terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








11 August, 2011

348. TEPUNG BUNGKUS BERBUKA KE 11 dan kimchi

JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011
Dibuat jam 1 petang 2.30 ptg dah siap ..wahhh nak tunggu jam berbuka 7.30 lama lagi tu... sabaqqqq....
alhamdulillah resepi ini juga menjadi selain resepi yg ilah jy reka cipta dahulunya sila klik siniutk resepi dulu.cuma berbeza kuantiti air sahaja. bahan nya sama. rasanya resepi tiada kat situ..cuma gmbr sahaja. mungkin terlupa kot...

JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011

meh sini ilahjy nak cerita sebelum masak2 utk berbuka.
salah satu kuih tradisional kedah yg paling ilah jy suka adalah tepung bungkus. kuih ini sering dibuat oleh nenek munah yg membela ilahjy. tapi sayang ilahjy tak pernah salin resepi. cuma ingat2 lupa bahan2nya. selepas ketiadaan nenek ilahjy cuba mereka sendiri resepi dan digunapakai sehingga hari ini. dah ada dlm N3 lama. cuma bancuhan nya agak lembut sikit dari resepi di atas. bahan2nya kebetulan sama sahaja.
semalam ilahjy lihat di dapo mas dunia ku ada buat kuih kegemaran kusss ini maka ilahjy cuba pula mengunakan sukatan dari dapo mas yg mas amek dari majalah saji. wahhh!! boleh tahan juga hasilnya... tapi tak dpt rasa lagi ni sebab masih belum berbuka posa lagi hehe kena tungguu laaa sabaqqqq je la mas oiiii...
mas, kak ilah cuba masukan inti nya menggunakan tepung pulut seperti nenek ajar. kak ilah tambah warna hijau supaya nampak meriah sikit..meh kita kongsi resepi yg ilahjy dah ubah suai sikit.. hasil cantuman resepi nenek dan mas duniaku..terpulang nak kongsi resepi mas ker atau yg ini..apapun sila ke dapo mas juga ya...layanzzzz....best kongsi resepi menambah elokan lagi hasil kuih kita..t.kasih mas...muahhh

1.bahan tepung:

1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan pekat resepi ilahjy /2 cawan resepi mas duniaku
secubit garam

caranya:
*ilahjy hari ini guna resepi mas(2 cawan santan)*

campurkan kesemua bahan kacau atas api sehingga pekat. ia berketul2 jgn risau masa kita kukus nanti ketulan akan hilang.

2.bahan inti kelapa:cara ilahjy

masak air gula merah sehingga mendidih masuk kelapa parut putih. dan bancuhan tepung beras utk memekatkan inti dan sedikit gula pasir. setelah kering bulatkan dan masukan ke dalam balutan tepung pulut seperti buat buah melaka.

3.bahan tepung pulut:cara ilahjy

sedikit tepung pulut dibancuh dgn air warna hijau. buat seperti buah melaka.

4.cara cantumkan kedlm daun pisang:

amek 1 sudu besar adunan tepung dan ratakan atas daun pisang letakan inti di hujung nya kiri dan kanan. tutupi dgn sedikit lagi adunan jika kurang. dan balut . kukus selama 20 minit.


TAMBAHAN JUADAH IFTAR KE 11 2011

tadaaaaa lagi tambahan juadah berbuka hari ini...baru masuk jam 6 ptg...

kimchi yg diperap beberapa hari lepas anak2 dok minta nak makan. wpun belum cukup hari perapan.. tapi wanginya sayur sudah cukup enak... kejaplagi tauuu laaa apa rasanya..
resepi kimchi ilahjy:

bahan:
beberapa helai daun kucai dipotong pendek

sayur kubis panjang basuh bersih
sapukan dgn garam disetiap helaian nya.
sila perap semalaman di suhu luar (bukan luar rumah tau..)
esoknya perah air garam guna sarung tangan.
sapukan cili disetiap helaian menggunakan sudu.
jaga kebersihan ya puan2 sebab sayur ini tak dimasak.
setelah itu perap kan ia ke dalam peti sejuk selama 3 hari ke atas.
keluarkan dan potong lah pendek2. sedia utk dimakan.

cili cara ilahjy:

2 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar ikan bilis
bawang besar
sedikit halia

caranya:

mesin kesemua bahan2 dan tumis sehingga masak. dan pekat. sedia utk digunakan. tak perlu garam sebab sayur dah masin.

dan satu lagi ikan pari kegemaran sisulung jihah dan abahnya, mama masak tumis asam ala
kari. resepi dah ada dlm N3 lepas klik kat ikan...t.kasih...
selamat menjamu mata emmm...

10 August, 2011

347. TALAM BERLAUK

JUADAH BERBUKA KE 10 2011

talam berlauk resepi ulang tayang sila klik sini ya kalu berminat:
sambal hitam jadi sambal merah sebab ilahjy tak leh makan cili padi buat sementara ini.
kimchi dibuat dan diperap utk 3,4 hari baru boleh makan...tungggguuuu hasilnya nanti

JUADAH BERBUKA KE 10 2011
lama juga ilahjy tak buat talam berlauk ni.. pagi semalam semasa berada di PERNAMA kat bawah tu dengar staf depa *si toim bgtau* aka ustazmuda, berceriti pasal talam berlauk. apa lagi dgn penuh semangat ilah jy ke kedai sebelah utk membeli bahan2 utk talam berlauk ini.
balik umah selak2 resepi lama di N3 beberapa th lepas cari juga dlm buku koleksi resepi lama. mujur ada. resepi ini ilahjy simpan sejak mula2 kawen dan diguna pakai sampai hari ini dan ada 2 org temankita dah pun mencuba. yg sorg ingat yg sorg lagi sapa ya lupa link dia sbb masa dia buat pun dia tak pasti amek resepi ni dimana. ilahjy cuma masuk komen kat N3 dia dan khabarkan siapa punya..hehehe sbb resepi tu mmg dia amek dr dapo ni..(mcm ilajy selalu lalai nak ingt sapa punya resepi...huhu)

09 August, 2011

346. C PUT DAN APAM KOKO

JUADAH BERBUKA KE 9 2011

apam coco mas duniaku sila klik sini utk resepi: ulang tayang
2.http://ilahmasakanku.blogspot.com/2010/12/252-apam-milo.html
ikan talapia merah masak 3 rasa...aka mayonis aka tomato aka pedas
masak lemak gong gong nanas berserai

JUADAH BERBUKA KE 9 2011
tengahari semalam ilahjy bersama si sulung najihah ke c4 wangsa maju utk beli ikan dan sayuran. kami berdua mcm biasa akan ke tempat c put mencari makanan laut.. semua c put tu telah kami rasa. cuma yg kami beli ni belum lagi. yg kecik tu diberinama lala biji nangka sebab saiz besar sikit dari lala/remis yg kami beli bulan lepas.. satu lagi c put yg besar tu apa ke nama tah..dah lupa.. gong gong kot...inilah pestime kami nak cuba. pernah ternampak kat dapo ayu singapore klik sini yaa. nak kuarkan isinya guna lidi baru boleh keluar. itupun selepas dimasak.
bagi kami yg pestime jumpa n nak makan pun tak reti. apa tah lagi rasa isinya yg ada kelainan sikit rasanya. mungkin nextime x mao beli dah. yg suka mkn hanya jihah dan raihan jer.. si abah langsung tak maooo sebb bentuk c put tu lain mcm jer..ilahjy pun kurang berselera.. tapi tak pe sekadar mencuba. hanya masak lemak dgn nanas jer. susah jug anak cungkil keluar isinya yg besar gedabak tu heheheeee

satu lagi menu terkejauuu2 ialah apam koko ni lagi 5 minit nak berbuka apam ni baru masak. apa lagi makan panas2 lah jawabnya.. pas tu letih laaaa adoiii aiii cabaran kan bulan poseee ni... rehat kejap pastu layan tarawih...

