terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








12 April, 2014

603. BBQ UDANG DENGAN SOTONG





 

Bahan2 perapan:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 keping lengkuas
1 keping halia
6 ulas bawang putih

Ulaman untuk hujung dan pangkal lidi:

Timun dan nenas

Caranya:

Kisar sehingga halus gaul ke dalam kesemua bahan2 dengan sedikit garam dan perap seketika. Cucuk dengan lidi satay dan bakar dalam kuali non stick.

602. ROTI KOKO. PERTUKARAN BAHAN UTAMA.

Sengaja ilahjy nak menguji adunan  roti yang halus mulusss tempoh hari dengan menukar  bahan utama iaitu tepung roti diganti dengan tepung gandum.
Kejadiannya agak kurang memuas hati. Tapi bolelah tahan lembutnya.
Apapun yang terbaik resepi asal. Mungkin pada pengolahan bahan utama ini, penggunaan air kena lebih kan sedikit sebab penambaahan serbuk koko mungkin menyebabkan agak tidak mulus...











Bahan yang ditambah:

2 sudu besar jus oren sunkist
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar nescafe


Bahan2nya:

400 gm tepung roti ganti tepung gandum
150 gm tepung gandum ganti tepung roti
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


Butterscoth sos:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan butter ilahjy guna marjerin
1/4 cawan gula
1/4 tepung jagung

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat.
Ilahjy sejukan dan simpan selama 20 minit dalam peti sejuk untuk memekatkan lagi sos

SOS COKLAT LELEH CARA ILAHJY:

4 SUDU BESAR SERBUK KOKO 
2 SUDU BESAR MILO
4 SUDU BESAR GULA
1/2 BAR COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MARJERIN
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
Susu cair 1/2 cawan anggaran boleh mencairkan bahan
Sedikit garam

Kacau sembati kesemua bahan panaskan dengan api yg paling kecil
Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan pekat
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Sedia untuk digunakan.


********

Butterscoth cara 2:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream @susu cair
Secubit garam
25 gm butter
1/2sudu teh esen vanilla

Caranya:

Panaskan susu, masuk gula kacau sehingga cair sehingga cair
Masukan garam dan esen juga butter kacau selalu sehingga semua sebati.
Sedia untuk digunakan.


*******
Butterscoth cara 3:

1 tin @400 gm susu pekat
200 gm whipping cream @susu cair
30  Gm Butter


Caranya:

Panaskan susu sehingga perang tanpa henti dlm 10 mt
Masukan whipping cream dan mentega kacau sampai pekat sedia untuk digunakan.

11 April, 2014

601. RENDANG DAGING

Sebenarnya rendang daging ini dimasak pada hari yang sama dengan serunding ikan. Kerajenan tahap gaban hikhik.. sebab tu boleh dikatakan macam sambutan raya pula. Menu raya bole je dijadikan juadah harian janji rajen dan malas nak masak lauk pauk harian tuuu yg banyak nak dilayan.. jom layan resepi  citarasa sendiri...  kena pula beras wangi..memang sedap laaaa







Bahan rendang cara ilahjy:

Daging di potong ikut selera

Cili kering secukup pedas
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
6,7 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Garam, gula,  asam keping
Santan pekat secukupnya
Daun limau  purut

Caranya:

Kisar semua bahan sehingga halus, perap dengan daging 1,2 jam
Tumis sehingga  pecah minyak. Masuk asam garam gula daun limau purut dan santan. Masak sehingga empuk.


10 April, 2014

600. SERUNDING IKAN TONGKOL

Sudah berapa lama tak masak serunding ikan kesukaan ilahjy dan nenek juga atok yang menjaga ku sejak baby lagi. Dulu ilahjy selalu masak untuk nenek..masa raya2 je.. tp bila teringin buat juga. Tapi kami makan dengan ketupa palas, tapi yg best makan dengan pulut lemak dibungkus dengan daun pisang. Hari ni tak de daun pisang, makan salam piring pun sedap juga..
Jom layan resepi ilahjy sendiri. Hasil dari campak2 jee.. sedap tak sedap jgn kisah janji cukup semua asam garam pedas lemak layan jee laa.
Makan masa untuk kering dekat 2 jam juga laa.
Sebenarnya ikan kembung bahan utamanya. Tapi ilahjy malas nak berkungfu dengan tulang, lebih senan guna ikan tongkol. Sekali hadap dah beres ketja. Mungkin rasanya berbeza antara kedua2 jenis ni. Terpulang masing2 nak cuba.


2 gambar yg sama cuma yg gelap ni tak guna cahaya

Ilahjy tukar dari kuali biasa ke dalam nonstick pan vantage untuk elak hangit




Bahan2nya:

1 ekor ikan tongkol saiz sedang
Dibersihkan rebus sekor2 dengan garam dan asam keping
Toskan pisahkan isi dari tulang 
Blend dengan air rebusan
Asam digunakan kembali dalam bahan2

Cili kering secukup untuk pedas yang disukai
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
Kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup
Garam dan gula penambah rasa
Santan secukupnya

Caranya:

Blend kesemua bahan sehingga halus.
Tumis dengan minyak sehingga pecah minyak
Masukan ikan kisar tadi, santan, rempah kari, rempah sup dan asam keping tadi
Masak sampai kering.

Inilah dia pulut sambal org utara

09 April, 2014

599. APOM LENGGANG ZZ.

Kenapa nama apom lenggang ZZ? Sebab penyumbang resepinya bernama pena ZALIEDA ZALIEDANA
Terimakasih ct resepi yang mudah dan keboom nie.. dulu kak ilah buat guna gram.. wah kali ni sukatan cawan. Siap ada teluq lagi tuuu.. ranggup berderap2 bila goreng garing2... lembut mulusssss macam pipi ct hikhik jom layan resepi
Sejuta terima kasih buat ZZ yeee cyg...




Bahan2nya:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
 11/2 cawan santan (resepi asal 3/4 air, 1 cawan santan)
1/2 cawan gula
1 biji telur (resepi asal 3 biji)
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam

Caranya:

Maaf ye ZZ kak ilah permudahkan caranya.
Blend kesemua sekali sehingga halus peram 1 jam 
Kacau rata baru di panaskan dan dilenggang dlm kuali nonstick

598. AIS BLENDED STOBERI


Buah stoberi
Susu segar
Gula
Ketul ais
Pewarna merah

Blend sampai halus hias dgn semburan *salji yg dibeli siap utk digunakan

08 April, 2014

597. NASI KAROT DAN SETNYA

Sudah lama ilahjy tak masak nasi karot ni.  Bukan susah sangat nak memasak nasi2 yang pelbagai rasa ni. Semuanya kita ubah mengikut selera masing2. Lauk kali ini acar berempah,sotong goreng bertepung dan ayam bbq.





596. RENDANG PUCUK UBI KAYU

Ramai kawan2 blogger ilahjy telah memasak rendang pucuk ubi. Baru kali ini dapat ilahjy merasa membuatnya... memang sedap..tapi lain kali nak cuba buat daunnya masih lembab dan tidak kering agak susah nak makan sekering ini.. apa pun terpulang pada selera masing2 ya.



Bahan2nya: ilham sendiri

Seikat pucuk ubi kayu di celur toskan

Cili kering secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Halia
 1 sudu serbuk sup
Santan pekat
Garam dan gula

Caranya:

Blend kesemua bahan cili,bawang2, serai, halia, lengkuas sehingga halus. Tumis sehingga pecah minyak. Masukan pucuk ubi dan santan pekat, garam ,gula. Masak sehingga sedikit kering .

07 April, 2014

595. ROTI DAN DONUT DARI SATU ADUNAN

Terima kasih kepada rakan fb ku kerana mengongsikan resepi terbaik donut yang ku jadikan roti dan amat sesuai dengan selera ku...
Sebelum ni ilahjy buat roti campak2 kali ni dah betul2 berjumpa dengan resepi yang sesuai  untuk donut dan roti sekali gus.
Mohon dihalalkan resepi ini.










