terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 June, 2010

215. pancake mayonis bersalut dulce de leche

sarapan pagi 30 jun 2010

salam sejahtera semua. semoga diberi kesihatan yg baik sekali..

pagi tadi ilah jy buatkan anak sarapan ke sekolah pancake mayonis duka d leceh..

pernah terbaca N3 dr CMG dab beberapa blog kekwn yg lain tentang tambahan mayonis dlm pancake maka ilah jy ingin mencuba mengikut resepi sendiri yg tidak ada sukatan..main agak2 jer pagi tadi... sebab ilah jy ada resepi sendiri tapi malas nak buka bukuuu hehehe..sbb dah terlewat nak masak... kangg kalu buka buku melepas lak anak nak sarap...
boleh rujuk di N3 pancake... lebih jelas
apapun ilah jy cuba masukan juga..sukatan yg agak2...

bahan:

2 biji telur dipukul bersama
6 sudu gula halus agak kembang sedikit, kemudian
masukkan esen vanilla,

2 cawan tepung gandum diayak dgn
1 sudu teh baking powder dan dimasukkan ke dlm adunan telur kacau sebati

masukkan susu cair 1/2 cawan lebih kurang hingga bancuhan jadi mudah tuang
dan 3 sudu besar marjerin cair
2 sudu besar mayonis

ilah jy bancuh semua bahan ini agak2 boleh dituang guna senduk tidak pekat tidak cair..
kalau pekat tambah susu cair...alah masak2 ni kita yg buat dia...hentam jer tapi mesti pandai agak2.. hehehee... maaf lah yeee itulah hakikat kusss suka buat kerja tanpa sukatan jika waktu terdesak ...terlewat anak2 dah nak kesekolah...huuuahuaaa...

panaskan kuali leper dgn sedikit marjerin dan tuangkan adunan bakar smpai betoi2 masak.
angkat ilah jy sapukan dulche de leche yg masih berbaki lagi hari tu punya hehehe..sedappppppppp....

29 June, 2010

214. sambal hitam Pahang

masak jam 5 ptg 29 jun 2010 utk mkn mlm..
selamat petang para sahabat kusss skelian

hari ni ilah jy sibuk dgn anak2 di masjid India beli tudung dan selendang utk raya. hehe
maka jam 5 petang ni baru masak utk makan malam. diketika ilah jy buat N3 ni baru sajer menikmati makan malam oppsss mkn ptg laa..hehe.. dek krn tak tahan melihat keenakkan sambal hitam pahang iteww.
resepi sambal ini ilah jy amek dari dapo IZAH DAUT T. KASIH adinda kusss cyg..resepi itu menjadi... cuma akak tambah kuantiti bahannya ikut selera akak..

cerita disebalik sambal pahang ni masih ku ingat di tahun 2007. ketika itu kami sekeluarga bermalam di sebuah hotel ditebingan sungai kuantan utk 4 malam. maka selama itu juga lah kami menikmati masakan org2 PAhang..besttt...ikan patinnya dll...

restoran berkenaan terletak bersebelahan hotel dan berada ditebingan sungai kuantan. restoran tsbut berasingan dari gerai2 yg memanjang nun di hadapan.. berbgai2 mknan disajikan..boleh dikatakan setiap hari kami merasa setiap jenis makannya.

maka nak jadi cerita aku terpandang satu jenis masakan yg hitam leeeegammmmm...aku teliti apa ke bendanya dan bertanya kpd mereka. katanya sambal hitam.... dek kerana malu nak tahu apa bahannya...maka aku terus menyedokkk sambal dlm pinggan dan terus merasa... fulamakkkk mmg sedappp pedas masam manis masin ada minyak2 sikit...

selepas pulang ke KL aku memulakan operasi memasak sambal ini berdasarkan rasa dan agak2 bahannya... tapi sayang tak menjadiiiiiii... rupenya buah belimbing direbus dulu.. ilah jy cuma buat mcm sambal belacan tarukkk kicap hahahah aaaa mmg lah tak jadikkkk

smpai hari ni genap lah 3 tahun sudah berlalu. nasib baik terjumpa resepi dlm blog izah daut... trus pagi tadi pergi pasar keramat yg terkenal dgn mahalnya barang.. hanya utk org kaya2 depa kata...terpaksa ku jejakkan kakidemi mencari belimbing buluh ituuuu..

