Malam Tadi Selepas Magrib Ilahjy Buat Kuih Lapis Ni.
Disebabkan Penghuni2 Kat Umah Ni Tak Minat Langsung Kuih2 Lembek Ni Maka Ilahjy Buat1/2 Adunan Saja.. Cepat Lah Masak.
Tapi Kecewa Sikit Kerana Terlalai Tak Sapu Minyak Diacuan Comel Ni.
Maka Pagi tadi Susah juga Nak Lekangkan.. Sbb Tu Tak Tayang dah Yg Siap Ditanggalkan. Apa Pun Potongan Nya Rasanya Kelembutannya Amatlah Sesuai Dgn Tekak Ni.. Resepi Sama Dgn Resepi Ilahjy Yg Ilahjy simpan Sejak Mula Kahwin dulu. Dah 24 Thn Berlalu
Sila Klik Utk Resepi 2009
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/kuih-lapis-tradisional-hot-bay.html
Bahannya:
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1 Sudu besar Tepung Ubi
1 Cawan Santan Kotak
1 Cawan Gula
2 Cawan Air
1 Biji Telur
Sedikit Garam
Perasa Jagung, Serbuk Koko
Caranya:
Campur Kesemua Bahan Kacau Sebati. Bahagi 2
1 Warna Kuning Perisa Jagung
1 Warnakan Dengan Serbuk Koko
Sapu Loyang Dgn Minyak,
Kukus Selapis Demi Selapis Selama 5 Minit@kering, Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit. Sejuk Baru Dipotong.
5 comments:
cantik kuih lapis akak...
mas dah lama tak buat..
ehh.. ingatkan kuih tu yg dah siap dikeluarkan dr acuan.. hehe.. kalau kak ilah tak ckp mati2 ingatkan dah keluar acuan.. nampak elok je berkilat.. takpela kak.. janji rasanya sdp! samalah kat rumah sy pun kurang penggemar kuih2 kukus mcm ni.. kalau buat.. sedekah byk kat org pastu kat rumah tinggalkan sikit je.. tp sy suka je apa2 kuih..
salam kak..
nampak cantik ja kuih lapis tu..lama x buat dan makan..
2 mas... buat utk jualan ok juga mas.. senang nk potong
2 ratna..nasib Baik Tipah X Tertipu Hehe
2 wana, Jom Buat Guna sukatan Kecik dpt Bekas Kecik Cepat Hbisss Hehe
Assalam kak Ilah,
lama tak jenguk akak...
kuih lapis traditional sedap ni..
kita dah lama tak melapis kak..semenjak dua menjak ni..blogging pun pun dah slow dah sekarang..huhu..akak sihat ke tu?..
Post a Comment