http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts sorted by date for query kanji kedah. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query kanji kedah. Sort by relevance Show all posts
18 June, 2025
16 April, 2020
1070. KANJI KEDAH LAGI DAN LAGI. PUASA 25mei 2019
19 December, 2019
30 October, 2015
07 May, 2013
504. LAKSA BERAS, KUAH IKAN TONGKOL BERPERISA LENGKUAS
Laksa Beras
1 Paket kecil Tepung Beras
1 Senduk Tepung Gandum
1 Senduk Tepung Kanji
Air Panas Secukup Untuk Mengandun
Caranya:
Campurkan Air Panas Kedalam Campuran Tepung
Uli Sehingga Boleh Dibentuk Lembut Sedikit Dari Karipap
Tekankan Dgn Acuan Muruku Ke Dalam Air Mendidih
Toskan Ke Dalam Air Sejuk
Kemudian Toskan Sedia Untuk Dimakan.
Kuah Ikan Tongkol Berperisa Lengkuas
Resepi Asal Asam Laksa Kedah
Ubahsuai Rasa Oleh Ilahjy
1 Ekor Ikan Tongkol Saiz Besar
Bersihkan Dan Rebus tanpa Potong Bersama 6 keping Asam Gelugur Dan Garam
Setelah Masak Amek Isinya Dan Hancurkan Dengan Garfu
Kali Ini Ilahjy Tak Mesin Seperti Resepi Ori
Ilahjy Nak Kunyah2 Isinya Semasa Jamah laksa
10 Biji Cili Kering
1 Biji Bawang Besar
1 Ketul Belacan
3 Keping Asam Gelugor
Garam Dan Sedikit Gula
1 Biji Bawang Besar Dibajikan Nipis
1 Keping Lengkuas Diketuk
Daun Kesum Secukupnya
Caranya:
Mesin Kesemua Bahan Sehingga Halus
Panaskan Dalam Periuk Sehingga Mendidih
Masukkan Ikan, Asam Keping, lengkuas Dan Bawang, Daun Kesum Dan Perisa
Masak Sehingga Mendidih Dan Rasa Masam masinnya.
21 February, 2013
481. BUBUQ/MOI NASI BERHALBA
SALAM KHAMIS DAN SALAM SEJAHTERA BUAT YANG BERPUASA SUNAT KHAMIS HARI INI. MUDAH2AN KALIAN AKAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SAMPAI BERBUKA NANTI
sahur kami hari ini ilahjy sempat memasak bubur nasi/moi yg disebut oleh orang kedah. nasi ni ilahjy masak setakat kembang tidak sampai hancur. kerana kami sekeluarga tak suka jika bubur ini hancur halus mcm bubuq lambuk bulan puasa tuuu, tak kenyang rasa nya bila Dijamah ..
jika diikut resepi bubur kanji kedah menggunakan santan tapi sahur tadi ilahjy tak letak sebab nak kelainan rasa dan supaya tak mual awal2 pagi nak jamah.
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=kanji++kedah KLIK DISINI UNTUK RESEPI ASAL DAN CARA LANGKAH MEMBUATNYA
bahan:
1 pot beras wangi
air mesti tenggelam beras 3 kali. tambah air jika belum cukup kembang
1 sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam
3 batang serai ketuk
bebola daging/ daging segar
1/2 batang carot di dadukan
1 biji kentang didadukan
sayur yg digemari
1 biji tomato dadu besar
1 ketul kiub uikan bilis
garam
caranya:
1. rebus beras dengan air sehingga mengelegak
2. masukkan kentang dan karot dadu, serai ketuk
3. setelah separuh kembang masukkan lada hitam, halba, kiub ikan bilis dan bebola daging
4. setelah beras kelihatan pecah masukkan garam jika suka lebih kuah tambah air ilahjy suka bubur ini pekat.akhir sekali tambah sayur dan tomato jika suka
selamat mencuba ilahjy suka makan bila tergigit lada hitam pedas2 manjaaaa..hehehe
30 October, 2012
457. LAKSA BERAS ILAHJY
TERSEBUTLAH KISAH ILAHJY MEMULA NAK MEREKA CIPTA RESEPI LAKSA INI.
ilahjy masih teringat lagi kisah-kisah duka lara ketika mana ilahjy nak makan laksa beras buatan sendiri. ketika itu ilahjy berada di tingkatan 2 di alor star dulu tahun 1980 ketika itu.
