terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








16 July, 2012

420. PUDING ROTI kuusss



salam pagi isinin dan melakukan ibadah sunat puasa syaaban minggu yg terakhir...

hari ini anak ke 2 kusss shafiqah telah memasuki tempat kerja barunya, selepas habis tempoh mengajar sementara di sek rend st john 2 KL..selama 2 bulan.

awal2 pagi tadi ilahjy telah menghantar piqa ke jalan gombak..awal betul sampai..7,45 sedangkan office bukam 9.30.. kesian menunggu diluar.. tk pe piqa esok mama anta lewat sikit jalan pun tak jem lah sangat...

apapun yg penting dapat gelajaran CIK GU.. mewarisi mama... yg tidak pernah bertauliah dipanggil cik gu juga hehe... byk juga kenangan piqa mengajar di sek rendah budak2 lelaki semuanya.. mmg mencabar...ada yang berkelahi berebut alatan belajar, bawa mainan ke sekolah kena rampas, yg berak tak mengaku, dan yg bestnya piqa menjadi kesayangan pada sorg pelajar cina..yg tidak berminat belajar dah menjadi pelajar cergas kini...

semoga piqa senang bekerja ditempat baru,

jom layan dulu puding roti ini yg senang dan mudah...

bahan

14 keping roti atau secukupnya
1 tin susu cair
1 cawan air
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar marjerin
sedikit garam

caranya:

susun roti seperti galam gambar di atas memenuhi bekas untuk dibakar .
campur kan kesemua bahan diatas dan pukul sebati. jika bahan cecair tak cukup boleh ditambah susu cair.
tuangkamn kedalam bekas tadi. tekan sedikit supaya bahan2 serap ke dalam roti
tuangkan baki ke atas roti merata kawasan permukaannya.
bakar 180 selama 1 jam atau kekuningan.
sejukkan baru dipotong dan dimakan bersama soso koko atau kastard.

14 July, 2012

419. TAUHU POKET dan bebelan kusss

padatkan inti ke dalam poketnya... boleh digoreng atau dikukus ikut selera masing2 ya.
bahan2 inti sedia utk di gaulkan
buatkan lorekkan keliling tauhu dengan pisau tajam seperti gmbr dibawah. selepas itu guna sudu utk keluarkan isi tauhu itu. bersihkan molek2 ya.. tauhu ini amat tebal .senang nak kerjakannya..hehe
selamat pagi sabtu...salam sejahtera assalammualaikum...

yg berbahagia rakan GMM pengunjung2 RSJY. dan seluruh warga blogger yg sudi bertandang ke DAPUR RSJY... sebelum memulakan madah wadah hari ini ingin ilahjy memohon kemaafan dari kalian semua jika sepanjang ilahjy membina blog masakan ini ilahjy telah melukai hati2 kalian tanpa ilahjy sedari.... terutama buat GMM yg sentiasa sudi bertamu dan memberi komen2 walaupun tak ramai seperti yang lain.. wpun cuma sekerat dua yang sudi beri komen ini tak bermakna RSJY tiada pungunjung..sehari mencapai hampir 300 org pengunjung yg tak memberi komen...cuma 4,5 org sahaja yg sudi berceloteh..
kepada yg sudi memberi komen setia sentiasa, ilahjy ucapi dgn terima kasih krn kesudian kalian memberi komen.. dan ada yg sempat ilahjy balas.. buat pengetahuan kalian line tenet agak mandom sikit kebelakangan ini... susah nak lihat gambar2 dari blog kalian nak masuk komen pun susah.. apa pun mohon kemaafan atas sebarang kesalahan...

