Hari ni puasa sunat syaaban. Dah lama tak mengetart. Hari tu cuba acuan mesin tart. Tapi, hari ni acuan ni tak bole guna mesin. Sebab tak muat. Saiz acuan ni yg paling besar, ukuran terlupa nak sukat. Ilahjy tak mahu guna loyang nanti leceh nak potong2. Jadi bila guna acuan ni molek2 dengan 6 org ahli keluarga. Dapatlah sorang 2 biji, lepas masak... anak2 telah cuba rasa..sedap lah mama....
Bila berbuka malam ni baru dapat jamah..waduh mmg sedap... sebab kelapa parut tuuu kot.... lemak2 gituuuu... jadi disebabkan penggunaan bahan2nya maka ilahjy pun berikan nama ini untuk tart olahan terbaik dari ku ini..
Bahan2 untuk tart:
175 tepung gandum ( termasuk 10gm tepung roti)
125 butter sejuk keluar dari peti sejuk terus guna
25 gm gula halus
1 biji kuning telur gred B
2 sudu besar air ais
Caranya:
Ayak tepung ke dalam bekas, masukan gula dan butter yang didadukan. Ramas2 sehingga menjadi serbuk roti.
Masukan kuning telur dan air, gaul sebati..
Uli sehingga betul2 sebati. Kemudian bulat2kan letak dalam acuan.
Tekan dengan acuan tart utk memudahkan kerja.
Cucuk2 dasarnya. Simpan dalam petisejuk. Sementara sediakan intinya.
Simpan putih telur tadi utk disapu pada kulit tart.
Intinya:
110 gm butter
110 gm gula halus
1/4 cawan kelapa kering khas utk kuih
3 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Caranya:
Putar butter dgn gula sehingga kembang.
Masukkan telur putar sehingga sebati.
Masukan kelapa kering dan serbuk kulit kayu manis, putar sebati.
Sapu kulit tart tadi dengan putih telur.
Masukan inti secukupnya.
Aturkan badam, biji kuaci dan hias ikut selera.
Bakar dalam oven 200 darjah selama 10 minit.
Turun suhu 180 darjah bakar selama 20 minit.
Sejukan baru dikeluarkan dari acuan.
1 comment:
terror lah Kak Ilah, hogah2 resepi pun sedap.. mcm org dolu2..
Post a Comment