terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 January, 2016

799. AYAM GORENG KUNYIT REMPAH MASAK ROSE


goreng seperti biasa yang penting kunyitnya mesti terserlah.
beri sedikit hirisan bawang dan cili merah

20 January, 2016

798. BROWNIES SIKEDUTAN YG MENAWAN




yg ni nak simpan utk rujukan akan dtg. t.kasih tuan punye resepi

ilahjy guna resepi dibawah ni... mmg sedap.. tp kena kurangkan gula sikit... t,kasih penyumbang resepi ni..

bahan2nya:

400 gm coklat kompound potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko ayak bersama

caranya:

satukan coklat dengan mentega, cairkan secara double boil
dalam mangkuk lain, satukan gula perang,kastor, vanilla dan telur gaul sebati.
masukan adunan tepung dan gaul sebati
sediakan loyang 10 x 10 inci lapik kertas minyak.
lebihkan sehingga ketinggian loyang supaya senang ditarik keluar dari loyang. sapu marjerin.
tuangkan adunan dan ratakan.
bakar suhu 160C selama 30mt.
tutup suiz oven buka pintu biarkan selama 15 mt.
keluarkan dan potong ikut selera.

nota:
jika separuh adunan guna loyang 8x8 inci
jika guna tpg gandum tambah penaik
guna coklat dan mentega bermutu tinggi utk hasil terbaik
utk sedap tambah 100gm kekacang.

terima kasih kpd blog juicycafe.blogspot.com atas sumbangan resepi dr nya. mmg sedappppp.....




15 January, 2016

797. SOTONG MASAK JINTAN KARI ROSE




sotong masak jintan dgn kari cap  rose .... ermmmmm ... no komennnn

bahan2nya:

10 ekor sotong sedang2

bahan2 rempah:
2 sudu besar jintan manis serbuk
1 sudu teh jintan putih serbuk
2 sudu gesar rempah kari rose
6 sudu besar santan pekat

 bahan mesin halus:

bawang besar
halia
bawang putih

cili padi
perahan limau kasturi

caranya:

panaskan minyak secukupnya
tumiskan bahan2 mesin sehingga wangi
masukan rempah2 diatas sehingga pecah minyak
masukan sotong dan santan
masak sehingga mendidih dan sotong empuk.
masukan cili padi, garam dan jus limau kasturi bersama2 kulitnya
kacau sebentar padam api.

14 January, 2016

796. IKAN TONGKOL MASAK KICAP REMPAH ROSE




ikan tongkol msk kicap rempah hitam rose 


5 keping ikan tongkol digoreng sederhana garing

bahan mayang:

1/2 biji bwng besar holland
1 inci halia
1 biji cili merah di potong serong
3,4 ulas bawang putih di ketuk

1 sudu besar rempah masak  rose warna hitam
2 sudu besar sos tiram
kicap ikut kepekatan yg kita suka
2 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa

caranya:

panaskan minyak, tumis semua bahan sehingga wangi
masukan sedikit air bersama rempah rose 
setelah rempah masak pecah minyak baru masukan
kicap, ikan dan air asam jawa
rasa masinnya. tak cukup tambah garam

11 January, 2016

795. AYAM GORENG KUNYIT REMPAH MASAK ROSE


1 mangkuk sederhana kepingan isi ayam

bahan mesin halus:

1 keping lengkuas
1 keping halia
1 inci kunyit hidup
1/4 biji bawang holand
5 ulas bawang putih

1 sudu besar rempah kari kelantan
1 sudu teh rempah masak rose *warna hitam
garam 

1 biji cili mayang
1/4 bawang holand mayang

goreng seperti biasa.

10 January, 2016

794. TELUR IKAN MAYONG ONLINE



serba serbi semua boleh dibeli secara online. termasuk telur ikan mayong ni. 
 jom kita karikan telur ini... kalu ada isi ikan lagi syoookkkk

07 January, 2016

793. SAMBAL BELACAN


sambal belacan ni senang nak bangkit keenakkannya.mesti seimbang pedasnya, masam masin. yg penting belacan asal dari mana. setiap negeri berbeza rasa belacannya. ilahjy pastinya suke belacan dr negeri kelahiran iaitu kedah.

 5  biji cili merah
10 biji cili padi ikut kepedasan harus masukan 4,5 tangkai yg pendek utk elak perut sakit
1 biji buah tomato
belacan kedah  bakar sebesar 2 ibu jari
belacan melaka tidak sesuai kurang enak
garam, gula
limau kasturi 5 biji ambil jus 




06 January, 2016

792. JUS DURIAN BELANDA BERKRIM


ermmmm dapnyeee.... jommm cari durian belanda. ini adalah buah durian belanda yg ilahjy tanam sendiri.

05 January, 2016

791. KETAM MASAM MANIS TAUCHU JY


satu lagiiiii resepi terbaru... mendapat pujian en hb dan anak2.
makan malam tadi punya ceta...
hb kata, ada masam manis dan tawar2
KETAM MASAM MANIS TAUCU

8 ekor ketam sedang2 bersih mcm kalian suka

panaskan kuali minyak yg banyak,
masukan  garam 2 sudu teh dan 1 sudu teh kunyit serbuk
masukan ketam goreng sampai masak. toskan.

