terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








27 November, 2013

549. JEJEMPUT IKAN BILIS

CUCUR YANG PALING SENANG JIKA TAK ADA IDEA NAK MASAK SARAPAN PAGI


Resepi sumber ilham rasa tekak ilahjy  sendiri:

Bahan:
2,3 cawan tepung gandum
Hirisan daun kucai
Parutan karot
Hirisan kubis putih

Bahan utk dikisar halus:
1/4 cawan ikan bilis
1 biji telur
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup 
2 sudu besar cili mesin
4,5 biji cili padi
Sedikit belacan jika suka
Garam 
Air secukupnya..

Kisar semua sehingga halus dan tuangkan ke dalam campuran tepung2
Kacau sebati. Jangan terlalu pekat nanti keras.. sedikit cair supaya cucur akan ranggup nanti.... panaskan minyak dlm kuali. Amhil 2 sudu besar minyak dan tuang ke dalam adunan dan kacau sebati. Teruskan mengoreng sehingga garing. Sedua utk dimakan dgn apa2 juga soss



26 November, 2013

548. ROTI MANIS TANPA SUSU

KHAS ATAS PERMINTAAN DI TAMAN TASIK
utk kawan yang alergik dgn protein.
Ilahjy mencuba mengolah resepi sendiri, tiada penggunaan susu kerana teman sepoco2 dan taici alah dgn susu. Nampak gayanya menjadi...
Kalu nak dapat saiz yg sekata sila timbang ye.. ilah jy malas bab timbang2 ni... :-)

Ulang tayang.. water roux aka kanji gandum pelembut roti
Campuran tepung gandum dgn air. Kacau sebati masak sampai pekat. 
Resepi campak2 . Ilahjy guna kesemuanya utk adunan roti ni.
Yg ni resepi yg mudah ingat yee:
 50 gm tpg gandum
250 gm air

547. PIZZA SIMPLE DAN ROTI KEPINGAN CIS

ADUNAN ROTI YG SAMA DIGUNA PAKAI UTK PIZZA
24 nov 2013






23 November, 2013

546. NASI LEMAK 30 MINIT

SARAPAN 23 NOV 2013
siap dalam 30 minit. Khas utk anak2 dara ke kelas PJJ UTM.
Nasi lemak resepi arwah nenek kusss tetap menjadi poojaan kami.
Jintan manis, halba, halia, bawang, daun pandan

22 November, 2013

545. ROTI MANIS

SELEPAS BUAT ROTI CANAI ILAH JY CUBA MEROTI PULA SETELAH SEKIAN  LAMA TAK MEROTI.
Petang semalam 21 nov 2013 terus mengodek bibik melayu ni. Meragam rupanya BM ni setelah sekian lama tak meroti.. kejap menguli sekejap berhenti..
Walau apapun akhirnya,  dlm 2 jam terbuang masa dpt juga ilahjy membakar dgn sempurna sekali. Dengan resepi main campak2 sbb malas nak buka resepi inilah hasilnya... nanti ilahjy masukkan resepi campak2 utk rujukan sendiri dimasa depan. Sapa2 yg rasa tak confiden dgn resepi ilahjy baik cari sumber yg lain. Blog ini terbina utk ilahjy dan anak2 dara ku buat rujukan dimasa depan dan kenangan yang diri ini pernah wujud.. 

INILH HASILNYA DARI BM YG MERAGAM DAN HASIL CAMPAK2 DENGAN PENUH KASIH SAYANG SERTA IKHLAS.
Sapa kata meroti itu susah? Tak sesusah mana pun berdasarkan pengalaman dan membaca. Tak rugi kita berkongsi ilmu masak2 ni. 
Kalau tak menjadi sekali percubaan jgn putus asa. Jgn salah org yg beri resepi. Kerana bakat memasak ini ada anugerah dari NYA. Kita kena terima seadanya.. aminnnn
Dasar yg kurang garing.. 


Bakar suhu 160 darjah selama 25 minit
Keluarkan sapu lagi sekali dengan sapuan tadi, teruskan membakar sehingga masak.


Keluarkan dari BM dan uli buang anginnya. Kemudian bentukkan mengikut selera kita. Setelah naik sekali ganda. Sapu permukaan adunan , dengan susu cair,air dan mentega yg di gaul sebati


Perap 2 kali ganda naik. Tumbuk dan uli sekali lagi

Sila uli sebanyak 2 kali utk mendapatkan hasilnya cantik


Bancuhan mesti lembut daripada kuih donut. Bila nak uli dan membentuk,  kena guna tepung sapu ditangan supaya tak melekit.


Ilahjy guna tepung gandum tak sampai sekilo, dlm lebih kurang 800 gm.
2 biji telur, 2 sudu besar marjerin, 1 paket yis kering,1 sudu teh baking powder, 6 sudu besar gula pasir, susu cair yg disejukkan dalam peti ais, sedikit air.
Cecair yg digunakan dimasukan sikit2 sehingga adunan selembut dikehendaki.


Ilahjy guna water roux utk membuat doh ini,  yg dimasak tanpa resepi. Agak2 boleh memekat spt dlm gmbr diatas. Lebih kurang 3, 4 sudu besar bancuh dengan 1/2 cawan air. Masak sehingga pekat dan sejukan bau dicampur dgn bahan2 lain.

17 November, 2013

544. ROTI CANAI BIBIK MELAYU

LAMA SUNGGUH BIBIK MELAYU DIREHATKAN
entah kenapa dah tengahari baru nak menyanai... apa lagi dgn semangat kerajinan yg ada ku gagahi memanaskan BM. Alhamdulillah sebanyak 3 kali ku ulang uli tanpa ragam pun... wah bukan kepalang ku menyanai sebesar penumbuk setiap adunan. Sekali tebar dan bakar penuh pinggan makan ... amek kawww balas dendam lama tak mengodek BM.... haiii semangat jangan kau padam lepas ni... 
Apapun selepas balik  dari bercuti ke PENANG mulai hari ini barulah dapo ku akan berasap semula... semoga selamat dlm perjalanan ... KEDAH tunggu kepulangan ku..

10 November, 2013

543. UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUAH KEMANG/BINJAI

MAKAN TENGAHARI 10 NOV 2013
Buah kemang segar beli kat MELAKA
kaw2 punye masam... tapi tetap sedap...