08 August, 2011

345. TAKOYAKI KUSSS

JUADAH BERBUKA KE 7 MERANGKAP pose PERTAMA KUSSS

syukur ku kehadrat ilahi kerana Dia telah memanjangkan usia kusss utk meneruskan ramadan ku pada tahun 2011 ini dan tercapai lah hasrat nak mengerjakan ibadah solat sunat tarawih di masjid baru MINDEF YG TERSERGAM INDAH DAN LUAS dan cantik sekali.
malam tadi kaki melangkah masuk..seakan berada di bumi MEKAH pula....
pada mulanya nak bersolat dibawah tetapi dek krn bahagian belakang jemaah wanita masih tak bertutup sepenuhnya .. ilah jy amek keputusan solat di tingkat atas bersama anak2..
wah bukan main selesa dan terang menderang nampak tok imam dari atas.. puas rasanya. tok imam pula kenalan kusss dari P.D lagi..teman bisnes.

ilahjy berdoa kehadrat Nya semoga disembuhkan penyakit ini semoga dapat diteruskan ramadan ini dgn penuh keberkatan.. aminnnn.....

terasa kembali kesakitan itu seperti 2 tahun lepas.. apakah akusss mampu menanggungnya lagi...??? YA ALLAH ENGKAULAH MAHA PENYEMBUH SEMBUHKAN AKU.... aku terima semuanya dgn qada dan qadar yg Engkau tentukan utk ku..aminnnn

resepi takoyaki yg mudah:
kejap nak rehat badan tak berapa sihat...nanti ilahjy sambung...huhuuu..

bahan:

1 biji telur
340 ml air ais
1 sudu besarkicap acir
sedikit garam
100gm tepung gandum

cara:

masukkan kesemua bahan dlm pengisar. kisar sehingga halus. sedia utk digunakan.

lauk pauknya:

ikut citarasa masing2:
ilah jy cuma guna sosej kali ni..dan campur sedikit sayuran seperti kacang buncis dan sedikit parutan lobak merah.

06 August, 2011

344. LAKSAM DAN PUDING ROTI GULUNG

JUADAH HARI KE 6 BERBUKA 2011

laksam bidan terjum... saja2buat dah jadi makan jer laa wpun tak cukup sayur.
fulamak gemok2 nya macam ilahjy laaa..hehehe
kuah yg ilahjy buat ikut selera sendiri...

puding roti gulung nampak kat umah UMMI kuantan buat..apalagi ada roti lebih2 tak dak sapa nak makan maka ilahjy buatlah juadah ni.. berebut anak2 makan..resepi ilahjy hentam saja.. cuma amek idea ummi yg kretip tuuu..t.kasih ummi ilah tiru idea ummi.. cuma bahan2 tak sama

selepas di bakar dan disejukan baru potong2 dan sirami dgn susu cair jer.. nampak tak roti yg digulung bersama inti jem stroberi...
gambar atas ^^^^selepas dibakar ceklat rice cairrrr...

yg bawah belum dibakar. ilahjy meriahkan dgn buah2 yg ada dlm petisejuk tuuu red dated, jagung dan ceklat rice.. kasi meriah...

hari ini adalah hari ke 6 umat islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. syukur kerana negara kita masih aman merdeka dan mewah dgn makanan. sebut pasal makan hari2 ilahjy masak walaupun semalam balik dari masjid india jam 6 ptg masih terkejar2 utk masak nasi.
hari ni pula tak kemana2 jadi seawal jam 2 ptg dah masuk dapo.. utk buat laksam. pada hal tak rancang pun. sebab tu tak ada sayuran seperti yg kalian selalu buat. malas nak ke kedai makan apa yg ada jer... buat pula laksam ni molek jer kejadiannya.. maka terus jer buat kuahnya mengikut selera ilahjy.. layanzzz gambar dulu ya...