ada sesapa nak masak dan merasa sambal hitam pahang nie ker?????
maaf izah akak dah ubah kesemua kuantiti bahan...

bahan:

1 cawan belimbing buluh direbus lembut
dan ditumbuk hancur
1/4 cawan cili padi dimesin kasar
1/2 cawan ikan bilis dimesin kasar
1 biji bawang besar dipotong baji kecil
2 sudu besar gula pasir
2 sudu teh garam
1/4 cawan kicap pekat biasa
1/2 cawan minyak masak

caranya:

panaskan minyak tumiskan ikan bilis agak2 sedikit ranggup
masukkan kesemua bahan tadi serentak, gorenglah sehinga bertukar warna kehitaman dn garing. toskan minyaknya baru dihidangkan..

fulamakkk...si mr hubby kusss tambah nasi 3 kali tadi... kali mungkin sedap kottt...
dia pun pelik bin heran sbb belom pernah makan lagi makanan nie....
semasa aku makan direstoran iteww si hubby kuss tidak ada, dia ke PEKAN FEST KETIKA ITU ADA ACARA ATM...

best lah org pahang .....
ADA lagi yg kamii nikmati iatu murtabak mengkasar kat pekan pahang...rm7 sekeping..beli bawa balik KL panas2...muaahhhhh!!!!

SAPA NAK SUMBANG RESEPI MURTABAK MENGKASAR SILAAAKAN YERR... ILAH JY NAK TRYY...
ahakkk akak ummi kita org kuatan..apa nak komen yeee bab pertanyaan ini..hikhikk.. layanzzzz

ilah jy dpt award dr mysdear

antara ayat yg disampaikan dlm blog beliau.. amat terharu sekali ilah jy membacanye
tak sangka la pula dirikusss dlm ketogori ini..yeee keee otai seperti yg beliau gmbrkan.. apapun amatlah diri ini berbangga dgn penghargaan segini..semoga mysdear menjadi lebih mahir dr kami yg peringkat pertengahan..dlm bidang masak..tanpa kwn2 alam maya siapa lah kita ya..semua menimba ilmu bersama2.. tanpa kalian siapalah diri ni...


"""Award ni saya hadiahkan untuk otai-otai yang memang terror dalam cooking dan baking. :D mana-mana resepi yang saya copy n paste tu dan mungkin ada antaranya saya dah try dan akan try..harap halalkan kan yer :)

So sudi-sudilah terima penghargaan ini...sebab anda semua adalah inspirasi saya, maka terciptalah blog yang tak sepertinya ini... :D"""""

ilah jy copy dan paste dr blog beliau mohon ampun yaa mysdear...siapa kah gerangan namamu???


28 June, 2010

213. set nasi ujan pelangi hehe






































wah siap set2 pula nie entah sedap ke idak niee hehe hentam saje....




dah masuk hari senin 15 rejab.. bulan dah mengambang penuh pagi tadi dan mlmnya... ada sesapa buat sunat rejab? mungkin ada. semoga kalian mendapat sunat yg lengkap. nanti boleh lah masak apa yg patut utk berbuka. bagi kusss hari ni tertinggal utk melaksanakannya.

semalam hari minggu seharian kami dirumah dan sebelah ptgnya aku melayan puteri2 kusss pergi ke tasik TTW meyaksikan KL festival... mmg lah ramai sesak nan menyesakkan ketika nak parking mahupun ketika nak balik. sabau jer laaa... itu acara sosial dan lain pula acara keagamaan.. mungkin jauh berbeza..apapun jua aktiviti kita, asalkan dpt menghiburkan kebosanan kita dan anak2 dah cukup ...

mehh kita layanzzz apa yg ilah jy masak utk hari minggu ni..

mood utk masak amat tinggi ...vitamin R cukup kuat maka terhasilah masakan ini.
1.nasi pelangi jy/tah apa2 nama heheee
2. ayam kurma pedas
3. cendawan goreng bertepungs
4. sambal udang sos tiram
5. acar rempah sayuran

1.resepi nasi macam biasa:

5 pot beras basmathi direndam seketika.panaskan minyak zaitun tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.masukkan 1/2 tin susu cair dan air secukup utk tenggelamkan beras -+ 1 inci.masukan daun padan beras kiub ayam garam masak sehingga kering dan titiskan beberapa jenis perwarna di atasnya dan dikacau/balik2 kan. teruskan sehingga betul2 masak. ilah jy perahkan 1 biji limau oren utk meleraikan nasi..petua seadanya...dari dulu lagi ketika mau masak nasi berminyak.

