terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 December, 2016

867. ACAR LIMAU ILAHJY







syukur setelah arwah nenek x de selama 25thn ni... baru hr nii (18 mei 2016) lewat publish.. dpt ku teruskan kelangsungan  ini.  ACAR LIMAU. org sekarang cakap acar buah. tapi arwah nenek kusss mmg buat acar limau utk bulan puasa. limau digaramkan dalam air. dan dijemur sehingga kering.
yang ini ilahjy guna limau kasturi dari pokok sendiri. arwah nenek guna limau purut, limau acar, belimbing buluh, lobak masin, tapi ilah jy guna limau kasturi campur dengan jeruk buah2an  pak ali beli di rnr melaka ahad semalam... juga bawang2 dan halia. resepi ini ilahjy reka sendiri...

RESEPI ACAR LIMAU ILAHJY
resepi utk rujukan sendiri:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji sawi
20 tangkai cili kering (ikut pedas)
*bahan2 ini digoreng tanpa minyak sehingga garing.
 mesin sehingga halus

bahan mesin halus:
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih

1 inci halia di mayang halus

1paket kecil rempah gulai rose
1 paket kecil rempah kari ayamo

bahan buah2an:

1 bekas rm15 buah2 campuran jeruk pak ali potong kecil2  anggaran 500gm
1 bekas limau kasturi kering anggaran  1 kg
10 biji bawang putih belah 2
4 biji bawang besar belah baji
4,5 sudu besar cuka

caranya:

panaskan minyak, tumis bawang mesin sehingga wangi.
masukan rempah mesin, rempah rose dan rempah kari.
setelah pecah minyak, cuka dan gula serta garam secjkup rasa.
lepas tu baru masukann kesemua buah2an. tamvah sedikit air jika perlu. masak sehingga mesra sejukan baru simpan...



27 December, 2016

866. TENGGIRI SAMBAL BALI VERSI JY




IKAN TENGGIRI MASAK BALI CARA JY (sibongsu yang masak utk mama yg masih xsihat) resepi semalam utk rujukan sendiri

2 keping. ikan tenggiri tebal
garam kunyitkan dan goreng minyak yg sedikit bukan tenggelam

1 /2 cawan cili mesin
6,7 batang serai diketuk
1 biji bawang besar dimayang
4,5 ulas bawang putih mayang
3,4 sudu sos cili
garam
1/4 cawan kicap

caranya:

lepas tos ikan dari kuali, terus masuk bawang dan serai.
goreng sehingga garing, masukan cili kisar.
masak sampai garing, masukan sos cili dan kicap dan garam.
masukan ikan tetus masak sehinga sebati semya bahan dgn ikan.
jika suka basah tak yah garing

26 December, 2016

865. KERABU JANGGUIH MERAH




Pernah makan kerabu Buah janggus aka gajus aka ketereh?
Arwah nenek ilahjy potong buah gajus nipis2 kemudian diperahnya buah itu supaya semua air nya keluar bagi menggelakkan batuk atau gatal2 tekak bagi yang alah kepada buah ini.

Bahan2nya:

Buah gajus di potong nipis dan diperah buang airnya
Bawang besar di mayang nipis
Cili merah dipotong nipis
Cili padi di mayang halus
Sedikit belacan 
Sedikit garam 
Sedikit gula

Caranya:

Gaul kesemua bahan sehingga sebati 
Lepas tu baru masukan buah gajus dan gaul sebati rasakan garam dan gulanya. 
Sedia untuk dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.











23 December, 2016

864. DAGING JERUK

1 kilo daging di potong siap2 ikut selera
20 biji jus limau nipis
1 biji bawang besar dimayang

gaul kesemua bahan bersama sedikit garam, 
peram didalam bekas bertutup di dalam peti sejuk
simpan selama 12 jam atau lebih lagi baik...
panaskan minyak goreng daging sehingga garing 
masukan jus dan  bahan2 perapan jika suka. dan beri sefikit gula untuk seimbangan rasanya.


