terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








15 January, 2009

51. KUIH LAPIS TRADISIONAL HOT BAY dato k

kukus pada 3 feb 09 setelah 2 tahun aku tak sentuh resepi ni krn agak susah menyediakannya

resepi ini aku amek dari koleksi majalah masakan persatuan kami pada tahun 1988 majalah itu keluar saban tahun. sekarang tiada lagi ..mungkin pengerusi tertinggi tak idupkan semula..tradisi ini.. maka berkuburlah ia...

Bahan:

1cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 cawann santan dari sebiji kelapa
1 biji telur

Caranya:

1. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
2. panaskan loyang kukusan
3. bahagiankan adunan kepada dua bahagian warnakan merah dan satu lagi dibiarkan warna asal
4. mulakan melapis dgn warna merah kukus sehingga mask dan dikikuti lapisan ke 2 dan seterusnya sehingga habis.
5. sejukkan baru di potong.

50. KUAH PASEMBOR/ROJAK

KUAH PASEMBOR/rojak

Bahan:

2 helai daun pandan
1 batang serai diketuk
50 gram cili kisar
250 gram gula merah
250 gram gula pasir
2 sudu the garam
200 gram kacang tanah goring dan kisar
100 gram biskut marie dikisar
1 liter air

Cara:

Didihkan air masukan daun pandan, serai, cili sehingga masak
Masukkan gula merah gula pasir kacang tanah dan garam
Masak sehingga mendidih. Akhir sekali biskut marie

Makan bersama timun sengkuang salad cucur udang dan mee kuning yg digaulkan bersama2.

13 January, 2009

49. APAM MENTEGA

muat turun gambar pada 4 march 09 lebih kurang ini laa...

bahan:

Gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air
250 gm mentega

Panaskan sehingga kuning masukan air dan mentega

3 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 camca teh soda baikabonat

Pukul sehingga kembang

1 tin susu cair
3 cawan tepung gandum
1 sudu the esen vanilla

Masukan bahan ini ke dalam bahan telur secara berselang seli dgn air gula hangus
Masukkan dlm acuan kecil2 kukus 2 minit.

48. TALAM BERLAUK....mmg sedap.. muahhhh

aku masak pada 18 april utk ajk bowling amal RESPEKS_GROUP

TALAM BERLAUK ILAHJY (koleksi resepi tahun 1990)

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.


SOSNYA ILAHJY REKA SENDIRI

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

talam ini telah dicuba oleh eliza:http://elizasfamily.blogspot.com 18 julai 2010
T.KASIH ELIZA kerana ada komen balas..hehe..

UPDATE  HARI   NI2  OKT 2012 JAM 2 PM FIZA  TELAH  EMNCUBA  TALAM  INI  DGN  MENGANTIKAN  INTINYA  DGN  AYAM.. TAHNIAH  FIZA.. KAK  ILAH MOHON  SHARE  DISINI GMBRNYA YA..PENGHARGAAN..KRN  TELAH   MENCUBA
http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/talam-berlauk.html

http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/talam-berlauk.html

47. PUDING MARBEL...20 tahun ku simpan

aku masak hari ini 24 jan 2010 sempena hari jadi farah af2.

Bahan:

1 tahil agar2
2 ½ gelas gula pasir
5 gelas air
1 tin susu cair
8 biji kuning telur
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu the esen vanilla

Cara:

1. masak agar sehingga hancur dan masukan gula.
2. pukul telur,susu,mentega dan tepung kastard sehingga hancur masukkan ke dalam agar2 tadi.
3. kacau sehingga pekat bahagiakan 2 bahagian
4. 1 biarkan warna asal dan 1 lagi warnakan dgn serbuk koko.
5. tuangkan beselang seli dianatara warna itu sehingga habis dan bekukan.

46. TALAM KELADI..belajar dipersatuanku P.D N.9

aku masak pada 10 mac 2010 keladi tak de aku ganti laici.. resepi lain sikit.. yang ni guna telur tapi talam laici ni tak ada telur...sedap juga..
TALAM KELADI belajar dipersatuanku

Bahan:

Lapisan bawah:

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 ½ cawan santan
1 sudu teh garam
1 cawan keladi yg didadukan dan direbus

Kacau sebati dan masak sampi pekat dan kukuskan sehingga masak.

Lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula
Pewarna ungu

Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga pekat dan tuangkan atas bahan bawah tadi.
Kukus sehingga masak.
Sejukkan dan potong.

45. KASIDAH MAK SAUDARAKU

aku masak pada 25 ogos 09 berbuka hari ke 4 posa...
KASIDAH

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
¾ cawan gula
3 sudu marjerin/minyak sapi
2 ½ cawan air..kalu keras tambah semasa kacau

terima kasih tok busu dr respeks groups krn respon .. akak terlupa masukkan pewarna kuning /oren
kalu yg ori tu tak de warna..putih jer..tapi kalu taruk warna nampak menarik sikit heheh

Caranya.

Campur kesemua bahan2 tadi kacau sebati dan kacau diatas api sehingga pekat dan tuangkan ke dalam loyang bekukan dan taburkan bawang goreng diatasnya.

44. PUDING ROTI

PUDING ROTI

Bahan:
1 bungkus roti
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 biji telur ayam
1 camca besar mentega
1 camca the esen vahilla
Secubit garam
Gula secukup rasa ½ cawan-+

Cara:
1. carik2kan roti
2. pukul gula, mentegadan telur masukkan garam, esen dan susu dan air kacau sebati.
3. rendamkan roti ke dalam bahan tadi sehingga kembang dan kukus sehingga masak.

12 January, 2009

43. SERIKAYA.. mak cik di gerik ajarkan

SERIKAYA

Bahan:

4 biji telur pukul hingga kembang
½ bji kelapa ambil santan pekat
1 cawan gula digoreng dan dicampurkan santan tadi

Panaskan semula hingga hancur, sejukan
Campurkan telur dan kacau atas api sampai pekat
Masukan pelaga dan daun pandan.

42. TEPUNG PELITA KU JY


aku masak pada 22 april 09

TEPUNG PELITA KU rasia ilham dariku...

Bahan:

1 cawan tepung beras
6 cawan santan cair dimesin bersama daun pandan tambah sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
Sedikit air kapur

Kacau sehingga sebati kemudian panaskan sehingga pekat dam masak masukan dalam acuan kotak daun pisang.


Bahan atas:

1 cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam

Kacau sebati, panaskan sehingga pekat dan tuangkan atas bawah tadi.

Kukus sebentar saja.

41. KEK SPAN PISANG


masak pada 29 ogos 09
Bahan:

7 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 camca the baking powder
1 camca the soda baikabonat
1 cawan pisang lecek
1 cawan minyak masak
1 camca teh ovellete

Cara:

1. pukul telur dan gula sehingga kembang dan dicampur ovelette
2. ayak tepung dgn soda dan baking powder masukan ke dalam telur tadi berasama esen, pisang. Minyak masakk dan baker lah.

40..KEK KARAMEL 2 LAPISAN....belajar di MAKTAB TURUS A.T

KALAU NAK WARNA MCM PELANGI TUANGKAN BERSELANG SELI.. WARNAKAN SELEPAS BAHAGIAN B DAN C DICAMPURKAN SEHINGGA SEBATI. WARNAKAN IKUT SELERA KITA. ILAHJY BUAT HANYA WARNA HIJAU.. YG BAWAH TU WARNA ASAL YA PUAN2...
aku masak pada 27 mac 09
terliur tak kalian tengok
INILAH HASILNYA SETELAH AKU SEJUKAN SELAMA 2 JAM
masukan air ke dalam loyang hitam, bakar lah selama 1 jam. biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr loyang. kalu tak, nanti karamel atas dia akan pecah.. hikhik nasib kau org lah kalau tak jadikkk..aku dah berpuluh kali buat ada juga sesekali x jadi.