2.resepi ayam kurma pedas:

tumiskan bawang2 dan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
masukkan serbuk kurma 5 sudu dan 3 sudu besar cili mesin. kacau sehingga garing masukkan 1/2 ekor ayam, tomato dadu1 biji, 1 biji bawang besar dimesin, sebatang saleri dipotong panjang, 1 biji bawang besar potong baji,air secukup utk empukan ayam. ilah jy sekali lagi tak gunakan santan utk ayam ini mcm kari utk pulut kuning sabtu lepas.

3.resepi cendawan goreng bertepung:

1 biji telur ayam, tepung gandum, garam, hirisan daun sup dan kunyit serbuk dibancuh pekat dapat membalut cendawan.. itu sajee..

4.resepi sambal udang sos tiram:

senang jer ni sambal macam biasa tapi masukkan sos cili dan soso tiram dan sedikit kicap pekat.

5.resepi acar rempah sayuran dah ada di N3 lama kusss tapi demi kesenangan kalian ilah jy ulang tayang yee..

sayuran yg ilah guna:
kacang buncis potong pjang, karot, timun, bawang putih belah dua, bawang besar potong baji, cili di belah panjang

mesin bawang merah dan putih bersama ikan bilis sejemput sajer bagi perasa.. tumis sehingga garing. masukkan rempah kari ikan dlm 2 sudu bersama biji sawi, soso cili sos tiram, sedikit kicap dan sedikit air kacau lagi sehingga pecah minyak. masukkan kesemua bahan tadi dan masukkan sedikit cuka dan gula dan garam masak sehingga empuk. dah siap... jommmm makan...

27 June, 2010

212. pulut kuneenng gulai ayam

masak sarapan 26 jun 2010

salam hari minggu buat semua yg berkunjungan..

sebenarnya ini adalah sarapan pagi sabtu semalam. dek kerana bz dgn kursus akhir di masjid setiawangsa, maka ini jadi siaran tertunggaklah..
pada mulanya nak masak bersama kek sambut anvsry 25jun tu..tapi mcm biasa la bz memanjang wpun kerja tu dibuat tak ada gaji..ahakkss..kalau silap buat kerja habis harta benda kita org dengkikan. sian kami kan..... apa nak buat amanah org..tak buat depa kata ajk tak buat kerja dah buat harte mende kita dirosakkan.. inilah sikap manusia akhir zaman.. berada dlm kelompok atasan, tapi sikap mcm ...huhuuuuhuuu opppssss!!!! maaff mencela pula..ini sikap munafikkk kang disergah org lg sekali ... hari tu kes riak..huhuuuuaaaaa
tak pe mari kita layan pulut tuneng ni buat pengubat lara .. buat kenduri hehehe..doa selamat selamat dr bala bencana...amin...

meh kita layan resepi ikut cara jy:

pulut kunengg jgn demam kuneng dah la

pulut direndan semalaman
serbuk kunyit direndan bersama
santan pekat secukupnya
sedikit garam

caranya:

kukus pulut beralas daun pisang supaya wangi sehingga kembang.
angkat dan gaulkan dgn santan pekat bercampur garam,
sukatan jgn terlalu banyak nanti pulut lembekk... agak2 boleh basahkan sikit jer...
kukus semula sehingga masak. kalau pulut masih keras sila buat cara pertama sekali lagi dan kukus semula sehingga betul2 masak n lembut
angkat dan bentukkan dlm acuan kesukaan kita.

