kek coklat ini terkenal beberapa tahun dahulu dikalangan GMM..ilahjy pun dah beberapa kali buat kek lembut ni..tahun 2013 ni baru nak buat..sedap bila simpan dlm peti sejuk ..
sos yang cair di sudu ni lah membuatkan ilahjy sekali makan 3 cawan kekeke
bahannya: A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak (ilahjy guna butter cair)
caranya:
campurkan kesemua bahan diatas kacau sebati dan panaskan dgn api paling kecil sehingga gula hancur, padam api, ketepikan.
bahan B ayak bersama
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda baikabonat
1 sudu kecil baking powder
bahan C:
4 biji telur di blend/guna pemutar kek sehingga berbuih
caranya:
masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli.
kacau sebati dan kukus dalam acuan yg digemari. jika acuan cup cake sila kukus selama 20 minit cucuk lidi kering tanda dah masak.kalau guna loyang besar kukus selama 1 jam.
sila curahkan sos coklat bagi menambah sedap dan cantik.
SOS COKLAT CARA ILAHJY:
2 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
6 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air panas
1 sudu teh nescafe
1/4 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
caranya:
panaskan dengan api paling kecil kacau sehingga pekat. padam api masukkan 2 sudu besar butter
kacau sehingga sebati setelah sejuk curahkan ke atas kek.. ilahjy suka sos ini cair..dan tidak beku bila guna sudu sos ini berlekit pada sudu dan nyummy dalam mulut hehee..kalu nak beku kena lebihkan coklat masakan. kepekatan sos boleh doubahsuai ikut selera masing2. simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam.. ermmm sedappp!!!
selamat mencuba...
3 comments:
salam kak ilah...lama tak komen kat sini, dok ntai balik tingkap aje. saya pernah cuba jugak kek coklat munira ni, tapi x sempat nak makan, jatuh dari peti sejuk, pecah pinggannya. masa tu memang sedih sangat lah, terus tak terbuat lagi sampai sekarang...
Salam kak Ila, saya pernah cuba resepi ni masa tahun 2000. this is e best resepi yang saya pernah buat sebab memang moist...n thanx sebab share resepi sos coklat tu. memang menarik. nanti saya nak try dengan sos coklat tu pulak...
Post a Comment