lihatlah keajaiban depa tak bercampur....yg bahan kuning tu masih di bawah tak bercampur dgn yg putih tu.. bila bakar hasilnya seperti di atas lah

campurkan bahan BC ke dalam bahan A

bahan campuran B dan C dalam bekas putih. kanan bahan A dalam loyang

campurkan bahan C ke dalam bahan B gaul sebati

bahan C iaitu tepung dan susu cair juga minyak masak dan air ais
bahan B putih telur putar sampai berkrim


bahan A di tuang ke atas gula hangus

bahan A

lapisan gula karamel bersama marjerin sapu loyang


SILA BACA BERULANG KALI SUPAYA FAHAM PERHATIKAN LANGKAH2 DI ATAS DENGAN TELITI. HARAP MAKLUMLink

Bahan: klik sini utk gambar dan kali ke 2 kek dibuat

lapisan gula hangus:

sapu loyang dgn marjerin-supaya mudah tanggal.
masukkan 6 sudu besar gula pasir. panaskan sehingga kekuningan dan cair, renjiskan sedikit air ke dalam loyang tadi biarkan sebentar sementara menyediakan bahan2 lain.


A. lapisan atas karamel

5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla

Kacau semua bahan sehingga sebati

B.

5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus

Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun

C.

3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais

Campurkan kuning telur dan minyak masak kacau sebati. Campurkan tepung berselang seli dgn air. Kacau sebati.

Cara:

1. campurkan bahan C ke dalam B kacau sebati. bolehlah diwarnakan 3 warna atau kosong mcm ilahjy buat.
2. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
3. tuangkan bahan A, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg berbekas kan air. Sehingga masak.

ketika membakar guna loyang hitam seperti dlm oven masukkan air kemudian masukkan loyang yg berisi adunan tadi. teruskan membakar sehingga masak. 170 darjah selama 1 jam. paras air hendaklah separuh loyang adunan..

39. PUDING KARAMEL...muahhh sedap ni

PUDING KARAMEL

Bahan:

1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil air
6 biji telur
6 sudu besar gula
1 sudu the marjerin
1 sudu besar kastard
Esen vanilla

Cara:

1. panas gula tanpa air dlm bekas, tuangkan ke dalam bekas yg bersapu marjerin
2. dalam bekas lain, campurkan susu,air, esen vanilla dan kastard, kacau sebati
3. pukul telur, campurkan ked lm adunan susu tadi.
4. panaskan kukusan, tuangkan adunan tadi ke dalam bekas gula hangus tadi. Kukus sebingga masak

38. KUIH KOSUI...resepi mak saudara kusss


resepi ini ilahjy amek dari sorang mak saudara di KL ni.dia mmg menjual kuih muih sambil2 ada masa lapang dia bekerja...makan gaji.. dia langsung tak kedekut ilmu wpun dia buat niaga kuih ni dia tetap kasi ilmu ini utk kita kongsi bersama..t.kasih mak ani...aku masak pada 18 april 09 utk bowling amal RESPEKS_GROUP kali ni aku tak guna air kapur sebab penasihat kami alergik kapur...tapi sedap dan menjadi juga......

KUIH KOSUI

Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut (rasia tambahan dari ku)
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
Sedikit air kapur

Cara:

masakan gula2 bersama air sehingga gula2 hancur. campur kan kesemua bahan dalam air gula tadi kacau sebati. kemudian kacau atas api sehingga naik wap.
kukus sehingga 20 minit sejukan potong sedia utk digaul bersama kelapa parut.

11 January, 2009

37. SUP TULANG MERAH SINGAPURA..KOLEKSI dr topeng merah


SUP TULANG MERAH = SINGAPURA....AKU PUN BELUM MENCUBA LAGI... TAK TAHU MCMANA RUPANYA SUP NI..AGAK2 LEBIH KURANG GAMBAR AKU PINJAM NI KOT....HUHUHU

bahan:

