31 March, 2010

183. talam jagung gula merah

soweee laaa lapisan dia tak sekata sebab anak dara yg tolong kacau adunan atas api, mama pula dok membancuh adunan gula merah. akibat terlalu pekat maka tak sekata lapisan kuning tuu.. nasib baik yg gula merah tu mama yg kacau... tak peee dek ann pestime buat talam tolong mama
krim jagung ni adalah lebihan buat apam balik.. jam 4.30 dapat idea nak buat talam ni.. gula merah lebihan makan dgn tahu fa masih ada secawan aku teruskan pojek ni.. jam 7 dah boleh potong sbb guna fan sejukkan. sempatla dek ann berbukaaa..harap2 sesuai lah nama yg aku berikan ini... resepinya juga aku men cedok2 jer... nasib bek jadikkk... masak ptg 31 mac 2010 dek ann berbuka posa nazar lagi..

bahan bawah:

1 cawan krim jagung
1 3/4cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
6 sudu besar gula
3 1/2 cawan santan
sedikit garam

kacau kesemua atas api kukus sehingga masak lapiskan adunan gula merah kukus lagi dan ulangi sehingga habis.

bahan bawah:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar gula pasir/ ikut manis kalian..
3 cawan santan
1 cawan air gula merah..sukatan aku tak pasti sebab lebihan tahu fa punya/ikut manis laa.. sukatan yg aku masak ni kesemunya manis2 buah sajeee..

caranya:
kacau sebati kesemua bahan dan masak atas api sehingga agak pekat dan tuangkan atas lapisan jagung tadi kukus sehingga masak..Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

29 March, 2010

182. apam balik

fulamakkk ada kuninng ada itam maklumla pestime try... macehh ummi ilah c n p resepimu
masak ptg 29 mac 2010

nak tahu kisah??? bahan inti kesemua tak dee... dah perap bancuhan baru kuar antau dek an p tuisyen baru beli jagung tuuu kacang dah beli tapi malas nak goreng, aku taram peanut butter jer.. tapi aku sapu masa dah angkat laa... bole tahan sedap.. selamat berbuka poseee dek ann..

mana ada kuali khas.. cuma kuali buruk ni jer ada... inilah kuali ksygan senang buat apa jer dia tak lekat...byk jasa ni..21 thn dah ku ulik kamu...

bahan: atas permintaan

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh soda baikabonat
1/2 sudu baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
pewarna kuning

bahan untuk inti:

kacang tanah digoreng
1 tin jagung krim
gula untuk tabur
sedikit mentega sapu apam

caranya:

1.pukul telur dgn gula sehingga kembang gebu
2. masukan kesemua bahan kering yang diayak bersama
3. masukan susu berselang seli dgn tepung. bagi mengelakkan bergentel perap seketika

tuangkan aduan atas kuali tutup dgn penutup periuk sehingga separuh masuk baru masukan kesemua intinya teruskan tutup periuk sehingga masak. angkat dan sapukan dgn mentega baru dia kilat.

tauhu fa lagiiii

ni nak tayang pinggan vantage baru beli 3hari lepas. kat pernama. kesemua set dah cukup tapi dsbbkan murah dan yg ni belom ada aku angkut laaa 4 biji jer cukup utk satu hidangan makan. 2 biji utk kuah 2 biji utk sayur n ikan goreng.. NJ jgn jeles maaa.. hehe masak ptg 29 mac 2010

mood R sudah mariii raihan anak ke3 kuss posa nazar 8a.. so aku pun dgn semangat buatkan dek an tauhu fa dan apam balik...
kalu kalian nak resepi tauhu fa ni boleh rujuk di N3 lama kusss 2008.

24 March, 2010

181. sagu berendam kuss ..ok ker nama ni..

