terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







31 October, 2011

366. LANGKAH MEMBUAT LAKSAM

mari kita saksikan langkah2 membuat laksam. ilahjy baru saja beli periuk cap ayam yg hanya dibeli khusus utk menggunakan penutup periuk utk membuat laksam. berbaloi2. akhirnya setelah sekian lama buat laksam tak semengah mana akhirnya pagi tadi selama 2 jam dapat juga ilahjy menyiapkan laksam paling TERCANTIK semenjak bertahun2 seusia anak yg bongsu si nurl iyana.. puas belajar.. demi kalian semua mari kita saksikan kepenatan ilahjy membuatkan N3 khas ini utk sama2 ditatapi utk diri sendir dan anak2 kusss di masa depan... resepi telah dicuba di N3 lama sila ke sini jika ingin resepinya
angkat dan simpan dalam bekas sedia utk digunakan
tolak sehingga jatuh ke hujung tudung tak perlu dipegang nanti cepat basi
terus di tolak sehingga bergulung sekata
keluarkan dari tepi tudung dgn pisau plastik

kukus selama 5-10 minit api kuat sehingga naik mengelembung seperti di atas
tuangkan bancuhan tepung ke dalam tudung separuh sukatan tudung periuk itu
panaskan kukusan dan sapu minyak di tudung periuk tak perlu basuh utk kukusan seterusnya. panaskan seketika sebelum masukkan bancuhan.
dikacau sebati masukkan ke dalam jag supaya senang utk dituang ke dlm kukusan
tuangkan air suam ke dalam tepung
campuran tepung beras dan tepung gandum di dalam besen

RESEPI ULANG TAYANG BERSAMA SEDIKIT PETUA ILAHJY:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam (ilahjy guna 3 air panas didih 2 air biasa)
minyak utk lenser tudung periuk
1 tudung periuk nipis mcm dlm gmbr

caranya:aka petua:

panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang. setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci seperti dlm gambar.

campurkan tepung gandum dan beras dalam besen.
masukkan air tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.

masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar.
kukuslah sehingga gelembung baru angkat dan buatlah seperti di dalam gambar.

kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak.
api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.

utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe...

sila ulang langkah di atas sehingga habis..
sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 3,4 org..
adunan di atas ilah jy dpt buat 8 biji/gulungan.. memang tak lari. ngeh3x

semoga kalian faham..dan dipermudahkan urusan emmmm selamt mencuba org kedah pandai buat laksam apa lagi org kelantan dan trangganuuuu kiteeee ..nor secubit garam pasti pandai kan...ahakssss... joommm layanzzzz..
sekian terima kasih...
siapppp ada yg kena ni kang...dok memuji diri...apa2 je laaaa...senyum mesti selalu..

sedikit lagi nak bagitau::
kalu antara kalian suka laksam ni lembut mcm org tua2 yg tak boleh nak kunyah lama ahakss contoh kekurangan gigi laaa.. tambahkan sikit lagi air sebanyak 1/2 cawan. itu yg pernah ilahjy buat dulu. yg di atas ni sedang elok lembutnya

27 October, 2011

365. PIE TIE

pilihan di tangan kita nak kembang mcm kanan tu ker atau sebelah kiri tu ker..
resepi sila ke sini ya
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/pie%20tee
dibuat petang semalam 26 okt 2011...
abaikan periuk yg tak cun tuuu jgn guna kuali ..guna lah periuk seperti di atas supaya memudahkan acuan tenggelam... dalam 1 masa kita sempat membuat 2,3 biji sahaja. jgn nak pandai2 buat byk2 nanti tak menang tangan nak jaga.. hahahahaaaa..

24 October, 2011

364. PUDING ROTI BERSUJI?

dikukus pada 24 oktober 2011 utk sarapan party tupperware
nampak tak gulungan roti tuuu... makan panas pun sedap... kalu ada sos coklat lagi power ...

bahan: sumber derhaka ilahjy .. adaptasi dari dapo kawan2...

9 keping roti gardenia (ikut muat bekas kita)
gelek nipis dan gulung celup dlm bancuhan susun dlm bekas utk kukusan ilahjy guna pinggan pyrex

1 tin susu cair
1/2 tin air
1/2 kotak santan kara
2 biji telur
4 sudu besar marjerin cair
8 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar tepung suji

buah2an dlm tin utk hiasan

caranya:

1. masukkan susu cair, air, gula,santan,telur,tepung kastard dan tepung suji dalam bekas.
2. pukul manja2 dgn pemutar telur sampai sebati,
3. sapukan acuan dengan marjerin. celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan tadi sebentar saja agak2 tenggelam terus angkat dan susun dlm pinggan atau loyang. susun semuat bekas
4. cairkan marjerin atas api yg kecil jgn smpai terlalu panas. nanti marjerin tak cantik.. masukkan marjerin tadi dalam lebihan adunan tadi kacau sebati.
5.tuangkan adunan tadi ke atas roti yg telah disusun cantik2 tadi..
6.taburkan buah2an serata permukaan dgn menekan sedikit menggunakan sudu.
7.panaskan kukusan kemudian kukus selama 1/2 jam.

sejukan bawah kipas angin utk cepat makan mcm ilahjy buat tadi.. hehehe..
direka pagi tadi juga adaptasi dari melihat rumah ummi dan rumah ita...sila ke dapo mereka jika mahu resepi mereka yg lebih cantik dan sedap..nyum2....
oleh kerana nak cepat masak sebab dah suntuk masa tadi...ilahjy main campak2 semua bahan2 secara rawak..tanpa melihat resepi... kawan2 nak dtg buat party tpware...masak jam 9 jam 9.30 dah siap potong jam 10... tidak mengecewakan.. kawan2 kata sedap.. atau nak sedapkan hati tuan rumah tak tahu laaa.. mak aiii berdentum pulak pintu nieee terkejutzzzz akusss.... habis ideaaaaa huhhuuu..

18 October, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY DARLING

KEK KAREMEL DAN APAM KOKO MEKAR
RESEPI KEK KARAMEL KLIK SINI YA
RESEPI INI ADALAH RESEPI ILAHJY SENDIRI TIDAK SAMA DGN KWN2 TELAH BUAT SEBELUM INI LANGKAH DEMI LANGKAH JUGA ILAHJY SERTAKAN DI SANA..
RESEPI APAM KOKO KLIK SINI YA
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2011/01/261-apam-mekar-koko.html

HARI INI 18 OKTOBER 1961 HARI KHAMIS
seorang ibu bernama halimah bt haji othman telah melahirkan anak ke 5 seorang bayi lelaki yg diberi nama YAAKOB BIN HASHIM.
bayi itu dilahirkan dinegeri melaka dan dibesarkan di kelang selangor.
hari ini genap lah usia bayi itu 50 tahun. dah berkahwin selama 23 tahun bersama ilahjy dan mempunyai 4 org cahaya mata ke semuanya perempuan. dan semua telah meningkat dewasa.

TERIMA KASIH kepada arwah ibu mentua ku yg telah melahirkan dan membesarkan suamiku sehingga menjadi anak yg paling taat dalam keluarga dan paling di kasihi dan dihormati dalam keluarga....

bersamaan tarikh ini pada tahun 1981.. kakak ke 3 en hubby ku telah melahirkan anak ke 2 merangkap anak buah perempuan en hb merangkap cucu ke 2 dalam keluarga mentua ilahjy..yg kini berusia 30 tahun. maka saban tahun ke dua insan istimewa ini akan saling membalas ucapan salam hari lahir.. malam tadi jam 12 malam ilahjy buat panggilan kepada anak buah di melaka utk ucapan keramat ini... tahniah buat kamu berdua...