1 Kg tulang @apa-apa jenis tulang yang kita suka,
7 Sudu pes tomato,
1 Sudu gula pasir,
Garam secukup rasa,
3 Labu bawang besar,={{dikisar
8 Ulas bawang putih,={{dikisar
2 Inci halia,={{dikisar7 Tangkai cili kering,={{dikisar
5 Batang selari,={{dihiris
3 Batang lobak merah,={{dihiris
2 Inci kulit kayu manis,
5 Biji buah pelaga,
4 Kuntum bunga cengkih,
1 Ikat sup bunjut,
Air secukupnya,={{untuk merebus tulang
4 Sudu minyak masak,={[untuk menumis
Bawang goreng, Daun bawang, Daun sup,

Cara

1*Tulang hendaklah dibersihkan dan direbus,sehingge empuk,bersama sup bunjut
.2-*Masukkan batang seleri,lobak merah biarkan seketikamendidih,
3-*Panaskan minyak didalam periuk yang lain,tumiskn kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkihdan bahan-bahan yang dikisar,sehingga wangi,
4-*masukkan pes tomato,tulang yang direbus kacau sebati,
5-*Kemudian masukkan air rebusan,kacau danbiarkan mendidih,
6-*Masukkan perasa,garam, gula secukup rasa,
7-*Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama bawang goreng,daun sup dan daun bawang,

36. APAM SERI AYU


Apam Puteri ayu

Bahan:

2 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula pasir
1 camca the ovellete
4 biji telur ayam
2 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 sudu baking powder
Pati daun pandan

Bahan kepalanya:

½ biji kelapa parut putih
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam

Caranya:

1. putar telur dan gula hingga kembang dan gebu bersama ovelete.
2. masukan santan, tepung dan pewarna, kacau sebati biarkan sementara.
3. gaulkan semua bahan2 kelapa. Dan isikan ke dalam acuan yg bergriskan minyak tekan kan sikit supaya kuat melekat.
4. kukus selama 25 minit dgn api yg kuat, air mendidih.

09 January, 2009

35. SUP TULANG/DAGING/AYAM ALA2 SOTO

masak pada 4 mei 09 semasa birthday ana....

AYAM DAGING TULANG MENGIKUT KEPERLUAN

BAHAN INI DIGORENG TANPA MINYAK SAMPAI GARING KEMUDIAN MESIN HALUS:

1/2 CAWAN KETUMBAR BIJI
1/4 CAWAN JINTAN MANIS
1 SUSU BESAR JINTAN PUTIH
3 KUNTUM BUNGA LAWANG
2 INCI KAYU MANIS
3 SUDU BESAR REMPAH SUP MEMEKATKAN KUAH
1 SUDU BESAR GULA MELAKA /MERAH NAK BAGI KICK
1 SUDU BESAR LADA HITAM
3 BIJI BUAH PELAGA
3 KUNTUM BUNGA CENGKEIH

BAHAN UTK DIMESIN:

2 INCI HALIA
5 ULAS BAWANG PUTIH
2 LABU BAWANG

CARANYA:

1. TUMISKAN BAWANG TADI SEHINGGA WANGI
2. MASUKAN BAHAN2 REMPAH TADI BERSAMA AIR SECUKUPNYA BERSERTA DAGING/AYAM/ TULANG GARAM
3. NAK KAN KAW2 PYA TAMBAH SIKIT CUKA HEHEHE MUAHHHH MESTI SEDAP...KALAU TAK SUKA JANGAN LAAA..
4. TARUH DAUN PANDAN SEHELAI NAK WANGIKAN SUP MUAHH MUAHH

34. BUBUR ASYURA KEDAH WARISAN DR NENEKKU


aku masak pada 4 march 09

ASYURA KEDAH

bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

cara:

1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.

http://dapuraulad.blogspot.com/2012/11/asyura-kedah.html
TELAH MENCUBA  RESEPI  INI..terima  kasih  nor..  org  kelantan  mencuba  resepi  org  kedah..  cayalah..izinkan  kak ilah  masukkan  link  kat  sini  ya..

