terima kasih kerana sudi ikut kusss

kelip2 ku sangka api

RESEPI SUMBANGAN JY

terbaru sebelum en hb operate telinganya

terbaru sebelum en hb operate telinganya
keluarga ilahjy... 14 feb 2011

sedikit peringatan buat yg alpa

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN TANPA IZIN PEMILIKNYA.
HARAP MAKLUM.***

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

15 March, 2009

84. PAIS IKAN HALUS MCM IKAN BILIS SEBESAR IBU JARI

gambar ni dari entry no 136 ikan bilis goreng, inilah ikan bilis basah yg aku maksudkan

KHAS KU ENTRYKAN UTK BAWANG GORENG DARI SIM KALAU TAK KRN PERMINTAANMU TAK ADA RESEPI NI DAH LUPA DAH...30THN TAK MASAK..MASA SEKOLAH ADALAH MAKAN DATUK YG MASAKAN

bahan:

20 ekor ikan halus yg boleh didapati di pasar,

warnanya keputihan dan jernih. cara siangnya, picit bahagian sisi ikan, kmdian belah dgn pisau bahagian belakangnya. lepas itu tarik tulang dibahagian kepalanya sampai terkeluar dr badanya. tapi ikan tetap berbentuk biasa masih ada kepala dan ekor. cma bersih dari tulangnya sahaja. ini petua dariku sendiri tiada siapa ajarkan.

1 helai daun kunyit dipotong halus
2 batang serai di mayang halus
5 biji buah belimbing buluh dipotong nipis2
3 biji cili merah ditumbuk kasar
5 biji cili padi ditumbuk kasar
sedikit garam dan sedikit gula pemanis rasa
1 helai daun pisang

caranya:

gaulkan kesemua bahan2 tersebut bersama ikan perap sementara, sediakan daun pisang diletakan diatas pembakar masukan ikan tadi dan dibaluti dgn daun pisang dan teruskan membakar. makan bersama air asam..muaaahhh muaaahh tambah 3 pinggan nasi nanti hehehe

P/S hari ni 18 mac kakak sepupu bgtahu tambah sedikit kelapa parut yg ditumbuk bersama bawang merah dimayang. digaulkan bersama bahan2 yg aku bagi diatas. katanya lebih sedap..... :) bagi ku kalau ada kelapa lain sikit..ganggu nak cecah dgn air asam..hikhik byk songgeh lak aku ni

4 comments:

aNIe said...

Ila...dulu pais ikan ni arwah mak bukan main suka lagik...

Ila...gambar atas tu mesti gambar kat Mini Malaysia ...betul tak...? Hehehehe

jalilah_jy said...

YA ke kak? sama ker resepi melaka dgn kedah ni?? ilah baru dpt tambahan bahan dari kak sepeupu dr kedah... katanya kena masukan kelapa parut tumbuk dan sedikit bawang dimayang.

ya, memang kat mini malaysia. macam betul2 ker?hehehe ilah merasa masak dapur mcm tu la kak. masa tu usia ilah masih bawah 10 thn tahun 70an. bila dah masuk 11thn dah ada dapur gas umah nenek.

Bawang Goreng said...

Salam,

Entah kenapa tekak ni terasa-rasa nak sangat makan pais... Alhamdulillah, terima kasih atas sisipan ini.

jalilah_jy said...

emmmm sebenarnya akak sdri pun belum pernah masak. cuma berusaha mendptkan resepinya aje.. aiii jgn2 mengidam kot bawang goreng??? heheheh