sempena hari lahir mereka berdua ilahjy buatkan dua jenis kek. utk en hb bawa ke tempat kerjanya.

duhai suami ku yg tercinta...
selamat hari lahir buat mu yg tersayang...
terima kasih kerana memilih diriku sebagai isteri
terima kasih kerana menjadikan aku seorang ibu kepada 4 org anak2 mu
terima kasih kerana mengajar ku erti kehidupan
terima kasih kerana menjadikan hidupku semewah ini
terima kasih kerana menjadikan aku seorang insan berguna pada yg terlibat
terima kasih kerana sudi menjadi teman tidur ku
terima kasih kerana menjadi musuh dan sahabat paling baik dalam hidup ku
terima kasih kerana membawa ku kemana sahaja kau bekerja selama 23 tahun
terima kasih kerana simpati pada kesibukan aku membesar anak2
terima kasih kerana mengajak dan menabungkan aku kewangan utk ke mekah..

AKAN KU CUBA MENJADI ISTERI YG PALING TERBAIK BUAT DIRIMU...AAAAMINNNN

16 October, 2011

363. APAM MEKAR

sarapan pagi 16 okt 2011
salam hari minggu. sebelum ilahjy dan keluarga ke tasik titiwangsa utk bersenam sempat juga ilahjy buat apam mekar nie..
pada mulanya takut tak jadi mekar ilahjy cuba dulu separuh adunan.dapat 15 biji cup cake saiz yg besar sekali tuu... alhamdulillah menjadi nampaknya kembang mekar nie.. inilah kali ke 3 ilah jy buat baru menjadi.. apam yogurt dah 2 kali buat pun tak mekar mcm kwn2 semua buat. tapi hari ni ilah jy guna apam mekar yg di buat oleh cendana kasih.
akhirnya ilahjy dah tahu apa tipnya utk apam ni mekar.. dan kenapa apam dot2 kwn2 buat tak berapa menjadi... meh sini ilahjy kasi tau::: petua sebagai ingat buat diri kusss sendiri..

1. apam mekar ni kalau nak mekar setaman kena keras sikit adunan dari apam dot dot... adunan di bawah ni mmg sgt cantik tuk apam mekar.tak perlu baking powder

2. sementara apa dot2 kena cair sikit dari apam mekar.. baru naik mengebussss. dan jgn lupa masukkan serbuk penaik baking powder

bahan: rujukkan dari cendana kasih terima kasih ilahjy kongsikan disini utk rujukkan di masa depan

250 gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200 ml susu segar (ilahjy guna susu cair)
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovellet
pewarna dan acuan cup cake

caranya:

1.panaskan kukusan dgn air separuh periuk. baluti penutup dgn kain.
2.pukul telur dengan gula sehingga gebu
3.masukkan esen dan putar lagi
4. masukan ovellet dan diputar sehingga kembang putih
5. masukkan tepung dahulu putar sebati
6. masukkan susu putar sebati .
7. buat sehingga habis dengan mengakhiri susu supaya adunan cantik sebati ya puan2.
petua ilahjy.
8. masukkan dalam acuan cup cake dan letak warna asal 3/4 acuan dan letak kan sedikit di tengah adunan.
9.kukus selama 15 minit dengan api yg sgt besar....

14 October, 2011

DINNER DGN KE BAWAH DULI YG DIPERTUAN AGUNG

sambal hitam dan ayam kicap bijan bukan lauk ni utk dinner yaaa sila baca dulu ceta dibwh heheheee

salam hari jumaat penghulu segala hari semuga keberkatan hari ni dipanjangkan utk hari2 seterusnya..

malam nanti ilahjy bersama en hb akan ke majlis makan malam beradab rejimental sempena hari ulang tahun ATM di MESS pegawai kem sg besi

tetamu negara akan hadir bersama sambutan ini. ilahjy cuba teliti senarai kehadiran.
1. ke bawah duli tuanku yang dipertuan agung
2.perdana menteri
3. timbalan perdana menteri
4. menteri pertahanan
5 timbalan menteri
dan pembesar2 ATM AKAN hadir...