08 January, 2009

33. ASAM PEDAS MELAKA AIR TANGAN ORG KEDAH

aku masak 27 julai 09 guna pinggan baru niii

ASAM PEDAS MELAKA

BAHAN:

1 KILO TULANG DAGING
TAK KIRA LA DAGING APA PUN KAMBING KE LEMBU KIJANG KER
REBUS DULU SAMPAI EMPUK

20 TANGKAI CILI KERING
1 SUDU BESAR JINTAN MANIS
1 LABU BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
1 INCI KUNYIT HIDUP
SEDIKIT LADA HITAM
1 BATANG KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA LAWANG
2 BATANG SERAI
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
ASAM JAWA SECUKUP MASAM

CARANYA:

1. MESINKAN CILI JINTAN MANIS BAWANG2 , LADA HITAM HALIA DAN KUNYIT HIDUP SEHINGGA HANCUR
2. TUMISKAN BAHAN2 MESIN TADI BERSAMA KULIT KAMU MANIS DAN BUNGA LAWANG SEHNGGA GARING.
3. MASUKKAN AIR ASAM JAWA SECUKUP KUAHNYA BERSAMA DAGING/ TULANG
BERSAMA DAUN KUNYIT/LIMAU PURUT DAN SERAI YG DIKETUK DAN GARAM
(KALAU NAK SEDAP TAMBAH SERBUK KARI 1 SUDU BESAR DLM CILI TADI)

32. CHAR KUEY TEOW OLAHANKU

muat turun 1 mei 09


CHAR KUEY TEOW olahanku

Bahan:

1 cawan Kuey teow yang halus
3 ekor Udang besar
5 biji Kerang
Daun kucai
taugeh
1 biji telur
Air rebusan ayam
Sedikit Kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili mesin

Caranya:

1.tumiskan cili, masukan udang dan kerang bersama kicap, air rebusan ayam
2. setelahh mendidih masukan daun kucai dan taugeh sos tiram
3.masukan kuey teow dan telur sehingga masak.

PETUA DARI EMAIL GROUP

Kalau nak buat char kuey tiaw, tak boleh pakai kuey tiaw yang biasa, kena beli yang halus...kat chow kit ada jual...memang betul dia ada kicap untuk char kuey tiaw tu...itu yang menjadi resepi rahsia...biasanya kicap ni terdiri dari kicap cair, sos tiram, sos ikan cina (bukan siam punye), garam, gula, dan paling banyak taruk ialah ajinomoto... tu yang rasa sedap tu...kalau dah ada kicap ni senang masak. Minyak yang nak tumis bawang putih kena campur minyak bijan....lepas bawang putih hampis hangus masukkan cili boh tumis sampai masak...pas tu bubuh air rebusan kepala udang+bawang putih...pas tu baru taruk kicap, telur, kucai, togeh...las sekalu masukkan kuey tiaw, kacau jangan lama agak sebati..pas tu yum yum yum...boleh ler makan...

31. PANCAKE KU YG RINGKAS



masak pada 31 julai 09



PANCAKE KU YG RINGKAS

Bahan:

3 biji telur
6 sudubesar gula
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar marjerin
1 cawan tepung gandum
Sedikit serbuk penaik

Caranya:

1.pukul telur dgn gula sehingga kembang
2. masukan tepung bersama serbuk penaik yg telah di ayak bersama2
3. kacau sebati masukkan susu dan marjerin yg telah dicairkan,
4. gaul sebati dan panaskan kuali leper
Tuangkan sesenduk kecil setelah masak terbalik kan sebelah lagi.
5. setelah siap sapukan permukaannya dgn jem dan lekatkan satu sama lain

06 January, 2009

30. KERABU MANGGA

buat pada 9 mei 2010 lamanyeeee baru amek gmbr..


Kerabu mangga

Bahan A:

Sebiji buah mangga muda diparut
Isi ketam celur dlm air panas potong nipis2
Cili besar mayang
Bawang besar mayang
Cili padi potong halus
Kacang goreng tumbuk halus
Hirisan serai senipis mungkin


Utk sambal belacan:

Belacan sebesar ibu jarii
8 biji Cili padi
4 biji cili besar
Garam gula

Caranya:

Campurkan kesemua bahan2 itu dan mesin sehingga halus.
Setelah itu, Gaulkan bersama bahan2 A

29. MEE JAWA tapi org alor setar

gambar dimuat turun kan pada 29 april 2011 lamanyerrr..baru masuk...