kari ilah jy tanpa santan:

ayam dipotong kecil senang nak makan, 1/2 bahagian dada saja ilah jy guna
5 sudu besar rempah kari ayam
bawang kecil dan bawang putih dimayang halus
daun kari
lengkuas dan halia sebesar ibu jari diketuk2
kentang dadu sedang
1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih diblend halus
1 biji tomato dadu besar

caranya:

tumis bawang bersama daun kari sehingga wangi masukkan rempah kari dan sedikit air,
setelah garing baru masukkan ayam ubi kentang bawang mesin lengkuas dan halia. masak sehingga rempah sebati dgn ayam baru dimasukan air secukupnya bersama tomato. teruskan memasak sehingga kesemua bahan empuk dan siap utk dimakan dgn pulut..
pulut sudah lemak elok lah dimakan dgn gulai ayam yg tanpa lemak .. elak kolestrol tinggi lah nie hehe selamat mencuba yer...


25 June, 2010

211. kek carot 22 thn

hehe sowe coklat segera tuu amat cair sampai susah nak tulis..ada jer yg ilang hihi..
banyk betol carot aku amek dikebunan belakang dapo kusss sarat...
deco pada ptg 25 jun 2010 malam kang nak tiup lilin

alkisah kesenambungan dari cerita 22 tahun

bahan2 semua dah ada kebetulan pula resepi nie dah siap print semalam.. terus jer adun bahan kira2 jam 3 ptg tadi..setelah sejuk mulalah aku mendeco apa yg ada... seringkas yg mungkin sebab jam dah kol 5. selepas magrib nak keluar dinner anak beranak..

jom layanzzz kek ni..maceh ya che mat gebusss resepi nie..akak harap tak de kolestrol sbb nanas ada gergaji nak potng kol kita...hahaha..

nanti akusss mask resepi sbb nak kena minta laluan kat cmg dulu dan nak g dinner dulu...sebab jam dah kol 7.45pm dah ni.. lom siap lagi.. ok bye byeee jumpa disanaaaaa...

hari ni 3 julai 2010,baru dpt masukkan resepi dari c.mat gebu kita..t.kasih ya cmg akak kopi n pasta yer..sebab akak ada terbaca hari ni jg, dr blog rosaliza, dia perlukan resepi ini jika sesiapa ada menyimpannya..sooo akak pong masukkan. supaya senang sesapa pun nak kopi hehe..


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

HARI INI GENAP 22 tahun usia perkahwinan ini..


click to create your own


dapat mungeee pepel dari cucukuss kat jepunnnnn..besttt...maceh mamahana...maceh darwish..

malam ni makan kat nelayan titiwangsa jer huhu..layanzzzz...
ada sapa nak sponsor?huahua kikiki..

24 June, 2010

210. puding duka d leceh yg dah senang...

saja letak stoberi..memulanya nak buat punah kota stoberi tapi dah jadi ini duka pula heheee
perhatikan duka de leceh tuu berwarna coklat tuuu
meleleh2 bila dibedah jantung hatinya waduhhhhh sadis betoiii ilah jy nie kijammmm
masak petang 24 jun 2010 utk sunat rejab

salam hari khamis yg penuh nikmat jikamana kita menggunakannya dgn penuh khusyuk dan tawaduk.. aiii betoi ker ayat dakusss ni?

rejab telah kembali tapi aku hanya berkesempatan hari ni utk memulainya..amin...

diketika peroitt tengah kosong dah 2 hari tak mamam nasi maka datang lah ilham ni..
telah ku cipta lagi satu resepi ringkas yg tidak leceh seperti namanya... jommmm layanzzz..

mohon maaf terlebih dulu sbb bila ilah jy mereka cipta resepi sememangnya tiada sukatan ...harap kalian memahami dakusss bukan nak sorok resepi tauuu..

bahan:

agar2 di rendam dan dimasak dgn air-
panduan:
1 cawan agar2 yg siap ditos dr rendaman hendaklah di masak dgn 3 cawan air

setelah hancur masukkan 6 sudu besar gula atau ikut manis kalian
tapis. dan panaskan semula. bila guna duka d leceh nie kena kurangkan gula sbb dah manis

setelah semua hancur masukkan susu cair 1/2 tin. setelah mendidih, amek sedikit letak dlm piring utk test lembut atau keras.. kalu keras sgt tambah lah susu lagi. macam buat agar2 biasa.

