terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








16 February, 2014

569. QUICHE SARDIN BERCHEESE

QUICHE... inilah namanya. Pernah suatu masa dulu ilahjy buat quiche juga tapi dasarnya berasaskan kentang yang dilenyek bersama cis. Yang ni pula guna tepung macam buat tart. Apapun ini adalah makanan org2 belah barat. Kita dah boleh terima kerana inti dipelbagaikan mengikut selera masing2. Asal ilahjy tengok kawan di fb zaleda zailedana eja tak betul ni... buat ikut resepi che mat guna inti ayam bercendawan.tapi ilahjy tak de ayam dan cendawan, sebab mood nak buat dah ada. Ikan sardin cap ayam pun jadilah.... jom layan resepi. Terima kasih pada siti kerana tayangkan di fb. Kak ilah dah olah ikut selera kak ilah. 

Quiche merupakan sebuah makanan yang berasal dari Perancis . Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum dengan isiannya berupa adunan bayam , salmon , ayam , daging asap yang dibalutkeju .
Quiche sering dianggap versi gurih dari egg custard tart. Sebenarnya pastry dengan isian custard gurih sudah jauh lebih dulu dikenali di Inggeris, tepatnya pada awal abad ke-14. Namun, kini quiche lebih dikenali sebagai makanan khas Perancis yang berasal dari Lorraine . Quiche Lorraine ini isi kandungannya adunan susu, telur, potongan daging asap dan keju Gruyere.
Petikan dar wikiepedia




Keseluruhan resepi ini telah ilahjy olah

Bahan2 utk kulit pastry:

250 gm tepung gandum
125 gm butter sejuk dipotong dadu
Secubit garam
1 sudu besar gula ising
1 biji telur dipukul sedikit

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur gaul dgn hujung jari sehingga sebati menjadi serbuk roti. Kemudian masukkan telur terus di gaul sebati dan diuli menjadi doh. Canaikan sehingga nipis dan masukkan ke dlm loyang tak perlu digriskan,  kemaskan sehingga meratakan keliling loyang dan tebing loyang. Cucuk2 dasar pastry dgn sudu garfu supaya gelembung udara semasa proses membakar dilepaskan. Simpan dlm peti sejuk, sementara kita sediakan inti dan bahan2 lain.

Inti sardin:

1 tin besar ikan sardin (ada 4 ekor cap ayam )
5 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
Kacang buncis dipotong dadu
Karot diparut halus
Kentang diparut halus
Cili merah di dadu
Cili hijau di dadu

Caranya:

Tumis bawang2 dengan minyak yg mencukupi sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan cili bersama sedikit air. Setelah pecah minyak, masukkan sardin bersama sosnya, pecahkan2 sardin sehingga halus.
Setelah hampir kering, baru masukkan kesemua bahan2 tadi bersama garam dan bahan perasa ilah jy guna kiub ikan bilis. Masak sehinga sedikit kering dan sedia utk digunakan.

Bahan cheesee penutup inti:

2 biji telur
6 sudu besar parutan cheesee 
1 sudu besar susu cair
Sedikit garam

Caranya:

Campurkan kesemua bahan guna wish telur kacau sebati.

Cara memasukan bahan:

1. Dalam loyang yang berisi pastry tadi, bakar dalam oven bersuhu 190 darjah bakar selama 25 minit. Ilahjy tekan kan pastry dgn garfu semasa proses pembakaran. Kerana pastry mengelembung sbb ilahjy tidak letakan kekacang. Nak senang kerja.

2. Setelah kekuningan angkat, masukkan inti sardin ratakan keseluruhan.
Tuangkan  aduanan cheese menutupi inti

3. Bakar semula dlm suhu yg sama sehingga 25 minit. Redai mesti diletak dibawah sekali. Ikut kesesuaian oven masing2...

No comments: