alatan yg digunakan ilahjy dalam memotong hiasan diatas
sambal cili bersantan dalam buah peria
sambal kelapa ikan kembung dalam buah tomato
timun yg dinipiskan boleh dibentuk pelbagai wajah..contoh bunga ros..
Salam hari Jumaat kepada teman2 seangkatan di alam maya dunia blog sekelian.
begitu cepat masa berlalu. ilahjy memang sibuk minggu ini menguruskan anak ke 3 Raihan utk ke PLKN dan matrik tak lama lagi... banyak betul kena uruskan selain kelas memandu kereta raihan yg kandas buat 2 kali. alhamdullillah dah berjaya dan lulus buat kali ke3.
kelas motor pula cuma sekali jer test dah lulus..
apapun tahniah mama ucapkan sbb raihan tak pernah pegang motor dan kereta tup2 p amek lesen ... kesemua anak2 ilahjy akan dibekalkan dgn lesen memandu semasa bercuti SPM.. tinggal yg bongsu saja lagi ...
begitu pun juga kes makamah yang sedang kami sekeluarga alami pun dah selesai buat kali ke 3 naik turun ke melaka. semuanya ALLAH SWT redhai... "JANGAN KAMU LELAPKAN MATA MU UNTUK 2 MALAM...SEKIRANYA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU TIDAK
DILAKSANAKAN UTK ANAK2 MU.." ilahjy amek dan tunaikan ia sebelum terlambat... semoga anak2 mama sudi terima dan redha seperti mana yg telah kita metrai bersama... jadilah kalian anak2 yg solehah buat mama dan abah... semua duniawi tapi itulah tanggung jawab mama dan abah buat kalian 4 beradik...
nampaknya mulai minggu ini dan minggu hadapan jadual perjalanan ilahjy amat ketat sekali. ketat bagaikan kain yg dah sendat ni, akibat berat dah naik lagi..adoiiiii... makan sikit ker banyak ker dia naik dan turun tak menentu.. apa nak kata...
1 mei nanti kami balik lagi ke melaka menguruskan kemasukkan anak ke 3 PLKN di sana. hari seterusnya ilahjy akan ke pakar surgery.. kes orang perempuan..setelah buat mamogram semua dapat dikesan diperingkat awal. jadi ilahjy terpaksa akur utk semua itu dan redha... kemudian ke HKL utk pemeriksaan rutin setiap 3 bulan.. waduhhh mmg ketat dan sendat sehingga hujung bulan..28 mei amek semula anak raihan utk masuk matrik pula...
jadi jika ilahjy tak bersiaran tu. bermakna sedang melayani jaduan yg ketat tu lah... ampun dan maaf dipinta ya teman2 jika ada kesalahan.... semuga kita semua dilindungiNya...
1 comment:
haru biru...:)
Post a Comment