NI DIA BEBELAN KUSSS JOM BACA KALAU MINAT LAH HEHEHE:
baca dengan nada serius tauuu...

baru2 ini, dalam minggu ini pada 9 julai 2012... ilahjy ada temui dalam FB gambar masakan ilahjy diamek dan dimasukkan dalam FB INDIVIDU BERKENAAN.. dia tidak memberi respon pada ilahjy sepertimana GMM sedia maklum.... hasil kerja tangan yg tak seberapa itu bukan senang nak dihasilkan..jika tiada kudrat dan daya usaha ini..tentu kalian faham... berkaitan resepi tu tak kisah sangat, semua orang rela berkongsi... tapi gambar2 hasil tembakan masakan orang janganlah dibuat harta sendiri utk dipamer dan dishare bersama ratusan rakan tanpa memberi penghargaan pada empunya diri,...sekurang2nya hello ke hai ker salam ker.. bukan dapat duit ringgit pun..tapi sentiasalah menghormati hak orang lain... jangan sampai digelar pencuri..atau penyamun tarbus... buat malu jer kita sebagai org melayu yg tinggi budi bahasa kaya ilmu...

maaf atas bebelan itu tadi sebab bukan seorang sahaja ilahjy terlibat dengan kerja2 dia yg tidak berhemah itu..yg pasti ramai terlibat... kami telah memberi teguran tapi dia telah mendeletekan komen2 kami..dan masih ada lagi gambar kami disana.. semoga dia akan insaf dan tidak mengulangi perbuatan mengakui hak orang lain sebagai hak dia sendiri..
bila rakan2 dia bertanya soalan berkenanaan masakan tersebut dia tidak dapat menjawab. kesian pada yg share yang like dsbnya...tertunggu2 jawaban ..sudah pasti dia tak bolen menjawab sebab bukan dia yg memasak menembak gambar dsbnya... semoga pekara ini tidak akan berulang lagi... kalian sedia maklum ramai diantara kita telah alami masalah macam ni dan sentiasa berulang dan tidak putus2..sebab..MEREKA TIDAK FAHAM ETIKA BERBLOG DALAM GMM.... geng masak masak...

ilahjy hentikan leteran itu disini sini saja.. mari kita layan tauhu poket.... yg senang dibuat dan enak dimakan bersama sos..

bahan:

4 keping tauhu
isi ayam dicincang sedikit saja
1 biji cili merah dipotong dadu
2 biji cili padi dadukan
sedikit sos tiram
daun bawang daun sup dihiris halus
sedikit serbuk soto
garam
serbuk lada sulah

caranya:

gaul kesemua bahan2 diatas dan disumbatkan ke dalam tauhu yang telah dikeluarkan isinya. tauhu yang dikeluarkan boleh dicampur bersama inti diatas. ilahjy rasa lain kali ilahjy tidak akan mencampurkan isi tauhu itu.sebab tidak berapa kena dgn selera ilahjy.
setelah dipadatkan dalam tauhu boleh lah digoreng sehingga garing dengan minyak yang banyak dan panas(api kuat). supaya tenggelam tauhu itu.

atau boleh juga dikukus sehingga masak dan dimakan bersama sos cili

13 July, 2012

418. PULUT DERIAN... ilahjy memang hantu...???


salam hari jumaat penghulu segala hari...

sepanjang berblog ni ilahjy belum pernah buat N3 pulut derian pujaan hati kusss ini...
al kisah semasa ilahjy kecil2 dulu nenek ilahjy cerita, ilahjy ni padah tak suka makan derian ni.. nenek /tok munah terus mandikan air derian sebaldi..selepas itu baru ilahjy boleh makan..dan amat mengemarinya...sampai hari ini...

sejak beberapa hari lepas terpandang kawan2 baut N3 pasal en derian ini...raja buah ..mesti lah encik...kang ada yg tanya sbb apa panggil encik derian pulaaaa hehehee...
petang semalam dengan semangat membara terus ke dato keramat sebelah rumah jer ni...terus beli 3 biji derian 45rm... 8rm sekilo ..itu pun tak habis... sbb anak ke 3 raihan berada di UIA en hb kusss pula berada di PD.. kerja... nampaknya hari ni makan derian lagi lah.. kiranya malam tadi dinner PULUT DERIAN LAH anak beranak yg ada...

sedapppp....teringat kat arwah nenek dan atok ilahjy yg pernah pajak dusun buah2an di alor setar dulu... mmg berak buah lah ilahjy ni ...jenuh hadap... semua tu tinggal kenangan..sebab tu ilahjy tulis hantuuu diatas tajuk tuu...suka sangat dgn derian...

jom lihat apa tu pulut derian orang kedah biasa dgn makanan ni..sejak kawen dgn org melaka depa mmg tak pernah makan mcm nie depa heran ...PEEERAAAKK habisss...hahaha...
sbb tu ilahjy ajar anak2 utk makan supaya budaya kedahan tidak hilang begitu jer hahaha...

bahan:

durian
santan pekat (perah kelapa guna air panas)
gula secukupnya
garam
pulut kukus

cara makan:

gaulkan kesemuanya dan makan lah..senang jer...

kalau tak de pulut makan dgn nasi pun sedap...

bahan:

nasi biasa
air garam
gula

cara makan:

gaul kesemua dan makan...tu jer...senang kan???

