MENU UNTUK BERBUKA PETANG SEMALAM
kali ni ilahjy tak guna resepi main campak2 jer kata org bahan2 nya
cuma sos butterscoth jer ilahjy guna resepi dari blog kawan2.
satu jer nak kenal pasti
KENAPA SOS TU MEMBEKU BAHAGIAN ATASNYA APABILA IA SEJUK..?? ADA SILAP TANG MANA KA? NANTI ILAHJY CUBA MASUKKAN RESEPINYA..
Nak p amek anak sekolah kejap yer...
taburan buah2an campuran dan buah prune
kalau tak suka tak perlu ditambah
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan butter
1/4 cawan tepung(tak pasti tepung apa dah rujuk dah resepi asalnya) mungkin tepung gandum terbaik agaknya..
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
caranya:
Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam
periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur.
Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit
pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.
jom rujuk ke blog kawan2 ku yg telah lama mencubanya.. ilahjy baru nak merasa...ahaksss
satu lagi sos yg ilahjy rasa mudah utk dicuba utk dimakan dgn puding ini,...
sos cadangan ke dua:
RESIPI SOS KARAMEL
bahannya:
1 cawan gula
6 sudu makan butter
1/2 cawan whipped cream
2 sudu makan air
caranya:
masak gula dgn api sederhana, sampai warna coklat2 cam
wat karamel biasa
bila mendidih, masukkan butter.
selepas butter tadi sudah sebati dgn gula..alihkan dr api
sebentar
masukkan whipped cream td, kacau2 hingga sebati lps tu masak dgn api
kecil sekejap.
masukkan dalam bekas bertutup. biarkan sejuk sebelum
simpan dalam peti ais.
terima kasih kepada 3 orang sahabat ilahjy.. resepi ini hasil dari sekodeng didapo maya kalian... dan sos karamel belum dicuba lagi..cuma minta izin nak simpan disini sabagai rujukan nanti..
RESEPI PUDING ROTI RESEPI ILAHJY
bahannya:
6 keping roti gardenia
1/2 tin susu cair
1/2 kotak santan kotak
1/2 cawan air
2 biji telur
8 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
buah2an CAMPURAN dan buah prune
caranya:
campurkan kesemua bahan pukul sebati
koyak kan 3 keping roti dan susun ke dasar bekas kaca(loyang)
tuangkan bancuhan tadi.
koyakkan lagi sekali 3 keping roti dan tambah atas lapisan pertama tadi
tuangkan bancuhan tadi sehingga habis.
taburkan buah2an campuran serata atas adunan roti.
tekan kan dengan sudu supaya bancuhan tadi serap ke dalam roti.
biarkan sebentar. sementara itu sediakan kukusan. bila mendidih masukkan roti tadi kukus selama 1/2 jam. atau sehingga roti naik gelembung. sejukkan baru dipotong makan dgn sebarang sos pilihan anda.
No comments:
Post a Comment