terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts sorted by relevance for query takoyaki. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query takoyaki. Sort by date Show all posts

28 August, 2010

237. nonstik pan dan acuan takoyaki ke 2

GAMBAR kecik di atas tuu acuan takoyaki pertama kuss dari maz ada 9 lubang, yg baru beli ni cuma 7 jer dek krn tamak beli lagi hehehehe.. mr hubby siap jeling2 "manja" lagi... duit kocek kusss laaaa
MAAAAAAFFFF MAMA HANA JEPUN, KAK INA KL DAN MAZ SUBANG JAYA kuih ni tak jadikkkkkk tapi sodapppppp juga laaaa, tak mulattttt sbb pestime buat kan kan.. nanti ilahjy cuba lagi....sampai mulattt2 yee.. sampai umah jam 3 jam 4 terus membulatkan benda ni hehehe...tak rehat...penat weyyy...tapi kenyangg..hentam saja laaa labuuu hiasan tuuu apa yg ada.. janji leh sumbat moloit mak long ni hihi
AL KISAH JOM BACA.... TAK DAK DLM PERANCANGAN PONGGG

hari ni sabtu 28 ogos kami sekeluarga ke masjid india mencari jubah anak2 yg akan di pakai pada hari raya nanti selain baju kurung tema pada thn ini hitam putih... dan jubah hitam..
dari jam 9 pagi kami dah sampai di situ..wah ingat kami yg paling awal rupanya kat depan SOGO macam ulat.. ramai nya menunggu depan pintu.. tapi itu bukan tempat kegemaran akusss... kami lebih suka ke jalanmasjid india bersebelahan je.. byk pilihan terutama gerai2 yg tumbuh macam lumut hehehe...
puas juga berpusing2 kaki dan lutut dah sakit..muncung mr abah dah pjg krn penat ... kena layan ragam ANAK2 selagi tak puas hati jubah tuuu.. akhir misi dah selesai.. kami Balik jam 1.30 hari terus ke care4 wangsa maju pula utk beli sedikit barang2 dapo yg dah kering macam musim tengkujuh.. tadi lumut tumbuh musim ujan hahaha....
sampai di c4 aku masuk ikut celah2 kaunter bayar.. malas nak masuk ikut pintu depan yg jauh nunnnn... penat kat masjid india tak habis lagi wpun tak posaaa..mana leh minum weyyyy..malu laa kat anak2...
nak tak nak kena cari mr abah dgn anak2 2 org lagi yg masuk ikut depan dgn troli.. jalan2 terjumpa laaaaa benda2 idaman kalbu kussss ini....aku tak perasan langsung kehadiran mereka hahaha sebab tak pernah ada sebelum niiiiiii sumpahhhhh!!!! kalau tahu tidak lah akusss susahkan chik mimi..ampun ya dikkkk!!!... aku tahu laa, c4 tu tmpat kami bersantai saban minggu mesti lah pasan ada org baru di situ .. apa lagi aku terus capai pan2 itussss dan lihat jenama.. tinjau2 sama dgn yg diidamkan apa lagi walaupun mahal sikit dari cik mimi, aku beli juaaa sebab dah tak sabar nak masak resepi berkaitan dgn ke dua2 pan ini...mari kita lihat hasil nya..
tapi maaf ya mama hana jepun, kak ina KL dan jua adik kesygn maz shah alam...
ketiga2 resepi jadi rujukan kusss tapi bahan2 tak ada..sbb c4 tak da jual bahan2 tsbt... dek kerana nak makan, apa yg ada ilah jy teruskan misiiii..janji ada rupa,rasa lain tak peee.. tapi krn tak posa 7 biji ku telannnn kenyanggggg.. sebab besar2 saiznyaaa mak aiiii penuh mulut kusss... ikut resepi dlm dapo maz, ilah jy buat dpt 20 biji tapi ilah jy buat 2 x ... sbb tak cukup ngeh ngeh ngehhhhh kelaparan penat di masjid india tadiiii hikhikkkk tak maluuuuu kabau kat org...

begitu lahhh sudahnya ceta yg tak disangka hari ini.. maz!! akak ada 2 lahhh koleksi acuan takoyaki ni
....besttt...

16 April, 2014

609. SOS TAKOYAKI CARAKU




Sos takoyaki ku

Cili kering secukupnya
5 ulas bawang putih
1 keping halia
5 biji cili  padi

Sos cili
Sos tomato
Kicap

Blend sehingga halus, Masukkan ke dalam  periuk, bersama sos cili, sos tomato dan sedikit kicap. Masak sehingga cair dan mendidih.

