terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 November, 2010

251. kuih talam pisang

masak 26 hb utk dibawa balik ke melaka


bahagian bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
6 biji pisang (ilahjy guna pisang rastali)
4 cawan santan cair (ilah jy guna 1/2 kotak santan kara + air)
1/2 cawan gula apong dari sarawak ( kalian boleh guna gula merah)
gula apong ni tak manis langsung cuma rasanya yg enak...

caranya:

campur kesemua bahan dalam blender kisar sehingga halus. masukkan dlm bekas dan masukkan tepung gandum kacau sebati.

panaskan kukusan dgn api yg kuat kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit. kemudian tuangkan bahagian atas. (atau sehingga adunan pisang tu kering dari adunan tepung

bahagian atas:

4 cawan santan pekat ( 1kotak santan kara + air)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

campurkan kesemua bahan sehingga sebati. kacau atas api sehingga naik wap (jgn pekat) tuangkan atas bahagian pisang. kukus sehngga masak. lebih kurang 30 minit.

sejuk depan kipas angin kalu nak cepat makan. tapi jika sejuk semalaman lebih cantik jika dipotong. selamat mencuba... ini pestime ilahjy mengolah resepi ini. nasib baik menjadik... kalu kalian buat tak jadi ilah jy tak dapat nak tolong..hehehe..

ingat ya puan2 kuih ini terlalu banyak utk keluarga yg kecik... buatlah 1/2 adunan ya.. ilah jy bawa balik ke melaka dan beri pada saudara disana ....

25 November, 2010

250. kek stobery jy.



selamat pagi sebelum ilah jy turun ke taman buat taici dan poco2 jam 8 ilah jy cuba paparkan sebijikkk kek yg ilah jy bakar petang semalam.. tak sempat buat n3.. pestime buat kek ni nampaknye tak menghampakan sehingga susah nak alih dari bekas kerana terlalu gebussss hati2 ketika melakukan kerja2 pengalihan heheheheee


bahan:

250gm marjerin
2 cawan gula kasar dimesin halus
2 3/4 cawan tepung gandum
5 biji telur saiz sedang
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh perisa stobery kalu suka nak kasi sikit wangi
10 biji stobery segar saiz sedang2
1/4 cawwan air utk blend stobery
pewarna pink seangkatan warna stobery

caranya:

1. blend buah dgn air sehingga halus. sukat sehingga menjadi 1 1/2 cawan. kalu kurang tambah air. kalu lebih sikit tak peee..
2. putar telur sehingga kembang dan gebu.
3. putar merjerin dgn gula sehingga kembang dan gebu.
4. masukan telur sikit demi sikit dgn mengunakan senduk kayu ya puan2.. kacau sebati.
5. masukkan tepung gandum berselang seli dgn air buah stobery dan esen stobery..kacau sebati.
6.bahagi 2 dan warnakan dgn warna pink... dan satu lagi warna asal.. buatlah ikut selera kita.
7. bakar 175 *c selama 50 minit..
ingatttt sapu marjerin `dan tepung pada loyang.

19 November, 2010

249. kerabu mangga epal dan ketam stick

masak lunch 19 nov 2010

salam jumaat penghulu segala hari buat kalian semua
hari ni ilah jy buat kerabu mangga epal bersama encik crab stick... ku curikk dari geng sponge box...heheee

mangga epal diambil semasa balik melaka minggu lepas. pokok belakang umah pak mentua .. betul2 kat tingkap bilik tido ilah jy... hari ni baru sempat buat kerabu... kerabu yg senang tak moo boh bawang tak sedapppp... gaul dlm sambal belacan je...layanzzzz...senang jerrr... parut guna mata yg paling halus supaya senang nak kunyah..hikhikkk ngalahkan nenek..
***encik crab tu kasi celur dlm air mendidih kemudian potong bulat2...