09 July, 2012

416. LAKSAM UBAH SUAI JY


HASILNYA TIDAK MUDAH PATAH....

Bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum(resepi asal 1/2)
3 sudu besar tepung ubi(ilahjy tambah supaya tepung laksam liat sedikit....)
5 1/4 cawan air suam(3 air panas 2 1/4 air sejuk)
1 sudu teh garam

p/s: nota kaki cawan yg ilahjy guna hari ini adalah cawan rice cooker..dpt 6 keping laksam setebal 1/2 tutup periuk cap buaya tuu...


klik dibawah ya utk lihat kejadian yg penuh...

sila lihat langkah demi langkah dan resepi yg telah ilahjy buat terdahulu.... cuma hari ni ilahjy cuba ubah suai resepi ena jepun ini..amat cantik dan tidak rosak walaupun sebiji..alhamdulillah...

08 July, 2012

415. CINNAMON PULL APART BREAD

senang nak makan sebab dah siap potong masa adunan disusun ...

cuba lihat dibawah ilahj susunkan secara berselang seli atas bawah

salam sejahtera pada kesemua kawan GMM dan pengunjung RSJY..
satu lagi resepi yang ilahjy memang ketinggalan jet pejuang... orang dah balik dari perang ilahjy baru nak booking jet... hahahahaa...

itulah tabiat ilahjy suka suki mencuba apa jua pekara baik dalam kehidupan maupun makanan dan sbganya... diketika mana orang2 sudah pun melaluinya berzaman hehehe

kebetulan pagi tadi buat sarapan goreng pisang dek kerajinan melanda maka tepung yg baru dibeli diadun menjadi donat.. disebabkan agak banyak dah di tekap donat tu.. maka separuh lagi adunan ilahjy teruskan dgn membuat roti..

alkisah semalam nak meroti bila diayak tepung faiza tuuu...ada ulatan kecil eeeeerrrkkkk pada hal baru beli tepung tuuu. nasibbaik ilahjy suka ayak sebelum guna.. bayangkan jika kita tak ayak???? apa ada dlm tepung pun kita tak nampak adoiii aiiii...

apapun jom layan roti ni... nak kasi resepi ilahj hanya guna adunan donat jer.. mas makan lembut ya amat.... walapun tak de pelembut roti..mungkin ilahjy uli guna BM kot...lama juga BM BERGOLAK GOLEK...

nak simpan bahan yg digaul dan dihias dalam roti utk renungan ku dimasa depan takut lupa..

untuk resepi roti klik kat atas yaaaa..

bahan hiasan perasa roti:

1 cawan gula kasar
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
4 sudu besar marjerin

panaskan marjerin sehingga cair masukkan ke dalam campuran bahan di atas gaul rata dan disapu pada adunan roti yg telah dicanai nipis.
setelah rata. potong adunan memanjang dan susun ke atas sehingga meninggi mungkin dapat 5,6 lapisan. kemudian potong sepanjang adunan yg tinggi tu
susun secara terbalik / selang seli kemudian bakar.

07 July, 2012

414. PAVLOVA

sicomel pavlova berperisa butter cream ilahjy lebih suka yg comel nie..

yang bawah pula perisa whipping cream lemak2 gitu..
yang ini ilahjy buat acuan besar... tapi lain kali lebih baik buat guna cup cake senang nak makan sekali ngap jer yg besar ni payah sikit nak potong2...

selamat malam...salam hari sabtu..selamat beristirehat buat kawan2 yg sedang berihat dan melapangkan masa bersama keluarga dihari cuti hujung minggu sebegini..

