http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
20 November, 2018
19 November, 2018
09 November, 2018
968. SAMBALBIKAN BILIS TERUNG PIPIT DAN BELIMBING BULUH
06 November, 2018
967. RENDANG REMPAH 7 RASA NANGKA CEMPEDAK MADU
Waaalllaaaweiii RENDANG!!! nangka cempedak ilahjy.. sedap weii gabungan 5,6 jenis rempahannnn.. sila tutup mata... setelah hati sedikit meruap dgn sikap seseorg... makan ni kasi angin kluar...
Rendang Rempah 7rasa JY
1 biji nangka cempedak muda dlm 2kg berat spt dlm gmbr yg cute tuu saiz nya
Potong nipis2 dan Celur nangka dlm 10mt je. Toskan
Bahan dimesin sehingga halus mulus
4 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
1/2 cawan
Rempah 7 rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah daging beriani
4 sudu besar kerisik
1 kotak santan
Garam
Daun limau purut diracik halus
Panaskan 1 cawan minyak, tumiskan bahan mesin sehingga wanggi
Masukan sedikit air dan kesemua rempah2 diatas.
Masak sehingga pecah minyak. Masukan nangka, kerisik, garam, daun limau purut dam santan.
Masak sehingga mendidih dan kepekatan kuahnya ikut selera masing2.
31 October, 2018
25 October, 2018
965. KEK BUTTER MOIST
Bahannya:
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula halus
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Caranya:
Putar gula dgn butter sehingga gebusss
Masukan telur 1per1 berselang seli dengan tepung
Masukan susu segar putar lagi sehingga sebati
Sapu loyang dgn marjerin
Tuang adunan bakar ikut kepanasan oven masing2. 160 drjh selama 40mt lbh kurang.
18 October, 2018
964. ROTIKEK DURIAN
Sedap kek durian ni. Walaupun tak segebu yg diharapkan.
Bahan2:
185 gm mentega
150 gm gula aising
4 biji telur asing putih dgn kuning
185 gm tepung naik sendiri
130 gm isi durian dilenyek
Secubit krim tatar
Caranya:
Putar gula dgn mentega sehingga putih.
Masukan telur kuning satu persatu
putar sehingga gebu.
Masukan tepung gandum berselang seli dgn isi durian gaul rata.
Dalam bekas lain putar putih telur dgn krim tatar sehingga bertanduk.
Masukan ke dalam adunan kacau sebati.
Sapu loyang dgn marjerin dgn tepung.
Tuangkan adunan. Bakar 170 darjah c. Selama 40 -50mt.
11 October, 2018
08 October, 2018
02 October, 2018
961. KERABU BEBUAS DGN TOGE
Pernah makan ulam bebuas? Jadikan ia kerabu seperti kerabu yang lain. Bahan sama je. Cuma beza daun bebuas ilahjy jadikan kerabu. Ada rasa pahit sikit je. Berbanding pucuk betik dan bunga betik lagi pahit drp bebuas.
25 September, 2018
960. ROTI BUN MANIS
Roti bun ini ilahjy uli menggunakan tangan sahaja selama 20mt. Pun mengebusss bukan main lagi.... nah tak ade alasan utk meroti jika tiada alatan utk menguli adunanya. Tapi kalu melwbihi sekilo tepung kena yg sasa lah baru kuat heheee
24 September, 2018
959. KUIH PERIA koleksi utk simpanan peribadi
23 September, 2018
958. TEPUNG BUNGKUIH
Lapisan putih
1@1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Satukan bahan masak atas api sehingga pekat likat
Buat inti kelapa. Bulatkan Gaul dgn tepung supaya senang nak cantum dgn adunan putih.
Sudukan adunan atas daun pisang
Letak 2 biji inti kiri kanan. Balut. Kukus 20mt.
19 September, 2018
15 September, 2018
13 September, 2018
11 September, 2018
09 September, 2018
953.TERISEK CARA KAWAN FB KU ROS...khas..
TERESEK
Bahan:
Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air garam)
¹/4 ekor ayam dipotong kecil2
Bawang besar 3 labu *
Bawang putih 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam air panas, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar ( kisar halus)
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis
Lada merah atau hijau 1 biji dihiris
Bawang besar 1 biji dihiris
Cara membuatnya:
Kesemua bahan bertanda (*) dimesin lalu ditumis. Bila dah agak2 masak , masukkan rempah kari. Tambahkan sedikit air taknak bagi tumisan melekat di kuali. Kacau hingga rempah masak dan bertukar sikit warna nya. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil2..
Masak hingga ayam empuk.
Masukkan rempah ketumbar dan kemudiannya santan.
Masukkan asam keping. Biar santan dah masak elok baru masukkan jantung pisang yang dah ditos dan diperah keluar airnya. Gaul2kan biar mesra. Taburkan lada merah@hijau,, bawang besar dan kerisik. Gaul2kan lagi. Perisakan dengan gula dan garam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