19 December, 2016

863. JERUK IKAN TENGGIRI.









3 keping ikan tenggiri
15 biji jus limau kasturi
5 btg serai mayang
1 inci halia mayang
1 biji cili merah mayang
2 ulas bawang putih mayang
garam secukup rasa

gaul sebati kesemua bahan simpan dalam bekas bertutup
peram dalam peti sejuk selama 12 jam.
panaskan minyak hanya memenuhi dasar kuali non stick
goreng sehingga perang
lepas tu tuang semua bahan2 tadi ke dalam kuali
masak sehingga mendidih beri gula untuk seimbang
rasanya. seakan2 masak taucu rasanya,



15 December, 2016

862. SAMBAL MERAH TOMATO CERI CAMEROON HIGHLANDS

sambal hitam pahang sedikit masam sebab belimbing buluh memang masam, sedang buah tomato ni kita tahu kadar kemasamannya kurang. dua2 sambal sedap ditekak ilahjy.
percutian 3hari 2 malam di CH selepas ikahjy jatuh sakut sejak 31 hb mac. jadi endak tak hendak amek kputusan utk bercuti. 8 april sampai 10 aoril 2016.syukur dgn tindakan itu, sblm turun dr Ch singgah beli tomato ceri sampai 5 bekas.
utk dibuat sambal tomato yg sedang viral di fb oleh geng masak2,



ilahjy  buat adaptasi dr sambal hitam.
jadi kepedasan ikut selera kita.
2 kotak buah tomato ceri dlm 500gm kot.
15 biji cili padi
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
garam gula

blend bawang, cili padi,  sampai hancur, baru masukan tomato, blend sekejap je. kasar2,  tumiskan kesemua bahan dgn minyak yg cukup, sehingga kering, masa blend guna semaksimum air yg bole. rasa garam dan gula biar seimbang.

10 December, 2016

861. DAGING JERUK GORENG KUNYIT


potong daging ikut bentuk yang disukai
perahkan jus asam limau nis atau kasturi
ikut masam yang sesuai
garam secukupnya.

peram dalam peti sejuk selama seminggu

masak ikut selera sendiri. ilahjy suka digoreng kunyit dan tomato juga cili2 potong

01 December, 2016

859. SAMBAL DARI BELIMBING BULUH

Pelbagai sambal boleh dihasilkan daripada belimbing buluh.
Antaranya sambal hitam. Sambal cili padi gabungannya dgn pucuk ubi kayu. Memang tambah nasi 3kali hihiii








29 November, 2016

858. PACERI KEDONDONG



buat macam paceri nanas. cuma gantikan dengan buah kedondong muda.



22 November, 2016

855. IKAN NYOK2 SAMBAL BALI JY



baru angkat dr dapo blm makan lagi.... rasa mmg sedap.,,, ngeh3x

IKAN NYOK2 SAMBAL BALI..
hihiii tak laaaah.. adaptasi drp ayam sambal bali... tengok dlm fb tadi,,,
cuma guna serai dan daun  kari jeee ikut sambal bali.. bahan2 mesin rekaciptaan ilahjy sendiri....

bahannya:

1 ekor kecil ikan nyok2 potong 4
6 batang serai ketuk2
setangkai daun kari
sefikit kicap

bahan mesin:

4 biji cili merah dan hijau
6 biji cili padi ikut pedas
1 biji bawang besar
1 biji tomato
seinci halia
seinci kunyit

caranya:

panaskan minyak yg boleh tenggelamkan ikan
(lps proses masak buang baki minyak)
masukan serai goreng sehingga separuh garing, masukan daun kari terus goreng sehingga kedua2nya garing.
angkat  teruskan mengoreng ikan pula sehingga separuh garing angkat ikan
dalam minyak tadi masukan cili mesin. masak sehingga cili garing. masukan kembali serai daun jari dan ikan, garam dan sedikit gula. terus mengoreng. masukan kicap jangan sampai gelap. maaf ilahjy terlupa kicap tadi. adoii sbb kepala fening... sbb cuaca panas la ni... bikin lupa semuanya...

