terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








28 October, 2010

245. apam pelangi

selepas jamuan apam pelangi tu dah habis..anak2 minta buat lagi sbb depa tak sempat nak ulang2.. inilah hasilnya apam ke2 jam 6.30pm siap... ilahjy perasakan moca pulaa...






selamat sejahtera saudara kuss sekelian. pagi tadi 28 nov jam 8 pagi-10.30 ilah jy buat jamuan ringkas utk soerang jiran yg akan berpindah ke kluang johor dan juga utk seorgn kakitangan pernama DI kuaters ni yg telah bersara.. alhmdllah allah berikan kesihatan dan semangat yg kental hari ini utk meneruskan misi ini dgn jayanya..
ramai juga yg dtg..dekat 10 org... menu meehoon sup soto... kuih muih dll.. disini ilah sempat paparkan apam yg ilah jy kukus malam tadi.

kosek punya kosek terjumpa resepi ni..tapi tak tahu sapa empuya diri..sbb kat resepi tu tak bertuan..dah lama ilah jy simpan.. t.kasih ya tuan punyee.. minta halal.. semua kawan kuss minta resepi ni..sedap lembut berlemak dan kurang manis depa kata.... jom layan resepi mudah ni...

bahan:
ilahjy telah ubah suai bahan2 asal dan ayatan dipermudahkan seperti di bawah ya puan2.

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
pewarna


caranya:

1.pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
2.masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
3.masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacu rata
4.bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak..

yg telah mencuba:
update 8 okt 2011
update 16 ogos 2011
update 24 september 2011

kak cm org pertama telah mencuba olahan resepi ilahjy ni lihat sini
kak cik manggis selepas tu dicuba oleh hana jepun
petikan dari nota mama hana...dgn izin ya ina mamatok amek ayatan ini..
***sebagai penghargaan pada kwn2..yg telah mencuba***

1nov 2010
Salam semua... arini bekpes ngan kuih apam.. sedapp..lembut jaa... akceli apam nih dah wat aritu.. tp terlupa letak si obelet... pehtu main hentam labu jerk lah.. kurang menjadik lorr.. arini try lagik.. obelet adalah bhn pertama aku kuorkan..hihihihi.. alhamdulillah menjadik gebu dan lemak2 gtu.. cumanya tak segebu gebas permukaannya cam mamatok ilah. akceli dulu dan dulu dan duluuuu aku penah try apam nih. owang panggey apam indon@ambon. tima kasih kak.ilah jy yang kongsikan resepinya. leh tengok versi kak.ilah di blog nyer yer.. opah cikmanggis pong dah try semalam.rasanya resepi nih asal dari my.resipi apam indon cikpuanmieza cuma sudah di pelangikan. maap kalau silap yer kak.. dibawah nih resepi setengah adunan dan aku kurangkan sukatan gula. kalau satu adunan agak besar kedapatannya bagi kuarga kecik cam aku.. cubelah.. sangat senang nak mmbuatnya.. untuk setengah adunan, hana gune loyang 18cm.


hana dan kak cm t.kasih ilahjy kopi pasta kat sini yaa

31 okt 2010
Salam dan selamat petang.Jemput minum ya...kuih Apam pelangi dan minumnya Teh O tanpa gula.Resepi Apam Pelangi ni Cm ambil dari blog Illah jy..mamatok darwish tu:)...Bahan-bahannya tak banyak tapi "kejadiannya " Masyallah..kedabak..besarnya apam ni.Lain kali kena buat 1/2 adunan je...maklum lah kat rumah cm ni penduduh tak padat.Ada 3 orang je hari ni..Angah oncall dan Along dah balik ke rumahnya.Jika ada jamuan atau kenduri doa selamat dll boleh lah masak apam ni.Senang dan besar saiznya.
Terima kasih banyak banyak pada Illahjy yang sungguh baik hati dan tak pernah kedekut dengan ilmu..

nama apam jer berbeza mengikut N3 masing2.. bahan2 tetap sama..t,kasih krn mencuba resepi olahan kusss ini...

perhatian:
setelah disemak kembali dlm list resepi yg tersimpan dlm lemari ilahjy..dah temui tuan punya asal resepi..rupanya ilah jy print dari dapo ida bakery..cuma bahan2 asal ilah jy telah ubah suai telur 5 biji ilahjy guna 4 biji. ovelete dari 1 sudu ilahjy guna 2 sudu..utk menambah lembutkan bahan2... sbb tu ilah jy katakan sudah diolah...harap maklum..

