terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








01 January, 2015

690. KUIH NONA MANIS. selamat tahun baru 2015.

SALAM SEJAHTERA.
SELAMAT TINGGAL 2014 YANG PENUH DENGAN DUKA LARA BUAT KITA SEMUA.
SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2015. SEMOGA KEDATANGAN MU MEMBAWA SEJUTA RAHMAT BUAT KU SEKELUARGA.

sajian hari ini di mulai dengan hidangan pemanis mulut. Sebagai tanda hidup ini akan sentiasa penuh dgn kemanisan tiada lagi kepahitan.
Apapun jua pahit manis masam masin tawar kelat merupakan permainan hidup ini. Terima saja dengan  hati terbuka. Insyaallah...

Jutaan terima kasih kepada azlita masam manis kerana sumbangan resepi ini. Kerana ita kak ilah kenal kuih dari indonesia ni. Bertuah badan ita mendapat resepi ini dan dipaparkan di blog MASAM MANIS. 

Bahan A

1 biji telur
1/2  cawan  gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang. masukkan telur dalam blender dan putar
Dalam bekas lain, satukan  gula, tepung dan santan, kacau rata. Campurkan dengan telur kacau rata. Ketepikan.

Bahan B

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan daripada 5 helai daun pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Campur kesemua bahan dan kacau sehingga larut
Masak dengan api sederhana sehingga pekat

Campurkan bahan A dengan bahan B
Kacau sehingga pekat dan licin

Bahan c

1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ( jika suka )
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan kacau sebati
Panaskan sehingga pekat

Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg


Caranya:

Panaskan kukusan. Sapu minyak pada acuan lompang.
Tuangkan adunan hijau A Dan B. 3/4 acuan.
Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan.
Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Selepas dikukus

Sebelum dikukus



Bahan c dimasukan ke dalam piping bag

Bahan A dan B warna hijau
Bahan  C warna putih

Proses bahan a dan b sedang dibuat


5 comments:

norhidana said...

msti sedap kan... dana tak penah rasa n tak penah kenal jugak....

suka suka said...

Assalam.. kalau tengok warna hijau je akak mesti kata kuih tu sedap... acuan lompang tu besar juga nampaknya...

Minuman segar said...

mirip puding ya kk,,

NINA FARHANA said...

Ingatkan susah nk buatnya. Hehe 😁 tq sudi share.Boleh cuba ni 😍

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Unknown said...

Tgk pn dh taw sedap..mesti lemak2 manis..aduiii...😒