awal pagi tadi ilahjy bersama keluarga ke TAR. tempat rutin masa nak raya.. kat masjid india lah mana lagi... tujuan kali ini adalah untuk membeli kain telekung buat anak no 3 raihan dan anak bongsu nur liyana.. yg kian membesar kain telekung pun kian mengecil dan melusuh.. walaupun saban tahun kami beli...

sekali terjumpa sebuah kedai yg penuh padat dgn kain telekung yang sedang sesak barat baru sampai stok baru agaknya..

dalam memilih2 nafsu nafsi menjadi2 lah pula dari 2 jadi 5 pasang.. sebab kami 5 beranak ngam2 lah seikat bungkusan ada 5 pasang ... dapat lah murah dari 5orm jadi 40rm kalau beli 2 pasang mahal baik beli 5 dapat lah kami 5 beranak beraya telekung baru lagi tahun ni..pula tu corak nya amat menarik.. patern baru...


selepas berehat sebelah petangnya... ilahjy terasa nak makan pavlova.. yang mana kawan2 semua dah makan dah jadi baja.. kata orang..ORANG DAH NAIK KEBULAN ILAHJY BARU MERABA2 MENCARI TEROPONG NAK LIHAT BULAN ...hahahahahaaa..

akhirnya.. dapat lah merasa juga cik PAVLOVA ini..memang mabeles rasanya digabung dgn buah2 dan whipping cream dan butter cream... ilahjy lebih suka perisa butter cream... tapi yang hairannya bila makan ia hilang ngrap ngrup hilang dan tak perasan 1/2 loyang ilahjy makan ..sampai anak ke 2 shafiqah marah... tinggal lah untuk abah sikit..hehehehheeee... mmg sdap berbalaoi2 membuatnya..senang bangat....

jom layan gambar2nya....sumber resepi merata2 dapur ilahjy sudah masuk berbilang2 keping dah di print ramai sungguh dah buat hilang sudah nama2 ...sila angkat keybod kalu kwn2 dah buat hehehheee..t.kasih semuanya..

bahan:

4 butir putih tleur
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

putar putih teur sehingga putih gebu.
masukkan gula sedikit sedikit dan putar sehingga bertanduk
masukkan tepung jagung yang telah digaul bersama cuka dan esen canilla
kacau sebati dengan spatula.
masukkan ke dalam ising beg yang ada muncungnya
paipkan ke dalam acuan yg kita suka.

panaskan oven 170 darjah ...selepas itu turun suhu ke 120 darjah baru masukkan pavlova selama 30 minit atau sampai atasnya kekuningan... sila guna api bawah sahaja..

keluarkan biarkan sebentar bila sejuk baru ranggup..baru disapu bahan2 seperti whipping cream yg diputar gebu dan warnakan jika suka..ilahjy juga menggunakan butter cream ada kelainan rasanya.. letak buah2an segar.


maaaf siaran terlewat...gambar2 tak dapat uplod malam tadi line tenet mandommmm hehehe hari ini baru dapat publish..

05 July, 2012

413. TAUHU LEMBUT KUKUS kussss

tauhu lembut kukus untuk berbuka 5 julai 2012
udang masak lemas nenas

Salam sejahtera saudara2 kusss yg sedang berpuasa sunat nisfu syaaban...
tahniah buat kalian. sedih kerana ilah jy tak dapat menunaikan ibadah ini.. cuma en hb jer yg berkesempatan..
maka untuk juadah berbuka nanti ilahjy sediakan awal2 kerana pada jam 2 petang ini kena bermain boling bagi pemilihan peringkat BAKAT DARAT.... BALIK nanti belum tentu badan ini akan cergas....

mari kita kongsi bersama resepi tauhu lembut kukus ini...

bahan:

2 keping tauhu lembut

letak dalam pinggan dan kukus sehingga 10 minit.

bahan untuk dimesin:

1/4 cawan udang kering
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil cili mesin
1/2 labu bawang besar


caranya:

mesin kesemua bahan di atas tanpa air.
panaskan minyak secukupnya.\
goreng sehingga wangi kemudian masukkan 1/4 cawan air.
setelah mendidih masukan / tuangkan ke atas tauhu yang sedang dikukus tadi. taburkan bahan2 hiasan. kukus selama 10 minit lagi dan sedia utk dimakan..

bahan untuk hiasan:

parutan lobak merah
daun bawang

selamat mencuba resepi ciptaan ilahjy ini...