RESEPI LAKSAM DAN KUAHNYA


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1/2 sudu teh garam

caranya:

satukan kesemua bahan dlm bekas sehingga rata kemudian curahkan air suam dan kacau rata. tapis ke dalam jag senang utk di kukus.

panaskan tudung periuk yg disapukan minyak. tuangkan adunan dan kukus sehingga tepung bergelembung angkat dan gulung.

kuah laksam selera ilahjy:

5 ekor ikan sardin direbus dgn asam keping dan ambil isinya mesin bersama air rebusan ikan

bahan mesin:

1 sudu besar lada hitam
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

5 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu besar kerisik

caranya:

mesin bahan2 bersama santan cair sehingga halus. masak atas api sehingga bahan2 tadi masak dan hilang maungnya.. masukkan pati santan dan kerisik dan isi ikan dan asam keping rebusan ikan tadi, kacau sehingga mendidih jgn sampai pecah minyak. siap untuk dimakan.

RESEPI PUDING ROTI GULUNG

6 keping roti buang kulit arinya. sapukan jem strawberry dan digulung kemas
susunkan ke dalam loyang bersesuaian

1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu cair
6 sudu besar gula
sedikit garam

caranya:

kacau bahan2 ini sehingga sebati dan tuangkan ke atas susunan roti tadi separuh.
kemudian susunkan pula buah2 an mengikut selera masing2 dan tuangkan lebihan kastard tadi dan kukus selama 20 minit sehingga masak.
sejukkan dlm peti ais baru dipotong dan sirami dgn lebihan susu cair tadi ketika hendak makan.

04 August, 2011

343. JUADAH BERBUKA KE 4

salam sejahatera dan selamat malam selamat menunaikan ibadah tarawih semoga kita semua sihat dan dapat menunaikan pose esok hari dan seterusnya..

hari ni badan agak kuat sikit. maka inilah hasilnya. 2 jenis roti dan nasi ayam beroren sempat ilahjy masak bersama si sulung yg turut membantu mama. kalu tak krn sisulung jihah.. mama tak daya.. walaupun boleh makan ..huhu.. seronok melayan anak2 yg kuat makan dan berebut2 sebab buat 2 jenis roti dari 1 adunan..terhad setiap jenis dpt 2 ketoiii SEORANG.. tapi berbaloi2 kenyang sebab ada nasi ayam oren ni....hehehe..selamat duit tak perlu p pasar ramadan.... walaupun dirayu oleh dek ann anak ke 3... lagipun ptg tadi hujan lebat tentu basah makan kat pasar tu..tak lalu tekak nak makan.. saja umpan anak2 dgn ayatan itussss...
jgn mareee org pasar.... tolong jaga kebersihan semasa musim hujan jgn kena ujan makanan tu yaa .....kesian pembeli...

ROTI SOSEJ BERCAJUN

ROTI GIRL

NASI AYAM PERISA OREN


resepi nasi oren klik kat bawah:

resepi ayam klik di bawah:

perhatikan betapa gebu dan lembutROTI INI bila adunan digulung. kalu tak digulung tidak akan jadi mcm ni....

resepi adunan atas/topping roti perasa roti girl klik kat bawah:

Resepi basic doh roti klik kat bawah:
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2011/06/selamat-datang-ahli-baru-dapo-kusss.html

1 adunan basic doh hari ni ILAHJY dapat dibuat 2 jenis roti ini. tak perlu sos cili cajun cukup memberi perisa kpd roti..
SELAMAT MENJAMU MATA RAJINKANLAH JARI JEMARI KLIK DI RESEPI YG ILAH JY KASI TUUU EMMMM.. LAYANZZZZZZ..

03 August, 2011

342. juadah hari ke 2 posee

PUDING ROTI
kalu berminat nak tahu resepi sila klik kat percubaan2 yg pernah ilahjy masak sebelum ini. cuma tatacara hiasa warna saja berbeza... puding yg senang dimasak.