1.susu 2. air gula merah 3. sagu warna warni 4. sagu dah berendam
direka cipta masak pada 24 mac 2010

baki sagu semalam ada lagi... si bongsu tu minta buatkan kuih ni dari semalam lagi.... sementara dia masih di sekolah ada latihan bola jaring balik kul 6 ptg..sempat la aku buatkan utk dia. nanti dia balik leh makan. mesti ana penat sbb ada 2 sessi latihan. koko dan bola jaring. pengsan anak aku hari ni..tapi tak pe mama upah sagu manis ni..

tentu kalian pernah makan. cuma aku ubah bahan utama sbb aku tak mahu kolestrol ni mampat dlm darah ku lagi...

bahan:

1. sagu secukupnya direndam sehingga kembang toskan dlm tapis.
2. panaskan air sehingga mendidih curahkan ke atas sagu tadi dan digaul dgn sudu supaya rata air panas tadi. masa ni lah boleh ditambah kan pewarna yg kita suka.
3. panaskan air dlm periuk sehingga mendidih, bulatkan sagu tadi kecil2 secomel yg boleh masukkan kedalam air mendidih sehingga ia timbul.
3. sediakan air sejuk dalam mangkuk, masukkan sagu tadi ke dlm air itu sebentar kemudian toskan.
sedia untuk di makan dgn air gula dsbnya.

bahan air gula yg aku suka.. kalu kalian tak suka buat la ikut suka masing2.

1.gula merah di masak dgn daun pandan..aku tak campur gula pasir sebab tak suka manis..
2. 1 tin susu cair dan 1/2 tin air di campur dgn 1 sudu besar tepung beras kacau sebati panaskan sehingga mendidih jgn sampai berketul lakkk..

masa nak makan. masukan sagu dan kedua2 kuah ini bersama. kalau dimakan dgn ketul ais lagu kaw kaw...punye laaa.. hubby balik kerja jam 6.30 ptg tadi bukan men girang sbb kegemaran dia..

23 March, 2010

180. talam sagu pisang jy

masak pada 23 mac 2010

pisang ada sagu ada ingat nak buat bubur/serawa tapi kelapa pula tak deee maka inilah hasilnyee... ahaksss leh tahan juga rasanye.. sesuai ker nama yg aku bagi niee?? apapun meh kita lihat apakah bahannya

bahan bawah:

3 biji pisang emas di potong dadu kecil
1/4 cawan gula
600ml santan cair/kara
150 gm tepung beras
20gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

satukan kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat dan kukus.

bahan atas:

3 sudu besar sagu direndam dengan pewarna hijau sehingga kembang dan cuci bersih habuk sagu yg tidak perlu. kemudian rebuskan sehingga kembang dan cuci dgn air bersih sehingga kanjinya hilang. toskan.

3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 suduteh garam

satukan kesemua bahan kacau diatas api sehingga sedikit pekat dan campurkan sagu kacau rata. tuangkan ke atas lapisan pisang tadi kukus sehingga masak.

19 March, 2010

179. tauhu telur

sosnya patut guna udang kering baru sedap mcm kat nasi ayam tu.. tapi stok tak dak aku guna ikan bilis jer laa.. esok ada baki tahu ni aku nak masak sup sayur febrate hubby..alah yg letak tepung jagung kasi kuah dia pekat tu...
ahakss ni bukan kuih maaa ini sejenis sayur maaa..makan dgn nasi.... kalu sekali pandang mcm kuih aku di bawah tuu emas bermadu coklat... tapi ini bukan yaaa masak untuk lunch hari ni 19 mac 2010

dah lama aku mencari resepi ni..
dah 3,4 hari ku mendapatkanya dr umah CM kalau tak silap. t.k tuan umah..
nak beli dari pasaraya takut tak halal. wahh hari ni dpt buat sendri puas raseenyee...
ingat nak kukus dlm loyang kecikk bersegi mcm kat restoran Nasi ayam tapi tak de le pula acuan. kena g beli la nampaknye nanti.. senang nak hidang..dan senang nak potong. yg ni aku guna bekas kaca, senang juga dia lekang tapi tak best la tak kaw.. tak puas hati la ni.... ade je tak kena heheee..

atas permintaan..mungkin tak jumpa umah CM kot... minta izin CM saya c n p yer tapi ringkas jer ni..

500ml air kacang soya
1 sudu besar tepung jagung
5 biji telur

dikacau dan tapis kukus sehingga masak.

18 March, 2010

176. emas bermadu coklat

masak 18 mac 2010

dalam tak berapa sihat ni tekak teringin nak makan pisang. dah beli. cantik tol pisang ni. pas tu jam 3.00 ptg baru kejap ni tadi ilham muncul tetiba jer...
dah mula la tu mereka cipta resepi baru ni. entah2 dah ada org pernah masak tak???

nama pun tak adeee sooo aku pun men taram jer laa.. emas bermadu coklat. sebab resepi ni asalnya pisang saja nak gelemeerrrkan wajahnye maka adalah stok lama coklat ni..belang2 lagi cantik laa... ilham nak reka cipta ni dia mai bukan diundang jam tu datang jam tu terus buat terussss ler menjadi la pulaaa..ahakssss sukee nye hati...

dari loyang tak sempat sejuk dah potong terus rasa.. emmmm boleee tahan juga rasanya.. anak2 sukeee ...kalian belom tentu suke sbb tak de org pernah buat kot... meh meh pakat2 cuba dan rasa.. pasti tak mengecewakan..

bahannya:

pisang emas dibelah dua aturkan secara terlentang dlm acuan
kukuskan dahulu dalam 10 minit supaya dia lembut sebab pisang aku ni keras

bahan tepung:

1 cawan tepung beras
1 tin susu cair..
aku tak guna santan sebab takut kolestrol naik lagi.. 1 tin bersamaan 2 cawan.
1/2 cawan air....
jumlah cecair kesemuanya 2 1/2 cawan lah yeee kalau nak lembut lagi tambah air
1/4 cawan gula..
kalu suka manis 1/2 cawan laa aku tak suka sbb takut kencing manis..

oiiii banyaknya takutt dan tak sukaaaa.. jom buat adunan ni....

campurkan kesemua bahan2 tu kacau atas api sehiingga sedikit pekat,
tuangkan terus atas pisang tadi dan kukus 15 minit dah cukup
pas tu taburkan coklat tu atasnye.. dan teruskan kukus 5 minit lagi supaya coklat tu cair berair biar anak2 terliur tengok...hehehe...dah siap.. jom la potong walaupun masih panas dia tak melekat tauuuu...

ada sesapa yg pernah buat kuih ni??? meh kit kongsi resepi...

16 March, 2010

175. DONAT BOM DAN KUIH LAPIS UNGU

kalu ikutkan resepi asal lapiskan koko, tapi rupanye koko kehabisan maka inilah rupanya.. aku siap potong masukkan kedlm cup supaya senang kekawan nak makan. nampaknya party kami pagi ni meriah dgn berbagai2 jenis makanan. best.. lepas taici dan poco2 kami makan2 lak..hehehe..
kuih lapis utk makan di tasik keramat pagi 16 mac
donat kebom utk minum petang semalam 15 mac
ke dua dua kuih ni aku masak pada 15 mac 2010

petang semalam aku masak kuih lapis amek resepi dr rumah yatie lagi dan lagi dan lagi.. semuanya menjadi... dulu pernah aku buat jualan kuih lapis ni tapi kandungan nya ada telur, tapi yatie punya resepi tak de telur dan tidak menjemukan. maceh yatie..

disebabkan kuih lapis ini aku nak bawa ke taman tasik keramat utk pot luck birthday my master taici yg ke 61 maka aku masak juga donat kebom niii.. utk minum petang. selalu aku buat kan lubang. kali ni sengaja aku nak kebom kan donat niii maka ginilah dia rupanya..hahaha..2 bijik dah kenyang maaa...

13 March, 2010

174. APOM SEGERA JY

ptg 13 mac2010 pula

sapa kata juai kuih tak untung weyyy habaq mai sat... ni baru 2 cawan dapat seloyang dalam 15 ketul besaq2 aku potong.. hat depa juai kecik sikit.. nak dibandingkan harga tepung dan lain2 kos mmg untung paaa... kesian pembeli2 kuih... jgn la hampa amek untung melampau.. nanti tak lama tuhan tarik rezeki weyyyy... org kelantan kata juai murah tetap laku dan untung.. mcm kat kedah juga kuih masih 20sen mcm kelate.. tetap masih boleh idup maaa.. jgn maree maaa aku ckp berdasarkan fakta...aku sendiri maaa..
hahaha jgn tak caya ptg 13 mac aku buat lagikkk sibongsu tu meracau2 minta kuih ni suka bangaatt dia... ada beza rasa tepung beras dgn tpg gandum... beras punya cepat jemu maaa..
kalian nak tahu apa beza antara putih dan pink ni?? bancuhan putih agak keras maka kuih ni tak gelembung mcm pink tuuu.. lagi satu jgn biar naik separuh dr acuan agak2 1/4 jer naik dari adunan dlm loyang tu.. biarkan dia naik semasa kukus tauuuu baru laa jadi macm putih tuuu.. maksudnya terlebih masa peram la niii huhuhkkkk.. rupanya macam teluk gng berapi jer hikhik