18 November, 2010

menu aidil adha

kuih bakar pandan jagung dan lemang kukus ilah jy
resepi ni ilah jy amek dari dapo mokwok
lemang kukus yang ni pula resepi ciptaan sendiri.. dan serunding daging dari kelantan

salam sejahtera semua
semoga sihat jgn ada yg pening2 lalat pula dek krn makan daging korban terlalu byk.. ilahjy mmg alah daging dah sekarang ni..sejak 2 bulan ni .. kalu makan walaupun sikit pasti kepala akan pusing 360* sooo lebih baik dijauhi sebelum keadaan lebih teruk..
hari ni ilah jy nak kongsi sikit menu dari sebahagiannya yg sempat dimuatkan.. disini..

seperti biasa mesti masak ketupat nasi/nasi empit dgn rendang ayam, tapi sayang ilah jy terluper nak amek gambarnya...

resepi lemang kukus:

dek kerana tak de daun pisang ilah jy kukus pulut lemak dalam plastik. kalu ada daun pisang bolehlah dibakar sebentar dlm oven barulah wangi ... pulut tu hendaklah dikukus dgn santan sehingga masak. kemudian dibalut dlm plastik dan dikukus selama 15 minit supaya ia padat. tu jer caranya...

kuih bakar pandan jagung tu ilah amek dari resepi mok wo.. ramai yg telah buat kuih ni.. pestime ilah jy try...mmg sedap dan enak.. yg pelik tu ilah jy taruh nama pandan jagung.. guna kala hijaooo tapi taruk jagung tin sebagai perasa.. muahhhhh sedapppp....lemak berkrimmm..nanti ilah jy minta izin mokwo nak cnp resepinya...

resepi kuih bakar pandan jagung ilah jy dah derhakakan resepi ini: maaf ya mok wo jom klik sin i utk resepi asal

KUIH BAKAR PANDAN JAGUNG

bahan:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3 biji telur ayam
1 cawan santan kara(1/2 kotak je) campur air supaya jadi 1 cwn
1/2 cawan jagung dlm tin
1/2 cawan air
pewarna hijau/kuning
sedikit garam

campurkan kesemua bahan dlm blender kisar sehingga halus. bakar dlm oven 180 selama 50 minit

16 November, 2010

248. kek kukus lapis yatie JB

kukus pada 16 nov 2010

salam aidil adha buat semua... esok kita akan menyambutnya bersama jika dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik.
hari ini ilah jy buat kek kukus lapis yg diambil dari laman dapo adik manis kita yatie JB... maceh ya adik manis semanis kek lapis ni.. oppp jgn silap faham... manis nya elok2 belaka..
kalu dilihat bahannya lebih kurang apam pelangi.. tapi yatie dah ubah suai dari resepi yg diambilnya dr tuan punya.. dan akhirnya dapat kat ilah jy..
wahhh mmg sedap... tak sempat simpan esok laaa yatie hari ni juga kak ilah potong dan masukkan dlm bekas utk dibawa ke klang esok pagi. kak beraya bersama 4 adik beradik abang.. kami berkumpul sbb ada urusan keluarga perlu diselesaikan... dan masing2 tak dpt cuti...

dan hari ni ilah jy bersama keluarga berpuasa sunat..sempena wukuf di pdg arafah.. nanti berbuka bole la rasa kek tuu... minta izin kak kopi ya resepinya yatie...

bahan:
5 biji telur (sejuk dlm peti ais)
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baling powder
1 sudu besar ovelet
150 ml susu cair
1/2 sudu teh garam
100 gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

caranya:
1. putar telur dan gula bersama ovellet sampai gebussss masukkan minyak kacau sebati
2. masukkan tepung yg diayak bersama baking pwdr berselang seli dgn susu,garam
3. bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan dgn koko dan emulco.
4. kukus bermula dgn koko dahulu selama 5 minit kmdn masukan pula warna asal kukus lagi buat sampai habis.


**caranya nanti dulu, ilah jy nak kemas2 g berbuka diluar sambut birthday sisulungkusss yg ke 21 tahun dan raikan kejayaan UPSR sibongsu kusss.. yg mendapat 4a1b... kesian sains dpt b jer... syukur segalanya ku terima...***

11 November, 2010

PASTRY GEBUSS ILAHJY -ulang tayang

perhatikan cara melipat pastry. maaf ilahjy hanya sempat lukis saja.. harap kalian faham perhatikan arah anak panah ketika mengelek. setelah selasai 3x gelek baru dipotong mengikut saiz2 yg kalian kehendaki...
hasil pertama seperti diatas,( keras ranggup) ini mengikut adunan asal dlm buku yg ilah jy ada... setelah di ubah suai caranya baru dapat kembang gebusss seperti dibawah......
SILA rujuk dlm n3 pastry.... klik sini yee..http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/08/pastry-rapuh-ku-menjadikk-aku-ubah.html

seminggu dua ni ilahjy nampak ramai kawan buat menu ni guna pastry yg dibeli sampai ada yg kempunan nak beli sbb jenama ituss tidak ada dikawasan masing2 ilahjy pernah beli juga dan merasai jenama tsbt... apa kata ilahjy kongsi cara buat dirumah... pada tahun 2009 ilahjy dah try 3,4 kali resepi ini sampai ilah jy ubah2 bahan sampai jadi... tapi tak la serupa yg dibeli kualiti nya mmg la cantik... tapi sayang ilah jy tak amek gmbr semasa mencanai... nanti ilah jy usahakan amek gmbr dlm bukunya..

