terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts sorted by relevance for query cendol. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query cendol. Sort by date Show all posts

23 April, 2013

498. AGAR-AGAR KEMENYAN

Alkisah hari Ahad. Hajat nak Makan Cendol tak tercapai. Ilahjy Ke Giant Setiawangsa  Utk Membeli Barangan Dapur. Bila Terpandang cendol terus amek Pernh Sekali Beli Ok Jer. Nak Jadi Habuan Nasib Tak Baik. Dapat Cendol Berbau Hangit Dan Rasanya Macam Makan Arang Dan Ada Pula Serbuk Hitam Didalam Tepung Cendul Tu. Selepas Ditos Baru Nampak Keburukannyaa. Apa Nak Buat Tak De rezeki. Selalu Beli Buah2an Pun Sama. Asyik Terkena Yg Buruk Saja Wpun Dah Pilih.maklum Lah buah didalam Mana Nak Nmpk Buruknya...

Ilahjy Cuba Call IKS DI JOHOR pembuat Cendol Tu.. Tapi Yg Jawaab Seorsng Perempuan Cina Yg Tinggal Di BUKIT JALIL... apa Nak buat tak Boleh Lah Nak Buat Aduan..baiki Kualiti   produk Mereka.lain Kali jgn Beli Lagi buatlah sendiri Bukan susah Sgt Pun... Disebabkan Air Gula Dan Santan Dah Disediakan Seawalnya. Sebelum Ditoskan Cendol, Maka Ilahjy Teruskan Projek Mekemenyankan Agar2 Ni. Ramai Rakan2 Blogger Telah Pun Membuat Agar2 Ni.. Mungkin Nama Yg Berbeza..  Mari Kita Lihat resepi  ilahjy sediakan dibawah. Maaf Update Guna Galaxy Tab Samsung Lagi....tak Berapa Mahir Lagi Huruf2 Pun Membesar Sendiri Jnuh Nak Delete. Tak Larat Biarkn Ajeee..nanti Kena Cari Mana Nak Statikkn Keybod Ni..hehehe
 Setelah Dibedah Siasat
 

Bahan-bahan:

10 Gm Agar2 Serbuk Plain
3 ketul Gula Melaka saiz Kecil
6 Sudu Besar Gula Pasir Tambah Jika Kurang Manis
2 Biji Telur ( kalau suka Nipis 1biji telur)
1 Kotak Santan
1 Liter Air 
2 Cawan Air Untuk Memasak Air Gula
Daun Pandan
Perisa Vanilla
Sedikit Pewarna Coklat 
Sedikit Garam

Caranya:

1. Panaskan 2 Cawan Air bersama gula2 dan daun pandan sehingga Cair dan Tapiskan
2. Masukan Telur Dan Dikacau Sehingga Telur Sebati.
3. Masukkan Santan Kacau Sebati
4. 1 Liter Air Dimasak Bersama Agar2 Sehingga Cair
5. Masukkan Campuran di Atas tadi  Bersama Esen Vanilla Dan Pewarna Coklat. Masak Sehingga mendidih Dan Sentiasa Dikacau Supaya Tidak Melimpah. Setelah Timbul Butir2 Telur Padamkan Api.
6. Ambil 2 Sudu besar agar2 itu letak dalam bekas kecil utk Diuji Kekerasan @ kelembutannya. letak Dlm Peti Sejuk. Jika suka Lembut Perlu Tambah Air panas. Tak Perlu Panaskan lagi. Keras Atau Lembut bergantung pada Selera Masing2.
7. Sedia Untuk Dimasukkan Ke Dalam Acuan Kecil2 Atau Besar.
Selamat Mencuba. 

11 July, 2013

516. CENDOL

Sedang tengok tv, Tetiba Tekak Ni Terasa Nak Mkn Cendol. Terus Ke Dapo Dalam 1/2 Jam Jer Dah Siap. Resepi Yg Ada Tak Sempat Nk Jengah2. Terus Campak2 Jer Dalam Periuk Non Stick Vantage Tuuu..
Kali Ni Ilahjy Guna Tepung Beras Bahan Utama, Tepung jagung Dan Tepung Ubi Sedikit Air Kapur, Pewarna Hijau atau Air Daun Pandan Secukup Hingga Adunan Jadi Pekat Berketul2 Tapi Tak Keras Tak lembut.
Tekan Guna Penapis Pisang Goreng.
Maaf Baru Nak Publish N3 Ni. Ilahjy Terlupa.dibuat Seminggu Sebelum Puasa.


