terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 June, 2012

410. NASI LEMUNI

nasi lemuni utk makan tengah hari jumaat 29 jun 2012.. tuan rumah dah kenyang dah nie ...
nasi ini mempunyai wangi daun lemuni.. bagi yg dah biasa spt ilahjy pasti suka haruman itu hehehe..
beras, air daun lemuni dan santan pekat. air dan santan secukup memasak beras kalian ikut sukatan masing2... letakkan bersama dlm beras itu sedikit jintan manis, sedikit halba, sedikit halia mayang. sedikit bawang dan garam. masak seperti biasa.
daun lemuni sebanyak di dalam bekas dibawah, di mesin bersama air biasa dan ditapis seperti dalam gambar.
mesti buang tangkai2 nya ambil daun2 sahaja... daun agak tua sikit boleh digunakan yg muda dijadikan ulaman, celur seketika jer dan makan dng sambal belacan.

SEMPENA JUMAAT HARI PENGHULU SEGALA HARI INI

Ingin ialhjy berkongsi satu petua untuk menambahkan darah bagi yg mengalami tekanan darah rendah ... contoh ilahjy ni cuma kurang 0.1 rasanya.. menyebabkan kepala selalu pening... emak ilahjy bagitahu daun lemuni ini tidak boleh dimakan oleh orang berpenyakit darah tinggi sepertinya.. maka ilah jy secara lojik berpikirlah... mungkin sesuai untuk orang seperti ilahjy..tambah darah....naik darah hehehe..

percubaan dibuat beberapa tahun lepas, seorang jiran ilahjy mengandung. darahnya rendah.. doktor saran makan hati lembu, bayam dll... tapi apa berlaku????? ce teka.... berat anak dlm kandungannya bertambah besar. namun tekanan darah nya masih rendah..

berbekalkan 5 tangkai pucuk daun lemuni yg ada dalam pasu ilahjy ni..yg masih baru nak hidup.. tawakal jer masa nak petik harap2 tak mati pokoknya.. alhamdulillah seminggu lepas tu jiran ilahjy beritahu darah nya dah normal.. berat anak tidak ada masalah ... maka terbuktilah teori yg ilahjy harapkan itu..

maka 3 hari lepas ilah jy pergi ke pasar ikan 1 malaysia ...berhadapan sek ren setiawangsa tu ada sepohon pkok lemuni.. maka dgn galaknya ilahjy minta izin dgn org disitu.. dapatlah ilahjy buat ulam 2 hari lepas.. akhirnya pening kepala ini hilanggggg.... hari ni dapat pula buat nasi lemuni seperti emak ajarkan 7,8 tahun lepas rasanya....

rasanya pernah ilahjy buat N3 pasal daun nasi ni.. nanti ilahjy semak semula n3 lama... jom jamu mata dgn nasi lemuni ini... ada nak resepi?????????

mana nak cari pokok ni??? kat pasar sah2 tak deee... sbb nya? entah lah mungkin tak ramai yg tahu..terutama khasiat naikan darah tu ..sbb ilahjy yg empunya rahsiaaaaa.. hari ni mungkin kalian baru tauuuu kot.... kat dato keramat ni ada juga lah pokok2 ni depa tanam...

27 June, 2012

409. APAM BALIK

sarapan pagi 27 jun 2012

http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/03/182-apam-balikummi-kuantan.html


salam hari rabu... ilahjy cuma sempat buat N3 gambar jer dulu..sebab pagi ni kena antau si bongsu ke sekolah jam 8.15 pg acara sukan.... ilahjy tinggalkan apam balik ini utk tatapan kalian.. jika berminat dgn resepinya mcm biasa klik2 ya... dah lama tak mengapam... hari ni baru berkesempatan.. macam lah tak sempat hehehhe..byeeeeeeeee nak kesekolah duluuu nanti balik ilahjy sambung celoteh...

26 June, 2012

408. UDANG ASAM TEMPOYAK

Bahan:

1/2 kilo udang besar belah belakang dan buang separuh kulitnya

3 sudu besar asam tempoyak
2 batang serai
5-6 biji cili padi
1/2 sudu besar cili kisar
2 keping hirisan halia
sedikit kunyit hidup

1 keping asam gelugor
1 cawan air

caranya:

satukan kesemua bahan dan kisar sehingga halus,
masukkan ke dalam kuali panskan sehingga mendidih
masukkan udang dan asam gelugo dan garam
masak sehingga pekat.

23 June, 2012

407. PULUT SERUNDING KELAPA

AHAKKSSSS..... selalu kawan2 buat kek dalam botol.... tapi ilahjy buat pulut serunding dalam botol aladinnnnn hehehehhee boleh caya ker??? melekit2 pun tak peeee janji boleh masuk dan keluar...... senangn la juga nakk sudukan...



