SALAM KHAMIS DAN SALAM SEJAHTERA BUAT YANG BERPUASA SUNAT KHAMIS HARI INI. MUDAH2AN KALIAN AKAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SAMPAI BERBUKA NANTI
sahur kami hari ini ilahjy sempat memasak bubur nasi/moi yg disebut oleh orang kedah. nasi ni ilahjy masak setakat kembang tidak sampai hancur. kerana kami sekeluarga tak suka jika bubur ini hancur halus mcm bubuq lambuk bulan puasa tuuu, tak kenyang rasa nya bila Dijamah ..
jika diikut resepi bubur kanji kedah menggunakan santan tapi sahur tadi ilahjy tak letak sebab nak kelainan rasa dan supaya tak mual awal2 pagi nak jamah.
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=kanji++kedah KLIK DISINI UNTUK RESEPI ASAL DAN CARA LANGKAH MEMBUATNYA
bahan:
1 pot beras wangi
air mesti tenggelam beras 3 kali. tambah air jika belum cukup kembang
1 sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam
3 batang serai ketuk
bebola daging/ daging segar
1/2 batang carot di dadukan
1 biji kentang didadukan
sayur yg digemari
1 biji tomato dadu besar
1 ketul kiub uikan bilis
garam
caranya:
1. rebus beras dengan air sehingga mengelegak
2. masukkan kentang dan karot dadu, serai ketuk
3. setelah separuh kembang masukkan lada hitam, halba, kiub ikan bilis dan bebola daging
4. setelah beras kelihatan pecah masukkan garam jika suka lebih kuah tambah air ilahjy suka bubur ini pekat.akhir sekali tambah sayur dan tomato jika suka
selamat mencuba ilahjy suka makan bila tergigit lada hitam pedas2 manjaaaa..hehehe
2 comments:
Dah lama tak makan bubur... harus cuba resipi ini...
Assalam kak ilah,
tengok bubur rasa nak makan bubur pulak dah..waduh..kita suka makan bubur..boleh bermangkuk2 tau..sedapnya kak!!!
Post a Comment