21 November, 2016

854. WAFFLE MUDAH JY





Satu lagi menu sarapan pagi tadi yg lama betul ilahjy tak buat. Malas nk buka resepi di tenet.. terus campak2 jeee resepi ni... alhmdllh.... sedap dan ranggup pula waffle ni.. berbaloi juga makan dgn peanut butter...

Nak masuk resepi takut terlupa ini khas utk rujukan ilahajy shja..sbb resepi ni campak2 jee tiada jaminan utk kalian hahahaa

3 biji telur 
3 sudu gula pasir 
Dipukul dengan pemukul tangan shja sehingga berbuih

3  sudu besar marjerin dipanaskan sehingga cair. Sejukan
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama
 1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu cair

Masukan tepung ke dalam adunan telur kacau sebati. Masukan susu pekat dan cair, esen kacau sehingga sebati.
Adunan ini sedikit cair daripada waffle yg selalu orang bikin di intenet.. ilahjy buat pekat sedikit dari adunan dadar.
Panaskan acuan dan bakar tanpa sebarang minyak.








19 November, 2016

853. KUPANG REBUS SERAI BAWANG


masakan yg paling mudah. ketuk serai dan hirisan bawang besar bersama sedikit  garam dan air.

13 November, 2016

852. IKAN SELAR MASAK CEKUR

pestime mereka masakan sedap ni.,, ikan selar masak lemak cili padi cekur...
lauk utk malam ni.... lapaqqq niii.. dah rasa sikit ..ya allah sedappp

bahannya:

2ekor ikan selar kerat 2

1/2kotak santan kara

bahan mesin halus:
1 inci isi cekur
1 inci halia
1 inci kunyit
4 biji cili padi ikut pedas
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah potong serong
4 helai daun cekur hiris kasar.

panaskan  bahan mesin dalam kuali sehingga mendidih
masukan ikan , tomato dan santan pekat sedikit air jika perlu.. ikut pekat yang kita suka
setelah mendidih baru masukan cili potong dan daun cekur dan garam, 
masak sehingga mendidih sentiasa dikacau yee....

selamat memcuba resepi ilham ilahjy...
ilahjy x guna asam kecuali tomato utk seimbang rasanya.

10 November, 2016

851. REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI KURMA


1 lagi resepi rebung madu., baru ilahjy reka malam tadi utk makan malam tambah 3x makan nasi,. naik laaa kg akusss hr tu 60kg hari ni 62kg. pulakkkk

masak lemak cili padi kurma... mmg sedap ratah ranggup..gitusss

tempahan rebung madu segar dibuka mulai hari ini... nama2 akan disimpan.. sila tinggal pesanan diruang komen. tq yeee

5 batang rebung dipotong ikut selera

 bahan mesin:

cili padi ikut pedas
sedikit kunyit hidup
bawang besar 
bawang putih

2 sudu besar rempah kurma
5 batang serai diketuk2
sejemput ikan bilis ditumbuk kasar2

mesin kesemua bahan dengan sedikit air sehingga halus
panaskan bersama rebung, serai dan rempah kurma sehingga mendidih.
selepas itu tambah santan pekat dan rasa garamnya.

06 November, 2016

850. KEK UBI KAYU JY






kek ubi kayu mulus gemoksss

bahannya:

1cawan ubi kayu parut
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin daisy
4 biji telur saiz a
2 cawan tepung naik sendiri
pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

pukul gula marjerin sehingga gebu
masukan telur putar lagi. masukan esen vanilla dan pewarna kuning, masukan ubi kayu putar lagi sehingga sebati
ayak tepung masukan kacau dengan senduk kayu.
sapu loyang dgn marjerin dan tepung.
bakar 170 selama 30 mt atau masak.

03 November, 2016

849.. IKAN SERKUT



satu lagi resepi baru tiada nama drpd  ilahjy
ikan sekut

alkisah ikan ni  kegemaran  arwah mak n pak mentua ku.
disebabkan isi ikan tawar mereka hanya masak sup ikan jer.,.
tapi mlm ni ilahjy cuba menyedapkan rasa kuah dan ikan niii sekali harung.

maka terhasil lah resepi tiada nama. mcm biasa laaa hobi kuuu ..ada sapa nk tau resepi nya. kenal kee ikan sekut?

sebelum terlupa baik cepat2 aku masuk resepi baru ni

1 kepala dan 3 keping isi ikan sekut, yg berlebih simpan yeee

bahan ditumis sehingga layu:
3 biji cili hijau solok di potong tebal serong
1 inci halia di mayang kasar
3 ulas bawang kecil mayang
1/2 biji bawang besar  dipotong bulat2
1 sudu besar rempah masak cap rose

bahan dimesin halus:
1 batang serai dipotong halus
5 ulas bawang putih
6,7 biji cili padi
2 biji cili besar

3 keping asam gelugor

caranya:

panaskan minyak secukupnya, masukan bahan2 tumis di atas.
masak sehingga betul2 layu dan pecah minyak.
masukan air dan asam gelugor dan garam.
setelah kacau sebati dan mendidih baru dimasukan ikan tambah air secukupnya.
masak sehingga sedikit kering. siap...

28 October, 2016

847. SAMBAL SERAI PUCUK UBI KAYU


buat sambal mcm biasa cuma tambah sedikit serai blend  bersama cili.

26 October, 2016

846. LEPAT UBI KAYU



syukur rezeki pagi ini. ubi kayu tanam sendiri
LEPAT UBI KAYU
jam 6 lipat melipat 6.30 dah bole makan. sat jeee  kukus dlm 10 minit
sebab saiznya kurang sejengkal. terima kasih kpd kwn2 yg bg resepi smlm.
ilahjy  mcm selalu buat tanpa sukatan....ilahjy gabungkan semua resepi dan pandangan kwn2, menjadi satu resepi ciptaan ilahjy yg tersendiri.

bahan2nya:
2 cawan ubi yg dimesin halus dan sejat airnya
4 sudu besar gula perang 
1 sudu besar gula putih
3 sudu besar santan pekat kotak
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
sedikit pewarna kuning

gaul kesemua sehingga sebati, masukan 1 sudu besar dlm daun pisang dan lipat molek2 kukus selama 10 minit.
 nyummyyyy makan panas2 pagi niii.....

22 October, 2016

845. IKAN DORY MASAK BUTTER




bahannya:

2 keping ikan dory
lumurkan sedikit garam

bahan perapan:

2 sudu besar butter
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
gaul sebati

lumur pada ikan tadi

bahan sampingan:

1 inci halia
2 batang serai di mayang nipis
5,6 biji cili padi diketuk
5,6 renjisan lada hitam
5,6 biji limau kasturi perah jusnya

kesemua bahan tadi dilumur serata ikan 
dan diperap seketika

caranya:

panaskan kuali vantage nonstick.
letakan ikan tadi bersama2 bahan2nya
masak sehingga kering airnya.

20 October, 2016

844. STEW AYAM REMPAH ROSE, BAYAM REBUS DAN CENDAWAN GORENG BERSANTAN


stew ayam kali ni agak berbeza daripada yang biasa ilahjy buat.
kerana kali ni ilahjy  menggunakan serbuk rempah rose yang hitam. namanya rempah masak. oder terus dari kelantan.

satu mangkuk sedang ayam dipotong kecil agar menyerap bahan
1 biji bawang potong baji
1 biji tomato potong baji
1 batang karot potong memanjang atau ikut selera
1 inci halia
2 biji cili merah di potong panjang
cili padi
2 sudu besar rempah masak rose
1 sudu teh lada hitam serbuk

panaskan minyak, tumis semua bahan asas bawang2 masukan serbuk rempah dan ayam. masukan sedikit air. lepas tu masukan kesemua bahan sekali harung dan garam,
masak sehingga semua empuk.

14 October, 2016

843. KEK SANDWISH ANAK BONGSU KU


ini adalah hasil kerjatangan anak bongsu kusss nur liyana 17thn.
gigih ana menyiapkan aising sorg2 diri. hasil rujukan daripada  blog azlita masam manis. tahniah ana cyg. sedap kek ni. setahun dah berlalu baru draf kek ni dapat dilepaskan .