terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 November, 2017

910. APAM COKLAT


bahan:
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan air
marjerin untuk sapu acuan

caranya:

ayak semua jenis tepung dan serbuk
masukan semua bahan cecair dalam balang blender, kisar sehingga halus
tuangkan ke dalam bekas tepung
kacau guna hand whisk sehingga sebati
perap 30 minit
sapu acuan dengan marjerin
kukus selama 20mt.

01 June, 2017

903. LOPEZ ENAK




rendam pulut dengan sedikit air kapur 1jam
basuh bersih dan masak dengan air daun pandan dan santan pekat juga garam
ilahjy nak mudahkan kerja, terap pulut tadi dgn acuan dan gaul dengan kelapa parut bergaram

masak gula melaka dengan air dan daun pandan sehingga cair. 
makan dengan pulut tadi.
mohon maaf yee ilahjy tak bungkus pulut tadi
dengan daun pisang spt tradisional atok nenek punya resepi. janji rasanya ada macam nenek ku dulu2 masak.

di bawah ini resepi asal ilahjy amek daripada azie kitchen 
ayat diatas pula ilahjy ringkas ikut selera sendiri .
bagi memudahkan ilahjy kopi pasta kat sini.
penghargaan kpd pn azie. 

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan - dikisar beberapa helai daun pandan
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam

Cara-cara:
Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.

Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.


29 May, 2017

902. KASUI DANGDUT GEDIK GOYANG



Mmg sedap gilersss kasui dangdut nii
Jgn pernah nk ubah bahan2nya.
Bila sejuk smlman tak keras. Bila mkn panas2 mcm mkn dodoiiii u....
Dah sampai balik le KL winduunya dgn anak2 . Tp sayang ini kuih 2hari lepas.
Tak merasa lah depa ...

bahan

1  3/4  tpg gandum
1  3/4  tpg ubi kayu
5  cawan air
1  cawan gula pasir
1  cawan gula melaka@merah
1  sudu teh kapur makan
1  helai daun pandan

ps.. terlupa kicap pekat. yg hitam tuu dlm 2sdb. utk hitam.

caranya:
masak air, dan daun pandan dgn gula2 sampai hancur,tapis
campurkan kesemua bahan kacau sebati blend sehingga halus
sapu loyang dgn minyak, masukan bahan ,kukus sehingga 25mt.
gaul dengan kelapa bergaram.

10 May, 2017

901. ROTI KUKUS JY



bila oven takdakkkk periuk letrik nasi jadi sasaran... 
ROTI KUKUS KUSSS utk situkang2 rumah...

bahan

1/2 kg tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
1 biji telor
1 sudu water roux /kanji gandum
( 1sudu besar tpg gsndum campur 2 sudu besar air masak sampai pekat. api slowww)
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula

caranya

ayak tepung, masukan kesemua bahan gaul rata, masukan air sedikit2 sehingga membentuk doh yg lembut drp donut. tambah marjerin terus uli, sehingga sebati. tak yah lama2 penat tangan jeee kikiii.. sekejap dlm 15mt ulinya.
perap naik 2x ganda. lps tu uli sekali lagi jap je. bulat2kan dan leperkan utk masuk inti kacang.
bulatkan sampai licin. atur dlm loyang. tunggu naik 10mt. 
kukus 25mt.


29 April, 2017

899. APAM LEMAK MANIS UBI KAYU


adaptasi resepi daripada apam lemak manis

Apam gandum. Versi lemak jy
Baru angkat minum petang utk tukang rumah

utk simpanankuuuu jerr
agak2 yeee bahan nya:

tepung gandum dlm 2 cawan
1/2 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
4 sudu besar santan kotak
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
pewarna merah
 1 sudu besar marjerin
1 cawan air masuk sikit2 sampai jd pekat mcm dadar

gaul semua sehingga sebati.,
peram 45mt.
kacauu sebati lps tuu sapu loyang dgn marjerin
kukus 30mt..

***tambah 1 cawan ubi kayu parut
kurangkan air. 
gula pasir gantikan gula merah. masak tapis dan tolak jumlah air daripada resepi diatas.

31 March, 2017

897. KUIH SAGU NONA MANIS

Nona manis utk tukang rumah.
Minum petang jumaat.
Sedapppnyeee dah bertahun tak buat. Nasib baik molek jee jadi nyaaa. Tq Allah tanpa resepi menjadi.



Rujukan sendiri

1/2 loyang sagu dlm 2cawan rasanya x sukat pula tadi
Rendam dan basuh buang air putih. 3x basuh.
Rendam 30 mt

Masak jadikan air gula:
8sudu besar gula pasir
1cawan air
1sudu besar sirap rose

1biji kelapa parut muda
Sedikit garam gaul kukuskan.

Panaskan kukusan.
Masukan sagu kedalam loyang.
Tuangkan air gula masih panas2 lagi
Ke atas sagu. Kacau rata. Biar tenggelam sagu. Kukuskan sehingga masak. Sendengkan loyang utk keluarkan air berlebihan. Potong gaul dalam kelapa parut. Siap.

26 March, 2017

896. LONTONG GUNA KENWOOD PRESSURE COOKER. TERBAIK,


ketupat mini ilahjy rebus guna pressure cooker kenwood guna arahan sup selama 25mt. kali ke2 ilahjy guna kan periuk tu. 