2 sudu besar cili mesin
1/2 biji  bawang besar di mayang nipis
5  ulas bawang putih diketuk halus
2 sudu besar tauchu dlm botol
2 sudu besar sos cili  
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato di potong baji nipis2.
dau  bawang di potong panjang2

guna minyak yg sama. tumiskan bawang2 sehingga wangi. 
masukan cili mesin. setelah garing, masukan air sedikit.
masukan sos2 dan tauchu dan tomato
masak sehingga pecah minyak. masukan ketam dan sedikit gula.
tabur daun bawang.

resepi ni biasa2 jeee.. tapi rasanya spt anak kusss akui...heheee


04 January, 2016

790 . K -LIME DIY





cara membuat asam boi limau kasturi

hiris buang bahagian kepala limau
toreh 4 penjuru supaya senang kita nak sumbat asam boi ke dalamnya.
masukan ke dalam balang
tutupi dengan gula kasar sepenuhnya
peram suhu bilik selama 3,4 hari
selepas itu simpan dalam peti srjuk
bila nak guna baru dikeluarkan

ambil 2,3 biji limau kasturi buang biji, tanpa asam boi 
campur dengan air 2 gelas
guka secukup rasa
beberapa ketul ais
blend sehingga halus
kalau suka tapis boleh lah ditapis sebelum diminum

selamat mencuba.

30 December, 2015

22 December, 2015

788. PARU BEREMPAH





yeeeyeeee dapnyerrr satu lagi resepi ciptaan baru ku
nama enggak tahuuu

daging dan paru masak berempah

bahannya:

semangkuk sederhana daging campuran yg telah di rebus empuk
ilahjy cuma dpt beli kelempong dan daging sahaja. jika dpt paru dan hati lg cun
tapi yg ninpun dah cukup sedappppp hahaaa puji diri nmpk...

1 batang serai nak amek rasa jee x mo lebih2
1 ketul lengkuas sebesar ibu jari
1 ketul halia sama saiz lengkuas
2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu besar rempah sup
1 sudu teh lada hitam
1/2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji cengkeih
6 biji cili kering x mooo pedas...
3 sudu besar kerisik
kicap manis secukup warnanya. tak mooo hitam hihii
sedikit garam

1 biji bawang gesar
5 ulas bawang putih

jooom layaaannn..kalu tak sedap tuuu tekak masing2 yeeee hihiii

09 December, 2015

787. . LAPIS MERTABAK CRACKER cara ku



bahan inti

buat seperti  inti karipap samada ayam atau daging. ilahjy guna daging kisar

sepeket biskut 4 segi
parutan cheese 
2 biji telur
dauan bawang
daun sup
cili2 merah dipotong dadu

celup biskut dalam susu cair, susun penuh dasar tin
masukan inti , susun biskut sepenuh permukaan
masukan inti. lakukan sehingga habis.
lapisan atas adalah inti.
kocak telur tuangkan keatas permukaan inti
tabur hiasan memenuhinya dan akhir sekali
tabur parutan cheese cheddar

bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit atau sehingga perang. makan dengan sos.

19 November, 2015

784. BISKUT FAMOUS AMOUS YG SEDAP


penghargaan kepada puan azie kitchen atas resepi yg plg sedap blm pernah ku makan. 

bahan A
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur b
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar susu segar @susu tepung
1/2 sudu teh vanilla

bahan B
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu besar serbuk kokok diayak
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cream of tatar
atau ganti 1/2 sudu teh cuka @lemon
1/2 sudu teh soda baikabonat
1/2 cawan  walnut/almond/biji kuaci cincang
1 cawan semi sweet coklat chips

satukan semua bahan a sehingga sebati guna whisk

ayak semua tepung2 masuk sikit guna spatula kacau sebati masukan kekacang2, kacau adunan sehingga sebati.  adunan agak lembut sikit
sudukan atas loyang tanpa gris. jarakan.  cantik guna sudu teh.
bakar suhu 160 darjah selama 15-20 minit. angkat sejuk atas reda








18 November, 2015

783. IKAN PARI GOLEK



cadangan buat yg buntuuuu...
pari panggang golek istimewa drp ilahjy satu lagi resepi ciptaan baru kusss
semlm.., msk dlm keadaan sakit.., jnji anak2 suka mkn katanya sedap...

sblm lupa

1 ketul besar pari seberat 500 gm  memang besar separuh kuali ajaib vantage
pandai anak2 dara mama beli. masa mama blik melaka 4 hari...

bahan mesin halus:

3 btg serai
1 sudu besar halba
1 sudu jintan putih
1/2sudu teh jintan manis
seketul kunyit
seketul halia
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holand
garam

1/4 kotak santan
3 biji limau kasturi

garam kan ikan secukup rasa. perapkan bahan2 mesin dengan ikan seketika.
tanggalkan bahan mesin. bakar ikan dalam kuali vantage sehingga masak.
bahan2 mesin tadi dimasak bersama santan dan sedikit air, sehingga mendidih
dan sedikit kering. tuangkan ke atas ikan. perahkan jus limau nipis.
siap.... boleh dibakar  seketika bahan2 santan tadi dlm kuali ikan. ilahjy x sempat dah nk berbuka masa ni....