kedatangan pegawai dari atasaan sehingga ke pangkat LT KOL sahaja..

semoga ilahjy sihat utk berdiri lama dalam majlis kenamaan sebegini.. pengalaman dan beberapa kali hadir sejak 23 tahun kawen... membuatkan ilahjy sudah faham sangat2... insyllah esoknya ilahjy akan paparkan susana majlis pada malam nanti...

sementara itu utk santapan anak2 malam nanti ilahjy sudah masak awal2 supaya 4 beradik itu tidak kempunan..mama dan abah sedap2 makan, anak2 kat umah??? hehehe... jom kita layan sedikit lauk dari 5 jenis lauk yg ilah jy masak tadi...

13 October, 2011

362. KEK BUAH KUKUS

dikukus pada jam 12 thgari 13 okt 2011

salam sejahtera dan syukur dgn nikmat yg ALLAH SWT berikan kepada kita dapat melihat dunia utk hari ni dan sekian kalinya dan semoga kehediupan kita sentiasa diberkatiNya.

hari ni awal pagi tidak ke taman, kerana kerja2 mendobi karpet dan lantai dapur belakang. setelah selesai.. teringat nak buat kek buah kukus yg tersimpan dalam list menungguuu hehehe.. ilahjy amek dari dapo MASAM MANIS dek ita lawa dari Jb yg amat terkenal dgn kemahiran membuat masakan menjadi tercantik bila mana dek ita menembak dan dihias berbagai menyebabkan hatikusss tak pernah terlepas walaupun 1 pun masakan beliau.. pasti ku intai..dan ilahjy pasti jadikan buku utk rujukan...
terima kasih dek ita lawa.. dan tahniah dengan anugerah Ilahi kepada mu dek dgn kekeretifan mu itusss...

meh kita layan resepi : ilahjy buat separuh jer adunan. tapi masukan adunan asal kat sini ya..

bahan: Sumber dari AZLITA MASAM MANIS

450 g mentega
400 g gula perang atau gula halus
5 biji telur
600 g tepung gandum

1 sudu kecil soda baikabonat
1 sudu kecil cream of tatar

1 sudu kecil serbuk pala atau kayu manis (ilahjy guna kayu manis jer)
450gm buah2an campuran
150 gm kekacang badam(ilahjy tak buh)
1 sudu kecil esen buah2 atau oren (ilahjy guna buah2an campuran)
220 gm gula pasir -utk gula hangus

caranya:

ayak tepung dgn serbuk penaik dan cream tatar juga serbuk pala dan kayu manis. kemudian gaulkan bua2han campuran dan ketepikan.

mentega dan gula di pukul sehingga kembang.
masukkan telur satu persatu. terus pukul sehingga sebati.
masukan esen pilihan.
menggunakan senduk kayu masukkan campuran tepung tadi dan di gaul sebati.

buat gula hangus mengguna gula pasir dan terus dimasukkan ke dalam adunan dan dikacau sebati.

ilahjy guna acuan kecil2 cup cake kukus selama 20 minit. jika mengguna loyang besar tentulah perlukan masa yg panjang.. mahu 4 jam...

ilahjy ni malas sikit nak tunggu lelama kat dapooo sbb tu buat lagu tuuu ahakssss.... jgn mareee yee..
***hasilnya amat gebussss dan lembut... tapi yg ilahjy muskil ialah gula hangus tu tak perlu masukkan air ker???? disebabkan dia cepat beku ilah jy tambah air 1/4 cawann air semasa gula itu mula mencair.***

11 October, 2011

361. MEE KUAH UDANG GERAGAU


selamat malam...

malam ni 11.10.11 ilahjy buat mee kuah udang geragau.... atas permintaan anak bongsu nur liyana sejak awal pagi tadi...

