terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 May, 2011

318. puding tembikai -linapg

salam sahabat kusss sekelian..

dah 2 resepi puding tembikai ilahjy simpan.. hari ni baru dpt buat sebab petang semalam p beli cincau kat giant setiawangsa.... apa lagi layan jer laaa bila semua bahan dah ada..
resepi diamek dari dapo lina penang... lina telah olah dari resepi cendana kasih..
mulanya ilahjy juga telah print resepi dr cendana kasih..2 hari lepas.. tapi bila semalam terpandang bahan2 yg lina guna agak berbeza/roti yg sedikit.... jadi ilah jy cuba menggunakan lina punya..alhamdulillah menjadi..
dipudingkan tengahari 31 mei 2011...
maaf besar gedabak cincau tu ilahjy potong. terlupa ada parut...hehehe

Linklina kak ilah minta izin ya masukkan resepi olahanmu dek yg sedap nieee. utk kak ilah rujuk dimasa akan dtg....

bahan:sumber linapg

1 paket agar2 serbuk 10gm
2 keping roti
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
pewarna2 hijau merah

caranya:

masak agar2 dgn air sehingga mendidih.
blend kesemua bahan kecuali mentega dan esen.
masukkan kedalam agar2. masak sehingga mendidih, masukkan mentega dan esen.
bila dah pekat angkat.

1 1/2 cawan warnakan hijau. tuangkan ke dasar loyang.
bila sedikit beku, tuangkan 1 cawan tanpa warna.
akhir sekali warnakan lebihan puding tadi dgn warna merah.
setiap lapisan ilahjy guna kipas angin supaya cepat beku..

cenderamata kenangan daripada: MEJ JEN DATO FAZLURRAHMAN DAN DATIN SURINA
yg besar utk en hb dan yg kecil utk ilahjy.....
kain sampin tenunan..
selendang warna ceklat utk ilahjy...

ilahjy sedang kalut bersiap2 kerana malam ni ada lagi satu dinner. sebelum tu sempat ilahjy masak2 utk anak2 berdua .. raihan dan nur liyana ... kakak2 tiada dirumah...

yang ni khas utk dinning out bersara. ketua pengarah tempat en hb kerja... semalam kami berdua telah menerima cendarahati kenangan dari datuk dan datin... memang cantek ingatkan hantaran.. rupanya kain sampin dan selendang.. t.kasih datuk dan datin..


30 May, 2011

317. siaran ulangan.. kek ceklat kukus /ori

kukus pada 30 mei 2011

yuhoooo DC dah kembali ke rumah.. setelah bermalam di PUTRA JAYa 1 JUTA BELIA dgn liyana.
jadi dptlah kek ni berposing dgn gaya masing2 hehehe..

kek ni ilah jy buat lagi sekali sebab kek semalam dah habis dibekalkan utk najihah dan shafiqah juga kawan najihah.. hari ni ilahjy buat mengikut resepi asal. kukus... fuuhhh mmg gebusssss sekali...semalam versi bakar berendam air...

rasanya nak juga ilahjy masukkan lagi sekali resepi ni.. senang buat kita nak rujuk..

BAHAN A:

2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking
2 cawan gula halus

campur kesemua bahan, ayak dlm mangkuk besar.

BAHAN B:

4 biji telur
1 cawan marjerin cair/minyak masak
1 cawan susu pekat
2 sudu besar nescafe(ilahjy tambah)

ilahjy blend supaya sebati. masukkan dlm tepung. kacau sebati dgn whisk tangan. kemudian masukkan air mendidih. kacau lagi sehingga sebati. dan kukus lah selama 1 jam.. guna acuan yg kalian suka

BAHAN C:

1 cawan air mendidh.


