terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

PERINGATAN UNTUK YG TIDAK TAHU UNDANG2 GMM HAK PERIBADI DLM BLOG

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN TANPA IZIN PEMILIKNYA.
HARAP MAKLUM.***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 4 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..







13 September, 2011

358. APAM DOT DOT RESEPI APAM PELANGI


haiiiiii kawan2 semuaaaa apa khabar? ada yg berpuasa? ilahjy dan anak2 dah hari ke2 hari ni mula berpuasa. minggu pertama raya hari tuuu coootiiiieee mana leh puasa...
pagi tadi jalan2 kat MUKA BUKU nampak ita masam manis buat apam ni.. sempat bual2 dgn ita. lepas tu out..terus buat apam dot dot versi apam pelangi.

dah kali ke 3 ilahjy buat guna resepi apam pelangi, yg ilahjy ubah suai dan diguna pakai oleh kawan2 dlm N3 masing2...
pernah masa mula2 buat apam dot2 ni, tahun lepas ilahjy guna resepi hana memories..mama darwish.. memang sedap resepi dr mama hana...

al kisah..selepas dah ubah suai sukatan bahan2 asal apam pelangi dan ilah jy terus gunakan resepi itu sampai hari ni. minggu depan ada sorg kawan nak tempah apam dot dot ni.. maka hari ni ilahjy cuba buat inti cekelat sendiri nampaknya menjadi... klik sini resepi apam pelangi yg telah ilahjy ubah suai suatu ketika dulu...dapat 95 biji kesemuanya

inti coklat hasil ciptaan ilahjy pagi tadi:

3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu sejat/cair
5 sudu besar gula/ikut manis masing2.

2 sudu besar marjerin

caranya:

kesemua bahan hendaklah di kacau sebati kemudian dipanaskan dgn api perlahan. sehingga pekat. kemudian masukkan marjerin dan padam api kacau sehingga sebati. sejukkan baru di isi dalam beg ising. kemudian rendam sebentar dlm air batu. sedia utk digunakan. selepas ia masak ia akan mengeras di dalam apam.. tidak langsung menjejaskan apam....

selamat mencuba....

ulang tayang resepi apam:

4 biji telur ayam rendam dlm air ais
2 sudu teh ovellet
300 gm gula halus

1 sudu teh esen vanilla

dimesin sehingga gebu dan ringan kemudian masukkan esen vanilla.

kemudian masukkan:

300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder< diayak bersama

berselang seli dengan
250 ml santan kara (1 kotak santan campur dgn air jadikan 250ml)

kacau sehingga sebati kukus selama 10 minit.

6 comments:

Mas said...

wahh...cantik la apam dot dot akak ni...
meh la sikit virus R akak tu..

ilahjy said...

mas
awat adek kak ni virus m dah mai ker..huhuu tak pe nanti dia mai la tuuufuh fuh kak ilah jampii

AZLITA AZIZ said...

kak cantik lah kak smooth aje... tak de ruang udara pun.. cantik sangat!!

nanti ita nak cuba buat ikut cara akak

allah mmg tergoda betul tengok apam tu kak...

Kak Rosaliza said...

assalam kak illah, saya ni belum terbuat lg apam dot, dot ni, teringin nk buat

Juwita Jamaludin said...

lawa apam dot2 tu.. suka tgk .. ita suka buat tap tak rajin makan.. hihiihi tunggu ada majlis baru rajin nak buat

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ilah Cayang,
rajinnya akak mengedot2 apam ni..cantik dan licin je permukaan apam tu...suka tngk..rasa teruja plk nak buat lagi...