04 July, 2012

412. KUIH NAGASARI AKA TEPUNG BUNGKUS



Selamat petang. hari yang amat mengecewakan ilahjy....
sudah 3 hari akaun nuffnang tidak dapat dibuka.
tengahari tadi ialahjy telah 4,5 kali menghubungi pejabat nuffnang..
en DARREN telah cuba selesaikan masalah... tapi tidak juga jumpa jalan nya.
macam2 telah dicubai... mungkin esok ilahjy akan cuba sekali lagi hubungi pihak nuffnang.
kalau lah tidak dpt juga dibuka.. mungkin sudah ada dot dot dot huhuu... duit memang tidak banyak tapi itulah titik peluh selepas kali pertama ilahjy dapat rezeki dan pergi bercuti tahun lepas..mungkin kali ini tidak ada rezeki agaknya..

apapun ilahjy bersyukur dengan rezeki kuih ini... betulkah nama di atas tuuuu???
memulanya ilahjy nak buat tepung bungkus, tapi kelapa tak de utk dibuat inti. pisang yg dibeli masih ada maka ilahjy balutkan dgn adunan tepung dan daun pisang tu pula pemberian BFF ilahjy semasa pergi pasar tani di PULAPOL minggu lepas.. tak sempat buat kuih...dah nak masuk hari khamis esoknya ..aaiiii nampak sangat lah malasnya aku niee hehe..

resepi sama dengan adunan tepung bungkus di N3 yg telah lepas...
apapun ilahjy dng rajinnya nak masukkan sekali lagi hehehe nak ubati hati yg lara niii

demo pertama tanpa resepi:

resepi tepung bungkus:

langkah membuat tepung bungkus:


bahan:

1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
sedikit garam

pisang masak ranum dibelah dua
daun pisang dibasuh bersih

caranya:

campurkan kesemua bahan kacau sehingga seabati.
kacau di dalam periuk di atas api yg sederhana, kacau sehingga kental/berketul2
masukkan ke atas daun pisang dan masukkan pisang, tutup dan balut seperti lepat pisang
kukus dengan api yang paling perlahan/kecil selama30 minit
jangan guna api kuat nanti bungkusan akan terbuka..
berpandukan pada pengalaman yang lepas api kuat habis terbuka semua bungkusan..
alhamdulillah kali ni memang cantik masaknya..

03 July, 2012

411. KASTARD JAGUNG

dimasak untuk minum petang 2 jun 2012

Bahan:

1 cawan tepung kastard
1 cawan santan kotak ilahjy guna kara
2 1/2 cawan air
1 cawan krim jagung dalam tin
sedikit garam
1 sudu besar mentega

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
panaskan dalam periuk dengan menggunakan senduk kayu
kacau sehingga pekat dan berkilat guna api yg sederhana.
tuangkan ke dalam acuan yg digemari. sapu acuan dgn marjerin
setelah sejuk keluarkan.

29 June, 2012

410. NASI LEMUNI

nasi lemuni utk makan tengah hari jumaat 29 jun 2012.. tuan rumah dah kenyang dah nie ...
nasi ini mempunyai wangi daun lemuni.. bagi yg dah biasa spt ilahjy pasti suka haruman itu hehehe..
beras, air daun lemuni dan santan pekat. air dan santan secukup memasak beras kalian ikut sukatan masing2... letakkan bersama dlm beras itu sedikit jintan manis, sedikit halba, sedikit halia mayang. sedikit bawang dan garam. masak seperti biasa.
daun lemuni sebanyak di dalam bekas dibawah, di mesin bersama air biasa dan ditapis seperti dalam gambar.
mesti buang tangkai2 nya ambil daun2 sahaja... daun agak tua sikit boleh digunakan yg muda dijadikan ulaman, celur seketika jer dan makan dng sambal belacan.

