terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 April, 2011

309. mee jawa tanpa daging

nak tau ceta sedih hari nie sedih ker kelakar tak tau laaa..
mai kita baca.. takda apa2 niat nak pecah pekung didada ker pecah belanga ker kuali ker tak de aihhh ...saja nak tulis2 sebelum nak g antau dak ana sekolah petang...
alkisah pagi tadi balik dari senam seni ... kat tasik tuuu.. sekali lalu tengok gate belakang kem dah terbuka luas sebelum jamnya.. apa lagi ilahjy masukk lah ikut pintu tu konon jln pintas..
tau apa yg ilah jy terrrrlupa... nak g amek duit kat petronas dan isi minyak keta...kkihkih..luper ajer...
dah jalan sampai kat kedai dlm kem ni... baru ilah jy teringat keterlupaan itussss.. apa lagi malas nak patah balikkk.. alah bukan susah pun pusing jer la stering keta tuuu sampai laaa..
dgn berbekalkan duit rm4 dlm dompet tu ilah jy naik tangga kedai tu trus terbayang mee jawa.. alah hai nak beli daging weeet tak ada...huuuuaaaaahuuuuaaaa... beli jer laa mee dgn sedikit daun bawang juga tauhu .. ngam2 jer laaa... lepas antar si ana kejap lagi baru nak g kuar wettt..huhuu sedih ker kelakar ni ..jawab lah sendirii yaaa...
apapun jom layan resepi ni... N3 lama(klik sini ) ada dah mee jawa ni tapi kali ni tak guna sebarang daging dan seafood.. tapi boleh tahan juga sedapnya..perasan..((oppps udang kering tu pungg seafood lah maklong ilah oiii...))

satu lagi kisah..ilah jy buat N3 ni khas utk adinda kuss di helsienki...dok fb dgn nieza terus ilah jy amek gambar mee ni sebelum en hb balik ngappp.. sbb buat sepekat mee jer .. utk 4 org makan.. dek ann tak de umah g kursus sekolah di sg congkak...
okiesss jom tgok "mee org miskin" nieeee hahaha..

bahan:

1 peket mee kuning rendam dan celur dgn air mendidih tos kan dan selawat..supaya mee tak kembungkan perut...
2 btg serai ketuk
sedikit gula melaka
sedikit kicap
1 biji tomato potong 6
2 biji telur ayam
sedikit daun sup daun bawang
cili hijau potong serong lebar yaa

bahan mesin:

1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
4 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 biji tomato
1/2 cawan keledek rebus( lebih buat kek semalam)


bahan tumis :
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya:

tumiskan kesemua bahan mesin ini dgn minyak bersama bahan tumis, sehingga pecah minyak
masukkan serai ketuk dan air secukupnya masak sampai mendidih
masukan tomato potong, tauhu dadu, gula melaka dan kicap. setelah empuk baru masukkan 2 biji telur, daun2 sup dan daun bawang. cili hijau. dah siap!!! makan dgn limau dan bawang goreng yaaaa..
kalu ada sotong udang daging tentu lebih meriah suasana jumaat harini ..layanzzz...

28 April, 2011

308. kek keledek adaptasi dari kek durian

durian tak de keledek pun jadi lah..huhuuu sedihnyaaa.. pada hal durian berlambak dijual tepi pasar dato keramat.. belum sampai seru utk beli kali ke2..
apa pun kejadiannya..inilah hasilnya setelah dibakar.. harum keledek kuning ni satu dapooo.. dapo kerajaan ni besar 2 bilik rumah teres... emmmm.. tapi bila dah potong dirasa keledeknya tak rasa langsung.. tapi kek ni mmg lembut... ingat buat bentuk dam rupanya bila potong hilang dam nya hahahaha.. saja mencuba kelainan.. semalam puding negeri selangor hari ni kek negeri kedah hahaha... semalam merah kuning hari ni hijau kuning.. negeri melaka apa warna yaa???


mengekek pada 28 april 2011 abaikan kekotak yg gedabak tuuu tak berseni langsung huhuu
minta izin madihah aka ratna kak amik resepi kek durian ni dari dapo mu dek.. sbb kenan belangan ceklat tuuu.. tapi stok ceklat kak ilah habis lah dek.. sbb tu buat dam hijau kining..tapi tak menjadik lak..

bahan: tukar durian dgn keledek resepi asal klik sini ya belangan yg mengancam mcm harimauu aawwww..