Sila Klik Di Link Utk Resepi Yg Telah Ilahjy Buat  Sblmnya.


06 February, 2011

cendol tahun 2011

dikacau hari ini 6 feb 2011 jam 11 pagi ..terus makan dgn penuh kelazatan.. lemak berkrim lazat dgn gula melaka yg ori dari melaka semalam. kata org tu gula melaka tu lembut berderai senang dipotong rasa asli nya yg enak.. sahhhh2 betoii.. ini pertama kali jumpa yg ori...ada beza tauuuu.. yg keras kelengkung tuuu kurennggg sedapcantekkk tak kalian bentuk2 cendol ilahjy ni.. resepinya kali ni main sukat2 jer guna tepung beras 4 cawan campur tepung gandum 3 sudu besar 1/2 cawan air kapur dan air lebih kurang 6 cawan..tapi tambah sikit2 jika keras sgt.. alahhh biasalah ilah jy ni buat kerja agak2 je... resepi dari kawan2 ada juga, tapi malas nak cari dlm lemari tuuu.. nasib baik menjadi ...
ini lah acuan merangkap penapis gorengan .. ilahjy guna bersama jag yg semuat2 penapis itu supaya kekal duduk diam semasa acara menekan adunan yg kental itussss. tolong guna senduk besi leper semasa menekan supaya senang turun ya.... fuhhh lenguuuhhh weyyy mengacau dari cair sapai kental ...maaf ya agak comot sikit sebab cendol ni hidup dia panjat dinding jag hahahahhahahaaaaa...

*****
salam hari minggu yg penuh menyesakkan..sebab semua yg pulang dari kampung pasti terpaksa terima jem free .. kalau boleh disapu pada roti ker buat puding roti ker ok la juga kan... begitulah kita raya kita kita yg penuh dijalan. kalau raya org pun kita juga yg terlebih penuh dijalan.. dah 1 malaysia mcm tulah.. kesempatan bercuti dan ziarah keluarga yg penting..wlaupun org suka ker tidak ker selalu menghabiskan borasss kat kampung kita lanyak jer balikkkk janji tunaikan tgjwb sebagai anak menantu....

suatu ketika ilahjy masa sekolah jika emak saudara pak saudara pulang bercuti kita yg paling suka ..tak pernah rasa nak marah ker muram ker tak suka ker tak itu ke tak ini ker... setiap percutian ditunggu.. kerana ilahjy suka pada kedatangan ramai saudara mara..sbb ilah jy tinggal sorg2 dgn nenek... tapi berbeza dikehidupan ilah jy mahupun org lain agaknya... apa pandang kalian ya....
adakah kita ni balik ke kg memenuhi citarasa keluarga atau sebaliknya... huhuuuu sedih juga ya jika ada yg tak berapa seronok....dgn kedatangan yg pasti tak akan sudah2 jika masih bergelar kepada kehidupan berkeluarga... lain la yg single mingle.. maafff celoteh pjg lebar hari ni..
hanya yg memahami lebih mengetahuiiii..tolong beri ulasan yg bertanda merah ya jika kalian suka suki beri pendpt.. nanti ilah jy akan masukkan dlm N3 ni sebagai pengajarannn jommmm layan ....

>>>sahabat pertama yg menyahut seruan ilahjy dlm bentuk komen hari ni tentang pekara yg ilah jy suara.. <<<<< style="color: rgb(204, 0, 0); font-weight: bold;" href="http://ovenkecil.blogspot.com/">NAZ http://ovenkecil.blogspot.com/
Kak Ilah, Naz suka balik kg. Sebab Naz duduk jauh dr kg mak & ayah, jadi jarang2 dpt balik. Anak2 pun selalu tnya bila nak balik kg nenek melaka..Tp dpt balik bila cuti sekolah panjang jer laa..Mak & ayah pun suka kalau kitaorg balik sbb jarang dpt jumpa..Rindu kat cuculah katakan... :))

6/2/11 5:19 PM

naz... kak ilah pun harap begitu lah pada anak2 kak.. kak berpesan pada mereka jgn suka bermasam muka atau menunjukkan reaksi yg tak baik pada ipar duai jika balik ke rumah makpak mentua.. krn sikap begitu akan melukakan hati org yg balik krn kita sendiri tak suka menyushkan keluarga. tapi apakan daya dah jd tgjwb perlu balik wpun menghabiskan beras..org kata.. hehe..kak ilah untung mak/arwah dan pak mentua/ada, mmg teramat baik pd kami..kak sgt syg lebih keluarga sdri..


