juadah berbuka untuk keluarga tercinta untuk hari ke 7 serba ringkas yang boleh.
hari ini ilahjy mencuba non stick pan VANTAGE buat kali ke 2 dengan membua t roti sardin telur..berperisa rempah.. memang senang membuatnya kerana tak perlu guna minyak..cepat masak dan cantik masak nya.. en hb asyik memuji bini nya rajin masak..walaupun pan yg dibeli ni tanpa kebenaran dari dia.. bila dah guna dan masak dia pasti akan memuji...hehehe pada hal dia tak tahu bini dia beli sampai dua set hahahaaaa.. kalau dia tahu...kena tadah telinga lah...
Jimat masa 2 keping sekali harung boleh dibakar...
RESEPI ROTI SARDIN TELUR BEREMPAH(selera ilahjy)
bahan:
1 tin sardin saiz kecil
2 biji telur
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk jintan manis
bawang besar dimayang
garam
caranya:
campurkan kesemua bahan dan pukul dengan garfu tekan isi2 ikan sehingga hancur.
FRUIT COCKTAIL PERMINTAAN ANAK BONGSU NUR LIYANA
RESEPI FRUIT COCKTAIL
bahan:
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung beras
6 sudu besar gula
caranya:
campurkan kesemuanya dan masak sehingga mendidh. sedia untuk digunakan.
RESEPI SOTONG BERTEUNG
bahan:
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
serbuk kunyit
1 sudu besar rempah sup
garam
air secukupnya
caranya:
campur kesemuanya dan sedia untuk digunakan.
TELUR RAMPAI...ahaks mcm bunga rampai lak hehee saja ubah nama.
bahan:
2 butir merah telur
1 biji putih telur
kacau dengan garfu sekata.
2 senduk minyak masak
1 senduk marjerin
caranya:
panaskan ke dua2 minyak sehingga betul2 panas, kemudian perlahan kan api,
tuangkan telur tinggi tinggi biar jatuh bertali halus sambil di kacau dgn senduk sehingga garing/ kekuningan. toskan dalam tapis yg jarang supaya minyak turun habis.
tutup api semasa kekuningan sebab masa dalam tapis nanti telur akan berubah perang..
sebenarnya ini adalah kali ke 2 ilahjy membuat nya. selepas membaca dari semua pengalaman kawan2 dari fb mahupun di blog dan hasil tonton dari u tube akhirnya menjadi juga...
IKAN KERAPU 3 RASA
RESEPI KERAPU 3 RASA CARA JY
sebenarnya ini adalah kali ke 2 ilahjy membuat nya. selepas membaca dari semua pengalaman kawan2 dari fb mahupun di blog dan hasil tonton dari u tube akhirnya menjadi juga...
IKAN KERAPU 3 RASA
RESEPI KERAPU 3 RASA CARA JY
bahan:
3 ekor kerapu dIgoreng (perap ikan dgn garam kunyit, taburkan tepung beras supaya bersalut dgn ikan.)
halia dimayang
bawang besar dimayang
bawang putih dimayang
nenas dipotong baji
sos cili
sos tomato
sos tiram
cili merah potong serong
CARANYA:
masak seperti biasa....
No comments:
Post a Comment