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/08/pastry-rapuh-ku-menjadikk-aku-ubah.html

08 November, 2010

etika dimeja makan..jom lihat kalu berminat..


salam sejahtera semua yg sudi membaca diruangan ini.
sekadar berkongsi sedikit pengalaman yg ilahjy ada dan pernah beberapa kali belajar semasa hidup dalam lingkungan yg tidak boleh dielakkan.

tahukah kalian adab2 makan dimeja makan ketika acara makan beradab sedang berlangsung???
semasa ilahjy berada dimeja makan beradab pada 2 nov lalu ilahjy telah dilandai sedikit kesilapan tata makan. ini dilakukan oleh tetamu disebelah ilahjy. dia telah mengambil /menggunakan plate yg disediakan utk ilahjy. mungkin lalai..tapi katanya selalu dia makan beradab. ilahjy sudah 2 thn tidak bersama mereka. krn tugasan en hubby diluar negara. tetapi masih ilahjy ingat lagi tata makan dimeja makan. kalu takut keliru ilahjyakan pandang ke meja senior2 dulu..kalu pandang meja yg junior nanti hancusss sbb yg paling senior pun boleh kapur....hehee..

yg penting kita ketahui apakah tema/menu utama kita pada hari itu. kalu tak pasti pandang dimeja apakah jenis2 alatan yg disediakan pasti akan kita ketahuinya. itupun kalu kalian pernah belajar sebelum melangkah masuk ke majlis rasmi.

walaupun hendak makan nampak senang tapi sebenarnya amat rumit sekali. penuh dgn tatatertib dan susun cara mengambil peralatan yg disediakan..maksud aku sudu garfu plate dsbnya....

ingin aku kongsikan bersama kalian.. harap maaf jika ada kekurangan. sila tambah jika anda berpegetahuan mengenainya....

jom kita saksikan apakah ia...

sila pandang ke gambar berpandu dari kiri... ini adalah cara makan western food

a.
air dalam gelas ada 2 jenis
1.gelas kecil utk minum raikan... minum ketika berdiri dan ucap selamat kpd yg diraikan..
2.gelas besar gedabak tu utk kalian minum semasa makan laaaaa...

b.
mesti gunakan apron putih tu jgn nak guna tisu paper lak.. nanti org gelak..

c.
ada cenderahati dihadapan tu kebas laaa.. selalunya utk wanita jer laa..

tatacara yg penting:

1.plate yg ada keju dan pisau.

hak kita sebelah kiri .. bukan kanan ya..tetamu sebelah aku sudah kebas aku punya malam tuuu jadi aku tak dpt makan roti laa huahuaaaa.. tapi kalian pasti akan rasa janggal kalu guna sebelah kanan... cuba laaa..
nota: guna tangan kanan utk sapu keju pada roti. makan guna tangan kiri..apa nak buat adab begitu.. kalu kalian takut salah disisi agama guna la tangan kanan..pedulikan org lain...hehee aku ttp guna ikut adab..jgn malukan diri..sesekali jer..

2. garfu kecil.

digunakan bersama pisau sebelah kanan sekali utk menu pertama western food..
contoh malam tu ada sedikit spagheti dan ikan solmon.. apa lagi potong dan makan lah perlahan2 jgn habiskan kesemua hiasan dlm plate contoh sayuran..nanti nampak sangat kita kebuluran..kadang2 aku lapar aku habiskan juga.. hehe..

3. sudu bulat

utk menu ke dua biasanya sup. mushroom sup ..tapi malam tu herba sup..sedap juga..
sudu ini digunakan tanpa pasangan..kita boleh tahu berapa jenis menu yg ada berpandukan sudu dan garfu...
ok masa makan sup ada adab dia... jgn mulut cari sudu ya..tapi sudu cari mulut dgn penuh kasih sayang... sudukan sup bermula dari dada kita ke depan dan tarik ke tebing mangkuk utk buang lelehan sup. kemudian baru dibawakan ke mulut ya... jgn hirup berbunyi.. mesti sedut perlahan2. kah kah kah boleh ke kalian buat? cubalah dirumah..senang saja
kalau nak habiskan sup hendaklah disendengkan ke depan bukan ke dada kita nanti tumpah laa...hihi..