setelah semua siap bahagia pd 3 warna mcm ilah jy buat.. kesemua ni agak2 juga ikut ketinggian acuan kalian yee..

tuangkan adunan bawah masukan beberapa sudu duka de leceh tuu.. sejukan agak2 bergedik2 berdangdut jgn keras sgt..tuangkan warna ke2 masukkan duka de leceh..dan buat seperti tadi sehingga habis... sejukan betol2 baru dituangkan dan dihias seperti ilah jy buat..

tadaaaaa pestime cuba terussss jadi berkat hari ni puasa sunat..dan kepala otak masih berdegung dgn masalah disini.. berkat kesabaran Alllah taala saja yg tahu niat kusss...
inilah hasilnya...heheh
bukan riak nooohhhh cuma nak kongsi bersama2...

23 June, 2010

209.duka yang leceh..ya ampun hana..


salam hari rabu dan semoga diperbanyakkan ilmu utk hari ini samada dunia dan uhkrawi..

hari ni nampak alimmm jer jy nie...ia ker?? beristifarlah banyak2 jikamana kita terasa diri sekecil kuman..bersyukurlah banyak2 jika tersasa dunia ini besar sebesar2 ciptaanNya
kerana esok dan hari ini tidak memungkin kita laluinya dgn pekara yg sama.

hari ini hati ku luka berdarah yg terus leceh utk diuruskan...hahaha.. maka terhasillah tajuk ini...DUKA YG LECEH.. ampun ya mamahana...mamatok dah tukauuu nama makanan ...ni...maceh resepimu itewww..

akak amek masa 4 jam sahaja..sehingga kering air akak tak perasan pong....nasib jadikkk..kental dan berwarna pekat..memuaskan hati kusss lantas ku makan dgn roti tawar..sedap..

21 June, 2010

talam laman sari lagi sekali...


warna asal bahagian atas ialah kunenng.. dah ubah jadi perisa rose, bawahnya kacang ijaoo
resepi dlm N3 talam..atau sumber dari kak wan kita..
utk tetamu 21 jun 2010

salam hari isnin para sahabat dan saudara seislam ku sekelian.. smoga kehidupan ini diberkati..

hari ini 21 june sorang sahabat kuss dari sibu sarawak sudi berkunjung ke kediaman ku sebelum beliau berangkat pulang pd ptg nanti.

beberapa sajian seperti meehoon goreng, roti sosej goreng dan talam laman sari telah aku masak utknya dan aku juga jemput 2 lagi sahabat karib beliau/jiran kuss. sajian ini tiada dlm n3 terluper nak snapppp...huhuuu kuih ros,pau dan kek gulung dibawa bersama jiran ku.. meriah betoiiii pagi ni...

dalam pada tu juga sorang lagi sahabat karib kuss dari kelantan juga sampai... maka itulah rezekinya... wlpun makan berbeza masa sebab masing2 ada urusan. tapi aku senang sekali krn masih ada lagi sahabat yg juga bekas jiran yg sudi dtg ke rumah ku. biar pergi jauh kemana kita masih dlm ingatan..terima kasih laura/sibu dan yatie/desa pahlawan..

20 June, 2010

208. sata ikan resepi jy

masak lunch 20 june 2010

bahan:

2 ekor ikan kembong besar sekali
1/2 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5,6 biji cili padi
sedikit garam
sedikit gula

kalau tambah daun kunyit pasti sedap..juga sedikit serai.. kedua bahan tak de kat dapo hehee

kesemua bahan di mesin halus dan di gaul bersama 2,3 sudu besar tepung ubi kayu.
agak2 je ni.. pas tu ku bakar dlm oven 250 darjah celcius selama 40 minit. biar garing sikit...baru sedap.. yg ilah jy buat ni kurang garing..kureng sedap laa..

maaf ye resepi ni hamba rekacipta tak de mana2 rujukan...mungkin kurang sedap. leh laa kalian tambah apa yg patut..

selamat hari bapa..apam cute dot2 coklat hehe

selamat hari bapa khas utk mr abah 20 june 2010

kesian abah..begitulah rungutan anak2 kusss tadi.. hari ni abah depa kena dutydoor..dok dalam tanah...hah kauu betoi ke niee?? betoi laaa....terputus hubungan sehingga esok ptg...

