11.12.13
Tarikh yg cukup cantik hari ini...
Sempena dengan itu, ingin ilahjy kongsikan apam labu kuning yg masih berbaki 2 biji. Hasil dari ladang serkam 2 minggu lepas.
Berbudi pada tanah tak pernah rugi... sekadar tabur2 biji labu sekali kutip..amek kawww.. walaupun muda dara sunti.. warnanya tetap menawan. Ilahjy tak guna pewarna pun. Kuning ini dari labu itu sendiri.. sedap lemak manis apam ni.
Selepas diperam baru diisi dlm acuan.
Begini rupa bancuhannya
Bahannya:
1 cawan labu lecek
1 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4cawan santan pekat
Caranya:
Kisar kesemua bahan sehingga halus
Masukkan ke dalam tepung.
Bahan tepung:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
2 sudu teh yis segera
2 sudu besar gula
2 sudu besar gula
Caranya:
Tepung mesti diayak bersama baking.
Campur kesemua bahan dalam mangkuk
Masukan campuran labu tadi
Kacau sehingga sebati
Perap selama 1 jam sehingga naik
Kacau semula sehingga sebati baru dimasuk dlm acuan
Kacau semula sehingga sebati baru dimasuk dlm acuan
Panaskan kukusan
Sapu acuan dgn minyak masak
Masukkan adunan kukus selama 15minit. Siap. Dapat 23 biji ilahjy guna acuan diatas.
2 comments:
tak ada kelapanya kak? Tapi mesti sedap w/pun takde kelapa, kannn..
asalamualaikum kak...
saya nak copy resepi akak nie yea,nanti2 leh try..
Post a Comment