05 November, 2015

782. CARA BERLAUK DAGING


resepi ni paling mudah dan senang. gunakan inti karipap dan adunannya guna adunan dadar.



29 October, 2015

780. RENDANG KARI ITIK SALAI



Itik salai rendang kari jy....

 satu lagi resepi baru menawan selera anak buah tersayang dtg berbuka di sini hari ni..   dr tak suka mkn itik beb suka mkn..  tahniah utk Wa ilah *mak long*  yg berjaya mematahkan selera tak sukee itik.. beb jadi sukaaaaaa kekekeeeee

Jom lihat bahan2nya sementara masih ingat... utk simpanan sendiri...

Bahannya:

1/2 ekor itik salai potong kecil2

3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah sup

Bahan mesin:

1/2 Bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 biji buah keras
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
3 batang serai

Tumisan bersama :

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
1 btg kayu manis kecik cukup yee

3 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik

1/2kotak santan

Air secukup utk mengempukkan itik.

27 October, 2015

779. PEPAHAT BERKUAH SERAI


pepahat ini ilahjy beli dipasar tani melawati
masa berkumpul beramai2 baru kami ke situ utk mendptkan pelbagai seafood.
agak senang dan ringkas cara memasaknya

1 kilo pepahat dibersihkan
bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili padi,
serai diketuk. kesemua bahan ditumis sehingga wanggi
masukan air secukupnya. tambah sos tiram garam, jus limau
setelah mendidih masukann  pepahat
kacau sebati. tunggu sehingga mendidih baru dioadamkan apinya.,,

22 October, 2015

777. IKAN NYOK2 ASAM KURMA



IKAN NYOK2 GORENG BERKUAH ASAM KURMA JY lauk berbuka tadi.

Resepi utk rujukan sendiri...

5 Keping nyok2 goreng

Bawang besar mayang
Halia mayang
Bawang putih mayang
Cili merah hijau dipotong serong

1 sudu kecil rempah kurma
1 susu kecil rempah sup
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu gula
Garam

Tumis semya bhn2 mayang sehingga layu
Masukan sedikit air asam bersama rempah2 kacau rata
Setelah pecah minyak baru masukan bahan2 lain. Rasa masam madin manisnya.
Setelah mendidih baru masukan ikan. Kacau rata terus padam api.
Jangann lelama yeee..
Selamat mencuba resepi ilahjy... setiap hari tak pernah sama resepi dan bahannya jika ditanya sendiri tak tahu tak ingat.. masak dari hati bukan azali punya resepi.... ewahhhhh,..


Resepi ini telah dicuvainoleh rakan fb kusss kak noor safone dr negeri sembilan. Tq kak noor.

IKAN NYOK2 GORENG BERKUAH ASAM KURMA JY lauk berbuka tadi. 

Resepi utk rujukan sendiri...

5 Keping nyok2 goreng

Bawang besar mayang
Halia mayang
Bawang putih mayang
Cili merah hijau dipotong serong

1 sudu kecil rempah kurma
1 susu kecil rempah sup
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap 
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu gula 
Garam

Tumis semya bhn2 mayang sehingga layu
Masukan sedikit air asam bersama rempah2 kacau rata
Setelah pecah minyak baru masukan bahan2 lain. Rasa masam madin manisnya.
Setelah mendidih baru masukan ikan. Kacau rata terus padam api. 
Jangann lelama yeee..
Selamat mencuba resepi ilahjy... setiap hari tak pernah sama resepi dan bahannya jika ditanya sendiri tak tahu tak ingat.. masak dari hati bukan azali punya resepi.... ewahhhhh,.. jak noor



17 October, 2015

775. GULAI LEMAK UDANG GALAH


gulai lemak bukan masak lemak
resepi arwah nenek ilahjy adaptasikan kpd resepi udang
mengikut selera sendiri.

rempah kari ikan direbus bersama santan cair sehingga mendidih. 
santan cair tadi diblend bersama bawang besar dan bawang putih.
setelah mendidih masukan udang dan santan pekat dan garam.
masak sampai nendidih sentiasa dikacau. masukan cili2 potong.



13 October, 2015

773. NASI SERAI


Bahannya:

3 pot Beras basmathi

3 batang serai
1 inci halia dimayang
Sedikit bawang kecil dimayang
3 helai daun limau purut
minyak menumis

caranya:

tumis semua bahan sehingga wangi
masukan air dan beras dan daun limau  dan sedikit pewarna biru dan sedikit garam. gembur nasi utk dpt hasil yg baik.