terima kasih kerana sudi ikut kusss

kelip2 ku sangka api

RESEPI SUMBANGAN JY

terbaru sebelum en hb operate telinganya

terbaru sebelum en hb operate telinganya
keluarga ilahjy... 14 feb 2011

sedikit peringatan buat yg alpa

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN TANPA IZIN PEMILIKNYA.
HARAP MAKLUM.***

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

23 May, 2011

313. serunding cendawan tiram 2,cucur ikan bilis dan apam coklat

sekejap jer masa berlari meninggalkan kita dgn pelbagai trajedi dan kenangan utk kita kenangni. tak kira yg manis atau yg pahit yg sukar diterima mau pun yg sebaliknya..
air mata mengalir mengenangkan dan melihat belasan anak2 yatim dan tak berdoasa ditimba musibah.. hanya doa saja dpt ku lahirkan utk mereka..semoga ditempatkan dlm golongan org yg beriman. dan semoga keluarga mereka tabah mengharungi...

malam tadi kira2 jam 9 malam ilahjy cuba sekali lagi membuat serunding cendawan tirambuat kali ke2.. kali ini dlm mood yg amat baik. kerana sanggup menunggu hampir 2 jam utk proses kering. alhamdullilah akhirnya kering juga 90% .. emmmm mmg enak dan sedap .. pagi tadi makan dgn roti putih... kali ini ilahjy pelbagaikan bahan2nya supaya lebih enak... resepi lama klik sini
ayu dari singapore dah mencuba resepi ini.. dgn sedikit penambahan bahan... semua resepi ini adalah bergantung kepada selera masing2.. kita boleh ubah suai ikut selera kita...ya puan2...
resepi terkini ubah suai:

1 paket besar cendawan rm5.. maaf terlupa lihat gram nya.. basuh bersih dan perah airnya siat halus2

bahan mesin halus:

1/2 cawan cili mesin
6 btg serai
1 biji bawang besar saiz besar
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar ketumbar biji
2 sudu besar rempah sup( kalu suka)

bahan lain:
1 cawan pati santan pekat
1 sudu besar kerisek
sedikit gula dan garam

caranya:

1. tumiskan bahan2 mesin sehingga garing dan pecah minyak.
2. masukkan pati santan, kerisek garam dan gula. kacau sebati masak sehingga sedikit kering
3. masukkan cendawan dan digoreng sehingga kering dgn api yg amat perlahan dekat2 2 jam juga ilah jy mengorengnya..
4. simpan dlm bekas kedap udara.. dan simpan dlm peti sejuk supaya tahan lama.

hari minggu ahad semalam sarapan pagi ilah jy buat 2 jenis sarapan iaitu cucur kembung ikan bilis dgn apam coklat kukus... yg amat mudah sekali.. sambil2 goreng cucur apam dikukus. resepi ini semua siaran ulangan ya puan2....
bahan:

mesin:
1/4 cawan ikan bilis
bawang besar
sedikit belacan
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
garam gula
1/2 sudu teh soda

mesin sehingga halus bancuh kan dlm tepung gandum. jgn terlalu pekat nanti keras.. masa mengoreng sila guna sudu kerana adunan nya agak lembek.

apam coklat pelbagai senyuman...hehe

bahan:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu besar serbuk koko

blend kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan dlm bekas cup cake kukus selama 20 minit... kalu guna c.c paling kecil pasti ia kembang semekar.. ini acuan yg paling besar.. hehe kurang la mekarnya...


1 comments:

Mas said...

amboiii...rajinnya akak sorang ni masak.....
berderet2 kenu tu...
sedap2 semuanya...