29 May, 2011

316. kek coklat pisang berkismis. fuhhlamak..meriah gitusss

dibakarkan pada ptg 29 mei 2011 utk najihah bawa balik ke UMP gambang..
alahai masih menggunakan handset en hb. ana balik dr putra jaya dah lewat petang tadi 6 ptg.. ..huhuu gambar kurang jelasss pencahayaannya yg kurang.. tak reti pun ya hahaha..
yg ini bauhulu ros... sedap juga laa... en hb bawa balik dari masjid KEMENTAH/MINDEF malam semalam.... katanya ada org sedekahkan selepas solat isyak.. (rasanya org dr 1 juta belia P.JAYA)Sekali dia dpt 4 beg sekali gus sbb org tak deee .. kan musim cutii.. ramai org balik kg.. tinggallah kami di KG...kg dato keramat..hehe

alkisah hari ni 29 mei 2011, selepas najihah sisulung kusss balik dari UMP dekat seminggu juga dirumah.. jam 6.30 ptg tadi bas akan bertolak dr pekeliling.. hari ni tak masak pungg... makan pizza hut PHD jer... mama dgn rasa bersalah sbb tak masak nasi hari ni ..bertanya pada jihah apa makanan dia nak bawa balik UMP.. dia kata nak makan karipap pusinggggg..ala haiii anak mama.. mana sempat masa tu jam 2.30 dah.. terus mama buat kek yg senang niii tak payah pukul2 cuma kacau2 jer.... terus bakar... walapun asal depa suruh kukussss... apa lagi bakar rendam dlm air laaa jwbnya.. malas nak guna kukusan...

dah lama ilah jy simpan resepi ni..ramai kawan2 dah buat..cuma ilahjy tertinggal PUTRA...
kesemua resepi ilah print dari HASUE,LIA KOTA TINGGI dan HANA MEMORIES.godek2 dlm label kek pasti jumpa walaupun resepi yg sama, tapi deco kek masing2 berbeza... ilahjy tetap simpan kesemua resepi mereka.. bila ilahjy dpt resepinya hancusss mcm biasa ilahjy ubah ikut selera ilahjy dan mood ketika itu... harap ampun ya kesemua yg berkenaan...t.kasih kongsi resepi ini..

jom kita layanzzz resepi yg telah diubah suai mengikut keadaan ahakkssss..hehehe dah tu senang sangat nak buat nya....

bahan:

A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder
2 cawan gula halus

kesemua bahan ini diayak dan masuk dlm mangkuk besar.

B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair/minyak masak
1 cawan susu pekat

bahan yg ilahjy tambah:
1/2 cawan pisang berangan (dah layu dlm aisbox lama dahhh huhu)
1/4 cawan kismis hitam (dah setahun terbujur kejong dlm aisbox)
kismis ni ilahjy rendam seketika supaya lembut.

C:
1 cawan air mendidih

1.kesemua bahan ini ilahjy mesin sehingga halus. masukkan ke dalam bahan A kacau menggunakan whisk sehingga sebati
2. kemudian masukkan air mendidih kacau lagi sekali sehingga betul2 sebati baru di kukus selama 1 1/2 jam atau bakar 170 darjah selama 1 jam 20 minit atau cucuk dgn lidi dah kering..
ilahjy guna sistem bakar rendam dalam air... loyang kek dimasukkan dlm satu lagi loyang berisi air. selamat mencuba.. kalau tak suka> sila guna resepi asalnya..

27 May, 2011

315. kek velvet ombak beralun/kukus

diombakkan pada 4 ptg 27 mei 2011
maaf ya puan2 kamera yg biasa ilahjy guna telah dibawa ke putra jaya selama 4 hari sejak khamis sehingga ahad ni oleh sibongsu kuss nur liyana sempena perhimpunan 1 JUTA BELIA..
ilahjy terpaksa guna hanset en hb... huhuu.. tak reti nak godekkkk... kamera ilahjy yg sebenarnya dah berkubur rosak kena wap kuih apam.. tahun lepas...
apapun janji dpt juga kita semua lihat wajah beralun kek tuuu.. mmg sedap dan lembut betul kek ni.. kalu ilah jy panggil apam beralun...heheh jgn mare adik manis DJ...

