bab2 buat kek ni..

ilahjy said...

insyallah jadi suzi kita kena nekad laaa hehe

Anonymous said...

kak...camana nk buat gula hangus 2 ats tin 2...maaf..saya budak baru belajar...

ilahjy said...

masukkan 6 sudu besar dlm tin cairkan atas api sehingga kekuningan renjiskan air sedikit sahaja..

Nieza said...

wahh bagusnya kak ilah buka kelas buat kek ni...nieza bab buat kek ni memang tak pandai sgt kak...kek tak canggih boleh la..hehe lbh suka buat kuih org-org lama jer..hehe