entah berapa lama aku tak masak kuih ni.. sekali taram bahan2 yg ada tu menjadik pula dia..
aku masak malam 12 mac 2010 untuk sarapan 13 mac.. tapi dah jadi korban malam ni juga..hehe tapi kelapa belom beli lagi... masa sarapan ada lee kelapa parut tuuu...ahakksss..soweee

bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu susu pekat manis
1 paket yis mauripan
air secukupnya

caranya senang jer:

campurkan yis dgn air suam bersama 1 sudu besar gula dan kacau sebati.
ayak tepung gandum, masukan kesemua bahan2 serentak bersama air.
adunannya lebih lembut dari kuih donat. lebih kurang macam jejemput ikan bilis tuuu..
perap dlm 15 minit tumbuk gelembung udara. masukan kedalam acuan yg bergris sedikit minyak itammmm.. heheh eee minyak masak la weyyyy... ratakan adunan dan perap 15 minit lagi kamudian kukus laa 20 minit sejukan dan makan dgn kelapa parut yg dikukus dulu bersama garam.

pelbagaikan rasa apom ni.. masa bancuh air boleh digantikan air gula merah rasa dan warna tentu la kemerahan. atau semasa membancuh ditaruh warna2 kegemaran kalian.. alahhh kuih ni dah terkenal dah mgkin cara bahan berbeza ikut mod memasing laa atau stok yg kalian ada..
ok cauuu cincauuu..

12 March, 2010

sulaman kipas






maaf kerana hari ini aku telah cemarkan blog ku dgn seni sulaman pula.
bagi sesapa yang berminat nak menyulam silakan tenungkan gmbr2 ini..
sulaman ni pun aku belajar ditahun 1993.. semasa gandungkan anak ke 3. kalu kalian perasan dlm setiap sajian masakan ku ada aku pamerkan alas meja yg bersulaman jenis ini.. perasan tak?? kalu tak .. aku yg perasan sorg2 hukhukhuk...
ini contoh yg aku buat supaya tidak lupa stepnye.. aku buat pada sehelai kain khas utk bunga2an yg aku belajar.. tengoklah kalu ada yg berminat dan mendapat byk permintaan aku akan pamerkan langkah2 sulaman yg lain pula...insyllh ya..

10 March, 2010

173. TALAM LAICI.. ngeh ngeh ngeh..

masak ptg 10 mac 2010 utk minum ptg.. yg aku pelik kenapa kala ungu jadi kala ni dlm pic ni?? pelik2... ni mcm kala biru jer.. pada hal kuih aku kala ungu maaa.. pasal kau canon??? rosak ke kau...
disebabkan aku tak ada stok keladi maka terjadi lah kuih ini..ngeh ngeh ngeh.. ada ke org pernah buat talam laici? sellaunya puding laici hehehe
jgn maree ye tuan rumah... yatie.. akak memang guna resepimu.. entah jadik ke tak tapi setakat ni akak baru lepas masak..4.30 ptg... cantik jer .. nanti kan akak akan memotong nya bila dia sejuk.. tungguuuuu....

jam 6.30ptg ...2 jam selepas tadinyee
tadaaaaaaa sudah mariiii sedap laaaa walaupun laici...semua resepi yatie tidak mengecewakan akak.. maceehh bebyk ye.. harap2 jumaat ni akak cek kolestrol tak de naik ..sbb guna santan KARA.. akak sejukkan guna kipas angin1/2 jam akak dah potong tak sabau22 nak rasa..hehe.. akak siap hantau kat 2 org jiran...semua sangka keladi...ngeh ngeh ngeh...
layanzzzzz....