406. BEBOLA TELUR DADAR JY






Selamat pagi ....


ketika ilahjy mengupdate dapo maya ini. jam menunjukkan jam 2.40 pagi.... pagi sabtu bersamaan 3 syaaban... bukan jadi musang tau...awal tadi dah tido jam 10.. terjaga terus tak leh tido la weyyyy.. apa lagi godek2 resepi yg bersepah godek2 gambar yg tak bersusun.. dan terus buat N3 pasal makanan lauk pauk malam tadi.

pada mulanya ilahjy nak buat dadar telur mcm biasa kita buat... tapi semasa nak amek kuali leper terpandang kuali tako ni yg dah hampir setahun tak berusik... terus ilah jy gunakan utk membulatkan dadar telur .... ada sikit kelainan dadar telur kali ni...

jom tengok resepi caca marba ilahjy nie

bahan:

2 biji telur
2 helai daun sawi bunga dimayang halus
1 sudu besar cencaluk kurangkan jika terlalu masin
1 sudu besar lobak merah dadu kecil
sedikit bawang besar dadu kecil
sedikit renjisan lada sulah


caranya:

campurkan kesemua bahan kacau rata seperti biasa.
panaskan kuali/acuan takoyaki tanpa minyak.
masukkan adunan telur tadi penuhkan seperti dalam gambar
masukkan lebihan /lelehan telur ke dalam bulatan dan balikkan seperti dalam gambar
supaya telur masak dan akan menjadi bulat seperti takoyaki..
jangan lupa renjiskan sedikit minyak selepas bahagian bawah masak,
utk mengaringkan telur . pusing2 kan telur sehingga garing.
makan dengan sambal belacan.. dapat 6 biji sahaja.

22 June, 2012

405. ROTI JALA vs KARI KURMA SARDIN


salam jumaat dan selamat menyambut bulan syaaban (2syaaban) hari nie..

dah berapa hari ilahjy tak buat N3. bukan tak masak.. malah selalu juga masak kuih muih cuma tak masukkan dlm dapo maya ni jer... tak berapa ada mood nak masukkan gambar2...
semenjak ada DSLR ni gmbr1 tak berapa menjadi dan mood utk menghias makin merudum. mungkin faktor dalaman diri ini agaknya...

wpun macam tu hari2 ilahjy BW ke dapo kawan2 semua..dan siap kopi dan pasta kwn2 punya resepi...

apapun meh kita tinggalkan kisah tu... cuba kalian lihat sarapan pagi tadi...apa yg ilahjy buat? kebetulaan kari kurma sardin malam tadi masih berbaki sayang nak bazirkan.. ilahjy bancuhkan adunan roti jala..dan mama suruh anaknya tibarkan jala..belajar lah kononnya... maka shafiqah dgn terujanya menjala..tapi tak berapa kemas...tak peee mama tak kisah janji piqa nak belajar...

disini ilahjy kongsikana bersama resepi ini utk tatapan anak cucu cicit akan dtg hehehe..

resepi kari kurma sardin:

bahan:
1 tin kecil sardin
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk kurma
bawang merah dimayang
halia dimayang
bawang putih dimayang
daun kari
santan pekat 1/2 cawan
1 biji tomato dadu
1 biji kentang dadu
1 cawan air

caranya:

tumiskan kesemua bahan, setelah wangi masukkan serbuk kari dan kurma bersama sedikit air. setelah pecah minyak masukkan santan pekat. kacau sebati.

masukkan air 1 cawan bersama kentang masak sehingga empuk. baru dimasukkan sardin bersama tomato dan garam.

kalau kuah terlalu pekat tambah sikit air. dah siap...

08 June, 2012

403. TOM YAM MEEHOON KERISEK anak kusss piqa




baru2 ini anak ke 2 ilahjy telah mereka cipta resepi ini amat tersedap ditekak mamanya....
tak sangka piqa pandai juga buat tom yam ni.. mama pun namakan tom yam ni tom yam kerisek.


bahan untuk goreng:

1 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih mayang
5,6 tangkai cili padi -ikut pedas
1 sudu besar belacan
4 sudu besar perencah tom yam knorr

panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua bahan di atas sehingga wangi.
masukan bahan2 dibawah

bahan sampingan:

hirisan ayam secukupnya
3 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
sayur campur lobak merah kacang dan sebagainya
3 sudu besar kerisek
1 biji limau ambil jusnya
caranya:
sambungan dari bahan gorengan diatas, di dalam kuali/periuk yg sama,
masukkan hirisan ayam kacau sehingga sebati ,kemudian masukkan serai,
daun limau purut dan sayuran.
kemudian masukkan air dalam 5 cawan atau secukupnya,kerisik, perahan limau dan garam
rebus sehingga masak.. sedia utk dimakan bersama mee hoon atau nasi..