4. garfu besar kiri dan pisau besar sebelah kanan

inilah masanya menu yg paling berat sekali samada ayam atau daging...
tekankan garfu pada makanan dan potong lah menggunakan pisau itu sekecil yg mungkin semuat mulut yg mungkin utk dimakan.. berikan tekanan pada tangan kiri supaya ayam tidak melompat tinggalkan kita.. kahkahkahhh...

nota penting: setiap kali sudah makan kesemua sudu garfu hendaklah disusunkan secara terlentang supaya ia tidak jatuh ketika pelayan mengambilnya...berikan kerjasama..
jgn terbuka bermaksud kita belum sudah makan. kalau sudah selesai makan kita rapatkan kedua2 jenis sudu garfu itu..

5. sudu dan garfu kecil di depan cawan kopi itu utk desert..

tolong guna kedua2 sekali selalunya menu ini ada kek dan ais krim dan snak... sila tinggalkan hiasan kecil2. buat malu saja kalu habiskan. tapi kami rembat je kalu tak kenyang..kuikuikk...

6. cawan kopi/teh..

minta lah kalau anda ditanya... elok minta teh kalu kopi pasti macam jadammm... huahuaaa aku selalu terkena...

dgn itu berakhirlah sessi makan... ada sesapa yg lebih arifff?? tolong kongsi ya..

berbeza dgn cara makan ..chinese food guna chopstick laaa kalu tak reti gunalah sudu tebal tuuu apa lagi... jgn tamak masuk kesemua makanan, makanlah dgn sikit dan sopan malu2 kucing padahal lapau nak mampuih...

begitulah adab makan ..masuk kandang kambing dan lembu tak sama begitu juga majlis makan... kalu kita terbiasa dari kecil dgn sopan santun tak susah kita amalkan cara ini.. nasib baik datuk aku dah ajarkan sedikit2 masa aku sekolah dulu... penuh adab...cerewet mak wet...
tapi bila aku dah masuk majlis baru aku rasa amat berharga datuk aku ajarkan adab makan... macehhh tok wan ku cyg... semoga arwah ditempatkan bersama org beriman..amin..

06 November, 2010

247. agar2 telur pindang.. walawala.. betoi ker ni jy

masak lewat ptg semalam pagi ni 6 nov baru makan...

betoii ker tajuk diatas tuuu ilahjy? aikkk kalau telur pindang mana kunengnya? warna dah seakan2 telur pinang... apa kisah ni ya??? masa kawen dulu hantaran dari mak mentua ada telur pindang ni tapi tak reti ilah jy makan sebab rasa nya pelikkk..hehehee peeerak sikit org kedah ni masa tuuu....meh kita tgok apa sebenarnya...

anak bungsu si liayana/ana tu minta mama masakan agar2 milo.. lewat petang semalam sebelum keluar ke pasar malam, yg dah 4 bulan ilah jy tak p..sempat lagi ilah jy masakan dak ana agar2 ni....sarang telur mmg ilah jy simpan tiap kali buat kuih sbb nak laksanakan misi inilah...kenalah cuci bersih2 sarfang telur tuu baru dimasukkan agar2 yg telah kita masak..
resepinya ikutlah masing2 punya idea.. ilah jy tak ada sukatan sekadar masak seperti yg selalu dibuat
bahan2:

agar2, milo, susu cair , gula, nescafe, coffemate,

itu sahaja bahan2 yg ilahjy guna..

04 November, 2010

246. kek gula hangus ayu

bakar pada 4 nov 2010 minum petang
pelakon tambahan nak cover hangeett heheheee

selamat malam selamat bercuti buat semua teman2 kusss yg disayangi..
petang tadi ilahjy telah balas kunjungan ke dapo ayu nun disingapooo.. lama sungguh tak bersapa dgn adikkusss itu.. bila masuk jer ruangan dapo mu ayuuu akak terpandang lelubang itussss nampak sedap jer..terus kak cnp resepi dan terus membakauuu... sampai hangeettt atas dia sbb akak keluar amek anak sekolah lewat jam 5 ptg tadi... tinggalkan dgn sisulung..yg tak berapa maheeerr zain tuuu... tapi lelubang itu amat membanggakan akak..pestime buat jadikkk..sebelum ini 3,4 resepi tak menjadi... kak ilah ucapkan t.k krn resepi dan petua2 dlmnya.... yg kak nak minta ampooon akak perap 10 minit jerr sbb perottt dah lapooo... lenkali kak perap 3,4 jam... tentu lebih cantik kan kan.. ayuuu... resepi klik disini...