09 March, 2010

172. KARIPAP SARDIN

soweee minyak terlalu panas bejerawat laaa kawan ni huhuhukkkkk
jgn silap pandang.. dibawah adunan belum isi inti ada pengalasnye yee.. tak de laa aku letak atas meja semata2.. kebersihan kena jaga agar kuih tak basi..

buat malam tadi utk sarapan pagi tadi. dah malas dah ni guna acuan jer cepat dan pantas.
selalunya aku buat karipap pusing.

kali ni aku campur sikit tepung beras supaya ia ranggup dan tidak liat. minyak jagung aku panaskan dan guna juga air dari peti ais. baru lah masa makan ia ranggup dan berderapppp rappp mudah dikunyahhhh... kalu beli ka tkedai tu liat bila dah sejukkk..

08 March, 2010

mee laksa dr blog web

Di bawah adalah resepi asalnya

Bahan-bahan ( 2 org )

2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
Sdkt tepung ubi
Sdkt air panas
Sdkt air sejuk

Cara-cara

Tuangkan sdkt air panas ke dlm tpg gandum, tpg beras & tepung ubi. Gaul sebati

Kemudian campurkan air sejuk

Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.Acuan yg saya gunakan ialah acuan maruku.

Bila dh terapung..maknanya dh msk le tu.Toskan..rendam dlm air sejuk.Toskan.Siap

Resepi daripada: http://www.myresipi.com/top/detail/130


Nota (cara saya):

- Saya ayak semua tepung ni terlebih dahulu

- Saya memasukkan air panas dan gaul sebati (dengan tangan pun boleh) pastikan ia meratai tepung. Kemudian masukkan air sejuk.
-Semasa menambah air sejuk, pastikan ia sedikit demi sedikit dan uli hingga boleh jadi doh yang lembut, pastikan doh tu tak melekat kat tapak tanganlah.
-masukkan doh ni ke dalam acuan muruku dan pusing pemutar acuan tu hingga keluar juraian doh tu ke dalam air yg sedang mendidih. Biarkan sehingga juraian2 mee ni timbul, angkat dan toskan. Masukkan pula ke dalam besen air sejuk seketika. angkat dan toskan.

-cuba buat guna separuh sukatan asal dulu, boleh gak makan untuk dua orang.

-cumanya sekarang ni, lepas siap tos tu, ia masih gak ada melekat2 sikit..agaknya time merebus tu nak kena masukkan sikit minyak utk elakkan ia melekat2 mcm merebus homemade mee kuning tu. yang ni saya tak try lagi. tak pe next time

171. LAKSA

tahukah kalian cara membuat laksa.?? bukan kuahnya tapi meelaksanya...
semasa aku tingkatan 3 tahun 1981 akulah pakar membuat laksa ni. sampai atuk ku tak akan makan kalau kami beli dikedai dan celurkan dirumah. pasti aku kena membuat dgn memusing acuan tembaga tuu.. sbenarnya aku tidak pernah belajar. tapi atuk ku hanya memberi pendapat setelah beberapa kali mencuba tak jadi..
akhirnya adunan demi adunan di buat baru lah menjadi... tapi aku nak minta maaf dulu ya. laksa ni aku tak ada sukatan main agak2 jer ...
yg aku terkilan sejak dah berkahwin ni banyak kali aku mencuba tepung berasnya.. tapi kurang menjadi.. mungkin kandungan dlm tepung tu dah berubah.. dulu2 entah apa jenama dah tak ingat... masa sekolah tu aku buat cara menekan dalam air sedang mendidih tapi sekarang ni kalu buat mcm tu tepung akan putusssss.. so kena lah aku kukus pula baru lah menjadi tapi tidak secantik yg direbus dulu2.. hukhukhukkkk... ada sesapa yang mahir dlmm resepi ni???? bgtau lah yerr...

bahan:

1 pekat tepung beras
air panas mendidih

caranya:

1/2 dibancuh dengan air panas mendidih. bancuh dgn senduk sbb panas. jangan terlalu lembek dan jagn terlalu keras. agak2 boleh diuli dgn tepung yang 1/2 lagi tu.
biarlah lembut nya semudah utk kita tekan dgn mengunakan acuan tembaga tuu.. kalu keras tambah air panas kalu lembut sangat tambah tepung. jgn sesekali guna air sejuk nanti tepung akan puus semasa masak.. pantang tok nenek dia..

sediakan kukusan.

alas dgn daun pisang, pusingkan aduan itu secara pusingan bulatan, kemudian kukus sehingga masak iaitu hilang warna tepungnya.

atau cara memusing terus kedalam air mendidih cubalah mana tau menjadi. tapi hati2 jgn sesekali ada rambut masuk dlm air didihan tu.. pasti akan putus kecil2..nanti akan tercemar lah laksa kita...

selamat mencubaaaaaa nohhhh.... resepi laksa ada di N3 lama...

