resepi ini adalah adaptasi dari dapo naz tapi ilahjy sudah ubah suai perisanya kerana perisa keladi tidak ada .. maka teringatkan rasa FANTA HIJAU yg sedap tuu maka ilahjy adaptasikan ke dlm kek puding ini.. rasanya yg kurang manis sedang elok ditekak ilahjy. sejuk je bila di makan sbb puding ni dah didingin semalaman.
resepi asal dari dapo maya CUTE OVEN, SMALL KITCHEN NAZ... t.kasih naz resepi tu cantik kejadiannya
setelah puding diisi kena hentak manja2 kata nadz..
kek yg telah dibelah dua buang kesemua bahagian tepi yg keras tuu
inti puding sedang dikacau diatas api sederhana
RESEPI KEK PUDING FANTA OLAHAN ILAHJY
BAHAN KEK SPAN:
150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
6 biji telur c
100 gm gula halus
1 sudu besar ovellete
50 ml susu cair
1/2 sudu teh perisa pisang
1 sudu besar oren sunquick
50 ml minyak masak
beberapa titis sudu teh pewarna oren
caranya:
satukan kesemua bahan kecuali minyak.
putar sehingga berkrim selama 15 minit.
masukkan minyak gaul guna spatula sehingga sebati.
sapu loyang dgn merjerin dan tepung, masukkan adunan
bakar 170 darjah selama 30 minit.
keluarkan dan sejukan. belah dua
masukann puding ke dalam loyang kemudian kek kemudian puding dan kek dan akhirnya puding
hentakkan perlahan-lahan dan sejukan di dalam peti sejuk semalaman.
BAHAN PUDING FANTA : OLAHAN ILAHJY:
1200 ml santan
1 cawan gula halus
10 gm serbuk agar2
100 gm tepung hoen kwe /1 paket
secubit garam
1 sudu teh perisa pisang
2 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu teh pewarna oren dan 1/4 sudu teh pewarna kuning
caranya:
campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
panaskan atas api sederhan sehingga berkilat dan bolehlah digunakan terus.
3 comments:
salam Ilah
nampak sedap saja puding tu oren lagi kak noor jarang buat puding sbb anak2 jarang minta hahaa kena tunggu request baru rajin nk masak apa2, boleh lah minta yg ilah punya ni sikit..
assalamualaikum kak ilah..
pandai betul kak ilah ni.. ada2 saja idea kreatif akak.. hehe... tentu sedapkan rasa yg lain dari yang lain..
Salam Ilahjy, rajinnya dia buat kek. Kita tumpang telan air lior je..huhu..nmpk sedap sgt tu.
Post a Comment