Sebenarnya rendang daging ini dimasak pada hari yang sama dengan serunding ikan. Kerajenan tahap gaban hikhik.. sebab tu boleh dikatakan macam sambutan raya pula. Menu raya bole je dijadikan juadah harian janji rajen dan malas nak masak lauk pauk harian tuuu yg banyak nak dilayan.. jom layan resepi citarasa sendiri... kena pula beras wangi..memang sedap laaaa
Bahan rendang cara ilahjy:
Daging di potong ikut selera
Cili kering secukup pedas
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
6,7 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Garam, gula, asam keping
Santan pekat secukupnya
Daun limau purut
Caranya:
Kisar semua bahan sehingga halus, perap dengan daging 1,2 jam
Tumis sehingga pecah minyak. Masuk asam garam gula daun limau purut dan santan. Masak sehingga empuk.
1 comment:
Salam ukhuwah JY,
Meleleh air liur akak tengok rendang macam tu... akak suka rendang yg macam berkuah dari yg kering tu... makan pulak dengan nasi empit.. memang macam hari raya :)
Akak follow #705 jemputlah ke blog kecik akak ye :)
Post a Comment