1 cawan keledek rebus warna kuning.. tak perlu pewarna
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur/A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh soda
1 1/2 sudu teh baking powder

caranya:

1.putar telur dgn gula sehingga gebu
2. mesin marjerin cair ,keledek dan susu sehingga halus masukkan dlm adunan telur kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung yg diayak bersama serbuk soda dan penaik. kacau rata
4. bahagiakan kepada 2 bahagian tuangkan dlm acuan bersapu marjerin dan tepung ikut selera kita. bakar 170 darjah selama 50 minit.


27 April, 2011

307. puding roti marble oren

yuhoooo sudah minum petang semua? salam sejahtera.. aaaaah baru betoii.. beri salam bukan yuhooo.. tapi apa salahnya dah seharian penat bekerja dan mengemas umah tangga nak juga gurau senda dlm maya ni kan kan kan...
alkisah resepi ni sudah lama ilahjy simpan sejak tahun lepas lagi.. ilah jy amek dari dapo mama hana aka hana memories semasa beliau berada di jepung lagi.. sampai dah pulang ke tanah air ni baru mamatok ilah nak cuba.. kalu darwish dekat2 sini boleh mamatok antau sepiring kat darwish dan mama.. kesian mama tak dan buat kuih muih sejak mengajar semula.. tak pa lah cik gu yg ptg kerjaya dan anak2 yg diutamakan. dunia maya ni jengok lah sesekali ya ina... salam rindukan paparan blog mu dek..
minta izin mamatok ilah masukan resepi yg senang sgt nie... ini yg paling ilah jy suka kerja yg senang tak byk songgeh.. semua kwn2 kita dah buat berkali2 dah jadi baja dah.....

memuding pada petang 27 april 2011

rujukan dari hanamemories.blogspot.

bahan:

10 gm serbuk agar
3 cawan air
1/2 cawan gula

masak bersama sehingga mendidih. kemudian masukkan bahan di bawah

mesin bersama:

2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
1/2 cawan air

mesin sehingga halus mulus masukan ke dalam agar2 tadi. masak sehingga mendidih. masukkan marjerin dibawah.

2 sudu besar marjerin dicairkan/dipanaskan.

setelah mendidih padam api dan bahagi dua bahagian beri perasa yg kita suka. ilahjy beri perasa sirap ros dan oren secukup rasa.
tuangkan berselang seli secepat mungkin kerana adunan ini mudah membeku.
selamat mencuba.. sedap dan senang cepat membeku dinginkan dlm peti sejuk ya baru sedap nyaman ditekak..



306. tenggiri masak cili hijau kurma

selamat makan tengahari duhai sahabat kuss sekelian.
semalam ikan hari ikan ..lagi2 ikan.. hari ini beli enam keping ikan tenggiri. terbayang cili hijau beli kat NSK baru2 ni belum guna lagi... ingat nak masak sambal hijau kicap.. tup tup dlm dok bersihkan ikan ubah resepi.. kita buat dia kan.. hehehe.. jadilah masakan ini yg tiada nama .. ilah jy letak suka2 nama di atas tuu TENGGIRI MASAK CILI HIJAU KURMA.. tah la sedap ker idak kat tekak kalian ku tak tauuu noohh.. tapi yg penting dah rasa tadi sedap jer... hahah perasannn... en hb suka masak2 yg baru dicipta.. dia balik makan kat rumah dah 2 minggu dah sejak sakit perut makan kat office...kesiannn.. bukan jauh sgt umah dgn MINDEF Tuuu 5 minit jer sekali vrrooommmm kapcai tuuu ahaksss.... ada yg berminat nak tahu ker resepi ni ilah jy masukkan juga sebab nak buat rujuk masa depan utk anak2 cucu kusss..
masak utk makan tengahari 27 april 2011

bahan:

6 keping ikan tenggiri

bahan mesin halus:

1 biji tomato
1 sudu besar halba( kegemaran ilahjy)
7 biji cili hijau
1 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kurma

1 biji tomato belah 6 utk masukdlm kuah

caranya:
mesin kesemua bahan sehingga halus. tumiskan sehingga pecah minyak. setelah itu masukkan ikan dan tambah sedikit air supaya tenggelam ikan dan masak sehingga sedikit kering dan masukkan tomato tadi. ilah jy tak guna santan yaaa...cuma nak amek rasa rempah kurma dlm masakan. tak sah kalu tak de halba.. tah laa kalu tak suka kalian tak yah buh laa...