tak perlulah masuk resepi sbb semua dah almaklum ... cuma nak ulang tayang.. saja nak layan gambar puding jer ni.. ada cerita disebalik puding ni semalam... malas nak kongsi.. nak bentukan lagu lain jadi lagu niii.. lepas ni ilahjy kena pandai budjet masa bulan pose ni..serikkkkk....huhuuu
semalam juga buat bubur kanji kedah aka bubur lambuk.. luper amek gmbar... semalam juga ilah jy tak berapa sihat kerana makan cendawan tiram dan bunga kingcam dari cameron tuuu tak sesuai dimakan ketika uzur..sejuk melampau...sampai mual2.... rasa mcm nak mati huhuuuu..org kata ..anginnnn....
YA ALLAH KAU PANJANGKAN UMUR KU INI DAN SIHATKANLAH BADAN KU INI SUPAYA DAPAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA INI...YG TERPAKSA AKU TINGGALKAN ...SEMOGA 3,4 HARI LAGI AKU DPT MELAKSANAKANNYA..DAN BERTARAWIH DI MASJID MINDEF YG BARU ITU.. semoga kesakitan itu tidak dtg seperti 2 tahun lepas..aminnnnn....

01 August, 2011

341. PUDING SUJI


cadangan ke 3: meriah dgn ceklat rice

cadangan ke 2: dgn susu cair buah red dated dan buah kabung

cadangan asal

dipudingkan pada hari pertama berbuka puasa 1.8.2011
ini lah saja yg dapat 6 gelas dari 1 adunan

JUADAH HARI PERTAMA BERBUKA POSA

selak punya selak resepi terjumpa list menunggu.. kebetulan ada pula stok tepung suji ngam2 utk kami anak beranak merasa sorang 1 gelas comeiii ni.....dapat sorg 1 pun jadi lah ...sebab nak merasa... sedap ke tak... tapi selepas disejukkan dlm esbox pulamakkk mmg sedap. seperti biasa lah ya kalu tak ubah suai mmg tak sah.. mai kita lihat hasilnya yaaa.. dan waktu buat N3 ni dah habis dah yaaaa puan2... N3 org uzur... melepak lah depan lappy ... terima kasih tuan punya resepi dlm gambar N3 beliau tiada nama blog.. tak dpt ilahjy masukan kredit kat sini...

bahan: ilahjy dah ubah suai

175 gm tepung suji
675 ml air
1/2 tin susu cair
150 gm gula manis2 buah jer ni
1 sudu teh garam

1 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk koko

caranya:

satukan kesemua bahan kecuali marjerin dan serbuk koko.kacau sebati.
panaskan atas api kacau sehingga pekat.
masukkan marjerin kacau sebati.

bahagikan kepada 2 bahagian.sambil dipanaskan:-
1. warnaknan kuning dan 2. warnakan dgn serbuk koko 1 sudu besar
kalau terlalu pekat tambah sedikit susu cair ke dalam setiap bahagian.
dengan pantas masukkan ke dalam bekas2..
hidangkan seperti ilah jy cadangkan di atas..sejukan dlm peti sejuk.

terima kasih pada madiha AKA ratna kerna sudi mencuba respei olahan ilahjy ni... mai kita lihat hasil dr ratna..mmg cantik gitusss wpun 10 minit lagi nak berbuka sempat siap..tahniah ratna..
kak minta izin masukkan dlm dapo kak ya sebagai penghargaan
.... jommm layanzzzz...
DI N3KAN PADA JAM3.30 PTG 3 OGOS 2011

31 July, 2011

340. SERUNDING DAGING DAN KELUARGA JY KEMBALI BERSATU

masak pada malam 31 julai 2011 utk ramadan 1432
santan tak payah byk2 nanti lambat nak kering weyyy....
30 julai 2011-dihadapan asrama baru najihah UMP pahang. sebelum ni di dalam kawasan kampus. baru berpindah ke sini hanya utk 2 bulan dan terus pindah keluar aka tamat pengajian.

