terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







29 March, 2011

292. pastry puff cara/versi ilahjy

khas utk minum petang29 mac 2011...
berbagai bentuk ilah jy buat janji hati rasa puas walaupun tak CUN mcm kalian buat huhu
6. lihat bukan main kembang lagi..ranggup halus gituuu isinya
5. bentuklah seperti kalian suka.kena banyak mentelaah dapo kawan2 yg pernah buat pastry ni..
4. lipatkan seperti di atas.. perap 10 minit jer kemudian gelekkan sehingga nipis mcm no 2. ulang sebanyak 3 kali ya puan2.. supaya mendapat lapisan yg banyak selepas dibakar..
3.lipatkan kiri dan kana
2. lipatkan kiri dan kanan kemudian gelekkan sehingga nipis
1.letakkan marjerin pastry 1/3 dari adunan tepung

bahan:

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin yg dipanaskan (supaya adunan jadi ranggup) rahsia ilahjy hehe
1 cawan air ais (supaya adunan menjadi berderai /gebusss gituu) rahsia ilahjy hehe
secubit garam
250 gm marjerin pastry

caranya:

1. masukkan tepung dlm bekas, masukan marjerin panas tadi gaul sebati bersama garam. gaul menjadi seperti serbuk roti.
2. masukkan air ais , uli sehingga betul sebati macam buat karipap.
3. buat lah seperti dalam gambar diatas.. setiap lipatan mesti diulang sebanyak 3 kali baru lah adunan siap sedia utk digunakan. setiap kali siap di lipat mesti diperap 10 minit baru diulang mengelek..

boleh juga rujuk dlm N3 lama .lihat sebelah kanan blog ada senarai resepi tart/pastry sila klik situ ya ATAU KLIK SINI.. tapi resepi disitu agak berbeza dari resepi hari ni.. kedua2 pun sedap..


ilah jy guna inti sardin yg mentah tanpa masak.sebab nanti akan masak bersama pastry dlm oven. cara utk elak inti menjadi keringg kontanggg


28 March, 2011

291. kek batik cara 2

salam pagi isnin saudara seislam kusss dan semua yg sudi bertamu dipagi ini di dapo maya ini.
sebenarnya buat kek batik ni petang semalam disebabkan kesibukkan nak ke hospital PPUM tak sempat lah nak buat N3 ni..
selalunya ilah jy dan anak2 buat kek ni tanpa tepung gandum. kali ni ilah jy sempat bertamu di dapo hasue yg pandai buat kek tu.(KLIK SINI YA).dan print resepi yg beliau ambil dari ZURIANA DAN KAM AM.. rasanya kalu dimasukkan tepung ni kek ni akan mudah dipotong dan dipegang berbeza dari resepi yg selalu ilah jy buat sebelum ini. resepi ni rasanya pun amat sedap. tapi maaf lah ilah jy masukkan air kerana susah nak kacau kalu tanpa air. terima kasih kepada peyumbang resepi ini. t.kasih hasue maaf ya kak ilah tambah sedikit jer bahan. kak ilah buat nipis sebab nak makan senang sikit dan sekali ngap jer habis sepotong.. hehehe masak minum petang 27 mac 2011

sumber:http://sue-hasue.blogspot.com
bahan:

125 gm marjerin
2 cawan tepung gandum (ilahjy guna 1 cawan jer)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air (ilah jy tambah ada sebab)
beberapa keping biskut marie (tak de biskut dot dot)

cara:
pukul marjerin. telur, gula dan susu pekat sehingga sebati
masukkan milo,koko dan tepung sikit2 kacau rata.
masak dlm kuali bersama air kacau sehingga bertukar warna.
ilah jy sapu adunan dlm loyang (berlapik kertas), biskut di atur selapis demi selapis dan kemudian tutupi dgn adunan akhir.. (kalau cara hasue biskut dot2 digaul semasa dlm kuali.
sejukkan dlm peti sejuk3,4 jam sedia utk dimakan..


