25 julai 2012 ilahjy telah pun dapat membeli idaman semua wanita yg suka memasak..
opsss lelaki juga suka kan.... bukan 1 set tapi 2 set.... amboi2 tamaknya... nak buat apa sampai dua??? apa lagi simpan lah kan anak dara ramai ni nanti boleh lah depa guna kalu bakar apa2 lagi cepat jika ada 2 set..tak gituuuu??
kebetulan sepanjang minggu ini expo PERNAMA telah berlangsung.
ilahjy tak mahu lepas peluang keemasan yg dtg sesekali ni.
bila pergi jer ketapak ekspo tu untuk membeli vitamin2, malangnya tak de pula..
sekali terpandang si IDAMAN... NON-STICK DOUBLE GRILL PAN KELUARAN VANTAGE.. disebabkan ilahjy suka membeli barangan vantage... ada serba sikit kat rumah ni..sementara en hb masih berkhidmat.. ilahjy tak akan lepas peluang utk membeli nya. jika semua set2 pinggan mangkuk telah lengkap maka ilahjy cuba lengkapkan pan ini utk koleksi seterusnya.. perbagai jenis pinggan mangkuk telah VANTAGE keluarkan sejak akhir2 ini.. tak kuasa akusss nak layan kesemuanya nanti jadi gudang pula... beli apa yg patut sudah lah..
jadi hari ni juadah utk berbuka ilahjy cuba utk memasak di dalam pan ini. kata kawan ilahjy ayam akan cepat masak dan empuk dgn sempurna, roti john pun cantik masak di dalam pan ini. dll lagi.
terbukti selama ni ilahjy guna oven letrik makan makan 1 jam utk ayam masak. tapi dgn pan ini 25 minit sudah empuk.. api sederhana... mungkin pan ini kedap haba agaknya...
RESEPI 2 AYAM GOLEK YG TAK BERAPA NAK TERGOLEK
bahan:
separuh ayam yg sedang dicucuk2 isinya dgn garfu
pati santan 1/2 cawan.
bahan mesin halus:
2 batang serai
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumabr biji
4,5 cili padi
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
caranya:
kesemua bahan2 dimesin halus. campur garam dan sedikit gula.
perap bersama ayam selama 1 jam atau lebih. bakar. kemudian setelah masak/empuk baru dicampurkan santan pekat ke dalam bahan2 yg ditinggalkan/berbaki campur sebati kemudian tuangkan ke dalam ayam yg sedang dibakar tadi... masak sampai mendidh. siap utk dimakan.
KULIT KARIPAP CARA JY
bahan
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar marjerin dipanaskan
1/4 cawan air batu
air biasa secukup utk menguli adunan
caranya:
masukkan marjerin panas ke dalam tepung2 yg telah diayak.
jadikan seperti serbuk roti. masukkan air batu/ais. kacau seabti
tambah kan air biasa sehingga boleh diuli dan tak melekat ditangan.
6 comments:
Salam Kak Ilah..memang berbaloi beli Kuali tu kan...saya pun ada satu tapi jenama x sama ..memang berbaloi2...
saya nak beli jugalah satu, anak dara satu jer jadi beli satu jerlah, hehehe
salam kak
alahai sya memang cari ni pernama di mana yek? sya nak satu...... ;p
Hmmm..leh cuba nieh.. bru dptkan double pan tp kluaran avon. Itupn kirim kat kakak.. hehehe...
Hmmm..leh cuba nieh.. bru dptkan double pan tp kluaran avon. Itupn kirim kat kakak.. hehehe...
2 rieyzana kak ilah dah tgok kat avon saiz dia kecil..dan ringan..harap2 ok laaa.
Post a Comment