arwah datuk ilah jy suruh ilahjy belajar buat laksa .. tapi dengan siapa??? ketika itu APA JUGA resepi2 AKAN disimpan RAPAT OLEH PEMILIKNYA (KEDEKUT ILMU KATA ORG DOLU2) maaflah ilahjy tak bermaksud nak umpat ya.. tapi itulah hakikat.. ilahjy pernah minta resepi laksa ini dari seseorang..tapi dia tipu ilahjy sekali buat habis kesemua tepung putus dalam air.. huhuhuu sedihnya.... tutup sat ceta lama..
pada satu hari ilahjy mendapat idea dari arwah datuk hj man. wan suruh buat KANJI dulu baru diadun tepung.. maka ilahjy pun mereka cipta resepi laksa ini dgn cara tersendri. ilahjy panaskan air setelah mendidh baru dimasukkan tepung dan diuli panas2 dengan senduk kayu. kemudian dicampurkan tepung seterusnya sehingga boleh dibentuk dan ditekan dlam acuan.
ALHAMDULILLAH menjadi... apa lagi arwah datuk dan nenek tersenyum lebar bila cucu mereka dapat menghasilkan LAKSA BERAS BUATAN SENDIRI
KETIKA itu ilah jy baru berusia 14 tahun. maka saban minggu arwah tok munah dan wan man pasti suruh ilahjy buat laksa ini dan orang kedah pasti tak boleh hidup tanpa laksa. terutama laksa beras.
dari hari itu kami tidak pernah lagi membeli laksa paket.
setelah sekian lama ilahjy tinggalkan resepi itu ..maka hari ini ilahjy dengan semangat baru nak menghidupkan kembali ciptaan ku ini.. alhmdllah menjadi
ingin ilahjy berkongsi bersama kalian dan juga anak2 dara ilahjy supaya tak pupus ditelan zaman. semoga perkongsian ilmu ini tidak menjadi sepertimana ilahjy ketika mula belajar dulu. semoga kalian berhasil membuatnya.
bentukan adunan kecil-kecil supaya sekali tekan utk sekali rebus. kalu banyak2 nanti laksa tidak cantik
bila laksa timbul toskan dan terus dimasukkan ke dlam air sejuk dalam 2 minit.utk membuang kanjinya.
toskan utk kali ke 2 dan sedia utk dimakan
RESEPI LAKSA ILAHJY
bahan:
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air panas
1 cawan tepung beras secukupnya sampai boleh dibentuk
caranya:
1.ayak tepung dalam bekas
2.masukkan air panas kacau guna senduk kayu sehingga sebati
3.masukkan tepung beras dan uli sehingga sebati sehingga menjadi doh seperti karipap
tetapi doh ini lembut sedikit dari karipap.
4.bentukan kecil-kecil seperti diatas masukkan ke dalam acuan yg ditabur sedikit tepung di dalamnya
5.tekankan adunan ke dalam periuk air panas yg sedang mendidih.
6.biarkan 3 minit baru di kacau dengan amat perlahan supaya laksa tidak putus.
7.toskan kemudian terus dimasukkan ke dalam air sejuk dan toskan utk kali ke 2
sedia untuk dimakan.
********************
Update ramadan 13 , pada 22 julai 2013.
http://hudaahsin.blogspot.com/2013/07/laksa-beras.html?showComment=1374503826417#c1788412442885303417
Inilah satu2nya respon dari pengunjung RSJY terima kasih kerana mencuba resepi ciptaan ku ini.. penghargaan buat puan huda.
Sila ke blog beliau utk lihat hasilnya.
Ketika mula ilahjy belajar dan praktikan mmg tekan dlm air mendidih..itulah hakikatnya, sbb ditakuti laksa putus ...... tapi dlm kadar yg mampu kita tahan panas. Betul juga catitan puan huda, kalu mendidih bole mencederakan tangan, mungkin kesilapan ilahjy sendiri nak terang secara ringkas agaknya... kesian puan huda sehingga cedera... oleh itu hati2 ya ...huhuhu.. harap maklum.
01 October, 2012
447. KUE TEOW ILAHJY
SEBELAH KIRI TEBAL UKURAN 5. SEBELAH KANAN NIPIS UKURAN 4
saiz nya amat comel sekali senang nak makan... kerana penggunaan tepung kanji maka liat2 dan kenyal sedikit kue teow ini....seperti dikedai juga
langkah2 membuat sama seperti membuat mee kuning. pilih mana satu ketebalan yg kita suka samada seperti di atas ataupun di bawah....
resepi kue teow ini pun ilahjy reka dan cipta sendiri …. Berdasarkan pengalaman masa sekolah dulu. Sekali cuba dah menjadi.. alhmdllh… resepi asal yg telah hilang ditelan sungai kedah, tak pasti macamana sukatan tepung nya.. yg pasti ilahjy ingat tepung ubi lebih dari tepung gandum, maklumlah dah berlalu kisahnya pada tahun 1986…(alkisah arwah datuk kemas bilik ilahjy dia buang kesemua buku2 lama..sekali dia terbuang buku resepi ilahjy adoii aiii...apa nak kata...itu kisah 86... ilahjy berhijrah ke PJ umah emak selepas STPM berakhir 85...)
