klik disini utk resepinya
salam sejahtera buat kaum muslimin muslimat sekelian.
kita hanya merancang tapi ALLAH SWT yg menentukan segalanya.
pada tengahari selasa 23 julai hari ke 3 puasa, ilahjy masak dgn begitu semangat sekali.
dengan sedikit kekuatan yang ALLAH berikan. dapat siapkan sedikit hidangan utk keluarga.
tiba2 pada pukul 1 ptg sim kad broad band celcom tu rosak tak dapatlah ilahjy buat n3 masakan utk hari tersebut. betapalah kecewanya dn terasa sunyi.. dan hari ini dengan menggunakan b.b maxis, baru lah dapat bersiaran kembali. b.b celcom masuk icu dulu...biar dia rehat... kebetulan sebelum kejadian anak ke 3 pinjam sebentar b.b maxis ni utk dibawa ke UIA.. malam tadi bergegas ke sana selepas solat sonat..utk diambil kembali. kat UIA ada WIFI tapi agak lembab sikit. kesian dek ann... tak cukup 2 B.B nak kena tambah lagi..???
SOS TALAM BERALUK
bahan:
1 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 sudu besar tepung gandum*
garam*
1/4 cawan air* bancuh sebati
sedikit gula dan garam
cara:
mesin kesemua bahan bersama 1 cawan air sehingga halus
panaskan sehingga mendidih, masukkan bacuhan tepung tadi dan sedikit gula
masak sehingga mendidih jika terlalu pekat tambah sikit air. bila sos ini sejuk ia akan bertambah pekat. jadi jgn terlalu pekat masa matikan api...
NASI OREN JAGUNG PUDINA jy
bahan:
3 pot beras wangi rendam seketika
1 biji oren ambil jusnya
bawang merah*
bawang putih *
halia* dimayang halus
sedikit minyak masak
sedikit marjerin
beberapa helai daun pudina
1/4 cawan jagung segar dipotong/parut nipis
sedikit parutan carot
santan secukupnya mengkut keperluan beras anda
caranya:
1. panaskan minyak dan marjerin tumiskan bawang2 sehingga wangi
2. masukkan santan,jus oren dan garam. ssetelah mendidih masukkan beras
3. setelah 3/4 masak masukkan daun pudina dan parutan carot.
4. sedia utk dihidangkan.
AYAM ALA RENDANG BERSOS jy
bahan:
separuh ayam dipotong sedang
5 sudu besar cili mesin*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
3 sudu besar rempah soto
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar ketumbar biji*
1 inci halia* dimesin bersama sehingga halus
1 labu bawang besar dipotong baji
1 biji tomato dipotong baji
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1/4 cawan pati santan
1 tangkai daun ketumbar
caranya:
1. panaskan minyak secukupnya tumiskan bahan mesin sehingga garing/pecah minyak.
2.masukkan ayam, tomato, bawang, daun ketumbar, sedikit air dan garam dan juga sedikit gula. masak sampai pecah minyak dan 3/4 masak baru ditambah santan pekat. masak lagi sehingga kuahnya pekat.
5 comments:
Salam Kak...
Memang frust kan kalau semangat tiba2 nak N3 tak boleh...hehehe apapun saya paling suka kuih talam ni lebih lebih lagi kalau yg ada keladi...
Assalamualaikum Kak Ilah,
mmng terasa sunyi je kan kalau tak ngadap lappy satu hari...ni kuih kegemaran yatie ni, kalau dekat mesti dpt rasa talam berlauk akak ni...menyelerakan sungguh..
Assalam Ilah...waaah talam berlauk bestnya...mengenyangkan, xyah makan nasi dah kaann....eh nak buat jugaaaakk.... ^__^
mas selalu beli jerk talam berlauk nie kak..
sedapnya tengokk..
rajinn akak sorang nie..
salam yang..akak suka dan terpikat dgn ayam ala rendang bersos tu..nampak sungguh menyelerakan..kuahnya pekat:)
Post a Comment