syukur rezeki pagi ini. ubi kayu tanam sendiri
LEPAT UBI KAYU
jam 6 lipat melipat 6.30 dah bole makan. sat jeee kukus dlm 10 minit
sebab saiznya kurang sejengkal. terima kasih kpd kwn2 yg bg resepi smlm.
ilahjy mcm selalu buat tanpa sukatan....ilahjy gabungkan semua resepi dan pandangan kwn2, menjadi satu resepi ciptaan ilahjy yg tersendiri.
bahan2nya:
2 cawan ubi yg dimesin halus dan sejat airnya
4 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
3 sudu besar santan pekat kotak
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
sedikit pewarna kuning
gaul kesemua sehingga sebati, masukan 1 sudu besar dlm daun pisang dan lipat molek2 kukus selama 10 minit.
nyummyyyy makan panas2 pagi niii.....
No comments:
Post a Comment