terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








03 May, 2020

1075. SUP TEPUNG GANDUM





Nii je mampu masak.ekonomi meleset hehe
Sup tepung gandum fuhhh mmg sedap 3x tambah u...  rasa tepung bersatu dgn sup

Cara membuat adunan tepung tarik:

Tepung gandum di bancuh dgn air garam
Uli sehingga tidak melekat ditangan.
Peram sebentar dlm 30mt.
Kuantitinya ikut kekuatan bilangan kita nk makan.ilahjy buat dln secawan tepung je tadi
Makan 3 beranak. Bancuhannya lembut sikit drp karipap. Kalu keras susah nak tarik masak nak masak.

Kuahnya:

Tumis bawang merah dan bawang putih
Sehingga wangi. Masukan Beberapa kepingan ayam dipotong kecil.
Goreng sehingga ayam sedikit kekuningan.
Masukan 3 mug air. Masukan karot, sayuran yg kita suka, cili potong, cili padi, sos tiram, garam dan lada sulah.
Perlahankan api, renihkan kuah...
 mulalah membuat tepung tarik.
Cubit sebesar ibu jari tepung tadi.
Guna dua jari, tarik regangkan menjadi nipis.
Terus masukan kedalam kuah. Ia mnjadi 3x ganda besar cubitan awal tadi. Drp sebesar ibu jari menjadi 2,3x lebarnya..biar nipis baru sedap. Kalau tebal nnti terasa tepung pula... kuah tak serap..
Didihkan sehingga tepung masak.

01 May, 2020

1074. STEW AYAM PURI TOMATO


Bahannya:

Separuh ekor ayam dipotong sedang
Cili hijau potong dua
Daun ketumbar jawa
Tomato belah empat
Bawang besar baji

Bawang merah mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang
4 sudu besar tomato puri
4 sudu besar cili mesin
 2 biji kentang dipotong baji

Caranya:
Panaskan sedikit minyak 
Tumiskan bawang halia dan ayam dan kentang
Masak sehingga separuh masak
Masukan cili mesin tomato puri
Setelah pecah minyak masukan air sehingga tenggelam ayam
Masak sehingga air kering separuh
Masukan garam dan gula daun ketumbar tomato dan cili potong dan juga bawang baji. Gaul sebati padam api.
Boleh mkn dgn nasi atau roti


27 April, 2020

1074. IKAN CARU CUTE BAKAR PERCIK TERGOLEK


Bahannya:
3 ekor ikan cencaru belakang
Daun limau purut

Bahan mesin halus:
Cili padi 
Serai
Bawang
Halia
Kelapa parut
Kunyit

Mesin semua bahan sehingga halus gaul garam
Ikan di gaul garam
Lumurkan bahan serata ikan dan sumbat dlm perut ikan.
Bakar dlm periuk nonstick
Dengan sedikit minyak masak
Sehingga masak.
Curahkan bahan lebihan sumbatan ikan tambah sedikit air atau santan pekat
Masak sehingga mendidih dan kering.
Ikan tadi balik balikan biar serata kuahnya.
Padam api. Sedia untuk dihidangkan.




26 April, 2020

1073. KASIDAH SEDAP GILERSSS


Bahan boleh rujuk diresepi  label kasidah jy.

Bahannya:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 sudu besar marjerin / minyak sapi
2 1/2 cawan air

Bawang kecil digoreng sehingga kuning
Minyak mengoreng digunakan utk tabur atas permukaan kasidah nanti

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati
Kacau atas api sehingga berkilat
Masukan sedikit minyak goreng bawang tadi. Teruskan mengacau sehingga tidak melekit.
Masukan dalam bekas ratakan
Taburkan bawang goreng dan minyak goreng keatas kasidah. Sejukan dan bole dihidangkan.



25 April, 2020

1072. KETUPAT RENDANG AYAM



Bahan2nya sama macam nak masak rendang ayam.
Masukan sedikit isi ayam yg dipotong halus
Akhir sekali baru masukan ketupat atau nasi impit. 


18 April, 2020

1071. KERABU MANGGA MUDA

Bahannya:

4 biji mangga muda dibuang kulit
Cincing dgn pisau atau parut dgn pemarut
Segenggam ikan bilis digoreng garing
Cili padi dan cili merah dimayang
Bawang besar dipotong nipis
Sekuntum bunga kantan dihiris halus
Garam dan sedikit gula

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati




15 April, 2020

1069. LABU AIR MASAK LEMAK TUMIS IKAN BILIS


Wowww enak juga labu air dimasak tumis macam ni. Manisss buah labu tu terasa.

