Penggunaan resepi ini masih resepi yg sama cuma ilahjy buat separuh sukatan ngam2 seloyang sederhana tu..cuma bread softner diganti dgn water roux sbb habis stok. Roti tetap kekal lembut sampai hari ke2.
SEBENARNYA DARI PENELITIAN YG ILAHJY BUAT SEMENJAK MEROTI BERTAHUN2 NI, APA JUA BAHAN YG KITA GUNA SEMUANYA MENJADI LEMBUT WALAUPUN ROTI YG INI ILAHJY ULI DGN TANGAN 20 MINIT TAK ELESTIK PUN TETAP CANTIK.
Yang openting diperap naik 2 kali ganda baru di uli sekali lagi dan dibentuk dan perap sekali lagi baru dibakar. Api bawah 10 minit dan on kan api atas teruskan pembakaran sehingga masak. Spry dgn bancuhan susu cair, air dan minyak masak.
Bahan2nya:
Tepung roti
Tepung gandum
Yis
Telur
Water roux
Air ais
Sudu tepung
Gula
Marjerin
Sila rujuk bahan asal dibawah:-
Marjerin
Sila rujuk bahan asal dibawah:-
Bahan2nya:
400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver ganti water roux 2 sudu besar
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais kurangkan sedikit air
60 gm Marjerin
Caranya:
Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.
Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit
Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.
SOS CARAMEL OLAHAN KU
Resepi olahan ku yg seterusnya: sos ini tidak meresap dalam roti kekal segar diatas roti 2 hari experimen hikhik....
Bahan2nya:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
25 gm butter
Sedikit pewarna coklat
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
Caranya:
Campur kesemua bahan sehingga sebati dan panaskan atas api sehingga menjadi sedikit pekat terus tuang ke atas roti yg baru keluar dari oven.
1 comment:
Sana sini saya tengok roti madu lebah, saya gak yang belum berani nak cuba. Sedap nampak kan Kak Ilah.
Post a Comment