23 March, 2017

895. APAM GANDUM LEMAK MANIS JY



Apam gandum. Versi lemak jy
Baru angkat minum petang utk tukang rumah

utk simpanankuuuu jerr
agak2 yeee bahan nya:
tepung gandum dlm 2 cawan
1/2 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
4 sudu besar santan kotak
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
pewarna merah
 1 sudu besar marjerin
1 cawan air masuk sikit2 sampai jd pekat mcm dadar

gaul semua sehingga sebati.,
peram 45mt.
kacauu sebati lps tuu sapu loyang dgn marjerin
kukus 30mt..

17 March, 2017

894 KERIA SIRA GULA PERANG



RESEPI PETUA RAHSIA JY
1 senduk gula perang
1/2 senduk gula pasir
sedikit garam
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak

panaskan kuali bekas goreng keria
masukan kesemua bahan
masak sehingga gula berbuih dan menjadi likat
masak gula hendaklah lama dlm 30mt bagi memastikan gula cantik seperti dalam gambar
tarik gula ketebing kuali
jika gula mulai kering masukan keria
gaul dengan segera api kecil
bila bersalut padamkan api terus mengoreng
sehingga gula kering bersalut rata.
sila pastikan kepingan2 keria terpisah kesemuanya.
jika tak menjaďi sila ubah suai resepi

13 March, 2017

893. JAGUNG BERSIRA JY



rebus jagung dlm air bergaram. 
lps dah empok, angkat jagung tu toskan.
buang air tadi tinggal separuh.
susu cair 1/4 tin,  
susu pekat ikut manis. yg ni saya buh 4 sudu besar, 
3 sudu besar tepung kastard,
2 sudu besar planta,

kacau semua dlm air rebusan tadi sampai sebati.
pastu panaskan sambil dikacau jgn berketul.
dah mendidih masukan kembali jagung 2 btg tadi. masak sampai kuah pekat. sblm padam api buh cheese, samada chesdale atau chese betoi yg kiub tuu.. yg ni saya x buh cisss sbb stock x de. tuu pon sedap x sangga dah. 

06 March, 2017

889. REBUNG KERING





rendam rebung dalam air bercampur garam selama sebulan. toskan jemur sehingga kering
boleh disimpan lama untuk dibuat acar limau atau acar buah.

03 March, 2017

888. BELIMBING BULUH KERING



6 kg buah belimbing  segar
6 genggam garam kasar kalau kurang masin tambah
air secukup tenggelamkan buah

basuh bersih buah belimbing buluh
masukan dalam balang plastik
masukan air tapis separas buah
masukan garam
peram selama sebulan lebih pun ok
rasakan garamnya .
setelah sebulan toskan dan jemur
sehingga kering.

02 March, 2017

887. NASI KERABU SIAM JY



melihat seorang rakan fb berbangsa siam iaitu isteri kawan sekolah ilahjy, memasak nasi kerabu yang sebegini rupa. ilahjy terus berhajat nak masak dengan cara ilajy tersendiri. memang harum semerbak serumah nasi ni. tapi ilah tak masak lauk nya hanya mkn cara orang berpantang.

bahannya:

2 pot beras basmathi

bahan dimesin halus:
4 helai daun pandan
5 helai bunga telang
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci temu pauh
1 batang serai mayang
1 inci  lengkuas

kisar dgn air yg cukup2 dengan beras. tapis amek airnya sahaja.


1/4 kotak santan
garam secukup rasa

tanak nasi macam biasa
masukan kesemua bahan sekali gus.


01 March, 2017

886. SAMBAL BELACAN BUAH KEMANG


buat sambal macam biasa cuma tambah hirisan buah kemang, tak perlu asam lain kerana buah kemsng dah cukup masam utk menstabilkan rasa sambal belacan ini.


inilah buah kemang a.k.a binjai

24 February, 2017

885. SAMBAL BELACAN GORENG DENGAN TAUHU GORENG KUNYIT


buat sambal belacan macam biasa
2 keping tauhu digoreng garing berkunyit dan garam,
bawang besar separuh di baji
1 biji tomato juga dibaji.

panaskan minyak  tumiskan bawang dan tomato juga sambal belacan
setelah pecah minyak madukan sedikit air. garam tak perlu sbb sambal dah cukup rasanya. 
potong baji tauhu susun dlm pinggan, tuangkan sambal tadi. ermmm dah siap...



18 February, 2017

884. CENDAWAN KUKUR, TERUNG,PETAI MASAK LEMAK


masakan yang mudah membangkut pelbagai rasa di dalam satu masakan hasil ilham ilahjy. ilahjy  sentiasa mempelbagaikan masakan yang tiada penghujung resepi. semua boleh disatukan di dalam kuali ajaib masing2 di dapur. aahhahhh... baik punye ayat nii hihii

bahan:

blend 2 biji cili merah, 
separuh bawang besar, 
1 inci kunyit hidup,
 1 sudu besar  rempah kari, 
dengan 1 cawan air sehingga halus rempahnya.

caranya:
panaskan sehingga masak rempahnya. masukan segenggam cendawan kukur,
 1 biji terung potong nipis,
1 keping petai,
 masak sehingga empuk. 
masukkan garam dan 1/2 cawan pati santan. setelah mendidih padam api.

masakan jenis ini tidak sedap jika pedas. sebab kuahnya boleh dihirup. itu bagi kami sekeluarga lah.