Mee jawa ilahjy reka cipta sendiri berdasarkan pengalaman makan2 dgn kawan2 semasa di Johor dulu..

Bahan:

Utk kuah

1 paket kecil serbuk kari ayam
Air rebusan daging
Cili kering yg dimesin secukup pedas
½ buku Gula melaka
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Kicap pekat
2 sudu besar tepung gandum memekatkan kuahnya
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ketul keledek direbus dan mesin halus
1/2 cawan kacang tanah goreng dimesin halus

Cara:

1. tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang2 tadi dgn k.kmanis dan b.lawang sehingga wangi.
2. masukan serbuk kari bersama sedikit air sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, gula melaka, garam, keledek, kacang dan sedikit kicap utk menghitamkan sedikit kuah.
4, bancuh tepung gandum dgn sedikit air, masukkan kedlm kuah tersebut.masak sehingga mendidih.
5. kalau nak sedap ketuk kan serai 2 batang bersama lengkuas. Masukkan dlm kuah trsbt.

04 January, 2009

28. AYAM MASAK MERAH...2 CARA..

AYAM MASAK MERAH TOMATO PURI KU MASAKA PADA 30JAN 09
ku masak pada 4 jan 09
BAHAN2:

1.SEPARUH AYAM DI GARAM KUNYITKAN DAN GORENG SEKEJAP JER

2. CILI KERING DALAM 20 TANGKAI DIMESIN BERSAMA SEBIJI BAWANG BESAR,
5 ULAS BAWANG PUTIH DAN SEINCI HALIA DAN SEDIKIT SERBUK CILI KALU SUKA

3. TUMISKAN BAHAN2 INI BERSAMA KAYU MANIS DAN BUNGA LAWANG HINGGA
GARING.

4. MASUKKAN ASAM KEPING DAN SEDIKT AIR BERSAMA AYAM TADI. MASAKLAH
SAMPAI PEKAT KUAHNYA.

CATATAN TAMBAHAN:

MASUKKAN TOMATO PURI 5SUDU BESAR, SEPERTI GAMBAR TERBARU AKU PAPARKAN. WARNANYA AGAK KEHITAMAN SEDIKIT. RASANYA JUGA BERBEZA.

27. NASI KURMA

ku cipta pada 4 jan 09 atas permintaan anakku

BAHAN:

3 POT RICE COOKER BERAS DIRENDAM 1 JAM
1/2 TIN SUSU CAIR
AIR SECUKUPNYA
1 HELAI DAUN PANDAN
KISMIS SECUKUPNYA
3 SUDU BESAR MARJERIN
1/2 PAKET KECIL REMPAH KURMA
PENUMIS:
BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIMAYANG HALUS
SEKUNTUM BUNGA LAWANG DAN SEINCI KAYU MANIS
CARANYA:
1. PANASKAN MARJERIN TUMISKAN BAHAN PENUMIS SEHINGGA WANGI.
2. MASUKKAN REMPAH KURMA BERSAMA SEDIKIT AIR, KACAU SEHINGGA GARING
3. MASUKKAN AIR DAN SUSU CAIR SECUKUPNYA.
4. MASUKKAN BERAS DAN DAUN PANDAN.
5 SETELAH MASAK MASUKAN KISMIS HITAM

26. NASI BOKHARI DARI KOLEKSI ABI


"NASI BUKHARI AYAM
Bahan-Bahan

1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar1
cm halia - dikisar2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara Cara •
1.Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. 2.Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.•
3. Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato.
4. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.•
4. Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
Dan banyak lagi resipi..

02 January, 2009

25. APAM PISANG

ihsan gamabr dari web,...resepi aku sdri...

APAM PISANG

Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 cawan gula ( buh 3/4 cawan..just nice tak manis sgt)
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:

1.Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda,
kacau hingga rata.

2.Telur dan gula dipukul hingga kembang,
masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.

3. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam.