Disini ingin sekali
ilahjy simpan sebagai
rujukkan dimasa depan…walaupun main agak2 jer ni keputusan amat baik. kalau kalian mencuba tak menjadi harap jgn maree... ilahjy simpan ini sbgai rujukkan dimasa depan anak2...
Bahan:
1
cawan tepung ubi
1/2 cawan
tepung gandum
1 biji putih
telur
Sedikit garam
Air secukupnya –macam buat
karipap..
Caranya:
Ayak tepung ke dalam bekas dan
lubangkan ditengahnya
Masukkan putih
telur dan garam bersama air sedikit
sedikit.
Uli sehingga
sebati seperti adunan karipap dah mulakan proses
membuat kue teow ini
seperti mana membuat mee
kuning juga.
ingat ya DIY pasti tak menggunakan bahan awet.. jadi kena simpan dalam peti sejuk elak basi.tahan 2,3 hari sahaja.
selepas ini ilahjy akan cuba memperbaiki skill membuat LAKSA pula. ada kisah disebalik takbir laksa...mungkin pernah diceritakan di blog ini sebelumnya..
###Mohon kongsi ilmu dr rakan fb rahimas aqila acik.. hr ni ilah update resepi acik ye
27sept 2019. Moga dihalalkan ###
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air agak agak lah air ni tak cukop tambah
1 biji putih telor dan garam
Sedikit tepung gandum dan tepung ubi utk d sapu pada adunan semasa kita masuk kan kedalam mesen
ingat ya DIY pasti tak menggunakan bahan awet.. jadi kena simpan dalam peti sejuk elak basi.tahan 2,3 hari sahaja.
selepas ini ilahjy akan cuba memperbaiki skill membuat LAKSA pula. ada kisah disebalik takbir laksa...mungkin pernah diceritakan di blog ini sebelumnya..
###Mohon kongsi ilmu dr rakan fb rahimas aqila acik.. hr ni ilah update resepi acik ye
27sept 2019. Moga dihalalkan ###
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air agak agak lah air ni tak cukop tambah
1 biji putih telor dan garam
Sedikit tepung gandum dan tepung ubi utk d sapu pada adunan semasa kita masuk kan kedalam mesen
03 August, 2011
342. juadah hari ke 2 posee
PUDING ROTI


kalu berminat nak tahu resepi sila klik kat percubaan2 yg pernah ilahjy masak sebelum ini. cuma tatacara hiasa warna saja berbeza... puding yg senang dimasak.
tak perlulah masuk resepi sbb semua dah almaklum ... cuma nak ulang tayang.. saja nak layan gambar puding jer ni.. ada cerita disebalik puding ni semalam... malas nak kongsi.. nak bentukan lagu lain jadi lagu niii.. lepas ni ilahjy kena pandai budjet masa bulan pose ni..serikkkkk....huhuuu
semalam juga buat bubur kanji kedah aka bubur lambuk.. luper amek gmbar... semalam juga ilah jy tak berapa sihat kerana makan cendawan tiram dan bunga kingcam dari cameron tuuu tak sesuai dimakan ketika uzur..sejuk melampau...sampai mual2.... rasa mcm nak mati huhuuuu..org kata ..anginnnn....
YA ALLAH KAU PANJANGKAN UMUR KU INI DAN SIHATKANLAH BADAN KU INI SUPAYA DAPAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA INI...YG TERPAKSA AKU TINGGALKAN ...SEMOGA 3,4 HARI LAGI AKU DPT MELAKSANAKANNYA..DAN BERTARAWIH DI MASJID MINDEF YG BARU ITU.. semoga kesakitan itu tidak dtg seperti 2 tahun lepas..aminnnnn....