SEMPENA JUMAAT HARI PENGHULU SEGALA HARI INI

Ingin ialhjy berkongsi satu petua untuk menambahkan darah bagi yg mengalami tekanan darah rendah ... contoh ilahjy ni cuma kurang 0.1 rasanya.. menyebabkan kepala selalu pening... emak ilahjy bagitahu daun lemuni ini tidak boleh dimakan oleh orang berpenyakit darah tinggi sepertinya.. maka ilah jy secara lojik berpikirlah... mungkin sesuai untuk orang seperti ilahjy..tambah darah....naik darah hehehe..

percubaan dibuat beberapa tahun lepas, seorang jiran ilahjy mengandung. darahnya rendah.. doktor saran makan hati lembu, bayam dll... tapi apa berlaku????? ce teka.... berat anak dlm kandungannya bertambah besar. namun tekanan darah nya masih rendah..

berbekalkan 5 tangkai pucuk daun lemuni yg ada dalam pasu ilahjy ni..yg masih baru nak hidup.. tawakal jer masa nak petik harap2 tak mati pokoknya.. alhamdulillah seminggu lepas tu jiran ilahjy beritahu darah nya dah normal.. berat anak tidak ada masalah ... maka terbuktilah teori yg ilahjy harapkan itu..

maka 3 hari lepas ilah jy pergi ke pasar ikan 1 malaysia ...berhadapan sek ren setiawangsa tu ada sepohon pkok lemuni.. maka dgn galaknya ilahjy minta izin dgn org disitu.. dapatlah ilahjy buat ulam 2 hari lepas.. akhirnya pening kepala ini hilanggggg.... hari ni dapat pula buat nasi lemuni seperti emak ajarkan 7,8 tahun lepas rasanya....

rasanya pernah ilahjy buat N3 pasal daun nasi ni.. nanti ilahjy semak semula n3 lama... jom jamu mata dgn nasi lemuni ini... ada nak resepi?????????

mana nak cari pokok ni??? kat pasar sah2 tak deee... sbb nya? entah lah mungkin tak ramai yg tahu..terutama khasiat naikan darah tu ..sbb ilahjy yg empunya rahsiaaaaa.. hari ni mungkin kalian baru tauuuu kot.... kat dato keramat ni ada juga lah pokok2 ni depa tanam...

27 June, 2012

409. APAM BALIK

sarapan pagi 27 jun 2012

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/03/182-apam-balikummi-kuantan.html


salam hari rabu... ilahjy cuma sempat buat N3 gambar jer dulu..sebab pagi ni kena antau si bongsu ke sekolah jam 8.15 pg acara sukan.... ilahjy tinggalkan apam balik ini utk tatapan kalian.. jika berminat dgn resepinya mcm biasa klik2 ya... dah lama tak mengapam... hari ni baru berkesempatan.. macam lah tak sempat hehehhe..byeeeeeeeee nak kesekolah duluuu nanti balik ilahjy sambung celoteh...

26 June, 2012

408. UDANG ASAM TEMPOYAK

Bahan:

1/2 kilo udang besar belah belakang dan buang separuh kulitnya

3 sudu besar asam tempoyak
2 batang serai
5-6 biji cili padi
1/2 sudu besar cili kisar
2 keping hirisan halia
sedikit kunyit hidup

1 keping asam gelugor
1 cawan air

caranya:

satukan kesemua bahan dan kisar sehingga halus,
masukkan ke dalam kuali panskan sehingga mendidih
masukkan udang dan asam gelugo dan garam
masak sehingga pekat.

23 June, 2012

407. PULUT SERUNDING KELAPA

AHAKKSSSS..... selalu kawan2 buat kek dalam botol.... tapi ilahjy buat pulut serunding dalam botol aladinnnnn hehehehhee boleh caya ker??? melekit2 pun tak peeee janji boleh masuk dan keluar...... senangn la juga nakk sudukan...