4.Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

24. APAM TEPUNG BERAS jadikk punya laa..

ihsan gmbr dr laman web resepi dari koleksi

APAM TEPUNG BERAS

Bahan2:

2 cwn tapai nasi (Nasi yg di camput ngan ragi dan dibiarkan sekurang2nya 12 jam)
500gm tepung beras
2 cwn gula
4 cwn air
1 pkt eno
pewarna

Cara:

1.Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus.
2.Masukkan terpung beras dan mesin hingga sebati dgn 2 cwn air.
3.Biarkan hingga kembang (sekurang2nya 2 jam).esoknya.....
4.masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap tadi, tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg kecil2 tu)
dan kukuslah

23. TOSAI DARI KOLEKSI

TOSAI

Cara:

Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

2 cwn beras -rendam 8 jam
1 cwn aluthu (kacang dal putih)- rendam 8 jam
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bwg besar

Cara-cara

Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender.
air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah.
kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
masukkan garam dan kacau rata

peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhan

22. APAM GULA HANGUS koleksiku 20thn lepas



APAM GULA HANGUS

Bahan

1 gelas gula ] cairkan menjadi gula hangus [tapi jangan sampai hangit laa..]
1/2 gelas air ]
1/2 gelas gula
3 biji telur
1 gelas santan atau fresh milk
2 1/2 gelas tepung gandum ]
2 s/k soda bikarbonat ] ayak

Cara:
1. Panaskan Kukusan.
2. Telur dan gula dipukul sehingga naik dan kembang.
3. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
4. Masukkan santan atau fresh milk dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam acuan pelastik kecil [acuan agar2].
6. Kukuskan selama 10 - 15 minit.
7. Sejukkan.

21. DODOL RESEPI OLAHAN ARWAH MAK MENTUA KU

dodol ini dikacau pada 18 sept 09 malam posa terakhir 09


RESEPI DODOL HAJAH ALIMAH

Bahan
Kuali Besar

Tepung Pulut – 14 bungkus
Tepung Gandum – 5 Cawan (lekas keras)
Gula Pasir - 5 Kilo
Gula Melaka – 2 ½ Kilo
Gula Merah (Tebu) – 2 ½ Kilo
Santan Kelapa - 40 Biji
Air Bersih - 8 ¾ baldi

Cara:
1. Panaskan santan Kelapa yang pekat selama satu jam – dikacau dalam kuali (sampai terbit minyak).
2. Tepung digaul dengan air santan (perahan kedua-cair) dengan sedikit garam - masukan dalam kuali (ditapis) dan dikacau bersama santan selama setengah jam.
3. Gula Merah (Tebu) dimasak bersama Gula Melaka (dalam periuk lain) sehingga cair (sebati). Masukkan gula yang telah dimasak ke dalam kuali (tapis) dan dikacau selama sejam.
4. Masukkan gula Pasir dan kacau selama 2 jam.
5. Dodol dikira masak apabila warna telah berubah coklat pekat dan tidak putus apabila kayu pengacau diangkat dari dalam kuali

20. KEK KOKO BASAH..1993 aku masuk pertndingan BAKAT di Ipoh



aku bakar n deco pada 6 okt 09 utk birthday anak ke2 pd 7 okt 09


KEK KOKO BASAH

BAHAN2NYA:

375 GRAM MARJERIN/ BUTTER
2 CAWAN GULA PASIR- KISAR HALUS
21/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
4 BIJI TELUR (KUNING & PUTIH)
2 BIJI KUNING TELUR
1 SUDU ESEN VANILA
1 SUDU TEH SODA
1 SUDU SERBUK PENAIK
1 CAWAN SERBUK KOKO
11/2 CAWAN AIR/SUSU CAIR (PILIHAN)

CARA2NYA:

1. PUTAR MARJERIN dan  GULA HINGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN TELUR PUTAR LAGI.

3. MASUKKAN TEPUNG YANG DIAYAK BERSAMA SODA, SERBUK PENAIK dan SERBUK KOKO . BERSELANG SELI DENGAN AIR / SUSU CAIR.  ESEN VANILLA. KACAU SEBATI.

4. BAKAR 160oC SELAMA 1 JAM.