26 April, 2011

305. masak lemak timun kuning ikan kembung

masak utk makan tengahari 26 april 2011
inilah dia timun kuning bersama pelakun tambahan. dah siap buang biji guna sudu tau..

hai hai.. dah makan tengahari ke belom? ilah jy dah makan.. sebab pagi tadi tak sarapan.. cuma minum susu dan oat jer...
ada sesapa yg tak berapa kenal timun kuning? bersama ni ilah jy sertakan gambar timun kuning yg sedap dimasak dgn ikan samada kari atau masak asam, masak lemak dan sebagainya.. masa ilah jy bersama nenek di kedah dulu2 nenek dok masak kari dan masak lemak, masuk timun ni.. kalu guna timun hijau yg buat ulam tu tak sedappp tak ada wanginya...

resepi ni takperlu masukkan kot? ramai ibu2 dan rakan yg lain dah tahu masak... kali ni ilah jy masukkan sedikit daun kesum, tomato dan timun meriah gitu...
sekarang ni dah pandai beli barang2 murah kat NSK sri rampai.. selama ni dok makan yg mahal2 kat dalam kuarters ni jer..sekali dpt tempat murah seronok memasak dgn bahan2 yg byk2 dan murah2.. 1 masakan boleh masuk 3,4 jenis bahan.. en hubby mmg suka.. pelbagai.. lebihkan sayuran dlm makanan...

baru masukkan resepi utk rujukkan anak cucukus:

bahan:

1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit
1 sudu besar serbuk soto
1 inci halia
5 biji cili padi

8 ekor ikan kembong/pelaling

caranya:
mesin halus bahan2 di atas. panaskan dgn air yg secukupnya sehingga mendidih /sehingga masak bahan2 mesin tadi bersama timun kuning. sebab timun ni agak keras.. makan masa lama.. kemudian baru masukkan ikan,daun kesum dan tomato potong dadu. ilah jy tak guna asam keping sebab tu guna tomato. masak sehingga sedikit pekat dan tambah perasa.
**



25 April, 2011

304. rendang/serunding cendawan tiram ilahjy

pernah tak makan serunding/rendang cendawan? tahun lepas pernah sorang kenalan dari kedah pengusaha cendawan tiram bgtau ilahjy. jika cendawan tak laku dijual, mereka kaan proses cendawan tiram menjadi serunding. kalu dah serunding tu maknanya kering lah..
tapi hari ni ilahjy reka cipta resepi ni berdasar selera sendiri.. tapi tak sempat nak tunggu kering lambat sgt..en hubby nak balik makan tghari.. selepas dirasa wah boleh tahan sedap juga .. ini lebihan cendawan semalam buat goreng kunyit tu.. maka dapat pun ciput jer laa....
ada sapa2 yg nak resepi ciptaan ilahjy ni...? meh kita lihat... kalu kena selera kalian buatlah kalu tak, buat tak tau jer laa yer..hehehe..

bahan:

50 keping cendawan tiram basuh bersih dan perah airnya dan siatkan/carik2 halus2 ya puan.
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar saiz kecil
3 biji bawang putih
1 sudu besar rempah jintan putih/manis serbuk ilahjy suka jintan putih bau wangi..
1 batang serai
1 potong nipis halia(jgn byk bukan daging atau ayam)
1 potong nipis kunyit

3 sudu besar pati santan.

kesemua bahan ini dimesin halus dan tumis dgn minyak yg secukupnya sehingga pecah minyak
setelah itu masukkan cendawan dan pati santan. masak sehingga kering macam serunding ayam/daging. tapi ilah jy buat setakat basah2 sebab nak makan cepat.. okiesss selamat mencuba...