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA YANG MENYAMBUTNYA PADA MALAM INI. 31 JULAI 2011.

syukur kita kehadrat ilahi kerana Dia telah memanjangkan usia kita utk bertemu lagi dibulan yg penuh kemuliaan ini. pada malam ini semua umat islam sedang mengerjakan ibadat solat tarawikh yg pertama utk bulan ramadan pada thn 2011 ini. dukacitanya akusss kerana terpaksa menahan dahulu disebabkan akusss seorang wanita yg tiada daya... semoga selepas ini akusss berpeluang menikmati malam2 dan hari2 ramadan bersama kalian semua.. bukan apa biasalah org pompuannnnn syhhhh syhhh..... jgn terfikir yg bukan2 pulaa tauu...

buat pengetahuan kalian, sabtu semalam 30 julai 2011 ilahjy bersama en hb pergi ke gambang UMP pahang utk mengambil si sulung kusss najihah.. yg telah pun menamatkan 3 tahun pengajiannya dlm peringkat ijazah SAINS KOMPUTER. setelah 3 tahun berada di gambang. alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar kami tiba di gambang jam 10 pagi. isi barang dlm keta jam 11 selepas sarapan di restoran sebelah asrama UMP kami terus pulang ke KL semula tanpa lengah2... kerana byk urusan sebelum puasa perlu diselesaikan.
mohon maaf kepada HANA MEMORIES KERANA kita tidak dpt bertemu. kebetulan hana sibuk dgn sekolah daniel yg ada sukan. rasanya kita akan bertemu thn depan semasa konvo najihah ya hana.
dengan itu keluarga ilah jy kembali bersatu setelah 4 thn terpisah termasuk matrik di kuala pilah najihah belajar. selepas ini jihah akan mengikuti priktikal di kawasan PJ boleh lah berulang alik saja ke rumah. alhamdulillah...

berbalik kepada sempena sambutan ramadan. en hb meminta ilahjy membuat serunding daging. saban tahun kami beli dari KG LAUT KELANTAN. Kali ni nak merasa air tangan sendiri. alhmdulillah serunding yg di masak jam 5 petang tadi telah siap pada jam 9 malam ini. anak2 semua berpuasa hati dan puji sakan... emmmm mama apa lagi kembang kempis idung... waktu ini mereka semua sedang solat di masjid baru MINDEF. seronoknya ada masjid baru yg siap ekon dgn cahaya bergemerlapan.. ilah jy akan bersolat 5,6 hari lagi .. huhuuu...

mari kita sama2 saksikan resepi rekaan dan iham sendiri ilah jy.

serunding daging:

persediaan bahan utama:

1 kilo daging dibersihkan dgn asam limau
dipotong empat segi besar lebih kurang 2 inci kali 2 inci.
direbus sehingga empuk. toskan airnya dan disiatkan sehingga halus .
maaf ilahjy tak guna air rebusan kerana lemak daging itu tidak berapa sesuai dgn kesihatan ilahjy. air rebusan itu dibuang.

bahan mesin:

3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
6 batang serai
2 inci lengkuas
3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan kasar

1/2 cawan cili kering mesin

bahan tambahan:

2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar jintan putih serbuk/jintan halus
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa

caranya:

1. tumiskan bahan mesin dgn bunga lawang dan KKM sehingga wangi dengan minyak yg mencukupi.
2. masukkan cili mesin, serbuk sup dan serbuk jintan masak sehingga garing dan pecah minyak.
3.masukkan daging tadi kacau rata sehingga sedikit kering.
4. masukkan pula santan pekat garam dan sedikit gula dan kacau dgn penuh sabar sehingga kering dgn api yg perlahan.
ilahjy masak dekat2 3 jam baru tutup api.

memang berbaloi2 jika masak sendiri... semasa sekolah dulu saban tahun ilahjy masak sendiri utk nenek makan. setelah 23 thn kawen baru ini kali pertama buat kembali serunding ini walaa walaaaaa.. lama tuu.. .dapat tau semalam harga serunding daging dah naik lagi kalu tak silap 45rm sekilo... itu terus dr pembekal.. kalu dekat pasaran???? semasa beli dari kg laut tahun2 lepas dpt harga istimewa 30rm sekilo..yuhoooo jgn maree..mak angkat yg masak.. murah laaa weyyy.. tapi kali ni sendiri masak.. huhuuuu ...maaf ya org kg laut....bukan tak sudi cumamasak nak resepi sdiri pula....
dah cukupppp melalut la pulaaa... depa semua dah balik solat terawikh mama belum siap taipannnn... okiessss layannnzzzzz...