25 August, 2010

236. cendol ...sejuk ditekakkkk

ilah jy guna gula apung dan susu cair...takut kolestrol naik lagi guna santan huhuuu..sedap juga nii sbb gula apung tu ada kelainanan rasa dari gula merah kita yg biasa guna...gula apung dapat dari sibu..sahabat dari kem oya bawakan... ada sapa2 nak kenal dgn gula apung?? nanti ilah jy cuba masukkan...
kerana terliuqqq tengok dapo kekawan berhias si hijau nie ilahjy pun nekad nak kacau cendol sendiri walaupun sibuk menjahit baju raya anak2 yg belom siap lagi tuuuu huhuuuu... semmpat keeee?????

ilahjy amek resepi dari dapo noreen-homecooking ...t. kasihh ya noreen...lain masa ilah jy try resepi dr kwn2 yg lain pula yg berbeza penggunaan bahan2 utamanya itu...layanzzzz..resepi..jom

bahan:

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung=> ilahjy guna tpg kanji sbb tpg jgg habissss
1/4 sudu kapur makan + air=> air pekat
5,6 helai daun pandan sahaja... takut nak guna byk nanti pahit..
3 cawan air ilah jy mesin dgn pandan kesemuanya tapiskan...
secubit garam
pewarna hijau

caranya:
campurkan kesemua bahan dan tapis kemudian kacau atas api yg sederhana sehingga berkilat .
bertukar warna dari warna tepung putih sehingga menjadi warna hijau berkilat.. baru ditekan ke dlm acuan berlubang ..tekankan ke dalam bekas berisi air ..itu jer...

04 September, 2025

1451. CENDOL YANG TERBAIK UTK KU

 



  • Bahan2 cendol:
    2 cawan tepung beras
    4 sb tepung ubi 
    4 sudu besar tepung gandum
    6 cawan air pandan
    Sedikit pewarna hijau

    1 sudu besar air kapur sederhana pekat
    Masak sampai pekat dan berkilat baru tekan dlm acuan berlubang di letak air dibawahnya


25 January, 2011

269. talam cendol ku lariiii... ke mana???hehe

kukus petang 25 jan 2011.. siap jam 6.30 ptg
sikit kekurangan 1. cendul tak cukup sukatan beli 1 paket tapi guna 1/2 paket jer..ingat dah cukup penuh rupanya tak.. pastu 2. lapisan bawah tak dicakar2 maka lari laa dia antara putih dan merahnya tuuu huhuuuuu tak pe tak peee lagi sekali kena ikut peraturan ya cik ilahjy...
yang paling best ialah rasanya cukup sedap lemak2, manis2 buah jer... guna kelapa biji dari melaka tempoh hari.. selalu guna santan kotak.. kali ni guna santan ori weyyy mmg terangkat sedapnya hahahaha...

apapun ilah jy nak ucapkan pada yatie JB sinar kehidupan ku atas sumbangan resepi yg diambil dari kak hanieliza kalu tak silap.. ilah jy ni ..kalu dah memang "hantu talam" tak jemu2 nak bertalam jer..jgn talam dua muka dah ler...kuikuikkk

yatie kak ilah nak masukkan resepi supaya senang kak ilah rujuk dimasa akan datang ya... jom layan.....

LAPISAN BAWAH
bahan A:
200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sudu besar tepung jagung
150 gm gula
1 suduteh garam

satuka kesemua bahan dan kacau sebati .. panaskan sehingga naik wap angkat dan masukkan cendul. kukus sehingga masak/20 minit

bahan B:
1 paket cendol

LAPISAN ATAS
bahan A:
300gm gula merah/ilahjy guna 250gm sbb tak cukup gula huhu
50 gm gula/ilahjy tak buh pun
500ml air
2 helai pandan

masak sehingga cair dan tapis.

bahan B:
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tpg jagung
3 biji telur
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

campurkan kesemua bahan A dan B kacau atas api naik wap kukus atas bahan cendul sehingga masak lebih kurang 30 minit..
sekian t.kasih..
*****************


21 June, 2025

1437.CENDOL ILAHJY REKA SENDIRI Terus jadi







Bahannya:

2  cawan tepung beras 

1/4 cawan tepung kanji

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar air kapur makan pekat

6 cawan air pati pandan

Campur kesemua bahan kacau sampai berat dan berkilat. Tekan gun acuan lubang2 dlm air ais batu. Lepas tu tukar air ais baru baru letak dlm peti sejuk.