03 September, 2010
kanji kedah (( bubur lambuk))
utk berbuka puasa 2 september 2010
tengahari semalam p kedai dlm kuaters ni..nak beli ikan. sekali tengok ikan dah 3 hari punye stok..hampehhh tol.. dgn segera menu utk hari ni ilah jy ubah .... lagi pun jemu hari2 makan nasi.. sebenarnya kanji kedah ni dah kali 2 ilah jy masak utk bulan posa ni... cuma tak buat N3 ...
kanji kedah ni resepi diajar oleh datuk ilah jy semasa ilah jy masih sekolah di alor star lagi.. datuk kusss tukang masak kanji waktu moreh di masjid seberang pantai johor alor star kedah.
ada kelainan dri bubur lambuk yg biasa kalian makan. rasanya jauh berbeza. sehinggakan anak2 ilah jy lebih suka resepi ini dari bubur lambuk yg lain.. tah kenapa diberi nama kanji? dulu masa kecik2/zaman tok nenek kalu baby lapau, masak nasi air kanji diambil dan dicmpur gula dan terus diberi minum.. ilah jy sering buat mcm tuuu walaupun masa tu dah sekolah menengah.. sedap tauuu rasanya..
berbalik kanji kedah niii kalau kalian sudi nak cuba meh lihat kat N3 tahun lepas kat bahagian LABEL NASI YEEE.sini cara membuatnya ilahjy telah sediakan.... layanzzz...
23 August, 2009
129.buubur lambuk utk berbuka posa hari ni.. UBI KAYU REBUS SAMBAL IKAN BILIS
masak hari ni 23 ogos 09 utk berbuka.. jihah minta kanji..nak bawa balik ke UMP..so aku pun masak laa satu periuk besar.. piqa pun bawa balik ke hostelnye...hiasan atasnya saja aku tak masukan..supaya nampak isinya..sebenarnya lebih cair dari ni...tapi jihah nak pekat mcm ni.. org kedah makan cair sikit...
masak hari ni 23 ogos 09 utk berbuka ramadan hari ke2...
sila rujuk resepi dalam bubur kanji kedah di posting 59 yg terdahuluuuuu...saja post gmbr di entry ni supaya kalian nampak
masak hari ni berbuka 23 ogos 09
yang ni pula anak no 3 minta nak makan..nasib baik tadi pagi masih di melaka..soo abahnya g beli ubi kayu yg fresh dr pokok.. kat jiran mentuaku.. maka kesemua permintaan anak2 dapat dipenuhi serentak... puas rasanyee..
bahan utk sambal:
ikan bilis di goreng garing
cili hijau di goreng bersama bawang kecil dan bawang besar sehingga layu
kemudian dimesin bersama sedikit belacan garam dan gula sebingga sederhana kasar..
kemudian baru dicampur ikan bilis mesin seketika dan sedia utk di makan..
sila rujuk resepi dalam bubur kanji kedah di posting 59 yg terdahuluuuuu...saja post gmbr di entry ni supaya kalian nampak
yang ni pula anak no 3 minta nak makan..nasib baik tadi pagi masih di melaka..soo abahnya g beli ubi kayu yg fresh dr pokok.. kat jiran mentuaku.. maka kesemua permintaan anak2 dapat dipenuhi serentak... puas rasanyee..
bahan utk sambal:
ikan bilis di goreng garing
cili hijau di goreng bersama bawang kecil dan bawang besar sehingga layu
kemudian dimesin bersama sedikit belacan garam dan gula sebingga sederhana kasar..
kemudian baru dicampur ikan bilis mesin seketika dan sedia utk di makan..
18 January, 2009
59. BUBUR KANJI KEDAH...resepi tinggalan datuk ku..chef masjid...
1. bahan2 telah ditumis..
BUBUR KANJI KEDAH…seakan bubur lambuk
Bahan:
2 pot beras
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
2 batang serai diketuk
1 sudu teh halba
1 sudu the lada hitam
½ cawan daging dipotong halus
½ cawan udang hidup
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa
Cara:
1. panaskan minyak tumiskan bawang2 bersama halba dan lada Hitam sehingga wangi.
2. masukan daging dan udang serai kacau sebentar.
3. masukkan santan cair secukupnya dan beras dan garam. Masak Sehingga Beras pecah2 masukan pati santan, masak lagi sehingga mendidih.
Bahan:
2 pot beras
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
2 batang serai diketuk
1 sudu teh halba
1 sudu the lada hitam
½ cawan daging dipotong halus
½ cawan udang hidup
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa
Cara:
1. panaskan minyak tumiskan bawang2 bersama halba dan lada Hitam sehingga wangi.
2. masukan daging dan udang serai kacau sebentar.
3. masukkan santan cair secukupnya dan beras dan garam. Masak Sehingga Beras pecah2 masukan pati santan, masak lagi sehingga mendidih.
cara yg senang seperti gambar2 diatas. masak dulu beras sehingga kembang baru dicampur ke dalam kuah tadi... itu cara ilahjy..nak cepat masak lah katakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)

