406. BEBOLA TELUR DADAR JY






Selamat pagi ....


ketika ilahjy mengupdate dapo maya ini. jam menunjukkan jam 2.40 pagi.... pagi sabtu bersamaan 3 syaaban... bukan jadi musang tau...awal tadi dah tido jam 10.. terjaga terus tak leh tido la weyyyy.. apa lagi godek2 resepi yg bersepah godek2 gambar yg tak bersusun.. dan terus buat N3 pasal makanan lauk pauk malam tadi.

pada mulanya ilahjy nak buat dadar telur mcm biasa kita buat... tapi semasa nak amek kuali leper terpandang kuali tako ni yg dah hampir setahun tak berusik... terus ilah jy gunakan utk membulatkan dadar telur .... ada sikit kelainan dadar telur kali ni...

jom tengok resepi caca marba ilahjy nie

bahan:

2 biji telur
2 helai daun sawi bunga dimayang halus
1 sudu besar cencaluk kurangkan jika terlalu masin
1 sudu besar lobak merah dadu kecil
sedikit bawang besar dadu kecil
sedikit renjisan lada sulah


caranya:

campurkan kesemua bahan kacau rata seperti biasa.
panaskan kuali/acuan takoyaki tanpa minyak.
masukkan adunan telur tadi penuhkan seperti dalam gambar
masukkan lebihan /lelehan telur ke dalam bulatan dan balikkan seperti dalam gambar
supaya telur masak dan akan menjadi bulat seperti takoyaki..
jangan lupa renjiskan sedikit minyak selepas bahagian bawah masak,
utk mengaringkan telur . pusing2 kan telur sehingga garing.
makan dengan sambal belacan.. dapat 6 biji sahaja.

22 June, 2012

405. ROTI JALA vs KARI KURMA SARDIN


salam jumaat dan selamat menyambut bulan syaaban (2syaaban) hari nie..

dah berapa hari ilahjy tak buat N3. bukan tak masak.. malah selalu juga masak kuih muih cuma tak masukkan dlm dapo maya ni jer... tak berapa ada mood nak masukkan gambar2...
semenjak ada DSLR ni gmbr1 tak berapa menjadi dan mood utk menghias makin merudum. mungkin faktor dalaman diri ini agaknya...

wpun macam tu hari2 ilahjy BW ke dapo kawan2 semua..dan siap kopi dan pasta kwn2 punya resepi...

apapun meh kita tinggalkan kisah tu... cuba kalian lihat sarapan pagi tadi...apa yg ilahjy buat? kebetulaan kari kurma sardin malam tadi masih berbaki sayang nak bazirkan.. ilahjy bancuhkan adunan roti jala..dan mama suruh anaknya tibarkan jala..belajar lah kononnya... maka shafiqah dgn terujanya menjala..tapi tak berapa kemas...tak peee mama tak kisah janji piqa nak belajar...

disini ilahjy kongsikana bersama resepi ini utk tatapan anak cucu cicit akan dtg hehehe..

resepi kari kurma sardin:

bahan:
1 tin kecil sardin
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk kurma
bawang merah dimayang
halia dimayang
bawang putih dimayang
daun kari
santan pekat 1/2 cawan
1 biji tomato dadu
1 biji kentang dadu
1 cawan air

caranya:

tumiskan kesemua bahan, setelah wangi masukkan serbuk kari dan kurma bersama sedikit air. setelah pecah minyak masukkan santan pekat. kacau sebati.

masukkan air 1 cawan bersama kentang masak sehingga empuk. baru dimasukkan sardin bersama tomato dan garam.

kalau kuah terlalu pekat tambah sikit air. dah siap...

08 June, 2012

403. TOM YAM MEEHOON KERISEK anak kusss piqa




baru2 ini anak ke 2 ilahjy telah mereka cipta resepi ini amat tersedap ditekak mamanya....
tak sangka piqa pandai juga buat tom yam ni.. mama pun namakan tom yam ni tom yam kerisek.


bahan untuk goreng:

1 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih mayang
5,6 tangkai cili padi -ikut pedas
1 sudu besar belacan
4 sudu besar perencah tom yam knorr

panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua bahan di atas sehingga wangi.
masukan bahan2 dibawah

bahan sampingan:

hirisan ayam secukupnya
3 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
sayur campur lobak merah kacang dan sebagainya
3 sudu besar kerisek
1 biji limau ambil jusnya
caranya:
sambungan dari bahan gorengan diatas, di dalam kuali/periuk yg sama,
masukkan hirisan ayam kacau sehingga sebati ,kemudian masukkan serai,
daun limau purut dan sayuran.
kemudian masukkan air dalam 5 cawan atau secukupnya,kerisik, perahan limau dan garam
rebus sehingga masak.. sedia utk dimakan bersama mee hoon atau nasi..