terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts sorted by relevance for query pie kentang. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query pie kentang. Sort by date Show all posts

21 February, 2013

482. PIE KENTANG KARI AYAM

 akhirnya  untuk  kali  ke  3  ilahjy  telah membuat  pie  ini untuk berbuka.,  minggu  lepas  ilah jy  beli  sekarung  kentang  yg  hanya  berharga rm7.50. jenuh  nak  menghabiskan   kentang  tu  kalau  tak  dibuat  mega  projek  mcm  ni  hehe..
resepi  pie  ini  amat  senang  tak  banyak  kerenah semasa  mengadunkan  kita  dpat  mengagak kelembutannya.sebab  itu  resepi kali  berbeza  dgn  resepi di n3  lepas sila  klik  kat  link  dibawah utk   melihat  resepinya.
 sila  perhatikan  perbezaan  pie  gambar  atas:  belum  sempat  sejuk  ilah  jy  dah  buka maka masih  lembut dia  terbenam  kebawah  menjadi  datar. ilahjy  bakar  sekadar  berwarna perang berbeza  di bawah agak  garing  sedikit.  dua2  pun  sedap!!! SILA  MAKAN  DGN  SOS
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=pie++kentang SILA  KLIK  SINI  utk N3yg  lepas.

gambar  ini  N3 lepas..  ilahjy  buka  selepas  beberapa  jam  ia  sejuk  bentuk  cawan  tu  masih  kekal
 11. setelah  inti dimasukan seterusnya  telur  di tuang  perlahan2  supaya  rata

10. aturkan  cup2  ke dalam  loyang  pembakar
9.campuran  1  biji  telur  dengan  susu  cair
8.dengan  menggunakan sudu KFC masukkan  inti  secukupnya memenuhi  lubang  kawah pie

7. gambaran  dekat  kawah2  dibentuk

6.kentang  dimasukkan  ke  dalam  cup alumnium dengan  menggunakan  sudu  teh  bentukkan  kawah2nya
5.sediakan  peralatan  seccukupnya  sebelum  memulakan  kerja
inti  kari ayam  hendaklah  dibiarkan  basah  sedikit daripap  inti  karipa  supaya  kelembapan  akan  kekal  selepas dibakar
4.
4.perhatikan  kentang bercampur  dgn  tepung telah berubah  menjadi  sedikit  kental

























3.tambahkan  tepung  secukupnya sehingga  boleh dibentul di  dalam  cup.  tidak  terlalu cair
2.kentang  tanpa  tepung bentuknya  agak  lembek
1.selepas di rebus  toskan  air  masukkan  mentega dan  garam ketika  masih  panas  teruskan  menumbuk kentang  ini

bahan:

8  biji  kentang di  potong  nipis  rebus  sehingga  empuk
2  sudu  besar  marjerin
1  sudu  teh  garam
1  cawan  tepung  gandum

1  biji  telur
3  sudu besar  susu  cair


caranya:

kentang  ditoskan  semasa  masih  panas  terus  masukkan  marejrin  dan  garam
tumbuk  sehingga  halus mulus.
tambahkan  tepung  sehingga  boleh  dibentuk  menggunakan sudu.
masukkan  ke  dalam  cup  aluminium
lubangkan  ditengahnya. masukkan  inti kari ayam  yg  basah. tidak  kering  sperti  karipap.
tutup  dengan  bancuhan  telur  dan  susu.
bakar  230 darjah  selama 20 minit  atau  sehingga  garing seperti  kita  kehendaki.

23 February, 2012

385.AYAM LAPIS KENTANG BAKAR

inilah hasilnya kalau dasarnya tak letak kentang.. hehehe... berair semacam jer ayam tuuu..adoiii aiii... lain kali kena ikut resepi yatie .... baru betoiii.. tapi yg kat bawah ni pun tak cukup.. berebut depa makan ....
bakar dlm kepanasan 200 c selama 1 jam atau sehingga garing/kekuningan atas kentang

sapu rata ke atas ayam sehingga menutupinya dan taburkan sedikit lada sulah

tuangkan kentang tadi ke atas lauknya
kentang rebus ditumbuk semasa masih panas bersama marjerin, sehingga halus baru ditambah susu cair secukupnya

sapukan marjerin pada loyang, masukkan kesemua bahan2 yg dah siap tadi
kacau sehingga rata dan tutup api
masukkan campuran sayuran, timun, tomato, daun2 bawang dan sup, cili merah ke dalam kuali berisi ayam
perapan ayam ditumis sehingga masak, bahan bersama,carot, bawang, serbuk sup dan daun selasih antara campurannya.

pernah 2,3 hari lepas nampak kat dapo kawan2 kita makanan nie. tapi malang tak print resepi... terlepas pandang agaknya.

malam tadi sewaktu masak terpandang kentang dlm petisejuk... dan isi ayam bahagian dada belu terusik... teringat gambar yg ilah jy jumpa tu resepi pula ilah jy hanya teringat secara rawak jer.. maka projek menghentam saja lah labu diteruskan.. maka terhasilah makanan yg tidak mengecewakan..anak2 4 org berebut makan sampai ada yg cakap..utk abah tak yah tinggal..nanti abah makan ikan jer..hehehe..dasyat tuuuuuuu...anak..anak..... akhirnya tinggal lah sikit utk abah jamah dgn nasi....

anak2 minta buat lagi.. apa lagi pagi tadi semasa ke pasar terus ilahjy beli 1 karung kentang. kerana yg ilah jy masak malam tadi tu tak cukup..sbb tu lapisan bawah tak dpt nak isi..sbb tu juga agaknya isi ayam berair.....