25 March, 2011

290. custard/blackcurrant teacake.. resepi derhaka kusss..

bakar petang 25 mac 2011 resepi khas derhaka..
perhatikan kerana terlalu nipis inti jem terburai di atas/bawah kek masa bakar hati2 ya kawan2.. kalu guna kastard mungkin tak terburai sbb dia kental kot.. huhuu

salam jumaat

dek kerana tergoda dan kecemburuan yg amat sangat pada kalian yg telah menghidangkan CUSTARD TEACAKE, saban hari saban masa maka ilahjy juga turut sama melangsaikan hajat ini.. tetapi terlebih dahulu nak pohon maaf pada tuan punya resepi asal.. ilah jy dah derhakan resepi ini seperti mana che mat gebu selalu derhaka pada resepi2 yg dicubai beliau.. tapi cmg derhaka selalunya menjadi dan sedap..
cuba kalian lihat akibat derhaka... terburai isi perutnya kerana makan sumpah hahahaaaa..jom gelak.. tapi hasil rasanya amatlah sedap dan gebussss kek ni.. ada ilah jy terbaca dlm salah satu dapo tak ingat sapa.. huhuu, katanya kek ni agak keras sikit... ia ker..? tapi dek kerana telur saiz kecil ilah jy guna 2 biji.. mmg halus mulus kek ni.. ranggup. selepas masak terus potong maka melelehlah luka nya.. si sulung kuss dah balik dari gambang UMP.. cuti 3 hari ni.. dia terus rasa terus dia cakap eeemmmm best sedap la mama.. pandai ma derhaka resepi tapi sedap.. hahahaha.. kembang kempis la idung kusss kena puji.. tapi inti tuu tak sedap kalu guna stoberi jem lagi sedap.. black currant tu agak pahit sikit..

memula nak ucap terima kasih pada che mat gebu kak ilah taipan resepi ini utk simpanan kak ilah. tapi kak ilah dah ubah suai sikit bahannya..ampun yaa kawan2 semua..

sumber rujukan:http://tiffinbiru.blogspot.com
bahan:

125 gm mentega
1/3 cawan gula halus
2 biji telur (asal 1 biji saiz a )
3/4 cawan tepung gandum (asal tpg naik sendiri)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder( ilahjy tambah sbb tak guna tepung naik sendiri)
2 camca besar creamer susu/coffeemate ( ilahjy tambah nak kasi kick)

cara:
putar gula dan mentega sehingga kembang masukkan telur 1 per 1 putar lagi hingga kembang
masukkan tepung2 yg diayak bersama baking powder.
sapu loyang dgn marjerin dan tepung.
masukkan separuh adunan, letak jem kemudian tutup dgn separuh lagi adunan
bakar 170 selama 30 minit atau sehingga masak..

nota:tolong tebalkan sikit bahagian bawah sebab ilahjy buat terlalu nipis maka inti nya terburai di atas tuuu huhuuuu

inti: jem backcurrant/stoberi sebab malas nak buat sos kastard mcm kawan2 buat...

bahan kastard( kalau ikut resepi asal ya):

1 camca besar tepung kastard
1 camaca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat dan 30% air)
15 gm mentega
2 camca teh esen vanilla

satukan kesemua bahan kecuali mentega dan esen.
masak atas api sehingga pekat. padam api tambah mentega dan esen kacau rata biarkan sejuk.