apapun jua tugasan si abah, si mama mesti buat juga kerjanya..

tadaaaaa ada apa cute dot dot siap ada ucapan lagi.. sebab sgt comel susah juga nak deco deco ahh! deco deco eehh!..

sekali ku intai teman kita pun ada buat apam cute ni hari niee...kebetulan kan e-na...hehe

resepi boleh juga kalian cedok kat dapo e-na jepun...apa jua resepi berkaitan apam cute ni sama jer seangkatan tiwul ayu.. yg ptg masa memutar telur dan gula.. resepi boleh rujuk dlm apam tiwul ayu jy dlm n3 kuih melayu yee..

P/S beruntung kalian masih ada lagi ayah utk ucapan semanis ini..berbeza dgn ku...hhuuhuuu

13 June, 2010

207.burger ayam jiha ..jgn tak cayee

hehe sempat lagi memburger memdonat dan meroti
piqa yg mendeko deko ah deko deko ehhh cantik tak?
banyak juga dapat sebab saiz come loteee
jihah masak petang 13 jun 2010
roti nie mama yg bakau ptg 13 jun 2010 juga

keh keh keh kata nak bercutii dari memasak.. nah kauuuu ada juga 3 resepi sekali hadap petang nie.. ya lah nak p melaka esok pagi..sempatlah masak..

nak tau kisah?? hari nie langsung tak masak nasi.. lunch cuma beli nasi ayam kat dato keramat yg terkenal tuu.. mula dari jam 10 pagi dah ada org beratur memanjang utk membeli nasi ayam nya.. yg aku hairan tak putus2 tiap hari tak jemu2 depa dok makan nasi ayam hadapan masjid dato keramat ...amboiii siap pomote lagikk ada ganjaran ker nie? bila depa goreng ayam baunya naik sampai ke atas blok kusss.. apa tak nya blok kami mmg dok dibelakang gerai depa.. cuma terpisah oleh pagar kem ajer kalu tak aku dah langkah panjang p kedai tu tiap kali malasan masak.
ada sapa2 tersesat kat kedai nasi ayam tu pandang2 la ke belakang atau dari masjid keramat pasti kalian nampak balkoni rumah kusss.. lambai limbai la yer...


ok ok membebel lak nie.. hari nie si sulung kuss jiha yg masak resepi burger ayam ni.aku cuma tambah tang tepung jer kasi kaw kaw..
sementara siangah PIqa pula buat donat boommm..
kerana depa nak buat burger malaysia..tapi kesemuanya atas pengawasan ketua cheff berrrtopi tingggggiii nie jgn idung tinggggiii dah lah..

ada sapa2 yg minat tahu resepi burger ayam ciptaan najihah yaakob tak?? kalu ada yg berminat baru dimasukkan. ahakkks mcm lah pandai sgt.. hehehe tapi rasa burger ayam nie aku bagi 90% sedap... tah apa jiha boh dalam resepi nie nanti aku tanyakan dia jap yer...
****************************************
bahan: agak2 ye sbb jihah tak sukat pongg

1 paket ayam cincang jenama ramly
7 sudu besar tepung ubi kayu(mama agak2)
5 sudu besar tepung gandum( mama agak2)
ke dua2 tepung ini ikut rasa hati mama..tak dak panduan resepi pong
garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir
serbuk lada sulah lada hitam
daun bay dan oregano

jiha mesin hingga halus bahan2 bawah nie
1 biji cili merah
2 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih

kesemua bahan ini digaul rata agak2 boleh kepal jer ayam ni dah kira ok laa..macam buat jemput2 pisang tu..
bulat2kan ayam nie gunakan minyak masak sapu diplastik alas tapak tangan yerrr... supaya tak melekit ditangan. pas tu leperkan dan bakar dikuali non stik minyak yg sedikit pastu tekan biar leper dan bulat. dah pun siap burger ayam jihah...saiz ni memang comelll sebesar bahagian bawah cawan jer.. sekali ngappppp sayotttt...heheee

pastu buatlah adunan donat macam biasa jadikan ia booommm... dan hiaskan sepertti biasa. kerja menghias nie piqa yg buat...maaf ye anak2 dara yg kerjakan dapo ku kali nie.. faham2 ajer laa.. bantu tu sikit jer.. takut tak menjadi..
lebihan donat tu aku buat roti inti kelapa pula... utk sarapan esok pagi...layanzzzzzz....