SELAMAT BERPUASA YA ....JANGAN PONTENG2 SEBARANGAN.. JAGA TINGKAH LAKU TUTUR KATA.... MAAFKAN ILAHJY JIKA ADA SBARANG KESILAPAN SEMOGA IBADAH INI DIBERKATI..AMINNNNN...


28 July, 2011

339. TALAM NANGKA MADU DAN MACARONI KERUTUB CAJUN

salam pada semua pengunjung resepi sumbangan JY sekelian tak kira yg setia masuk, yg singgah lalu, yg kebetulan, yg mencari resepi baru dan sebagainya...
masyaAllah dah beberapa hari tak buat N3 baru.. bukan tak berasap dapo tapi ilahjy sakit tekak yg melampauuuu.. dah jumpa puan dok amek ubat hari ni baru ok harap2 sambut posa nanti dah sembuh sepenuhnya...

kenapa tajuk diatas ilah jy taipan..? macamni alkisahnya:
kebetulan malam tadi sahabat lama en hb kusss datang dari Ipoh naik ketapi laju.... atas urusan peribadi... pada mulanya mungkin beliau bermalam disini.. ilah jy sediakan ke dua2 jenis sarapan ini malam tadi.. setelah sajian siap jam 9.30 malam tadi dapat panggilan sahabat en hb kuss dah balik bersama kawannya..
apa nak kata bukan rezekinya.. makan bersarapanlah kami tanpa tetamu itulah sebab2nya... kebetulan hari ni ada jamuan di tasik keramat ...akhir sambutan posa.. maka akan ku bawa ke sanaaa.... resepi akan dimasukkan selepas ilahjy balik dari jamuan di tasik...

MACARONI CAJUN DAN TALAM NANGKA
baru nak merasa apa itu CAJUN. nasib baik ada sebotol di gergasi tuu dptlah merasa.. memang enak masakan bila ada perasa ini.. ada kelainannya..cubalah... ilahjy agak ketinggalan sedangkan kawan2 dah lama merasa...

puan cajun berada disisi macaroni kerutub.. sebab apa nama puan kerana dia berada didapo puan... heheheee


talam nangka:sumber rujukan dari sinar kehidupanku adik manis yatie JB
terima kasih resepi ini...duhai ratu talam..emmmm sedapppp lembutttt...gedik2 lagi tauuuu

TALAM NANGKA MADU
(pemberian datuk aminah dan en latif pokok tanam sendiri ni weyyy .t.kasih )
bahan:

bahagian bawah:

1 cawan nangka di cincang dadu
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( 1/2 cawan santan kotak + 2 1/2 air)
sedikit garam.

caranya:

campurkan kesemua bahan kecuali nangka.
kacau atas api sehingga pekat. masukkan nangka dadu kacau sebati.
tuangkan dlm kukusan. terlebih dulu sapukan minyak pada loyang panaskan 10 minit baru tuangkan adunan. supaya senang lekang. petua ilahjy.
kukus sehingga kering adunan baru di masukan adunan atas.

bahagian atas:

1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan pekat ( 1 cawan santan kotak + 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
pewarna oren campur pewarna kuning serlahkan warna spt digambar....(ilahjy punya akai hehe)

caranya:

campur kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat. kemudian tuangkan ke atas bahan nangka yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu. kukus selama 20 minit.
sejukan semalaman baru dipotong.



MACARONI KERUTUB CAJUN

bahan: maaf tiada sukatan yg khas... main agak2 jer...rekaan ilah jy sendiri.