05 March, 2010

170. KUIH TEPUNG TALAM

masak hari ni 5 march 2010

setelah beberapa keping aku print resepi dari yatie
Nor Hayati Ramlan Baton Rouge, Louisiana, United States
hari ni baru lah ada mood nak buat. sekali cuba dah jadi. inilah kuih kegemaran arwah nenek dan merangkap aku sekali... dulu2 masa aku muda2 ahaksss beberapa kali mencuba tak jadikkk resepi sorg jiran..yg buat kuih ni utk jualan(DIA RASIAKAN SUKATAN KOT)..disebabkan putuih asa.. dah tutup buku bab talam ni..
tak sangka hari ni baru pestime try dah jadi..tiada rasia dlm alam memblog resepi2 segini.. ilmu ditimba pahala yg dinanti...t.k yatie

abaikan kawah bulan tuu..itulah sebabnya kalu ada buih santan mesti dibuang dulu. kalu tak cengitu la jadi nya...santan kara aku guna.. malas nak guna kelapa. kolestrol pya hal la ni...
meh kita layanzzz resepi yg aku c n p ni..

bahan utk lapisan bawah:

200gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar air kapur makan

caranya:

masakan gula merah dan gula pasir dgn air. sejukkan
panaskan kukusan
satukan semua bahan tapiskan, kacau sebentar atas api
tuangkan ke dalam loyang yg disapu minyak
kukus 20 minit, cakarkan atas dgn garfu dan tuangkan bahagian atas.


lapisan atas:


3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
sedikit garam


caranya:

sama seperti cara di atas. tuangkan dan kukus selama 20 minit.sejukkan baru dipotong

03 March, 2010

169. GULAI DARAT IKAN TALANG MASIN & NANAS


masih kah kalian ingat, ikan talang yg aku beli di tg dawai tuu.. dah tinggal tulang ajer dan sedikit isi... seperti dijanjikan aku masak hari ni jam 5 ptg..lewat masak...dan poskan untuk santapan kalian...makan pula dgn sambal belacan buah tomato nyummyyy muahhh mau tambahhhhh pelaburan... ahaksss dlm kilo laa

bahan:

tulang ikan talang masin
3 sudu besar rempah kari ikan
sedikit buah nanas
pati santan secukupnya lebih kurang 1/2 cawan

panaskan pati santan bersama rempah kari sehingga pecah minyak
masukkan buah nanas dan ikan talang bersama santan cair masak sehingga empuk.

bahan untuk tumis darat:

halba campur.. tahukah apa dia....jintan manis, halba, biji sawi
daun kari
bawang merah
bawang putih

panaskan minyak dlm kuali tumiskan bahan2 ini kemusian tuangkan atas gulai tadi yang tengah mendidih tuuu... biarkan seketika dah boleh dihidangkan... garam ikut la rasa memasing...
kawanan yang setia..... org kedah jer tahu menikmati gabungan ini...layanzzz

02 March, 2010

168. KEROPOK LEKOR.....dr respeks grp

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung/selayang
100 gm tepung tepung sagu
30 gm tepung tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa.

Untuk Sos

3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan.
2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan. Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

sos:

10. Untuk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lepas tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos

01 March, 2010

167. LALA ..lagi

aku masak lunch hari ni 1 march, nak resepi ker?? sama yang ada diN3 yang lepas.
lagipun senang jer main tumis2 jer masukan sikit tepung jagung dan kicap utk memekatkan kuahnya.

166. RENDANG RUSA

malam semalam seorang yang sangat dihormati iaitu datuk dsj telah sudi memberi daging rusa. jadi hari ni aku masak rendang.. kata orang daging rusa ini panas... tak pee aku try la sikit dulu...

bahan:

daging rusa
cili kering
jintan manis
biji ketumbar
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit
serai

mesin kesemua bahan ini dan tunis sehingga pecah minyak. masukan daging rusa bersama kesemua bahan di bawah ini. masak sehingga daging empuk.

santan
asam keping
kerisek
daun limau purut
sedikit perasa