I-CT SHAH ALAM..yahooo baru nak mula bercuti

kunjungan malam tadi 12 jun 2010

salam keceriaan buat semua sahabat kusss..

walaupun anak sulung dah sebulan cuti sem dan seminggu sudah sekolah bercuti tapi sedihhh huhuuu kami sekeluarga masih dirumah. tak kemana2 kerana mr abah bz dengan futsal ATM
Lagipun anak2 tak habis2 dgn tuisyen.. apa nak buat UPSR thn nie..

ok buat pengetahuan kalian dimana kah letaknya ICT nie?
seksyen 7 s.alam. berhadapan pintu belakang UITM. kira2 5 minit perjalanan. tetapi malam tadi malam minggu dekat 30 minit baru sampai.. itupun aku beranikan diri meredah jalan jauh dari terjem di jalan depan tuu.. walaupun agak jauh buat pusingan tapi tak hampakan kami parking senang luas juga kwsannya. hanya rm2 jer sekali masuk.

pakat2 la bawa anak2 kalian supaya mereka menikmati keindahan bergemerlapan cahaya lampu dipokok2 buatan manusia dgn teknologi terkini..

esok isnin tanpa mr abah kami 5 beranak shja akan ke melaka utk bermandi manda pula di melaka wonderland di air keroh..yg baru dibuka tuu.. hari biasa murah sikit dan org mungkin tak ramai...dan terus pulang umah pak mentua kusss utk bermalam di sana doakan keselamatan kami yer...maka tukang masak bercoooteeee ler sat..nohhh..mai pakat2 p melaka pulaaa..

11 June, 2010

206. apam pisang citarasawan

dikukus pada petang jumaat 6pm 11 jun 2010

salam jumaat buat semua

dah terlewat petang baru nak buat apam pisang nie. sebab aku menjahit baju kurung moden jihah.

dari resepi citarasawan aku terus mengajak piqa tolong buat apam nie. cepat sikit keja kuss..
mula2 kami kukus guna acuan cup cake 10 minit dah masak.

disebabkan vitamin M dah mai maka inilah hasilnya..... hahaha.. kebetulan lak anak2 kata meh kita suruh abah potong sebab hari bapa.... iyeee ker hari bapa ??? bila??? menurut kata dek ann hari bapa disambut berbeza tarikh di setiap negara..... tolong jawab sat...?

apa pun terimakasih kak wan.. resepi kak wan ilah dah ubah suai sikit ikut bahan2 yg ada kat umah nie.. tapi best sedap... kalu guna acuan c.c anak2 berebut.. nie besar sikit maka mcm biasa laaa ..kejap juga nie...

ada sesapa nak resepi ??? nak kena minta izin dari kak wan dulu... tungguuu....

bahan:

A.
200 gm gula melaka
240 ml air

masak sampai hancur dan sejukkan.

B.
3 biji telur
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

putar sampai gebusssss

C.

240 gm tepung gndum
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu ten baking powder
1/4 sudu teh garam

ayak bersama

D.
4 biji pisang emas lenyek
40 gm mentega cair

caranya..

bahan B campur dgn bahan D kacau sebati. kemudian masuk bahan C selang seli dgn bahan A.
kacau sebati. kukus lah sehingga masak. acuan kecik 10 minit jer kalau acuan kek aku nie kena 30 minit baru cun melecun.

ini resepi dari kak wan.. tapi byk bahan dah ditambah... tak yah lah masukkan.. biarlah rasiaaa hahaha...

sebenaunya begini..mentega habis aku ganti dgn minyak jagung.
hati dah kecut!! takut apam tak jadi tak kembang maka aku tambah pula ovelet.
pastu terlanjur ada moca paste tuuu maka tgn nie gatai ajer masukkan juga laa..dan juga pewarna koko..tapi keputusannya memang the boommm... best gebussssssss..... jgn mareee kak wan yer...

