pernah makan mentarang? pernah jumpa? pernah kenal? ia sejenis makanan laut. hidup ditepi pantai macam siput2 lain juga.N3 lama pernah ilahjy tayangkan mentarang ini. kali ni sekali lagi ilahjy nak kongsi salah satu makanan kegemaran ilahjy semasa di bangku sekolah semasa di kedah hidup bersama nenek dan datuk banyak mengajar ilahjy tentang makanan tak kira apa jenis...terutama jenis kerangan ini.... walaupun tak selera dek tekak ilahjy terpaksa juga menelan kerana nenek dan datuk ajar sebegitu rupa... kena makan apa jua tanpa alasan.. dari situ ilahjy suka makan apa aje makanan yg halal..tak kisah campak kat mana boleh hidup..terutama bab ulaman2...pun sama..
minggu lepas semasa pergi ke C4 wangsa maju sekarang nama baru EON BIG ilahjy terpandang kat bahagian kerangan dalam akuarium..sekali terpandang si MENTARANG yg suci bersih putih melepak terus ilah jy dengan rakus menceduknya..maklumlah dah lama duk idam nak makan... agak mahal sekilo rm10.50 selalu duk beli 6.7rm je..mahal pun mahal la janji dapat makan..
nenek selalu ajar masak rebus dan buat gulai lemak tapi kali ni ilahjy buat goreng berkunyit. ringkas dan masih dapat merasa kemanisan mentarang .
cara nak membersihkan nya ialah buang semua lumpur jika ada. belah mentarang keluarkan isinya dan bersihkan pasir dan lumpur didalamnya. buang saluran kecil macam lutsinar sebesar lidi kemudian basuh dgn asam limau agar hilang hanyir. gaul dengan serbuk kunyit dan garam.
panaskan kuali tumiskan halia bawang besar dan bawang putih serai ketuk sehingga wangi masukkan mentarang bersama potongan cili merah dan rasakan garamnya..air tak perlu masuk kerana mentarang akan keluarkan air yg sangat banyak. selamat mencuba..
perhatikan saiz sudu makan bezakan saiz mentarang ini..
1 comment:
salam akak... kat kuala selangor ramai orang jual mentarang ni kat tepi2 jalan, tp saya x pernah beli.. sure sedap kan kak, kalo org kedah suka buat kari ngan ubi keledek, tumis darat..hehe
Post a Comment