alkisahnya.. semasa ilah jy rebus ubi pagi tadi tup2 gas habis... terpaksa lah mee kuah ni di bawakan ke malam... ilahjy juga ajak kawan2 makan pagi tadi terpaksa dibatalkan.. nasib baik ajakan itu bukan janji..cuma sekadar ajakan morning coffee...sepontan...
esok pagi inssyllh agenda M.C akan diteruskan...

resepi mee kuah udang geragau (ciptaan ilahjy)

bahan:

A:
3 sudu besar udang geragau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah (ikut pedas)
mesin bahan2 ini sehingga halus

B:
1 sudu besar serbuk rempah soto
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap

C:
1 biji tomato di belah dadu
1 ikat kangkung
3 biji telur
4 ekor sotong dadu
6 ekor udang hidup besar

1 biji ubi keledek direbus empuk dan di mesin halus

1 paket mee kuning

caranya:

1.panaskan minyak tumiskan bahan mesin dan rempah soto sehingga wangi.
2. masukkan udang, sotong, sos cili, sos tiram, kicap dan garam
3. masukkan keledek mesin bersama airnya. setelah mendidih masukan kangkung dan tomato
4.pecahkan telur sebiji2 jangan kacau tunggu sehingga mendidih baru di kacau sebati.
5. sedia utk di hidangkan.

07 October, 2011

360. PULUT SEKAYA HUJAN PANAS JY


pulut sekaya hujan panas ilahjy
apam coklat resepi klik di sini ya



SELAMAT MALAM

hari ini ilahjy ada agenda tersendiri...

hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran anak ke 2 kusss iaitu shafiqah 7 oktober 1991 yg ke 20 tahun.
pada tanggal tarikh itu pada jam 7 pagi hari isnin ilahjy selamat melahirkan anak ke 2 dirumah mentua di kg pulai merlimau melaka.. bukan di hospital tauuuu!!!! shafiqah lahir disambut oleh bidan kampung berbangsa cina dibantu oleh kak ipar yg masih baru dalam dunia kebidanan...
alhmdllah tiada apa2 masalah ketika itu. en hb pula dalam kursus... maka tanggung jwb itu dipikul oleh kesemua keluarga en hb menjaga ilahjy dan anak2...
setelah dibersihkan terus cucuanda dikamatkan oleh datuk hj hashim(bapa mentua ilahjy).
setiap pagi baby shafiqah akan di perdengarkan dgn bacaan alquran oleh nenek dan atuknya..setiap subuh dan maghrib...itu menjadi kewajiban setiap cucu yg lahir di situ dan dijagai mereka.
alhmdllh syukur krn ilahjy mempunyai mentua yg amat perihatin dan sgt syg pada kami...makan minum mandi dijaga kesemua dgn penuh kasih syg..
terima kasih arwah mak mentua juga terima kasih bapa mentua kusss... juga adik2 ipar juga kak2 ipar yg sgt baik.
sbb itulah ilahjy sgt syg pada mentua melebihi keluarga sendiri....

okiessss takat tu jer laa pjg2 nanti jemu lak org yg nak baca...itupun kalu ada yg sudi baca kisah sepi ni...

mari kita lihat apa yg ilahjy masak hari ni... khas dimasak utk dibawa ke rumah jiran yg menjual kain baju di datangkan khas dari Indonesia...

pertama ilahjy masak pulut sekaya hujan panas. dan ke 2 apam coklat yg mudah... semuanya dimasak pada jam 1 petang tadi...

