terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








11 November, 2011

369. KEK COKLAT KASTARD KARAMEL

masak petang semalam 10 nov 2011
NOTA:
resepi telah diolah/ubahsuai oleh ilahjy mengikut citarasa sendiri.. terima kasih pada pencipta resepi asal...hanya ALLAH sahaja membalasnya... mohon maaf jika tiada kredit nama ..sebab resepi dah diderhakan hehehe sebab itulah sifat kusss suka ubah suai suka rasa..hehee... janji anak2 suka dan sesuai dgn tekak ni... alhmdllah menjadi..

bahan:

A. gula hangus

4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air

caranya:
panaskan gula dalam kuali sehingga cair sepenuhnya. kemudian masukkan air masak sehingga cair. masukkan air gula itu ke dalam sebuah loyang yg bersapu marjerin. ketepikan.

B. kastard karamel

3 sudu besar tepung kastard
4 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan kacau sehingga sebati. masukkan ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi. kukus sehingga beku selama 25 minit dengan api kuat.
semasa proses kukus tadi sediakan bahan keknya.

bahan kek coklat:

beberapa kepingan biskut marie

A.
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu besar nescafe
1 sudu besar oren sunquick(dlm botol) lebihkan jika suka..
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

satukan kesemua bahan dalam periuk, masak sehingga panas dgn api sederhana.kacau dgn senduk kayu, setelah cair sejukkan dgn cara merendamkan periuk ke dalam bekas air.

B.
4 biji telur dipukul dgn pemutar kek sehingga gebu

C.
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder

ayak bersama bahan diatas kemudian masukan ke dalam adunan coklat tadi berselang seli dengan telur kacau dengan whisk tangan sehingga betul2 sebati.

seterusnya, masukkan adunan tadi ke atas adunan kastard karamel yg telah masak/beku tadi dan susunkan kepingan biskut marie di atas nya. tekan sikit dgn sudu jika biskut timbul. kemudian kukus selama 1 jam. cucuk dgn lidi jika dah kering menandakan kek dah masak.

nota:biskut itu ilah jy buat dlm 2 lapisan. memula tuangkan adunan kek, tinggalkan baki utk tutup biskut pertama. susunkan biskut lapisan pertama.kemudian tuangkan lebihan akhir adunan kek ke atasnya. kemudian susunkan pula lapisan ke 2 biskut dan guna sudu utk melekatkan biskut dgn adunan kek. kemudian kukus lah. sebab tu jadi 2 lapisan seperti dlm gambar... harap faham ya....

ilahjy nak cepat makan...jadi kena sejukkan kek di depan kipas angin dgn merendamkan loyang tadi dlm bekas air.. setelah sejuk cuba lekangkan kek dari loyang dan terbalikkan kek di atas pinggan. dan boleh di potong terus.

11 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ilah..
aduhh.. rajin sungguh akak kita ni menggodek kek! kalau dekat dah lama buat muka tak malu ngendeng barang sekeping dua.. hihi...

mcm best jelah kek tu.. gabungan coklat dgn puding karamel.. sure lazat!! amik idea akak jugaklah... tp yg biskut meri tu mungkin sy akan omit.. hehe.. nak tanya akak ni.. manis sgt tak kak kek ni.. kalau manis sgt sy kena reduce sukatan susu pekat tu.. apa2 pun.. sy cilok dulu resepi ye! (sy ni kdg tu malas nak ckp awal2 sy cilok resepi sebab bila ckp mesti projek sy kurang jalan.. hehe.. tp kalau sy cilok diam2.. tau2 menjadi jer.. haha.. pelik betullah!)

ilahjy said...

sedang elok manis dia ratna...
kak ni pun takur manis...tapi best sedap..kejap jer naak2 potong... kebetulan anak sulung ada pot luck kat ofice dia pagi ni..kwn2 dia minta resepi hahaha..resepi kak ni pun cilok juga ...tapi byk kak ubah suai ..

Liza said...

kak ilah....mst kek dia crunchy kan sbb ada biskut marie tu...nnt Liza nk try la yer....

ilahjy said...

2 liza
ada 3 rasa laaa heheh karamel coklat dan marie keluaran munchy sedapppp skit...

Anna Qawina said...

salam kak..oo..kukus ek..bak sikit nak rasa yg kukus lak..hehe..rajin la akak nih

Nely's Kitchen said...

salam kak ilah..
mmg popular kan kek karamel ni..insyallah kene cuba ni nnt.ada lg x kak? lih singgah jap..hehe

MekNa said...

kak ilahhh...sedap nampak kek tu. na asik bertangguh je nk buat

Nazrah said...

bila lah kita nak cuba wat lagi..takut karemal x jadi jer...kak long nya sungguh menggoda...

Sue @ Nenie said...

Salam..Wahhh kek perasa cokelat..sedapnya...

Nuwairani said...

kreatip betol kakak kite ni...pandai ubah2 resepi...kita ni tak gheti dah...ikut aje yg dia bg...

Unknown said...

assalam kak ilah cyng, wahhh menarik tul tgk kek akak ni...tebal karamel tu sukax2..hehe