Hidangan berbuka puasa sempena bulan rejab.
Beberapa hari sebelum tu, ilahjy mohon resepi daripada rakan FB DILLA SHARIFF dr kelate gua musang kalu tak silap baca status dilla.
Terima kasih resepi ini tapi mcm biasa ilahjy suka sangat olah sikit.
Jom lihat resepi yang amat sedap di tekak kami anak beranak.
Bahan2nya:
1 ekor sederhana besar ikan tongkoi potong dan rebus bersama 4 keping asam keping, garam dan dengan air yang tenggelam sehingga separuh kering airnya.
Bahan mesin :
5,6 biji cili padi hijau dan merah ikut pedas disukai
1 biji bawang besar
5,6 ulas bawang putih
2 keping tebal lengkuas
1 keping tebal halia
1 ketul kecil kunyit hidup
1/2 keping gula melaka
Caranya:
Blend semua sehingga 3/4 halus agar masa masak nanti akan kelihatan warna2 bercampur2 dgn kuah nanti.
Panaskan bahan2 tadi sehingga masak, masukan air rebusan ikan tadi, terung atau timun. Terus rebus sehingga empuk. Kemudian masukan isi ikan tongkoi dan juga asam keping rebusan ikan tadi..masukan cili hijau potong dan santan pekat dan tambah air mengikut kesesuaian kita. Masak sehingga mendidih rasa asam garamnya.
No comments:
Post a Comment