20 October, 2010

20102010 cantiknye tarikh hari nieee

anda yg bertuah jika tarikh ini ada kaitan langsung dgn diri anda...apakah yg berkaitan itu??? meh kita kongsi..

15 October, 2010

kek oren lembab mat gebu dan farah af2

anak2 dara ilahy bersama saudarakusss FARAH AF2 semasa jamuan akhir raya 8 okt 2010 pada hari sabtu lepas dirumah adik hubby kusss di s.alam.. dah naik keta baru farah sampai dgn fmlynya..dia baru sampai dgn flight dari dot dot ... wpun bz farah dtg juga...... t.kasih kerana mama farah masih ingt pada ilahjy.. dek kerana gelap kat parking tuuu ilahjy tak pasan mama farah dan farah.... huhuu.. yg ilahjy nak puji ni farah mmg cantik sangat dlm tudung tuuu...wajah baruuu masa baru jumpa awal tahun farah belum bertudung lagi..cuma bertopi je.. tahniah farah..ayuuuu gituuu...

semalam sebanyak 3 adunan ilahjy buat kek oren ni.. mulanya nak try jer..sbb tgok kat dapo kawan2 semua tengah hangat bikin kek ni.. dah siap terus makan..sekali hadap dgn 3 beranak.. sbb tak cukup ilahjy terus bakau lagi 2 adunan..hah kauuuu mattt kesemua ahli kluarga akak suka kek ni termasuk kawan di taici tasik keramat... t.kasih yg empunya resepi...

atas permintaan ilah jy minta izin che mat yer c n p resepi yg sedap nii..26 oktober 2010 t.k..

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

14 October, 2010

244. ikan duri masak kari asam pedas..


salam lama betoi ilah jy tak buat N3.. hari ni kebetulan ada ikan duri kat kedai kuaters ni.. selalunya jgn harap nak ada...asyik ikan yg sama naik jemu jg tekak ni..
apa lagi.. ilah jy terus jer balik umah mulakan memasak resepi ni..campuran dua negeri.. biar adil.. kari ada asam pedas ada dlm 1 resepi ni.. almaklumla ...
mungkin kalian pernah masak resepi selera akusss ni..tah apa2 rasa..tapi selepas masak jer terus ilahjy ceduk nasi panas2 terus makan tghari tadi wpun peroittt masih kenyang... ahaksss...

bahan2:

1 ekor ikan duri dipotong dan dibersih dgn asam limau

1/2 cawan cili mesin dimesin dgn
1 biji bawang besar dan
5 ulas bawang putih

4 sudu besar rempah kari ikan
1 ketul lengkuas diketuk2
2 btg serai diketuk
1 inci kunyit ditumbuk lumat
1 helai daun kunyit disiat2
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
seketul asam jawa dibuat air asam secukupnya

caranya:

panaskan minyak masukkan cili mesin dan rempah kari bersama sedikit air kacau sehingga garing/pecah minyak.
masukkan lengkuas, serai,daun kunyit, kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau lagi sehingga rata.
kemudian masukan ikan gaul rata dgn bahan2 baru dimasukkan air asam jawa secukupnya dan garam.

07 October, 2010

happy birthday to shafiqah dan juga ummi kuantan(zaihadi)

jam 3pm dah siap kek ni di isingkan...
maafkan mama piqa..kek ni agak teruk hiasannya..atas permintaan adik bongsu mu..apa nak dikata....terima ajela...hehheee..nanti malam kita potong tunggu semua kumpul..

selamat menyambut hari lahir buat anak ke 2 kusss shafiqah yaakob yg ke 19 tahun.
selamat hari lahir juga buat teman seangkatan kuss ummi kuantan teman alam maya kusss yg ke 44

semoga kalian berdua dirahmati oleh Allah swt dan sentiasa sihat sehingga akhir hayat.. buat piqa mama tengah membakar kek marble istimewa utkmu.. nantikan petang ni yaa sebab nak tunggu mr abah balik dari kerja kita tiup lilin dan dlm pada tu kita jemput ummi kuantan dtg yaaa.. jomm layanzzz