Susah sangat nak jadi lesung pipitnya setiap kali buat kuih lompang ni.
Pelbagai resepi disimpan dan dicuba tapi ttp sama.
Kebetulan sehari dua ni ilahjy ternampak dalam fb dlm group SAMBAL HIJAU.
Lesung pipitnya besar dan dalam. Puas letak inti kelapanya.
Terus amek resepi yang hampir sama dgn resepi simpanan ilahjy terus ilahjy buat untuk berbuka iftar ke 21. Walaupun kecil sahaja lesung pipitnya, ilahjy tetap berpuas hati dan akan dicubai lagi. Mungkin ada teknik yg tersembunyi.
Bahannya:
250 gm tepung beras
250 gm gula pasir
100 gm tepung kanji* x de,ilahjy guna tpg jagung
1 liter air
Daun pandan
Pewarna
Caranya:
Masak air, daun pandan dan gula sehingga mendidih, sejukkan,
Campurkan air gula dengan tepung2 kacau sebati dan tapiskan
Warnakan ikut selera, ilahjy beri perasa esen pisang
Panaskan acuan seketika, tuangkan adunan kukus selama 15 minit
Sejukkan baru keluarkan dari acuan hias dgn kelapa parut.
Tips ilahjy: selepas padam api buka tutup pengukus, sendengkan loyang kukusan supaya air dalam lompang tersejat, barulah lesung pipit terserlah...