terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








19 November, 2011

372. PULUT LAPIS KASTARD JY


bahan: resepi ilahjy sendiri utk rujukan masa depan
RESEPI ILAHJY YG LAIN KLIK SINI YA

1/4 cawan tepung kastard
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
5 cawan santan
1 sudu teh garam


caranya:

masukkan kesemua bahan dlm pengisar.
kisar sehingga sebati.
panaskan dlm periuk sehingga naik wap.
bahagi kepada 3 warna.
tuang selapis2 kukus sehingga kering cakar dgn garfu baru dituang lapisan seterusnya .
ilahjy beri warna asal kastard, hijau, dan perasa coklat emulco.
akhir sekali kukus selama 20 minit agar masak betul2.
sejukan 1/2 jam baru di potong.

loyang sebesar pinggan makan correlle:

beras pulut disukat setengah daripada loyang.
rendamkan semalaman atau beberapa jam.
kukus pulut tanpa air sehingga 3/4 masak, kacau rata.
masukkan santan pekat bersama garam dalam 1/2 cawan.
kacau sebati dan kukus lagi sehingga betul2 masak.
angkat dan padatkan dlm loyang.
kukus kembali sehingga naik wap di atas pulut baru dituangkan lapisan kepala.
buat sehingga habis.

nota utk diri sendiri:

cara kali ini menampakan pulut itusedikit berderai ketika dimakan. resepi yg terdahulu ilahjy masak pulut bersama santan tengelam kan pulut maka hasilnya pulut akan lembut dan mampat dan padat...

ke dua2 cara ilahjy suka...

17 November, 2011

371. RENDANG PARU HATI DAN LIMPA


ilahjy makan hati berulam kan limpa dan paru huhuhuhuuuuuu.. sedihnya hati..mengenang kan nasib yg tak berapa diuntung....... sapa nak tolongg nieee?????

kepada sap2 yg makan hati hari nie meh sama2 kita makan hati.... kepada ibu ayah yg bertuah atas kejayaan anak2 dlm upsr.. jgn makan hati tauuu... makan rendang tak peeee...
bagi yg kurang bernasib baik tu ..syukurilah apa yg ada..kerana A tak menentukan siapa kita dimasa depan..

tenang2kanlah hati kalian dengan rendang yg ilahjy buat pada 9 nov 2011.. lambatnya nak post sebab kealpaan laaa sebab tuu laaa tertangguh... tapi sampai hari ni masih ada lagi rendang tuuu..sebab ilah jy buat dan simpan dlm sejuk beku.. bekukan dlm kuantiti yg cukup2 sekali hidang... panaskan jer.. nampak gayanya hari ni 17 hb nov 2011 rendang ni akan habis stok pada malam nie...bukan mkn setiap hari pun, makan selang 2,3 hari baru dipanaskan..nanti jemu lak..

nak kabaukan..kepala ilahjy yg selalu pening kerana kurang sedikit jer darah telah kembali pulih sebab makan rendang ni..mungkin darah dah bertambah baik..

nak ucapkan tahniah buat hasue di sarawak dan nor secubit garam di trengganu diatas kejayaan anak2 masing2.....dan juga kak cm tersyg... update...18 nov..

sebenarnya organ2 dalaman ini adalah hasil dari lembu yg ilahjy korban kan masa hari raya lepas.. semasa di melaka lagi kak ipar ilahjy dah siap rebus daging2 itu, tahan lama sikit...

di sini ilahjy cuba masukkan resepi rekaan sendiri dan kena dgn tekak nie...

bahan:

1 mangkuk hati limpa dan paru yg telah dipotong nipis(telah direbus)2 kilo kalau tak salah..maaf tak timbang huhuuuuu

bahan mesin:
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar ketumbar biji
1 keping kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

bahan tambahan:

kicap pekat
santan pekat secukupnya
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dipotong kasar2
2 keping asam gelugor

caranya:

kesemua bahan dimesin halus dan ditumis dalam minyak yg mencukupi sehingga garing.
masukkan paru hati dan limpa bersama santan pekat dan bahan2 tambahan. biar tenggelam masak dgn api perlahan sehingga kering sedikit dan rasa lah garamnya. akhir sekali masukkan daun kunyit masak sekata dan padam api..

selamat mencuba...