sipelakon tambahan tu si rose kuneng tu ilah jy amek di hotel nikko.. sebab warna kuning ilahjy sukee gilerr dan rose itu sgt besarrr...

bagi memudahkan akak minta ijin ayu yg sememang ayu nan jelita cnp resepi ya..

bahan:

4 biji telur ayam putar sehingga kembang
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum di ayak bersama
2 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh esen vanilla

campurkan kesemua menggunakan blender.. akhir sekali masukkan gula hangus putar lagi sehingga sebati dan perap 3,4 jam seperti ayu sarankan... bakar 160C selama 6ominit guna api bawah, 20 minit yg terakhir guna api atas bwh..( sapu acuan dgn marjerin dan tepung..)


gula hangus:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin

panaskan gula sehingga cair perang. masukkan 2 sudu air panas kacau...kemudian baru masukan kesemua air panas tersebut ..ini petua ilahjy mengelakkan gula itu meletooppp
sudah cair masukkan marjerin... sejukkan ...

03 November, 2010

MAJLIS SANTAPAN BERADAB BERSAMA SULTAN KEDAH-kek karamel

beginilah hasilnya kek hijooo tuu mmg gebussss... kek ni ilah jy belajar pada tahun 1999 semasa mr hubby masuk MTAT. EN2 suami bz study puan2 bini sibuk belajar masak dan layan aktiviti BAKAT...

RESEPI DAN CARA KLIK DISINIl YA.. kalau nak ubah warnanya hanya tambah warna dan perisa sahaja...masuk masa persediaan cecair dlm bahan2 yg berkaitan...


selamat pagi..sekarang 1 pagi 3 nov 2010

ilahjy dan mr hubby baru balik dari majlis santapan beradab dengan kebawah duli tuanku sultan kedah. majlis sambutan ulang tahun ke 77 thn RAMD... TUANKU SULTAN KEDAH ADALAH PENAUNG RAMD
acara bermula 8 mlm 2 NOV. sebelum ilahjy pergi ke hotel nikko bersama mr hubby sempat lagi ilah jy buatkan anak2 yg nak ditinggalkan..sebiji kek karamel yg hampir setahun tak dibuat...
INILAH HASILNYA dlm keadaaan tergesa2 ilah jy siapkan kek ni... yg penting anak2 suka kek ni...dalam N3 2008 sudah ada resepinya. kalau kalian mahu nanti ilahjy ulang tayang...

MARI SAKSIKAN SEDIKIT dari majlis malam tadi 2nov 2010.. TIADA rasa riak utk tayang tapi nak berkongsi majlis dgn teman2... nanti dah pencen tak de lagi semua ini... dah 22 thn ilah jy terlibat bersama en hubby..

****maaf gmbr dlm pengantian....tungguuuu****

ilahjy sampai jam 7mlm di nikko sempat la berposing sementara org belum ada...
pintu masuk dewan makan..Tayang kasut baru beli hehehe...geli hati dah bertahun tak de kasut baruuuuuu..huhuuuuuu handbeg najihah hadiahkan masa birthday lepas..ogos... baju raya 4tahun lepas ..tudung 2 tahun lepas... sebab aku hanya insan biasa sajeeeeee...tiada rupa tiada gaya.....hua hua huaaaaa...

***maaf gmbr dlm pengantian..tunggu***

dihadapan meja santapan utamapentas muzikal....
ini tempat ilahjy bakal bersantap dgn hubby
ke bawah duli tuanku sudah pun tiba semua berdiri tanda hormatke bawah duli tuanku sudah siap sedia utk acara bermula.. kelihatan anakanda tuanku pun ada bersama sebelah kanan gambar.. tuanku intan safinah.. beruniform juga...
ini set western ilah jy punya daginggggacara makan beradab sedang berjalan..en hubby sedang melapah ayam..heheeesambil bersantap kami diiringi muzikal ketenteraan ...
sekian lapuran dari bilik berita dapo maya ilahjy utk kali ini entah bila dpt ku kabarkan lagi...
terimakasih kerana sudi membaca dan menikmati keindahan malam ini bersama ilahjy...di hotel nIkko Kl majlis ulang tahun RAmd KE 77...