Bahan2nya:

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


Butterscoth sos:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan butter ilahjy guna marjerin
1/4 cawan gula
1/4 tepung jagung

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat.
Ilahjy sejukan dan simpan selama 20 minit dalam peti sejuk untuk memekatkan lagi sos

SOS COKLAT LELEH CARA ILAHJY:

4 SUDU BESAR SERBUK KOKO 
2 SUDU BESAR MILO
4 SUDU BESAR GULA
1/2 BAR COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MARJERIN
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
Susu cair 1/2 cawan anggaran boleh mencairkan bahan
Sedikit garam

Kacau sembati kesemua bahan panaskan dengan api yg paling kecil
Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan pekat
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Sedia untuk digunakan.











06 April, 2014

594. DAGING TETEL KARI ASAM PEDAS

Walaupun daging ini murah harganya lemaknya juga apa kurangnya... mudah menepu  dalam darah.. tapi dek kerana selera ni betul2 nak makan. Maka ilahjy teruskan juga hajat untuk memakannya. Tapi selepas itu kena kah makwn ubat untuk mencuci semula darah.... bebaskan lemak..



Bahan2nya:

1 mangkuk kecil daging tetel
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu serbuk cili
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang kecik mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang
3 keping asam 
Daun kunyit disiat
2 batang serai diketuk
Sekeping lengkuas diketuk

Caranya:

Tumiskan bawang2 dan halia juga rempah 3 sekawan tadi sehingga wangi.
Masukan sedikit air, serbuk kari, serbuk cili masak sehingga pecah minyak.
Masukan daging tetel, serai, lengkuas, asam keping, garam, tambah air secukupnya sehingga daging empuk.




05 April, 2014

593. GETI/TURI MASAK LEMAK KELEDEK

Dah lama betul ilahjy tak berani makan pucuk geti ni yg terkenal dengan angin nya., boleh buat kita sakit urat satu badan. Hari ini ilahjy beranikan diri untuk memakannya.mrasa pahit lemak2 daunnya buatkan ilahjy teringat kan arwah nenek yg menjaga daku... ini sayuran kegemaran... ilahjy sering memakannya juga, semasa sekolah dulu. Sudah beranak pinak tak pernah sentuh lagi. Bayangkan...


Bahan2nya:

Pucuk geti di simpul2 
Sedikit udang kering
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah dipotong serong
Santan pekat
Ubi keledek dipotong bulat2

Caranya:
 Blend udang kering dan  bawang2 sehingga halus.
Panaskan dengan sedikit air dan keledek sehingga empuk.
Masukkan pucuk geti dan cili merah dan garam, masak sampai mendidih. Masukkan santan pekat setelah mendidih padam api.

592. KETAM STIM BERSAMBAL

Salah satu cara untuk mengekalkan kemanisan ketam adalah dengan mengukus ketam sebelum dicampurkan ke dalam sebarang kuah...


Bahan2nya:

4 ekor ketam dibersihkan
Kukus sehingga masak

3 biji Cili merah
2 biji cili hijau
3 biji cili padi
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

1 batang serai diketuk

Caranya:

Blend kesemua sehingga halus. Tumis sehingga wangi. Masukan sedikit air dan garam juga serai. masak sampai mendidih. Baru masuk ketam seketika dan padam api.


04 April, 2014

591. JUS PEGAGA BERSUSU


Pegaga, susu pekat, gula, ais kiub, air secukupnya blend sehingga halus tapis.
Ada sedikit kelainan dar jus tanpa susu.

590. JUS STOBERI KIWI


6 biji stoberi, 2 biji kiwi hijau, gula 6 sudu, sedikit ketulan ais dan air peti sejuk
Blend sehingga halus. tapis boleh tak tapis pun ok tapi berbiji2 hitam.. dapat 1 jag besar.

589. JUS PEGAGA




Blend daun pegaga dengan gula secukup rasa dan sedikit ais kiub sehingga halus kemudian tapis.