Bahan tepung:

Tepung gandum
Sebiji telur
Air ais
Lada sulah
Kiub ayam
Sedikit kicap untuk beri warna

Caranya:

Blend sehingga sebati. Cair sedikit dar dadar. Jika terlalu cair adunan takoyaki akan lembek. Jika sedikit pekat tako kenyal dan enak.


10 February, 2011

276. cara berlauk molet2/bulat2

dibulatkan ptg 10 feb 2011
guna acuan tako TAWA
inti karipap> ayam cincang dgn serbuk kari masak mcm biasa lah ya kwn2
sayuran> daun salad ungu, isi ketam, tomato dadu, karet, cili merah dan hijau dadu

cara ni dibuat lewat petang semalam 9 feb 2011. kerna ada kawan2 anak bongsu si nurliyana datang umah ramai2.. sekolah depa cuti kerana serangan histeria yg tak henti2 sejak tahun lepas.. ilah jy naik geram sebab pelajaran tak dpt berjalan.. mcm mana anak SPM PMR DAN STPM? anak ke3 raihan SPM thn ni.. kesal juga.. nak pergi campur tangan kang dikata menyibuk lak.. dengar cerita berbgai bomoh datang. tapi masih lagi terjerit2.. lagipula sekolah tu dlm kawasan kem.. mungkin susah org luar nak masuk bagi khidmat kot... ilah jy rasa nak jer pergi mengadap pengetua bertanya khbar.. tapi belum masa lagi masih sabar lagi.. kerana ilah jy tak pandai dlm bab2 hantu misteri tuuu..

meh kita tinggalkan bab histeria tuu balik kpd cara berlauk ala2 takoyaki hana jepungg..
ilah jy sediakan inti ayam hancur dimasak dgn serbuk kari aka inti karipap... dan sediakan sayuran iaitu campuran isi ketam tomato bawang daun salad ungu di gaulkan kemudian dimasukkan seperti kuih takoyaki hana jepungg.. tuang adunan tepung masukkan inti ayam dan sayuran DAN tuang lagi adunan ...itu saja.. makan lah dgn sos cili mayonis..mmg sedap...


12 January, 2014

561. TAKOYAKI KUEH JEPUN

Tak maooo tak maooo nasiiiii ganti cucur jepun pun dah ok.. kenyang juga malam tadi..  Hiasan seaweed dan bonito flake  yang membuatkan selera meletup2 dalam mulut. 8 biji sekali hadap tak perasan.... jangan rasa pelik yee.. tak cuba tak tau..tak buat lagi rugi.. kalu beli 3 biji rm4.50 buat sendiri puas hati nak perasa apa... jom layan kueh jepun pula..  bahan2 bukan susah.. tak maooo ikut resepi .. cipta sendiri mcm ilahjy... malas bagai nak buka resepi. Tabur jer... hikhik...
Tepung gandum
Telur 
Air ais
Lada sulah
Garam 
Kicap

Bancuhan cair sedikt dari dadar.

Inti dalam hirisan kobis dan sosej atau apa saja yang kita suka

Hiasan bonito flake, sea weed, sos cili, thousand island semua boleh janji sesedap rasa kita

http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=takoyaki
Sila klik sini untuk resepi lengkap dan pelbagai gambar sebagai panduan

23 June, 2012

406. BEBOLA TELUR DADAR JY






Selamat pagi ....


ketika ilahjy mengupdate dapo maya ini. jam menunjukkan jam 2.40 pagi.... pagi sabtu bersamaan 3 syaaban... bukan jadi musang tau...awal tadi dah tido jam 10.. terjaga terus tak leh tido la weyyyy.. apa lagi godek2 resepi yg bersepah godek2 gambar yg tak bersusun.. dan terus buat N3 pasal makanan lauk pauk malam tadi.

pada mulanya ilahjy nak buat dadar telur mcm biasa kita buat... tapi semasa nak amek kuali leper terpandang kuali tako ni yg dah hampir setahun tak berusik... terus ilah jy gunakan utk membulatkan dadar telur .... ada sikit kelainan dadar telur kali ni...

jom tengok resepi caca marba ilahjy nie

bahan:

