terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 April, 2014

624. NASI OREN BEREMPAH



Nasi oren berempah jy:

4 pot beras wangi lagi cun basmathi basuh dan rendam seketika

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bawang kecil mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang

1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah sup

1 biji buah oren parut kulit dan ambil jusnya
Sedikit susu cair
Daun pandan
Garam


Caranya:

Panaskan minyak dan planta, Tumiskan bahan2 diatas sehingga wangi, 
Masukan air dan beras secukupnya. Ikut beras masing2.
Bila mendidih masukan daun pandan, garam, jus oren,  dan kulitnya.
Bila nasi kering baru masukan susu cair gaul sebati 
Titiskan pewarna ikut selera
Bila nadi dah cukup masak varu dia kacau supaya warna bergaul rata.



Ayam kurma bersambal

Bahannya:

Ayam secukupnya panaskan buang airnya.

Cili kering ikut pedas
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup
1 keping Halia
1 keping Lengkuas
Bawang besar
Bawang putih
1 ketul kunyit hidup
3 btg serai

Caranya:

Bahan2 dimesin sehingga halus
Tumis hingga naik minyak
Masukan ayam dan air, asam keping garam
Masak sehingga sedikit kering.



Acar rampai

Timun dan karot di potong panjang
Bawang besar baji
Bawang putih belah dua
Biji sawi
Serbuk kari sedikit
Serbuk kunyit sedikit

Sos cili, sos titam, kicap

Caranya:

Tumiskan bahan2 sehingga pecah minyak,masuk sedikit air, karot dan timun
Masak sehingga empuk.

29 April, 2014

623. IKAN KEMBUNG XL BAKAR BERSAMBAL KANTAN




Bahan2nya:

3 ekor ikan kembong saiz xl sebesar tapak tangan
(3 ekor penuh pinggan lonjong)

3 biji cili merah, 3 biji cili hijau, 5 biji cili padi, 1 biji buah tomato sebesar penumbuk mmg besar ilahjy beli, 1 keping lengkuas, 1 keping halia, 1 inci belacan, 1 ketul kunyit hidup, bawang besar 1 biji, 3 ulas bawang putih...

Hirisan 1 kuntum bunga kantan

Blend sehingga halus.. tumis sehingga pecah minyak masukan sedikit air dan hirisan bunga kantan. Perasa. Masak sehingga mendidih. Tuang atas 3 ekor ikan kembong bakar 3/4 masak.
Wangi setaman bila sambal inii pecah minyak..



26 April, 2014

621. CAKOI CARA JY

Salam sejahtera...
Resepi cakoi ini adalah dari hasil ciptaan sendiri..
Diharap akan menepati citarasa yang akan mencubanya.
Tak banyak kerenah kalu terlebih lembut  atau sedikit keras, masuk dalam kuali goreng insyllah menjadi juga. Cum isi padu cakoi agak berbeza lah... ad yg berongga2 ada yang padat mcm donut. Jadi buat cakoi ni ikut selra kita adunan mana yg lebih kita sukai.. ilahjy suka yang berongga, ranggup diluar dan lembut di dalam. Yaaa inilah adunannya.... kalau buat tk menjadi kena lah cuba laa yee.. entah lah setiap kali tangan ini mengadun ikut geraak hati dan niat ..pasti menjadi... bukan cakap riak. Tapi semua bergantung pada niat di awal hendak masuk ke dapur..
Hikhikkhikkkk nawaitu mau ada ..amboihhhh macam la dia sorang je ada nawaitu..


Resepi hari pertama sila lihat perbezaan bahan yang ilahjy gunakan


Resepi kali ke2 pertukaran beberapa bahan. Tak menjadi masalah cantik juga hasilnya.


Resepi yg bawah ni.. ilahjy buat hari ke2...

Ilahjy tambah:

2 sudu besar buttermilk ( susu campur cuka perap)
2 sudu besar marjerin gantikan minyak masak


Bancuhan memang lembek macam ni
Buat kali ke 2 baru teringat naka amek gambar2 ini


Masukan marjerin teruskan menguli secara menepuk2 adunan.
Sehingga  menjadi licin mcm dibawah baru diperap naik 2 kali ganda


Lepas naik 2 kali ganda kasi tumbuk dan uli sebentar sahaja
Semasa uli jika adunan terlalu melekit sila tambah marjerin sikit2 yeee nanti ia akan menjadi macam ni. Lepas tu baru perap sehingga naik seperti di atas 2 kali ganda


CAKOI GAYA JY:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar cuka makan
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan air ais lembut dari donut adunannya, tambah air jika tak cukup lembut
2 sudu besar minyak masak

Ayak bahan2 kering, buat lubang tengah2 masukan kesemua bahan gaul sebati dan uli sekejap, baru masuk minyak. Uli sehingga tak melekat ditangan adunan mesti lembut sedikit dari donut. Ilahjy menepuk nepuk adunan sebab lembut sangat.... Setiap kali nak gelek adunan kena byk guna tepung.