24 March, 2011

289. minum petang dgn apam beras

sebenarnya nak mengapam ni utk sarapan pagi tadi tapiiiiii ada tapiiii... malu nak cakap..
tepung beras habis.. dah siap semua bahan tup2 siberas tak dak.. apa lagi jam 9.30 pagi tadi turun ke kedai bawah ni.. beli lah sebungkus.. pastu perap dari jam 10 tadi sampai jam 3.30 ptg terus kukus dan siap bungkuskan utk kawan di PERNAMA tu. dan utk anak ke 3 dek ann bawa g tuisyen, mama amek dek kat sekolah jam 4.30 terus ke tuisyen di setiawangsa.. semoga dek ann dpt makan dgn kawan2 dia.. kesian tentu lapar dah petang2 ni..
yg ilah jy jelesy sgt tu kat semua dapo kawan2 buat kek tea kastard tuuu..mungkin malam ni kot mengekek pula.. nak cuba tapi ingt nak guna filling lain kot...hehe..

resepi dlm N3 lama nak masuk juga ker? siaran ulangan ni biasalah ilahjy cedok dr dapo yatie sinar kehidupanku...tah berapa kali buat apam rasa dekat 10 kali tapi tak jemu..lagipun senang sgt..

bahan: ulang tayang

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 gula pasir

mesin sehingga halus bahan ni.. kemudian campurkan ke dalam bahan di bawah ni sehingga sebati perap la 3 jam..kukus lah api kuat selama 25 minit.

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan

ilahjy guna perasa jagung dan sirap ros.. yg paling sedap sirap ros ..besttt wangiiii..

288. ayam asam tempoyak ringkas

perut pagi2 lagi dah berkerongcong klasik...

teringat en hb suka makan masak tempoyak. semalam ilah jy dah masak lemak.. soo pagi ni masak ayam tempoyak ni cuma guna tempoyak jer..takut juga santan dan santan ..2 minggu lagi nak amek darah di HKL.. jaga2... cukup ringkas tak masuk pun cili padi.. sebab nak hirup kuahnya yg masam2 tu... aduhai masa buat n3 ni perut ni masih kerongcongggg..sat sat ya perut nanti kita makan..

bahan:

ayam potong kecik2 tak suka besar nanti cepat muak..(dlm 10 ketoi jer ni )
2 btg serai ketuk
1 keping asam keping
1 biji tomato potong besar
1 helai daun limau purut
cili merah potong serong

bahan mesin:
2 sudu besar tempoyak
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
air secukupnya

mesin dgn air secukupnya kesemua bahan ini masukkan dlm ayam dan rebuskan bersama serai asam keping tomato, daun limau purut dan garam.sehingga empuk dah siap... senang jer kan..

jom jemput makan..layanzzzz.... ada sayur labu air..ada sambal mempelam ada ikan duri masin ada ler selera nak naik kan KG ni lagi ..hahahahaha jangan mareee yer kawan2


22 March, 2011

287. lengat pisang berangan jy

masak utk minum petang 22 mac 2011

ilahjy teringat arwah nenek masak lengat ni masa kecik2 dulu aka masa muda belia dulu..hehe nak buat tak pandai tak pernah belajar dgn nenek huhuuu rugi u.... tapi ilah jy guna kan resepi sedia ada cuma tambah pisang jer.. nasib baik jadi..dan sedap la juga..sedap ditekak ilahjy..sebab ada rasa cekelat... hehe..
kalau org utara tahu laa apa itu lengat pisang... lengat tu maknanya adaptasi dari perkataan kukus.. kami guna perkataan lengat dari pada guna kukus.. contoh macam ikan lengat..
nenek dulu guna loyang besar utk kukus kuih ni bila sejuk dia potong dan minum dgn air kopi..


bahan: (resepi asal dari mas duniaku..apam coklat... ilahjy tambah pisang)

2 cawan pisang berangan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat/santan pekat sebenarnya resepi nenek
1/2 cawan gula
1/2 minyak masak
1 biji telur ayam
1/2 soda baikabonat
1/2 cawan air
1 sudu besar serbuk koko
secubit garam

caranya:

mesin kesemua bahan sehingga halus kukus dlm acuan seperti ilah jy tunjukkan itu. selama 25 minit api sederhana. sejukkan baru ia lekang dr cupcake..