11 November, 2011

370. KEK LAPIS BUAH2AN 111111

KEK LAPIS BUAH 1 MALAYSIA

penghargaan buat adinda e-na di jepung.. kerna berkongsi resepi yg mudah ini..
buat pengetahuan mu dek..kak ilah mcm biasa lah suka suki ubah suai resepi... sebab nak menghabiskan stok buah2 koktail yg ada tuuu.. kak beli kat kedai 1 malaysia di melawati.. boleh tahan sedap buah2 tu... walaupun harga murah dan brand pun tak deeee.. cuma ada 1 malaysia jer...

mari kita sama2 saksikan bahan2 yg telah ilah jy ubah suai... nasib baik menjadi dan sedap... bukan apa..kemaruk buat kek sejak semalam 10 NOV 2011.. kek coklat kastard karamel... ada sapa2 nak lihat resepi ori dari dapo E-na sila ke jepunggg ya....naik jet cepat sikit...heheheee

bahan A:

5 biji telur
200 gm gula halus
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil ovellet

caranya:

putar telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan ovellet dan terus putar sehinggga gebu dan ringan. masukkan esen.

bahan B:

220 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

ayak kedua2 bahan dlm 1 bekas.

bahan C:

150 ml susu cair
100 ml minyak jagung

caranya:

campurkan ke dua2 bahan.

bahan D ilahjy tambah:

pewarna yg kita sukai ilahjy guna purple, hijau dan oren juga kuning..
7 sudu besar nestum
1/4 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan susu cair
1 cawan buah2 campuran dlm tin
2 sudu besar jus buah2an campuran jenama sunquick
sedikit kismis dan ceri hijau dan merah
serbuk koko atau milo

caranya:

1. masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli dgn bancuhan susu dan minyak. kacau sehingga sebati. ilahjy guna mesin kek putar kelajuan paling rendah.
2. masukkan nestum dan susu pekat terus diputar sehingga nestum sebati dgn bancuhan tadi.
3. bahagiakan adunan kepada 3 bahagian:
>1- warna purple utk bahagian dasar.
>2- warna hijau utk lapisan ke 2.
>3- warna asal di bahagi kepada 2 :
A. warna oren
*B. warna asal akan jadi kuning sebab kastard.

4. sapu loyang dgn marjerin. kukus lapisan purple sehingga kering tidak melekat dijari.
5. seterusnya angkat keluar kukusan, masukkan adunan hijau ratakan dgn sudu.
taburkan serbuk koko serata adunan dan kukus seperti lapisan pertama.
6. angkat dan masukkan adunan oren . lapisan oren agak nipis dr lapisan yg lain. sebab adunan dibahagi dua. kemudian taburkan serbuk koko lagi sekali. kukus sehingga masak seperti yg lain.

7. adunan asal B* tadi dimasukkan susu cair, tepung kastad,jus, buah2 campuran, kismis dan ceri2 kacau rata,
8. masukkan adunan ini ke atas kek tadi dan sapu rata kukus selama 1/2 jam. sehingga beku
angkat dan sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan.. sedia utk dipotong.

selamat mencuba..janganlah pening2 bila tengok resepi ni..amat senang jika kita dah mula membuatnya....
boleh dikatakan kek ni seimbang lah sebab ada buahan. ilahjy ada melihat ita masam manis buat kek macam ni..http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/kek-coklat-kukus-keju-koktel.html
tetapi resepi sangatlah berbeza dan kena bekukan sebelum makan.tapi yg ilahjy buat nie tak perlu beku lepas jer masak dah boleh makan....begitu juga dek izah daut..juga pernah buat kek tu..http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/kek-coklat-kukus-keju-koktel.html

tapi ilahjy tak de stok cissss maka terpaksa cari lain resepi yg boleh dihabisi buah koktel tueee... maka dengan ini terciptalah kek lapis buah 1 malaysia niee sbb beli kat kedai 1 malaysia.. ahaaaakkkssss....semangat gitussss...