PULUT SEKAYA (a.k.a seri muka)
resepi ilahjy gabungan selera dari nenek ilahjy

bahan:

pulut separuh dari loyang yg kita hendak guna.
rendam semalam pulut bersihkan dan kukus bersama santan cair dan garam.
santan hendaklah melebihi pulut dalam 1/2 ruas jari tengah.

caranya:

1.kukus sehingga masak, hendaklah di kacau selalu supaya rata masaknya.
2.keluarkan dari loyang dan masukkan ke dlm bekas lain dan masukan beberapa pewarna seperti warna kuning merah yg kita suka.... kacau rata.
3. masukkan semula dlm loyang tadi, loyang hendaklah di sapu dgn sedikit minyak. supaya tidak melekat. tekan pulut tadi sehingga padat.
4. kukus semula sehingga naik wap kemudian tuangkan sekaya. kukus sehingga masak, selama 30 minit dgn api yg sederhana.

RESEPI SEKAYA:

1 cawan tepung gandum(ilahjy guna sukatan cawan rice cooker)
5 biji telur ayam
(penggunaan telur yg byk sebab itu dinamakan sekaya bukan serimuka ya puan2)
1 1/2 cawan gula pasir

5 cawan santan pekat mesin bersama
3 helai daun pandan dan
1 inci kayu manis dan 1 sudu besar jintan kasar/manis (nenek punya resepi)
(tapiskan bahan2 ini baru di campur dlm bahan2 lain)

garam
2 sudu tepung jagung
pewarna hijau

caranya:

1.kesemua bahan disatukan dlm blender kisar sehingga halus.
2. panaskan dlm periuk sehingga pekat.
3. tuangkan ke atas pulut dan kukus sehingga masak selama 30 minit api sederhana.

ilahjy memang sukakan rasa rempah yg ada dlm pulut sekaya ni...ada kelainannya...selamat mencuba ya..resepi ilahjy ni...


APAM COKLAT/KOKO

bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabonat
2 sudu besar milo

caranya:
masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.
panaskan acuan yg bergris marjerin kukus 15 minit sehingga masak. acuan yg comel..

06 October, 2011

359.BLUEBERRY CHEESE TART

ditatkan pada petang semalam 5 okt 2011
2 bentuk dan saiz yg berbeza...
assalamualikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dapo jy..
setelah beberapa hari tak menghupdate dan menyapu sawangan di dapo, baru hari ni ada mood mengemas. fuhhh bukan main lagi sawang nya yg tebal..dan habuk pun berlapis2. heheheee...
minggu ni anak bongsu cuti kerana PMR maka ilah jy turut sibuk keluar rumah dgn agenda tersendiri..
pagi semalam rabu 5 okt 2011 ilahjy keluar dgn si liyana ke kedai BAGUS di Melawati utk beli keperluan buat kuih dan kek.. kerana ada tempahan apam dot2 utk majlis kawen hari sabtu nanti... terlanjur terus beli acuan tart yg comel2 ni.. stok yg ada kat umah kusss besar gedabak... hajat nak beli tercapai krn dah ada stok kat bagus semalam. lantas ilahjy balik rumah terus buat tart ni.... dah lama tak mengetart... akhirnya dpt juga en hb makan..(tengah demam) siap beli inti blueberry sekali...

tapi semalam ilahjy guna resepi dari HASUE, AZLITA DAN KAK AM FLORA dah lama terprint belum di cuba lagi....

meh kita lihat apa perbezaan resepi ilahjy buat pada kliksini dgn yg nie..
terima kasih pada mereka kerana kongsi resepi nie..

bahan2:

1 biji telur
100 g butter
75 g gula ising
200 g tepung gandum

caranya:

1.campurkan kesemua bahan dan digaul menjadi serbuk roti kemudian masukkan telur dan di 2.uli sebati. simpan sebentar dlm peti sejuk.
3.ambil sebesar ibu jari masukkan ke dalam acuan pastry dan tekank kan mengikut bentuknya.
bakar dalam suhu 160 darjah selama 15 minit.

masukkan inti bluberry dan tutupi dgn krim cheese lorekkan atasnya dan bakar selama 5 minit suhu 170 darjah.

krim cheese:

250 g krim cheese
60 g gula ising
1 biji telur

caranya:

1. putarkan krim cheese dgn gula sehingga kembang kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.