08 June, 2010

205. kerabu pasta..iyeekee...


lunch merangkap sarapan 8 jun 2010

ahaksss... hari nie malas nye nak masak nasi... ajak anak2 buat pasta nie..tak goreng punggg cuma gaul2 jer.. macam kerabu...resepi nie aku dapat dari sorang akak di tasik.. tapi aku banyak dah ubah ikut citarasa sendiri... senang jer mungkin kalian pun pernah buat...

kesemua bahan2 direbus dan ditoskan dan digaul dalam sebuah mangkuk yg bersih jagalah kebersihannya sebab kita tak masak dah lepas nie..

pasta
udang besauuu
kerang
fish ball
sayuran berbagai2 ikut selera kita
perasa daun2 bay pasli
buah tomato dadu
cili padi dadu
minyak zaitun
garam
lada sulah
lada hitam
sos salad 2 jenis aku campurkan biar meriah rasa

tu jer paling sedap kalau ada cili padi kicap cair fulamak terangkat biji mata kepedasan..hahaha..

204. kek oren berkastard


bakar petang semlam 7 jun 2010
siaran terluper lagi nie...

salam sejahtera semua

petang semalam tak ada pe yg nak dibuat.. kepala ku agak berat sedikit sejak asyik makan2 di tasik.. dah berminggu2 langgar pantang larang pemakanan...
aku ajak si sulung buat kek oren. asyik2 kek koko jer dah 3 kali jiha membakau..
malas nak guna ising butter aku masak kastard dan dipicit ke atas kek ni dan kebetulan stoberi ni masih ada lagi 5,6 biji maka aku pun mulalah mendeko seringkas yg mungkin. tak perlu sapu bedak asas.. susah sikit maklumlah kastard..

kek ni ringkas ajer bahan nya.. supaya senang anak sulung ku nak mengadun. kek ni masa aku sekolah dulu2 tak de sukatan timbangan.. main cawan jer..

bahan:

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 cawan telur
1 biji buah oren parut kulit dan amek jus
2 cawan tepung gandum diayak dgn( kalau bancuhan keras kurangkan)
1 sudu teh baking powder

caranya:

1. pukul marjerin dan gula sehingga kembang
2. masukan telur putar lagi hingga kembang
3. masukkan tepung dan jus juga kulit oren tadi
4.kacau sebati bakar 170 drjh celcius selama 40 minit.

kastard:

4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cawan susu cair
jus oren
pewarna kuning

kacau sebati panaskan sehingga pekat dan paipkan ke atas kek. kalau keras tambah susu.

03 June, 2010

203. apam jepun dah jadi malaysia..hehe


petang tadi aku cuba mengadun resepi yg dah lama terprint.. sekali lagi aku guna inti kelapa... sebab tu apam jepun nie jadi malaysia.. dah tu tak rupe org lain buat guna acuan tersendiri..
aku pula malas nak guna acuan sedia ada guna la pula c.c punya .. janji leh makan dah laaa... selalu org letak inti kacang mcam kat pasar malam tuuuu depa juai apam "terbalik" pas tu depa juai juga apam nie...

203. TEPUNG BUNGKUIH



kukus petang 3jun 2010

salam sejahtera

maaf siaran terlewat dek kerana terluperrr hehe..
kuih ini makanan orang tua belah utara terutama negeri kelahiran kusss..
semasa aku masih sekolah nenenda kesayangan kusss sering membuatnya.. tapi aku tak pernah amek resepi... maka dgn akibat itulah kuih yg aku cuba buat nie tak menjadi... pernah 11 tahun
dulu aku dah mencuba mencipta resepi ni.. dgn sukatan yg agak ok la.. tapi hari nie..opppsss ptg semalam aku telah menambah jumlah santan maka terlembik lah sikit... dan intinya aku memang tak pandai membuatnya.. mungkin kena ubah dilain masa..balutinya dgn tepung pulut mcm buat buah melaka baru intinya tak berteraburrr...

kelapa nie aku amek dari kampung tentulah kelapa muda dan enak sekali, daun pisang nie pula dari mak cik sama2 taici di tasik keramat.. kami serang umah dia ramai2 g amek daun pisang.. aku siap kemaskan kebun mak cik F ni.. best... dapat bermesra dgn kebunan...