369. KEK COKLAT KASTARD KARAMEL

masak petang semalam 10 nov 2011
NOTA:
resepi telah diolah/ubahsuai oleh ilahjy mengikut citarasa sendiri.. terima kasih pada pencipta resepi asal...hanya ALLAH sahaja membalasnya... mohon maaf jika tiada kredit nama ..sebab resepi dah diderhakan hehehe sebab itulah sifat kusss suka ubah suai suka rasa..hehee... janji anak2 suka dan sesuai dgn tekak ni... alhmdllah menjadi..

bahan:

A. gula hangus

4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air

caranya:
panaskan gula dalam kuali sehingga cair sepenuhnya. kemudian masukkan air masak sehingga cair. masukkan air gula itu ke dalam sebuah loyang yg bersapu marjerin. ketepikan.

B. kastard karamel

3 sudu besar tepung kastard
4 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan kacau sehingga sebati. masukkan ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi. kukus sehingga beku selama 25 minit dengan api kuat.
semasa proses kukus tadi sediakan bahan keknya.

bahan kek coklat:

beberapa kepingan biskut marie

A.
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu besar nescafe
1 sudu besar oren sunquick(dlm botol) lebihkan jika suka..
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

satukan kesemua bahan dalam periuk, masak sehingga panas dgn api sederhana.kacau dgn senduk kayu, setelah cair sejukkan dgn cara merendamkan periuk ke dalam bekas air.

B.
4 biji telur dipukul dgn pemutar kek sehingga gebu

C.
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder

ayak bersama bahan diatas kemudian masukan ke dalam adunan coklat tadi berselang seli dengan telur kacau dengan whisk tangan sehingga betul2 sebati.

seterusnya, masukkan adunan tadi ke atas adunan kastard karamel yg telah masak/beku tadi dan susunkan kepingan biskut marie di atas nya. tekan sikit dgn sudu jika biskut timbul. kemudian kukus selama 1 jam. cucuk dgn lidi jika dah kering menandakan kek dah masak.

nota:biskut itu ilah jy buat dlm 2 lapisan. memula tuangkan adunan kek, tinggalkan baki utk tutup biskut pertama. susunkan biskut lapisan pertama.kemudian tuangkan lebihan akhir adunan kek ke atasnya. kemudian susunkan pula lapisan ke 2 biskut dan guna sudu utk melekatkan biskut dgn adunan kek. kemudian kukus lah. sebab tu jadi 2 lapisan seperti dlm gambar... harap faham ya....

ilahjy nak cepat makan...jadi kena sejukkan kek di depan kipas angin dgn merendamkan loyang tadi dlm bekas air.. setelah sejuk cuba lekangkan kek dari loyang dan terbalikkan kek di atas pinggan. dan boleh di potong terus.

04 November, 2011

368. KERABU SOTONG


kuih bakar jagung petang semalam terluper nak buat N3.. hukhukkk

edisi menghabiskan stok sebelum pulang ke melaka

setiap hari jumaat en hb mesti balik makan kat rumah. berbeza hari2 sebelumnya.. kami hanya makan malam bersama2 sekeluarga..kerana waktu malam lah semua berkumpul, 6 org semuanya.

kebetulan hari ni merupakan hari utk menghabiskan stok dlm esbok tuuu maka byk juga lah menu hari ni.. meriah2...
contoh kerabu sotong 1 malaysia niee... sebab apa ilahjy namakan 1 malaysia? kerana byk juga kwn2 sotong dalam kerabu ni... dan sebab itu juga ada bendera malaysia..hasil dari pemberian hari kemerdekaan ke 53 tahun lepas kami sama2 sambut di stadium bkt jalil...meriah seronok dan dpt bendera saiz 2 kali A4.. besar juga tuu...

KERABU SOTONG 1 MALAYSIA resepi ilahjy

bahan:

2 ekor sotong saiz besar sejengkal jari hantu..emmm pjgnya potong bulat2 nipis.

panaskan air dalam 1/4 cawan sehingga mendidih masukkan sotong itu sebentar sahaja, dlm 2 minit.toskan.

air sotong digunakan utk merebus belacan dlm saiz ibu jari sehingga mendidih sekali lagi.hancurkan belacan guna sudu. air belacan digunakan kesemuanya dalam kerabu ini.