Perap doh 2 x naik baru buang angin dan uli seketika dan gelek nipis dan potong ikut panjang yg sesuai. Guna copstik celup air, sapu atas adunan dan kembarkan 2 keping menjadi satu... dengan cara menekan sedikit di tengah dan hujung2 adunan tarik  terus masuk dalam minyak panas....Dan goreng sehingga kuning. Makan dgn sos pedas atau manis suka hati

25 April, 2014

620. ROTI MADU LEBAH











Penggunaan resepi ini masih resepi yg sama cuma ilahjy buat separuh sukatan ngam2 seloyang sederhana tu..cuma bread softner diganti dgn water roux sbb habis stok. Roti tetap kekal lembut sampai hari ke2.
SEBENARNYA DARI PENELITIAN YG ILAHJY BUAT SEMENJAK MEROTI BERTAHUN2 NI, APA JUA BAHAN YG KITA GUNA SEMUANYA MENJADI LEMBUT WALAUPUN ROTI YG INI ILAHJY ULI DGN TANGAN 20 MINIT TAK ELESTIK PUN TETAP CANTIK.
Yang openting diperap naik 2 kali ganda baru di uli sekali lagi dan dibentuk dan perap sekali lagi baru dibakar. Api bawah 10 minit dan on kan api atas teruskan pembakaran sehingga masak. Spry  dgn bancuhan susu cair, air dan minyak masak.


Bahan2nya:

Tepung roti
Tepung gandum
Yis
Telur
Water roux
Air ais
Sudu tepung
Gula
Marjerin

Sila rujuk bahan asal dibawah:-
Bahan2nya:

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver ganti water roux 2 sudu besar
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais kurangkan sedikit air
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


SOS CARAMEL OLAHAN KU

Resepi olahan ku yg seterusnya: sos ini tidak meresap dalam roti kekal segar diatas roti 2 hari experimen hikhik....


Bahan2nya:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
25 gm butter
Sedikit pewarna coklat
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam

Caranya:

Campur kesemua bahan sehingga sebati dan panaskan atas api sehingga menjadi sedikit pekat terus tuang ke atas roti yg baru keluar dari oven.


24 April, 2014

619. ROTI BUNGA KEJU




Kocokan sebiji telur dengan lada hitam, lada sulah dan garam.
Hirisan tomato, sosej, karot parut
Masukan ke dalam roti dan tuang telur
Renjiskan lada sulah, lada hitam dan aregano
Tutup dengan cheese dell
Bakar 200 darjsh selama 20 mt




23 April, 2014

618. TAUHU KUKUS GORENG





Bancuhan tepung untuk mengoreng cara jy:

1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air
Renjisan lada sulah, lada hitam dan cili paprika

Caranya:

Campur kesemua sehingga sebati celupkan tauhu goreng dalam minyak yg panas dan tenggelam.




 

Bahan tauhu kukus cara jy:

2 buku tauhu lembut
1 buku tauhu keras/biasa
3 biji telur
6 ekor saiz besar udang basah dicincang
2 sudu besar Udang kering yang digoreng dan tumbuk kasar
Garam, lada sulah, lada hitam, serbuk cili paprik
Sedikit air untuk kisaran

Caranya: 

Campur kesemya bahan mesin sehingga halus baru dimasukan udang basah dan udang kering. Mesin seketika dan masukan ke dalam bekas, campurkan minyak lebihan udang kering goreng tadi bersama bahan2 hiasan dalaman dibawah.
Gaul sebati, tuangkan je dalam loyang beralas plastik wrap. Kukus selama 20 minit atau sampai adunan terangkat naik dari loyang menandakan ia dah masak.
Sejukkan baru di potong dan di celup dalam tepung dan di goreng sehingga kekuningan, makan dengan sos.

Sesuai utk makan petang atau dengan nasi. Terpulang...


bahan2 hirisan hiasan dalaman:

Daun bawang, daun sup, cili merah dadu, cili hijau dadu, cili padi dadu,


22 April, 2014

617. KEMBAR SIAM SPHAGHETI DAN SOSEJ

Hanya gambar yang boleh mentaksir yang tersirat sikembar siam ini.

Gelaran ilahjy sengaja berikan dek kepelikan makanan ini...
Masak macam biasa, seperti yang pernah kita lakukan. Cuma berbeza kali ini sphaghethi dicucuk terus ke dalam sosej pilihan dan direbus macam biasa.
Kuah ini dimasak oleh anak sulung ku dan sphaghethi ini juga atas cadangan jiha. Pada hal mamanya dah pernah lihat di web benda alah ini diperkenalkan. Sampai terlupa kewujudan nya. 

Senang je ambil 3 batang lidi sphagheti tak bole lebih nanti tersasar merata haluannya hikhik.. 3 batang lidi ini amat senang sekali dicucuk dgn cara nemegang hujung lidi dan tangan  lagi satu memandu sosej agar lidi tidak tersasar sehingga bertemu di hujung sosej. Pandai2 lah kalian mengayakannya yeee..





21 April, 2014

616. CARA BERLAUK SAIZ KEMBOJA











Bahan2nya: rujuk resepi lama n3 yg telah ilahjy buat

Tepung Gandum, telur, santan, garam dan pewarna kuning

Bancuhan seperti kuih cara biasa cuma guna acuan kemboja, panaskan acuan di atas dapur gas sehingga minyak panas, tuangkan adunan dan masukan inti.
Pindahkan ke dalam oven dengan suhu 200 darjah bakar 20 minit atau sehingga kekuningan.

Inti daging:

Kali ini ilahjy buat tanpa serbuk kari guna serbuk rempah sup. Apa juga, penggunaan rempah kari macam inti karipap juga yang terbaik dan enak.