TALAM BERLAUK ILAHJY (koleksi resepi tahun 1990)
Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan
Bancuh kesemua bahan ini.
250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng
Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian
1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.
SOSNYA ILAHJY REKA SENDIRI
Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )
talam ini telah dicuba oleh eliza:http://elizasfamily.blogspot.com 18 julai 2010
T.KASIH ELIZA kerana ada komen balas..hehe..

1 comments:
resepi ini telah dicuba oleh
http://elizasfamily.blogspot.com/2010/07/talam-berlauk.html#comments
Post a Comment