2 biji buah tomato di potong nipis2
2 biji cili besar di potong bulat2 nipis
2 biji limau kasturi amek airnya
5 biji cili padi /ikut pedas di potong serong2
kulit limau kasturi di potong nipis2
1 biji bawang besar di mayang nipis2
1 potong nanas muda di potong baji nipis2
garam secukup rasa

campurkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk gaul rata dengan sudu rasalah asam dan garamnya.

selamat mencuba......

02 November, 2011

367. KARIPAP INTI IKAN BILIS KENTANG




petang tadi ilahjy layan karipap atas permintaan en hb beberapa hari lepas. sebab itu semalam inti karipap ini di buat bersama roti2 itu... sekejap jer la melayan mengelim 50 biji karipap comeeiii nieee... saiz sebesar 2 jari jer sekali ngap habis.. hehehe teringat masa ilahjy mengendalikan persatuan bakat di unitlama .. karipap comeiii dimestikan kerana menjadi hidangan utk VVIP kesemua kuih muih dibuat dlm bentuk sekali suap saiznya... fuhhh mmg la penat nak habis kan 1 adunan...
umpamanya dadar pun sama sebesar saiz ibu jari dan pendek jer dibuat... itulah kegemaran VVIP kami...
kali ini inti karipap ilahjy sengaja buat dgn perasa ikan bilis. asyik2 ayam dan daging jemu juga.. yg pasti kentang tidak dilupakan..keledek kadang2 boleh mengundang angin dlm perut kusss...

resepi nanti ilah jy masukkan ya nak layan cerita soffiya duluuuu jommmm...


inti karipap:

3 biji kentang didadu kecil
2 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

caranya:

1. kisar bawang2 dan ikan bilis sehingga halus.
2. panaskan minyak tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan
rempah sehingga pecah minyak.
3. masukkan kentang bersama air secukupnya dan garam.
4. masak sehingga empuk dan kering airnya. sedia utk digunakan.

kulit karipap cara ilahjy:(angaran sbb tak sukat a.k.a agak2)

tepung gandum.....2 cawan
minyak masak ......1/4 cawan
marjerin..............3 sudu besar
air biasa

masukkan tepung ke dlm bekas.
panaskan kedua2 bahan minyak dan marjerin. sekadar cair marjerin tak perlu berasap.
tuangkan ke dalam tepung kacau dgn senduk sehingga sebati
masukkan sedikit2 air sehingga boleh di uli
dan bulatkan sebesar 2 jari dan gelek dan isikan inti.

resepi ini sebagai rujukkan ilahjy dimasa depan...

01 November, 2011

MOOOD RAJEEENNN HARI NIEEE


2 BIJI ROTI DAN SET SAYUR KUBIS PANJANG BERSOS

SEKALI TENGOK MCM KEK ..HEHEHE
YANG NI ROTI BUAH2AN CAMPURAN AGAK KERAS SIKIT SEBAB BM BUAT RAGAMM
TOPPING YG SAMA MEMBERI SIKIT KELAINAN RASA

MEMANG GEBUSSS DAN LEMBUT

rekahan terjadi mengikut saiz ketulan2 roti dibentuk. ada besar ada keciksaiz ketulan roti itu..

ROTI NI BERTOPING ROTI BOY PUNYA
SAYUR KOBIS PANJANG NI DIMASAK DGN SOS DAN BERBAGAI LAGI DALAMNYA MERIAH. MALAM NANTI BARU NAK POTONG MASA MAKAN DGN NASI... ADAPTASI DARI DAPO MADIHA AKA RATNA..RESEPI TAK SAMA LANGSUNG..TAPI CURI2 TAK SERUPA BIKIN...HEHEHE DAH SIAP KUKUS DAH TU SUPAYA SENANG BILA NAK POTONG DIA DAH BEKU/KERAS MALAM NANTI...ada cerita disebalik sayur ini dimasak..huhu