2 biji telur
2 helai daun sawi bunga dimayang halus
1 sudu besar cencaluk kurangkan jika terlalu masin
1 sudu besar lobak merah dadu kecil
sedikit bawang besar dadu kecil
sedikit renjisan lada sulah


caranya:

campurkan kesemua bahan kacau rata seperti biasa.
panaskan kuali/acuan takoyaki tanpa minyak.
masukkan adunan telur tadi penuhkan seperti dalam gambar
masukkan lebihan /lelehan telur ke dalam bulatan dan balikkan seperti dalam gambar
supaya telur masak dan akan menjadi bulat seperti takoyaki..
jangan lupa renjiskan sedikit minyak selepas bahagian bawah masak,
utk mengaringkan telur . pusing2 kan telur sehingga garing.
makan dengan sambal belacan.. dapat 6 biji sahaja.

08 August, 2011

345. TAKOYAKI KUSSS

JUADAH BERBUKA KE 7 MERANGKAP pose PERTAMA KUSSS

syukur ku kehadrat ilahi kerana Dia telah memanjangkan usia kusss utk meneruskan ramadan ku pada tahun 2011 ini dan tercapai lah hasrat nak mengerjakan ibadah solat sunat tarawih di masjid baru MINDEF YG TERSERGAM INDAH DAN LUAS dan cantik sekali.
malam tadi kaki melangkah masuk..seakan berada di bumi MEKAH pula....
pada mulanya nak bersolat dibawah tetapi dek krn bahagian belakang jemaah wanita masih tak bertutup sepenuhnya .. ilah jy amek keputusan solat di tingkat atas bersama anak2..
wah bukan main selesa dan terang menderang nampak tok imam dari atas.. puas rasanya. tok imam pula kenalan kusss dari P.D lagi..teman bisnes.

ilahjy berdoa kehadrat Nya semoga disembuhkan penyakit ini semoga dapat diteruskan ramadan ini dgn penuh keberkatan.. aminnnn.....

terasa kembali kesakitan itu seperti 2 tahun lepas.. apakah akusss mampu menanggungnya lagi...??? YA ALLAH ENGKAULAH MAHA PENYEMBUH SEMBUHKAN AKU.... aku terima semuanya dgn qada dan qadar yg Engkau tentukan utk ku..aminnnn

resepi takoyaki yg mudah:
kejap nak rehat badan tak berapa sihat...nanti ilahjy sambung...huhuuu..

bahan:

1 biji telur
340 ml air ais
1 sudu besarkicap acir
sedikit garam
100gm tepung gandum

cara:

masukkan kesemua bahan dlm pengisar. kisar sehingga halus. sedia utk digunakan.

lauk pauknya:

ikut citarasa masing2:
ilah jy cuma guna sosej kali ni..dan campur sedikit sayuran seperti kacang buncis dan sedikit parutan lobak merah.

01 March, 2013

486. BONITO FLAKE..akhirnya dapat beli juga..

salam  Jumaat  buat  pengujung2 blog sekelian.
tak  terasa  seminggu  berlalu rasa  macam  baru  2  hari  untuk  minggu  ini. bagaimana  pun,  segala  perancangan berjalan  dengan  lancar. Projek  untuk  kebun semua  berjalan  seperti  dijadualkan.  cuma  sedikit  masalah  saja  timbul,  apapun  kita  kena  pandai  menyelesaikannya  dengan  hati  terbuka. dan  memikirkan  masalah  itu  secara  bersama.  kerana  perancangan  mesti  berjalan  dengan  lancar  demi  projek dimasa  depan. kerana  kemampuan  kita  terbatas.  maka  kita  perlu  meminta  pertolongan  orang  lain  dengna  sedikit  ganjaran  setimbal.
berbalik  kepada  tajuk  diatas...
sebenarnya  anak  ke  2  ilahjy  telah pun  membeli  BONITA  FLAKE ini.  kerana  sejak  resepi TAKOYAKI berjalan di dapo  maya kawan2  geng  masak2 ilahjy   gagal  untuk  medapatkan  benda alah ni.setelah  piqa  beli  maka  mama  dah  2   kali  buat  cucur  jepun  ni,  tapi  intinya tak  sama lah  mcm  resepi  kawan. sayuran  pun  tak  bubuh.  lain  kali  mesti  masukkan  inti dengan  lengkap.  Piqa  beli  bonita  flake  ni  kat  ISETAN KL..  tak  tau laaa   kat   lot  kedai  mana  satu..