walaupun resepi ini atas daya olahan sendiri..anak2 cakap kentang yg dicampur susu tu amat sedap dan enak.. kalu dpt dibakar lagi garing atasnya mungkin lagi sedap... tungguuu ilahjy akan buat lagi sekali dgn SEKARUNG KENTANG yg ada tuuu..hahahaaaa..

selepas makan dan buka dapo maya..tup222 ilahjy terpandang dek yatie sinar kehidupan ku pun masak makanan yg sama..jika kalian mahu resepinya yg lengkap moh kita ke sana ya...

http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/sheperds-pie.html
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/10/shepherds-pie.html
YATIE cakap kat dapo ummi kuatan pun ada resepi ni..depa semua amek dari dapo kak liza..
apapun ilahjy masukkan link depa semua supaya ilahjy senang nak rujuk resepi yg sedap tu.. cuba tengok dapo ummi..walaaaaa mengancam tol.....
http://qurrataaayun.blogspot.com/2012/02/shepherd-pie.html
dan sorg lagi geng yg masak mende ni semalam ialah kat dapo tun telani...
kebetulan pula kami 3 org masak semalam... walapun ilahjy di barat yatie diselatan dan tun di borneo.. kita makan benda yg sama... tak gitu ...emmmm...

dek yatie manis kak ilah minta izin nak print resepi ..nak cuba satu masa nanti....
tapi yg kali ni kak ilah masukkan resepi kak ilah sendiri dulu...huhuuuu saja nak simpan utk tatapan sendiri..dan anak2 kussss... layanzzzzzz....

24 August, 2012

439. KENTANG ALA PIE BERINTI AYAM JY



HASILNYA SETELAH DISEJUKKAN

petang semalam raya ke 5 ilahjy masak utk berbuka... sedikit special utk en hb kusss dan anak2 berbuka... dulu pernah buat juga tapi cara yg berbeza guna bekas besar dan susah nak dipotong.. dan resepi kali ni ilahjy buat ikut rasa selera sendiri...
amat mengalakkan mendapat sambutan daripada anak2.... depa makan macam tu jer siap cicah sos.... mama masak ukt dimakan dgn nasi...tapi tak payah!...habis macam tu jer...macam makan pie la pula.. cuma kentang tu lembut dan mulus di makan.

BAHAN BAWAH KENTANG (dapat 12 biji)

Bahan:

4 biji kentang dibelah 4 rebus sampai empuk bersama sedikit garam
3 sudu besar butter cream
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tepung rose

caranya:

toskan kentang. lenyekkan kentang sehingga halus, semasa masih panas2 lagi.
masukkan butter cream gaul sampai butter cair.
kemudian masukkan susu cair gaul sehingga sebati
masukkan tepung dan gaul sehingga boleh dibentuk. tambah tepung jika masih lembek. tapi jgn terlalu keras. ilahjy buat kentang tu agak melekit sikit dijari.
masa masukkan dalam bekas2 di atas ilahjy basahkan
jari utk elak melekat.

ambil seketul kecil tekan kan kedalam cup cake seperti di atas. bentukkan lubang di tengahnya. seperti membuat cis tat... adunan kentang hendak diisi separuh bekas. biarkan sebentar.

kentang diisi separuh dan lubangkan,isi inti ayam

INTI AYAM TENGAH


bahan:

1/2 cawan ayam segar dicincang halus
1 sudu besar rempah soto mak siti
bawang besar mayang

bawang putih mayang
2 sudu besar karot dadu kecil2
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

caranya:

tumiskan bawang sehingga wangi, masukkan rempah soto dan karot dadu bersama sedikit air.
setelah pecah minyak masukkan ayam.
kacau sampai masak, baru dimasukkan sos-sos bersama sedikit garam.
setelah sedikit kering padam api.
masukkan inti ayam ke dalam lubang2 kentang tadi.
ketepikan sebentar.

penuhkan adunan telur


BAHAGIAN ATAS PENUTUP

bahan:

3 biji telur A
2 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar air

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
tuangkan adunan telur keatas inti ayam tadi.
bakar dalam suhu 180 darjah sehingga adunan telur itu membeku.
sejukkan sebelum dibuang cup cake itu. sedia utk dimakan
bersama sos yg disukai.

dah siap dibakar

13 September, 2012

441. pie kentang saiz L pula yeee

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2012/08/439-kentang-ala-pie-berinti-ayam-jy.html resepi klik sini.
setelah sejuk keluarkan aluminium foil

bakar sehingga masak baru ditabur cebisan cis

bancuhan telur dituangkan ke atas inti ayam sehingga penuh

inti ayam bersama buah prune berperisa kari

kentang dilekukkan seperti dibawah supaya boleh disikan inti dan topping telur

08 July, 2021

1144. PIE KENTANG AYAM














Bahan pie

10 biji kentang kecil direbus dan ditumbuk
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair

Gaul rata kepal utk masukan ke dalam acuan bersapu minyak
Rata,dan lubangkan
Masukan inti ayam

Bahan inti ayam:
Inti ayam adalah inti karipap. Ilahjy buat inti karipap dan dicampurkan sedikit hirisan daun sup dan daun bawang.

Tutupkan pie itu dengan bancuhan 2 biji telur, 4,5 sudu besar minyak masak dan 1/4 cawan susu cair 1 sudu besar  lada sulah kacau sebati

Bakar 180 darjah sehingga masak dlm 25mt
Letak keju cheddar dan padamkan api oven.

26 June, 2015

747. PIE KENTANG AYAM

Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,



Telur sebiji dikocok dengan sedikit garam dan sedikit tepung gandum




Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,

Isi ayam, bawang besar, bawang putih,diblend. Campur cili dadu dan daun bawang juga sup

Taburan lada sulah, lada hitam, oregano, serbuk sup, serbuk jintan manis