3 sudu besar rempah kerutub
2 biji bawang besar
5 ulasa bawang putih
serbuk cajun seperti dalam gambar secukupnya 2 sudu kecil
1 cawan daging cincang
1 cawan santan pekat

3 cawan macaroni rendam rebus dan toskan
( bila kembang macaroni akan jadi separuh dari loyang yg digunakan utk membakar... masa sukat ilah jy terlupa nak guna cawan main tuang dari paket jer...jadi kena agak2 ya..)
6 biji telur dipukul rata
sedikit sos cili
sedikit sos tiram

caranya:

bawang2 ditumis sehingga wangi dan dimasukkan rempah bersama sedikit air setelah pecah minyak masukkan santan bersama daging garam dan serbuk cajun.
setelah mendidih masukkan sos cili dan sos tiram. setelah sedikit kering angkat dan tuangkan ke dalam macaroni yg telah direbus dan ditos terlebih dahulu.
gaul sehingga rata sambil direnjis lagi sekali serbuk cajun dan lada putih...
pukul telur kemudian tuang ke dalamnya dan gaul sebati.
alas loyang tuangkan dan ratakan kemudian bakar 200 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.

23 July, 2011

338. ROTI GIRL

dirotikan malam 23 julai utk srapan 24 julai 2011...
gedebak gedebukkkk besarnyaa.. tak cantik mcm kat kedai tapi sedapppp...hehee tapi inti dia tak cair apasal yer??? kalu guna marjerin cair kot.. ilahjy guna cremcissss....hikhik..

selamat malam

ilah jy baru siap membakau roti girl aka roti boy.. oleh kerana dlm rumah ni semuanya anak dara.. maka molek lah diletakkan nama roti girl..tak gitu kawan2?

dah seminggu lebih bibik melayu berehat... malam ni dia dah mula mengodek 500gm tepung yg menghasilkan 14 biji roti.. lebih kurang sebesar saiz yg kami selalu beli kat roti boy...
wah mmg puas makan wpun sebiji.. ilahjy buat utk sarapan pagi ahad esok.. tapi bakaran pertama dah rasa dah.. enak lah juga... kalu beli mmg tak cukup sebiji... beli tepung harga sebiji roti boy kita dapat buat 14 biji wowww.. mmg jimat...

terima kasih pada yg telah menyumbangkan resepi ini... dah lama kwn2 kita mencuba... baru malam ni ilahjy ada kerajinan itusss... maka harumlah serumah semasa proses membakau.. kesian kat jiran yg terbauuuu roti ni... maklumlah dah malam2 nii...
sambil2 nonton bola malaysia lwn sgpura 3-5 tahniah buat AYU SINGAPORE KEMENANGAN INI YA Heheh dan musabaqah ke dua2 qari dan qariah menjuarai bg negara kita malaysia.. adil kan kalah bola menang quran.. tentulah kemenangan ini lebih berkat.. sementara tu pula sepaktakraw sedunia juga sedang berlangsung... aahhh mana satu nak tonton ni....hehe... byk betul kejadian2 sebelum ramadan... padat dan sendat....

apapun jom layan resepi ilah jy simpan di sini utk rujukan masa depan...

bahan: roti girl

500 gm tepung gandum /14 biji
1 biji kuning telur
180 gm gula
4 gm yis
113 gm marjerin
37 gm shortening
1 cawan air

caranya:

campurkan kesemua dlm BM on no 8 setelah selesai. keluarkan dan bulat2kan masukkan inti dan bulatkan semula perap sehingga naik. baru di picitkan topping nya dan bakar 160 darjah selama 25 minit.

bahan topping:

100 gm mentega
80 gm gula ising
2 biji telur
3 sudu besar indocafe
2 sudu besar serbuk koko
100 gm tepung gandum

caranya:

putar mentega dan gula sehingga gebu masukkan telur sebiji2 putar sehingga sebati kemudian masukkan serbuk koko dan indocafe dan tepung gandum putar lagi sehingga sebati. masukkan dlm pipping beg. sedia utk digunakan,

bahan inti:

100 gm cream cheese
esen vanilla
35 gm gula perang

caranya:

putar mentega sehingga kembang masukkan esen dan gula putar sehingga sebati. bekukan
dlm peti sejuk lepas tu sedia utk digunakan..

terima kasih kepada penyumbang resepi.. dah lama ilah jy simpan dlm list menunggu baru hari ni dpt mengirlkannya.. walaupun tak ada boy... layanzzz anjasmoroooo.... sambil menaip.....