Bahannya:
1/2 biji Buah labu air di belah dan potong nipis
Sejemput ikan bilis
Bawang besar dan bawang putih

Caranya:
Tumbuk halus bahan2 tersebut
Tumis dengan minyak yg sedikit
Setelah bahan wangi masukan air dan labu air. Tambah garam. Setelah sedikit empuk baru masukan santan pekat. 
Bila mendidih padamkan api 

09 April, 2020

1068. BUBUR MARBA JY



Satu lagi resepi yg pelik ciptaan ilahjy
Tapi sedap juga kesudahannya. Puasa 24 mei 2019. Lewat up status. Ikut giliran

Bahannya:

pulut lemak kukus dgn santan pekat
Bentukkan ikut selera kita
Sagu di rebus buang kanji dan dibentukan dlm acuan
2 biji pisang kapas
Sebatang jagung dipotong nipis
1/2 keping gula nisen
6 sudu besar gula pasir
1/2 kotak santan
Daun pandan

Caranya macam biasa buat pengat.
Masak gula dengan air
Tapiskan masukan air secukupnya
Masukan jagung
Teruskan dipanaskan sehingga mendidih
Masukan kesemua bahan dan santan
Bila dah masak padam api . Terus masukan pisang yg dipotong nipis
Dah siap.. ..



28 March, 2020

1067. PUYU PEKASAM UTK SULUNGku YG MNGIDAM 30 april 2019


Garamkan ikan sebanyak itu dengan 4 sudu besar garam halus gaul serata.

Secawan beras dibasuh bersih keringkan dan digoreng menjadi perang
Kisar sehingga halus.


Taburkan didasar balang beras tadi
Taburkan gula melaka
Letak ikan
Ulangi sehingga habis
Akhir sekali siram air asam jawa pekat dibahgian atas bersama taburan gula melaka.
Peram seminggu diluar suhu bilik
Masuk minggu kedua gaulkan keseluruhan ikan agar sekata simpan dlm peti sejuk selepas seminggu
slps itu dah boleh digoreng


03 March, 2020

1066. ACAR BUAH BEREMPAH JY direka pd 10dis2019

Acar berempah ni ilahjy reka khas utk majlis kawen anak kedua ilahjy pd 22 dis 2019. gabungan rempahnya memang ilahjy reka sendiri berdasarkan citarasa sendiri.
Syukur rasanya sedap pada tekak kami sklrga.
Sememangnya ilahjy tak suka bubuh bijan sbb bijan akan melarikan rasa acar berempah. Ikut suka kalian jika suka nak bubuh bijan silakan yee.
















 4 kg buah2an jeruk
Dipotong kecil supaya mudah nak makan
Lepas tu tolong cuci bersih selawat banyak2
Toskan sehingga kering.
50 ulas bawang kecil dijerukan 
50 ulas bawang putih dijerukkan
Secawan halia tua di mayang

Bahan mesin:
30 biji bawang kecil
30 biji bawang putih
1/2 cawan halia mayang
1 cawan sos cili
1 cawan rempah kari daging
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah soto
Cili kering mesin dlm 5,6 cawan ikut  pedas
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis

1 botol cuka
3/4 kg gula
5,6 sudu besar garam

Caranya:
Tumis bahan mesin bersama jintan manis dan biji sawi, cili kering, rempah2
Bila,pecah minyak masukan bawang jeruk 
Masak sampai separuh lembut, baru masukan buah2an lain.
Masukan cuka gula dan sos cili.
Tambah air utk melembutkan buahan
Rasa masam masim manis. Masukan bahan tu secara peringkat. Lps tuu seimbangkan rasanya. Ikut selera kita

24 February, 2020

1062. UDANG GALAH MASAK SAMBAL PURI


Masak seperti sambal biasa ilahjy cuma tambah tomato puri
Bagi kelainan rasa.

06 February, 2020

1059. REBUNG MASAM MANIS

Masakan rebung ini sama mcm masak cuka ikan. menggunakan bahan2 yang telah  saya ubah suai sedikit.
 Bahannya: 
Rebung madu dipotong seperti dalam gambar

Sedkit cuka setakat masam
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis
Bawang kecil dimayang
Bawang putih dimayang
Sedikit halia dimayang
Boleh ditambah cili merah potong
Bawang besar baji nipis

Caranya:

Tumis kesemua bahan sehingga wangi
Masukan air dan cuka garam dan gula
Masukan rebung dan bahan tambahan jika suka
Masak sehingga mendidih. Rasalah seimbangkan rasa masam dan manis.

02 February, 2020

02022020

02022020
CANTIK TARIKH HARI INI 
No madalan hari ni...
Layan tarikh je

01 February, 2020

1058. SAMBAL UDANG KECIL


Sambal dan lain lain masakan tak perlukan sebarang msg utk sedapkannya.
Cuma ikhlas dlm mnyediakan bahan. Dan oerbanyakan kegunaan bawang.
Maka manislah sedap lah ia. Tapi jika cili jenis pedas terpaksa lah guna,sedikit gula
Dan asam jawa bagi seimbangkan rasa.
Yang penting cili mesti dimasak dgn.minyak yg mncukupi. Jika minyak terbentuk dlm pinggan selepas masak ceduk buangkan ia.
Jika tidak mncukupi minyak.sambal cepat basi.