MEH KITA LIHAT bahan2nya... cik adik kita mak yong anna qawina juga buat serentak sama ilahjy .. tersenyum ilah lihat ada juga kwn yg selera hajat yg sama petang ni...tak gitu annaaaa???
semalam nampak juga kat umah sheila pun buat. ampun shiela kak copy dan print resepi di dapo sheila semalam tapi kak tak simpanan nama sheila dlm resepi tuuu ampunnn. sebab tu kak terlupa kredit kan nama sheila..emmmm...tambahan lagi 1 rumah dzana pun dah cuba kek ni seronok kwn2 ramai dah cuba..apa lagi yg belum tuu pakat2 la buat...

bahan:

5 biji telur sejuk (rendam dlm air batu laaaa)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung suji/ilahjy tambah seperti dj buat
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovellet
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
150 gm susu sejat
100 gm mentega cair
pewarna2 yg dihajati
serbuk koko

cara:

satukan kesemua bahan kecuali mentega putar sehingga gebussss.
masukkan mentega dan gaul dgn senduk kayu.
bahagi 3 warna.. guna loyang sapu marjerin.. masukkan adunan pertama tabur serbuk koko dgn tapis. kemudian masukan adunan ke 2. dan seterusnya sehingga habis.. Kukus selama 20 minit jer tadi..cucuk dgn lidi dah kering kira ok laa....

ILAHJY LETAK ADUNAN KE 2 DAN SETERUSNYA SECARA MENINGGIKAN SUDU. SUPAYA ADUNAN ITU JATUH BERDEBUKKKK MAKA AKAN BERALUN TANPA DI RATAKAN DGN SUDU.. TAPI jika tak rata maka kena juga ratakan guna sudu... harap puan2 faham.. kalu tak faham jom lihat kat dapo DAYANG JACK /DJ...

terimakasih ya DJ resepi ni kak ilah masukkan utk anak cucukuss rujukkan sebagai harta pesaka masa ku tiada..huhuuu...

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE


25 May, 2011

314. talam jagung

ahaah dah tercapai hajat nak buat talam jagung. kemarin tu nak buat talam jagung terjadi talam sagu.. berbeza talam jagung ni dgn talam sagu kemarin tu.. talam jagung ni amat lembut sekali sesuai dgn pengemar kuih talam yg lembut2. manakala beza talam sagu yg ilah jy buat tu agak kental. dan senang nak potong.. jadi satu hari nanti ilah jy akan buat resepi talam sagu utk di bawa ke majlis2. tapi setakat makan2 kat rumah molek guna yg ni..

alkisah.. resepi ni ilah jy cedok dari dapo NIEZA DI HELSINKI.. Asal dari kak hanieliza berupa talam pisang nieza ubah jadi talam durian.. dapat kat ilah jy pula terus jadi talam jagung.. fuhhh jauh resepi ni bergerak dan berubah.... apapun terima kasih kepada insan beruda kak liza dan nieza ilah jy masukkan resepi ituk anak cucukusss rujuk nanti...

sebenarnya pagi ni 25 mei jam 9.30 ilah jy akan berkunjungan ke rumah seorang jiran di dalam MINDEF dah lama kami tak jumpa. disebabkan dia suka kuih2 talam ilahjy buat khas utk dia...
tapi dia suka manis jadi ilah jy tambah sikit gula lah... kami pernah berjiran di PORT DICKSON
Selama 3 tahun kemudian di dato keramat ni selama 3 tahun juga.. setelah hb dia naik pangkat terus pindah masuk dlm MINDEF tahun lepas 2010.. TINGGALlah ilahjy yg belum pindah sebab rumah tak ada kosong..terpaksa duduk umah mejar...apa nak buat.. janji ada rumah...yg selesa lagi...
ditalamkan utk ziarah rumah sorg sahabat 25 mei 2011
bahan bawah:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar te[ung kastard
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

1 cawan jagung krim dlm tin mesin sehingga halus ya puan2
1 sudu besar perasa jagung /utk buat air jenama YAKIN

Caranya:

sapukan loyang dgn minyak dan panaskan dlm kukusan.
bahan2 di campur sebati kacau atas api sehingga naik wap dan kukus selama 20 minit atau kering. cakar permukaan dgn garfu dan masukkan bahagian atas.

bahan atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula/ilah jy tambah sebab sahabat suka manis

caranya:

satukan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga sedikit pekat dan tuang atas lapisan jagung tadi kukus selama 30 minit supaya masak betul2. sejukan baru dipotong.